Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

26.5.11

Shoutmix, CBox and Three Idiots

My blogger friends..please...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak bari belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Saya seorang yang silent reader. Sometimes saya akan komen blog orang lain itupun JIKA saya berkesempatan kerana saya seorang students, agak sibuk lebih-lebih lagi pada intersession season ni. Jadi saya hanya sempat shout pada shoutmix or cbox.

Nasihat saya, mudahkan blogger lain untuk tinggalkan jejak mereka pada shoutmix dan cbox anda. Ini kerana saya mengalami kesukaran untuk shout kat blog anda. Saya terus menjadi silent reader tetap pada blog anda..dan saya terus tidak read atau view blog anda dengan tidak sengaja. Untuk mereka yang suka padatkan blog dengan widgets, lagi la senior blogger malas nak view blog anda. Ini blogger senior sendiri yang cakap pada saya taw.

I'M SORRY(amir maharaja lawak...wahaaaaaaa)
MATA KE ATAS TANGAN KE DADA(sentap)


Ye..saya taw. Orang lain dah tengok cerita ni. Saya terlambat an? Tak mengapa. Baru semalam saya tengok cerita ni. Tak kurang 3 kali saya nangis. Wahaaaa.. Kisah ni bukan pasal cinta semata-mata tetapi realiti hidup penduduk miskin di India. Babak yang paling saya tak tahan nangis ialah apabila seorang lelaki daripada keluarga miskin bunuh diri selepas diberhentikan study walaupun telah mereka satu ciptaan yang hebat. Dan yang paling lawak saat Aamir Khan dan kawannya melihat ibu tua menggiling capati dengan kayu yang digunakan untuk menggaru suaminya yang sakit. Wahahahaha. Pada yang belum tengok, cakap banyak tak guna, korang tengoklah sendiri ye.=)

21.5.11

9 Hari Lagi Sebelum Contest Ditutup..

SILA KLIK SINI UNTUK TERMA DAN SYARAT

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 1 JUN 2011

HADIAH MISTERI MENANTI ANDA  

Attention : Tidak semestinya kisah benar ye, cuma jangan copy paste je..hihi

Demi Provoke korang untuk menyertai Contest Kisah Paling Menyayat Hati, Muni sediakan lirik lagu sedih ini untuk korang karaoke bile je korang bukak blog Muni...enjoy!!!hahaha...

Apa Artinya Cinta

Artist: Melly Goeslaw, Feat: Ari Lasso
Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yang tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta..


Nilai Dalam Akaun Nuffnang Saya Mula Bertambah!



Alhamdulillah, akhirnya membuahkan hasil. Dengan jumlah followers yang masih setahun jagung, ada juga nilai dalam akaun saya.  Terima kasih kerana menabung dalam akaun saya, kawan-kawan. Big Thanks for  unclepunyablog too. Walaupun nilainya masih belum boleh dikeluarkan, namun kadar peningkatannya agak cepat. Hihi.. Itu je nak cakap. So, Smile!!!

Dalam istilah Internet Marketing ia dipanggil affiliate marketing iaitu usahasama antara pengeluar dan syarikat pengiklanan untuk memasarkan produk melalui internet. Kita adalah third party atau orang tengah yang diberi komisen untuk memasarkan dan mempromosikan produk depa..hihi. So, lagi agresif korang berkempen, lagi penuhlah poket korang. Tapi kena ada strategi lah kan..hihi

SESAT DI TEMPAT ORANG!!!

Letih dan sedih..waa....dengan perut yang kosong dan cuaca yang panas...call yang tak berjawab dan penantian berjam-jam. Dahlah tak kenal sape-sape. Silap naik bas dan hampir pitam. Nasiblah aku diselamatkan oleh seorang pakcik teksi. Nak nangis time tu jugak tapi malu kat pakcik tu. Dahlah dia bagi tambang tak sampai lima ringgit. Terima kasih pakcik. Jumaat yang penuh dengan dugaan... Terima Kasih ALLAH S.W.T kerana masih sayangkan hambamu ini..

Terserempak Diana Danielle di sini. SILA KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR DIANA

SMILE HERE...

20.5.11

CONTEST KISAH PALING MENYAYAT HATI


29 MARCH 2011- 1 JUN 2011

Korang ada kisah-kisah yang paling menyayat hati korang ATAU law orang lain baca LEH FEEL..MAKSUD I, LEH WAT ORANG LAIN TERHARU?hihi...Nak kongsi sambil menang? Jom join contest Muni!


  Syarat Penyertaan? Mudah saje!!




  • Kenalah Follow empunya contest @ ekspresimunira dulu.
  • Terhad kepada satu entry sahaja.
  • Kisah anda mestilah asli. Sekiranya didapati anda meng"copy paste"  a.k.a ciplak, Muni berhak membatalkan penyertaan anda.
  • Tidak dibenarkan untuk menyentuh sensiviti agama, kaum, berunsur politik atau 18SX.
  • Kisah yang berunsurkan kisah benar akan lebih dipertimbangkan.
  • Tajuk entry adalah "Contest Kisah Paling Menyayat Hati" pastu letak imej banner di atas entry.
  • Sidebar korang mestilah ada banner ni.

Sidebar Contest
  • Tag 3 orang kawan yang tahu mengenai contest ni.
  • Tinggalkan link entry tersebut kat ruangan komen Muni.
Hadiah : Apa dia? Tunggu...


ADE BRAN???

CONTEST FRIEND FOREVER

KLIK LINK SINI UNTUK MENYERTAI



Gambar ini bukan sekadar gambar..
Ia adalah kenangan terakhir bersama housemates rumah no 35 selepas bersama-sama makan steamboat kat Renaz Restaurant, Kangar.
Masih teringat saat suka duka kami harungi bersama...
Nurul, Muni, Kak Zu, Juana, Anim, Adreen, Jiha, Kak Bel, Kak Wani dan Kak Ina...

Sekarang hanya tinggal enam orang sahaja..
Yang lain ada yang sudah tamatkan pengajian dan ada yang sudah praktikal di tempat lain..
Muni rindu bangat sama kamu...
Semoga kamu berjaya dalam karier, hubungan dan kehidupan...

Saya nak tag


* * *

19.5.11

Cantik ertinya Bahagia...

Jika anda baca entry saya sebelum ini, anda akan tahu kisah seorang wanita yang membunuh diri. Pada pandangan Muni, wanita itu punya paras menarik. Tetapi kenapa dia tak bahagia?

~16 Mei 2011~12.00 tgh mlm~Dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kangar

"Sabar ye. Saya dah usahakan yang terbaik. Astaghfirullahalazim, kami tak berniat nak buat macam tu. Tolong jangan salahkan pihak kami. Astaghfirullahalazim. Cuba encik periksa betul-betul. Kenapa encik tak datang tepat pada masanya. Kami buat kerja encik. Kami tidak kenal wajah semua pelanggan kami yang beratus-ratus sehari. Astaghfirullahalazim..Maafkan saya tapi saya rasa encik sudah salah faham.."

Perbualan telefon itu mengejutkan aku dari tidur. Aku curi-curi dengar. Sungguh sabar lelaki yang menjawab panggilan itu. Sedangkan aku dapat mendengar sayup-sayup suara daripada talian sana memaki hamun tak tentu pasal. Aku tersenyum mendengar slang utara lelaki yang berada di hadapanku itu. Sukar untuk jumpa orang yang amat penyabar apabila berkali-kali menjawab panggilan yang memaki hamun dirinya. Nada suaranya amat sopan dan sangat CANTIK!.ALAMAK, DAH TERJATUH CINTA AKU PADA SUARA ITU..SAHAJA YEE..haha..

Jangan fikir negatif ya. Saya tidak akan mengganggu insan lain, cukuplah senang mendengar tutur katanya. Lelaki yang baik biasanya sudah dimiliki. Seperti mana yang BF dan SUAMI2 di luar sana yang mahu pasangannya setia seperti itu juga saya mahukan dalam hidup ini. Kadang-kadang walaupun kita sukakan sesuatu itu, kita harus biarkan ia kerana dengan menyatakannya atau mendapatkannya, kita akan melunturkan kecantikan atau kebahagiaan yang ada padanya.

Dan saya sangat sayangkan BF saya...
*   *    *

Sungguh unik cara kita mengecapi kebahagiaan. 
Ada yang sudah merasakan bahagia itu apabila berkumpul semeja bersama ahli keluarga atau insan tersayang. 
Ada yang bahagia apabila melihat insan lain bahagia.
 Ada yang bahagia hanya apabila memberi makan kepada seekor kucing terbiar. 
Ada yang merasakan bahagia apabila tertawa dan bisa tersenyum.
Ada yang mengecapi kebahagiaan tanpa kemewahan...


Kecantikan beerti bahagia. Bukankah kecantikan itu menyedapkan mata dan menyenangkan hati. Seperti mana juga bahagia, ia dapat dirasa dan menyenangkan hati yang memandangnya. Cantik fizikal tidak kekal selamanya. Jangan meminta lebih dalam hidup kerana kita mungkin kehilangan perkara yang lebih berharga demi mengejar apa yang kita inginkan. Belajarlah bersyukur.


p/s: saya bukan cari harta semata,atau rupa di mata...saya mencari hati suci murni

Pujangga dan Derita!

Saya cuma mahu berkongsi apa yang saya dapat hari ini..


Dia tahu dan dia tahu apa yang dia tahu,dia adalah bijak-ikutlah dia..
Dia tahu tetapi dia tak tahu apa yang dia tahu, dia terlupa-ingatkan dia..
Dia tidak tahu dan tahu dia tidak tahu, dia adalah biasa-ajarlah dia..
Dia tidak tahu tetapi dia tidak tahu yang dia tidak tahu, dia adalah dungu-tinggalkan dia...
Dia yang tidak tahu tetapi buat-buat tahu, dia adalah tin kosong-lenyapkan dia..


-anonymous-

DI TAHAP MANA ANDA BERADA?


DAN..


PENGANTIN CUBA BUNUH DIRI SELEPAS TEMAN LELAKI PUTUSKAN HUBUNGAN.

[Kosmo] CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin. 

Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan. 

Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin. 

Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut. 

Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa.Untuk melihat wajah wanita tersebut, saya link kan -http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/05/pengantin-cuba-bunuh-diri-selepas-teman.html..

18.5.11

terima kasih buat saye begini

perhatian..kepada yang tak sanggup...jangan baca,ok!

arghh
sampai hati kamu
apa dosa saya pada kamu
kenapa saya yang selalu dihampiri
kenapa saya yang selalu kamu sakiti

pedih...
amat pedih..
geramnye hati tidak tertahan
macam mane lagi harus saya lakukan
supaya kamu lenyap dari hidup saya
supaya diri ini idak menjadi mangsa

lantas benak ini memberikan penyelesaian
di dalam kepekatan malam
tinggal aku sorang
tergapai-gapai dalam pencarian

itu dia!!
LINGKARAN FUMAKILLA
lantas ku cucuh api
ku biar mati
kamu NYAMUK durjana
biar kau terseksa
kerana ganggu aku buat kerja
hahahahahaha!!!!!!!!!!

p/s:kalau terasa hampeh, tepuk dahi sendiri ye..sape suruh korang syok sangat bace..wahaaa!!!

14.5.11

PAGI-PAGI DAH ADE ORANG NAK KENE TAMPAR!!!!!!!!!!!

Oleh kerana sabar ni ada batasnya.....

Woi mamat, engko pehal nak wat page kat facebook nak kutuk aku bagai. Kalau nak wat takyahlah mention name aku. Dahlah ko tu pernah jadi coursemate aku. Kang tak pasal-pasal putus kawan camtu je. Aku bukan kaki maki sebab tu aku tak pandai dan tak sanggup nak sebut macam-macam perkataan yang pedih mate mebacenye. Panas betul la ko ni! Law dah menyampah ngan aku pon tulis je lah kat wall aku. Tak payah nak ajak ramai-ramai orang kutuk or benci aku. Aiiiii...nasibla aku ni bukan kaki maki....

DISEBABKAN SEMUA BLOG & BLOGSPOT MENGHADAPI MASALAH SEMALAM...(ARGGHHHH))

1.Saya Punya Peserta Contest Hilang!!!!!!!!!!!!!!

UNTUK SYARAT PENYERTAAN SILA RUJUK LINK INI


Kepada peserta yang telah mendropkan link daripada 11 hingga 13 May, sila dropkan kembali ye...kesulitan amat disesali..




2. Entry Kesayangan Saya Hilang!!!!!!!!!!!!!!!!

MY SIS  AND I
SAMA TAK?

Terlupe yang my sis saye ade blog -http://aiwanikita.blogspot.com/ ..haha..kerana die kurang meng update blognye walhal die lebih dulu blogging dr saye..huhu..akhirnya die telah menamatkan pengajian di UM baru je minggu lepas dan saye masih lagi merempat di UiTM Perlis. Sorry, die dah berpunye..haha..My sis agak feminin dan saye agak nakal. (sebab tula die garang ngan saye)..hehe..but she is so caring.. tak tawla die marah ke tak wat entry ni but I juz wanted her to know that she is the best sister i ever had...


p/s:bile entry ini ditulis balik, dah mcm takde feel....waaaaaa

12.5.11

TERIMA KASIH DAUN KELADI

terima kasih..terima kasih..terima kasih.. ditujukan kepada

PAKCIK SAYE(uncle)
AIM(mentor)
MAWE(first follower,skrg pn still jogging sini)
CIKGU TAT(EHEM2)
ATUK PENGINTAI(bermulut pedas..hehe)
SOLICIOUS
MOK & SONS


kerana tetap meluangkan masa melawat saye bebaru ini iaitu ketika saya sedang berperang dengan exam dan masalah peribadi yang kritikal. Terima kasih terutamanya kepada PAKCIK SAYE(unclepunyablog) kerana meletakkan link saya di ruangan pakcik walaupun jumlah followers pakcik agak ramai dan selalu menabung di blog saye. Menjadi link yang ke-12 juga membahagiakan,uncle.=).

kadang2 kita menganggap perkara kita buat tu kecil cuma tetapi amat berharga di mata orang lain taw..=)


KAN UNTUNG KALAU KORANG SELALU LAWAT SAYA. TAK PASAL-PASAL DI "GLAMOUR"KAN..HIHI..


PASAL CONTEST YANG SAYA BUAT TU, SAYA TAHU TAK RAMAI YANG BERANI NAK SERTAI.....WAHAHA.....TAPI JOM KITE TENGOK ENTRY SAPE YANG PALING MELEKAT KAT HATI SAYE~~~~

9.5.11

NTAH!




Ntah ape-ape...Oleh kerana terlalu lame diperam oleh musim exam, aku telah menjadi biul. Bukan bisul ek. Kepala pon jadi mereng. Semua orang aku marah. Blurrr. Apa yang berlaku kat dunia luar pon aku tak tahu seperti mana yang berlaku kepada blog aku pon aku tak pasti. Diserang kemerengan tahap melampau taw...agaga..biarkan aku menyewel seorang diri. Kenapa? kerana esok paper last and aku akan pulang ke kampung halaman pada malamnya. Horay!!!!!!!!!!