Assalamualaikum w.b.t...
Baru sahaja selesai bersembang dengan seseorang. Special ke? Semua yang muncul dalam hidup saya adalah istimewa kerana Allah swt yang telah mentakdirkan pertemuan itu. Alhamdulillah. Dia merupakan salah seorang staf paling lama di resort kami. Ia adalah sesi perbincangan yang tidak dirancang sebenarnya.
Opss.. untuk pengetahuan anda, saya telah membuat keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatan tu. Kenapa ye Muni? Saya ada alasan tersendiri, biar sahaja saya yang tahu.
Katanya, mengekalkan adalah jauh lebih sukar. Anda mungkin boleh dapat seribu benda yang sama tetapi untuk mengekalkan sesuatu itu, tak semudah kata. Terkesima saya dibuatnya bila mendengar luahan hamba Allah itu sewaktu berehat menghilangkan dahaga sebentar tadi. Betapa saya memandangnya sebagai seorang yang biasa rupa-rupanya seseorang yang berfikiran luar biasa. Bila berkawan, haruslah bersedia menjadi pendengar. Saya sudah mendengar pendapat bernasnya. Begitu tinggi wawasannya. Dia yang telah melihat dan melalui jatuh bangun itu.
Masih punya masa. Harus kerjasama merencanakannya. Tiada halangan , hanyalah penyelesaian. Well, if the plan A didn’t work, why not move to the plan B? Walaupun tidak berjaya, sekurang-kurang kita cuba, right?
No comments:
Post a Comment