Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

30.9.11

Blue Moon

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biarku paparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi


Somebody tolong nasihatkan Muni.
Adakah Muni terus-terusan buat kesilapan?

Kata orang bila satu pintu hati tertutup untuk kita, ada beribu pintu lagi yang terbuka.

Adakah Muni masih berharap pada pintu itu? Masalahnya sekarang, pintu itu tak pernah tertutup. Muni yang tutup pintu hati sendiri sebab terlalu takut peristiwa menyakitkan itu berulang lagi.

Wajarkah Muni buka semula pintu hati Muni?

Sorry guys...Muni is in the blue moon~

27.9.11

My BFF - Mrs Crab

HOREEYY... My BFF da start buat blog selepas dibujuk rayu berkali-kali..hehehe

Korang bolehla melawat Mrs Crab yang saya maksudkan


                                                                              
       KLIK SINI Mrs Crab

kENAPA mRS cRAB?

Kadang-kadang sesuatu harus dibiarkan menjadi rahsia...hehehe

Aku pon Tak Pahamlahhh!!

(entri ikut suke hati)

Tak pahamlah kenapa orang asyik salah paham. Mentang-mentanglah aku ni selalu ceria, time aku bad mood terus korang salah paham.

EVEN PELAWAK PON ADA PERASAAN UNTUK MENANGIS!

Aku bukanlah pelawak. Macam orang lain jugak. Ada masa aku harus bersendiri untuk refresh balik otak yang berserabut. Boleh pulak ngko pikir aku nak marah kat ko, tak puas hati kat ko la, ape lah. Pastu mulalah ngko nak masam muka. Takde pulak nak tanya baik2 kenapa.?Adehhh. Mana korang tahu kalau aku tetiba teringatkan bekas pakwe ke, rindu kat mak ayah kat kampung ke, datang bulan ke? Asyik nak salah paham je keje ngko ek.

ADAKAH MEREKA MENDENGAR ANDA SAAT ANDA MENANGIS?

Tak dengar pon takpelah.Yang penting, juz leave me alone for once or twice.

KITA TIDAK SELALU DAPAT MEMBUAT ORANG LAIN BAHAGIA.

Kalau korang tanya Muni ape tah Muni cakap ni. Ini adalah Furious Tuesday. Lantak ko laaaa~~

23.9.11

Bila Suka Bertukar Benci



Hampir 2 minggu sudah Muni memulakan sem baru. Dugaan demi dugaan dilalui. Sedih apabila teman baik sendiri menjadi seseorang yang tidak kita kenali lagi. Sungguh tragis apabila sesuatu yang kita pernah suka, puja atau sanjung menjadi sesuatu yang amat kita benci,menyampah dan buat kita sakit hati.Tidak mengapa. Muni redha dengan semua ketentuannya. Muni masih punyai perkara yang lebih penting daripada memikirkan tentang apa yang telah kamu lakukan, teman.

Muni mula sibuk fikirkan tempat untuk praktikal. Ada cadangan? Doakan Muni mendapat tempat yang sesuai ye, kawan2~

p/s:who cares?

14.9.11

Banjir dan Blur

Terbaikkk..memang terbaikk...

Malam yang Muni nak balik Perlis, bas lewat sejam lebih. OK! Duduk dalam bas rupanya no tempat duduk yang diberikan adalah tidak sama. Diorang cakap duduk mana-mana je. Terpaksa duduk dekat lelaki dalam bas yang penuh. OK! Bumbung bas yang tidak ditutup kemas akibat rosak membuatkan baju Muni basah terkena tempias air hujan. Tengah tidur baru tersedar. Dahlah bas penuh kan. OK!! 

Sampai kat Kangar, hujan lagi lebat. Teksi selepas sejam baru la ada sebab terlampau ramai orang.Lapar jangan cakapla kan. OK! Sampai kat rumah, bilik Muni bersepah. Wah, sem ni 8 orang serumah dengan bilik air yang satu. Kenapa Muni baru tahu?! WAA..OK!!!.

Keesokan harinya, Muni sorang-sorang. Seorang roomate Muni pergi praktikal, seorang lagi tak mahu balik sampai minggu depan. OK, Sangat bosan. Tengok TV, makan  , tidur. 3 hari berturut-turut. Dengan jalan kat depan yang dipenuhi air, tak boleh pergi ke mana-mana.

Apa yang paling best, kerana banjir, Uitm Perlis mengumumkan CUTI selama 2 hari. Dan pagi tadi class cancel lagi. Waa...sangat TERBAIK!!!!!

Kalau Muni tahu, minggu depan baru Muni balik!

p/s: Dalam kita merungut terlupa pula untuk bersyukur kerana air tidak melimpahi rumah Muni dan Muni selamat sampai ke Perlis dan sebagainya. ..muhasabah diri!

10.9.11

Audioshow@Pesta Tanglung

Ini mungkin entry terakhir Muni sebelum berangkat ke Perlis malam ini. Malam tadi, Muni berpeluang menghabiskan masa mengunjungi  Audioshow dan Pesta Tanglung di Pulau Warisan, Kg.Cina, di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Meriah. Cukup meriah apabila semua kaum berkumpul di sana. Memang satu Malaysia.

Mereka cakap perempuan yang suka kereta tu gila besi..eh? Habis tu yang suka audio tu gila audio la? ek? Tak setuju! Minat je pon bukan tak boleh hidup tanpa kereta pon! Gila kentang, gila GCB,gila topup..bla..bla..bla..(merepek meraban)



Juara kereta paling menarik dan audio paling bombastik!

Kat kereta ni ada sticker angry birds yang besar punya tapi gambar dia ada kat kawan kakak. hurmmm..smart!
  
Nak jugakkkk!!


   
Pesta tanglung yang tak macam pesta sebab semua fokus kat audioshow je..haha


Siapa menyampah tutup mata!

Pulau Warisan.Gambar simpanan Muni sebab tu takde gambar tanglung.

Muka Muni yang minta pelempang..huuhu.
Sedih betul nak tinggalkan kampung. Terima kasih tempat asalku kerana mengubat kesedihan di hati ini. Buat yang tak taw kenapa Muni cakap macam ni, abaikan sahaja. Semoga pemergian Muni ke Perlis bawa seribu satu kenangan manis kerana sem ini adalah permulaan tahun akhir Muni di UiTM. InsyaALLAH.

9.9.11

9/9/11

Tahun ini tahun ketiga ..
Kita melaluinya..
Namun bukan seperti dahulu..
Seperti mana kita ketawa gembira dahulu.

Dahulu ucapan hari lahirmu diucap penuh bahagia..
Kali ini kau laluinya penuh duka..
Bukan aku tidak mahu kembali menerima..
Aku takut kembali merana.

Maaf, mungkin ini bukan saatnya..
Walaupun bagiku hadirmu menyempurnakan..
Tetapi dirimu pernah melukakan..
Pedihnya masih terasa..

Kata mereka memaafkan lebih mulia..
Namun melupakan amat derita..
Biarlah ia berakhir sahaja..
Selamat Hari Lahir..

Rumah ITU dan Rumah INI



Pagi tadi Muni dikejutkan emak beberapa minit sebelum azan. Emak cakap selepas subuh, pergi hantar kuih kat rumah jiran-jiran. Emak buat banyak. Muni pon sambung tido dulu. Pas solat, Muni termenung dan terlentok kat sejadah(taktik pemalas). Emak cakap,

"Kalu ceroh doh, malu pulok nok gi ngato.Gi ah ato lu sebelong org gi beli keda."
(Kalau hari dah cerah, malu pulak nak hantar. Hantarlah dulu sebelum orang beli sarapan kat kedai)

Belum pon pukul 7 (selepas melawan kedinginan pagi dan katil yang memanggil-manggil), Muni pergi rumah INI dan rumah ITU. Sampai kat rumah INI;

'Assalamualaikum'

Tiada jawapan.

'Assalalamualaikummm...'.

Tiada jawapan.Ok, Muni bagi salam lagi.Kali ni lebih kuat.

'Assalamualaikummm!,'Berulang kali pula tu.

Sunyi. Seperti sunyinya malam hari.


Ok, pasnilah hantar kat rumah INI. Pergi rumah ITU lah pulak. Ha...macam itu le jugak. Tak ade org jawab pon. Berkali-kali jugakla eden bagi salamnyo. Pergi rumah INI balik pon, takde orang menjawabnya. Rumah cerah lampu terpasang, kereta ada. Aipp,tak baik bersangka buruk! Huhu

Muni ambil keputusan, tinggalkan kuih tu at dapur luar rumah. Untuk makluman, kawasan kejiranan  Muni ni majoriti ada 2 dapur: kat luar dan kat dalam. Apa akan jadi pada kuih tu agaknya? Kejam tak Muni? Muni balik cerita kat emak. Emak nak marah Muni takleh sebab dia tahu lama mana Muni duduk bagi salam sebab rumah kami dekat je. Boleh dengar suara Muni bagi salam.

Pastu Muni sambung agihkan kuih tu kat rumah jiran yang lain.Muni bernasib baik kerana jiran yang lain cepat sahaja keluar.

Umpama joging di pagi hari. Muni TAK PERNAH joging. Boleh tahan jauh jugakla Muni pergi agihkan kuih tu. Tak ramai sangat orang yang Muni jumpa sebab hari Jumaat cuti kat sebelah Terengganu. Masa tu la kita boleh tengok siapa yang boleh jadi bakal suami atau tak. Hehehe..

p/s:Muni asyik terfikir kat rumah INI dan rumah ITU. Adakah ini balasan kepada Muni yang selalu sembunyi kalau ada orang datang?Errrrrr.....Hehehe...

8.9.11

Spontaneous Thursday : Lisa Surihani vs Tiara Muni




p/s:sekadar gurauan..hahahaha..malas nak wat entry, tu yang merapu-rapu ni...

Keajaiban ALLAH SWT

Kampungku Sumber Gas Asli? Biasanya Muni buat entry pasal tempat orang. Ni Muni nak buat entry pasal tempat sendiri. Korang nilai la. Boleh jadi ke tidak? Muni amat berharap ia bukanlah sesuatu perkara buruk. Muni sayang orang kampung Muni apatah lagi Muni dah nak balik Perlis. Waaaaaaa...err..hihi


Kisahnya macam ni,semalam ada seorang plumber nak gali tanah untuk masukkan paip (boreng air). Terkejut dia apabila ada gas dan api terkeluar dari batang paip(lebih kurang camni la cite die). Kamera murah je, xleh nk shoot gmbr api lebih2 lagi waktu siang. Gambar ini diambil pada 7 hb iaitu petang tadi. Bomba datang tapi takleh wat ape-ape.


Tengok tu. Apinya tak nampak sangat. Tapi terbakar jugakla kertas tu.






Gambar yang diambil pada waktu malam. Lembut je apinya.



Gambar yang diambil tanpa flash. 


Ada banyak gambar tapi hanya ini yang mahu di upload. Hehe. Tu pon gambar daripada junior sekolah Muni dulu. Thanks so Much,vFarah.

p/s : walaupun apa sahaja yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT, Muni amat berharap semoga ia tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada kampung kami. InsyaALLAH. Amin Ya Rabbal Alamin.

7.9.11

499th and 500th Follower



~arigato~




Trimas Cik Aien = 499th dan Cik Atien = 500th yang telah mengikut belog ni. Walaupun dah hampir sepuluh bulan berblogging, baru dapat 500 followers.Ini mungkin disebabkan kekangan waktu study yang mencecah 6 bulan untuk satu sem baru-baru ni dan masa untuk berblogging sangat terhad. Thanks you guys yang sudi follow, shout, komen dan tak kurang juga kuat menyakat..hihi. Bagi yang belum follow, sila la follow dengan seikhlas hati. Xmau gaduh-gaduh k, kite nak hepi2 je=) Sayang yu'ol

Mulakan Sokongan Piala Malaysia



Semalam, Muni excited benar tengok score Terenggganu 3-0 Sime Darby. Muni pon dah tukar batch team Muni. Bukan nak bersemangat kenegerian tapi ingin memeriahkan lagi sukan bolasepak tanahair. Jika bukan kita yang menyokong sukan bolasepak negara, siapa lagi. Semangat 46 betul la..haha. Jangan cakap Muni riuh kat sini je. Muni pon dah pernah pergi stadium tapi tak kerap la. Tak sesuai sangat perempuan pergi stadium kan? Tunggu apa lagi, pilihlah team kegemaran kamu!Hihi


p/s;thanxx afzal fot tag..

6.9.11

Habis Tu? #1

Eksaited metol. Sudah turun 5 kilo. Sebelum bulan puasa dah turun 3 kilo. Tanpa diet! SEMUA adalah hasil daripada makan hati dan masalah kesihatan.Errr. Perlu ke rasa teruja? Don't worry. Mood Muni sekarang sedang ok.Sudah seminggu Muni meninggalkan blog ni.Now I'm back. Jom Bw!