Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

20.8.11

Maluu..dia pandai cakap Melayu,...


Ni Muni nak berkongsi pengalaman yang tak berapa lucu tapi menyentapkan hati Muni a.k.a Al-Munirah Al-Muzmi (erkk..ni nama besfwen Muni yang sama nama kat sekolah agama dulu la..huhu).

Seperti yang anda sebilangan daripada anda tahu, Muni punya family yang berniaga. Muni pon tolong kalau cuti sem. Untuk bulan puasa ni, Muni dan kakak berniaga di kawasan yang menjadi laluan ke hotel, kunjungan artis dan penginapan tempat peserta Monsoon Cup. So, pelbagai ragam dan orang la yang Muni jumpa.

Ada satu perkara yang Muni sangat pantang. Iaitu apabila foreigners datang membeli. Sudah tentu depa nak penerangan yang panjang lebar. Muni bukan kalut pasal ketaq nak cakap tapi cuba korang bayangkan apabila mereka tanya bunga kantan, daun palas, daun kesum dan sebagainya dalam B.I. Tahula vocab aku tak banyak sangat untuk mentranslatekan ramuan dalam penyediaan makanan yang Muni buat buat?nampak sangat tipu!! . Kena pulak pak Arab yag tak tahu cakap B.I dengan lancar, kena cari la perkataan yang sesuai untuk memahamkan diorang. Rimass.

Nak dijadikan cerita, ada suatu hari ni, Muni rasa takde mood sesangat. Ada sorang mat saleh yang muka ala2 Brendan Fraser, hensemmm beb; datang kat Muni. Alamak nak wat cane ni. Muni pon buat-buatla pergi kat belakang nak ambik barang, biar akak Muni je yang jadi mangsanya. Bahaha. Sebab apa Muni syak dia nak soal banyak, sebab semalam Muni nampak dia cakap dengan gerai sebelah tu punyala lame. Cakap ape je, Muni pon tak tahu. Bila dia tengok kat gerai Muni, Muni buat-buat sibuk dan pergi ke belakang.


"Bagi kuih ni 4 ringgit, akak. Saya nak yang garing-garing. Buat 2 plastik ye. Terima kasih."

Katandang!!!(dialek Terengganu menggantikan ayat walaweh atau giler la beb). Rupa-rupanya mat saleh tu fasih cakap Melayu walaupun suara ada macam Hans Isaac sikit2. Muni pasang telinga je .

Muni pon keluar dari tempat persembunyian. Sempat lagi mamat tu tersenyum kat Muni dan cakap, "Jumpa Lagi". Erkk, mungkin dia perasan yang Muni asyik pergi belakang je.

Kakak Muni cakap dia pelanggan tetap sewaktu Muni kat UiTM. Dia menginap kat hotel. Feberet dia adalah ketupat palas. Mak oii, oghang putih pon suke makanan kite. Dia bukan mat saleh yang pertama. Ada beberapa orang lagi yang selalu beli ngan Muni tapi yang lain tu hanya tunjuk isyarat tangan. Tak perlu cakap banyak la kirenye.

Muni masih lagi terkesima!!

p/s:kenapalah asyik nak angkat tradisi dan produk luar sedangkan mereka respect kita punya produk????

4 comments:

Mr.Superman said...

ye..abg pun terkesima,teruja,ghairah..haha.

lg2 loghat ganu..aiyo..cm ne nk raya kt ganu thn ni.x fhm :(

dill said...

wah! kagum!

dill.

munira hashim said...

abg stalker-nk raye ganu?betul ke idak?

dill~siyes, dear..muni pon

feninzz_LALAT said...

hahahaa...lawak + awesome powsom...