Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

19.10.13

Tak Pro!

Assalamualaikum w.b.t


Saya budak baru belajar. Freshie lagi. So saya memang TAK PRO! At least saya cuba...

Kalau awak tak berupaya membangunkan, sekurang-kurangnya JANGANLAH MENGHANCURKAN.

Dan kepada pengadu domba, anda tak baik buat cerita......ish ish ish.. Muni tak suka taw.....

25.9.13

Tekanankah? Tidakkk

Assalamualaikum w.b.t...

Gambar Senget Tempat Keje Sayee


Lamanya masa yang saya ambil untuk merepek. Ya, agak sibuk mungkin. sibuk ngko. Banyak yang boleh saya simpulkan sepanjang saya belajar dan perolehi namun belum cukup pada umur ini.

Rindu dengan zaman remaja...

Rindu taw...bila dah masuk ofis, banyak benda kena buat, banyak perkara yang harus di 'settle' kan. Fikiran tertumpu pada kerja dan deadline je. Owh, tak adil kalau becerita bab ofis. Macam la orang lain tak banyak keje macam saya kan. Tapi tugas baru ini betul-betul mencabar kredibilit saya sebagai seorang yang junior.

Bila sifat 'Saya Boleh' mengganggu..

Dua perkataan ni la yang buat saya sabar dan terus sabar. Saya pon tak tahu bila saya boleh get rid of this feeling. Bila ada halangan dan dugaan yang berat, nanges sorang-sorang. Esok O.K balik. Menyampah betul la dengan kau ni Muni .

Sekian =)

4.6.13

MENGEKALKAN ADALAH LEBIH SUKAR

Assalamualaikum w.b.t...




Baru sahaja selesai bersembang dengan seseorang. Special ke? Semua yang muncul dalam hidup saya adalah istimewa kerana Allah swt yang telah mentakdirkan pertemuan itu. Alhamdulillah. Dia merupakan salah seorang staf paling lama di resort kami. Ia adalah sesi perbincangan yang tidak dirancang sebenarnya.

Opss.. untuk pengetahuan anda, saya telah membuat keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatan tu. Kenapa ye Muni? Saya ada alasan tersendiri, biar sahaja saya yang tahu.

Katanya, mengekalkan adalah jauh lebih sukar. Anda mungkin boleh dapat seribu benda yang sama tetapi untuk mengekalkan sesuatu itu, tak semudah kata. Terkesima saya dibuatnya bila mendengar luahan hamba Allah itu sewaktu berehat menghilangkan dahaga sebentar tadi. Betapa saya memandangnya sebagai seorang yang biasa rupa-rupanya seseorang yang berfikiran luar biasa. Bila berkawan, haruslah bersedia menjadi pendengar. Saya sudah mendengar pendapat bernasnya. Begitu tinggi wawasannya. Dia yang telah melihat dan melalui jatuh bangun itu.

Masih punya masa. Harus kerjasama merencanakannya. Tiada halangan , hanyalah penyelesaian. Well, if the plan A didn’t work, why not move to the plan B? Walaupun tidak berjaya, sekurang-kurang kita cuba, right?

14.4.13

Ke Mana Tumpahnya Air Kalau tak Ke Riba....

Suatu Hari di ICT Maras..
 
Takde gambar lain ke ko nak letak, Muni??

Assalamualaikum…
Hari ini bermula agak suram. Alhamdulillah, badan saya agak segar kerana terlebih tidur. Oopss... Hehe.  Sebenarnya saya ingin menceritakan KISAH YANG BERLAKU SEMALAM mengenai peristiwa yang lucu bagi orang lain tetapi tidak memalukan bagi saya. Kenapa tidak memalukan? Kerana peristiwa ini seringkali terjadi pada saya. Fuhh.
First of all, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang dan kakak angkat saya yang sudi belanja kami semua makan di gerai Ikan & Sotong Celup Tepung di Maras, Batu Rakit. Keenakan sotong yang besar tidak dapat saya sangkal lagi dengan telur masih di dalamnya. Namun begitu….
KEDINGINAN AIR KELAPA DI RIBA
Korang mesti dah boleh agak apa yang terjadi kan.  Akibat ter ‘ultraman’ gelas berisi air kelapa saya, gelas itu terbalik membasahi jeans saya dan Ainun, kawan saya, sekali. Fuhhhhhhhh…. Sebenarnya saya telah menyaka ianya akan terjadi tetapi tak sangka seteruk itu.
Saya agak bernasib baik(ye ke?malang sebenarnya) kerana abang dan kakak angkat saya sudah mengetahui perangai saya yang satu ini. Oleh kerana itu, menjadi bahan guraun sepanjang perjalanan pulang. Terima kasih semua.
PERISTIWA YANG SAMA BERLAKU BEBERAPA MINGGU YANG LALU…. MUNI…MUNI…ISH3

P/S; SEMUT CELUP TEPUNG

10.4.13

Buat Pulussss

Assalamualaikum w.b.t...




Ini hotel saya, kerjaya pertama saya DI SINI. Cuba teka di mana??

Salam sejahtera semua...ewrrr...asal rasa macam janggal je ni? Maklumlah dah lama tak berblogging, hampir 4 bulan saya kira. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat kepada semua yang melawat belog saya. asal rasa macam makin janggal je....kwang3.

untuk pengetahuan kome-kome sekalian

Blog saya sentiasa dikunjungi rerakan walopon belog saya koma...err..maksud saya walaupun saya tak aktif berblogging. Ye la semenjak membina kerjaya ni, sangat amat sibuk kesalahan tatabahasa di situ.

Saya baru sahaja membuat pilihan...err....bukan...saat saya menaip ini, PRU 13 belum diumumkan tarikhnya. Maksud saya, saya telah membuat keputusan baru-baru ini iaitu menolak jawatan executive yang diberikan kepada saya atas sebab-sebab tertentu. Saya percaya, rezeki itu diturunkan oleh ALLAH SWT, bukannya manusia. TIADA PAKSAAN. Namun saya tetap akan meletakkan jawatan saya sebagai Coordinator. MUKTAMAD!

Sebab apa meh?

It's all about the money..it's all about the dum dum dara dum dum...melalut la pulakkkkk


Sekian untuk hari ini.



berita baik!!!!

saya akan aktif berblogging..oyeahhh...errr....berita baik ke?