Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

22.11.11

YO_ COMPLETED ME! ~thats what i miss~


Alamak, lagi 2 bulan nak habis belajar. Pastu praktikal. Muni da dapat 2 tempat praktikal. 2 2 tu hotel. Satu kat Bayview Langkawi dan satu lagi kat Hotel Seri Malaysia, Kangar. Tataw lagi nak pilih y mana satu. Korang tolongla suggestkan. Hehe. BMB5AD, mesti Muni akan rindu korang semua taw. Ni dak kelas Muni. Kitorang sangat suka gelakkan orang lain...dan gila bergambar....


19.11.11

Aku Dicium..ahhh!!

Oh asyiknya persaan ni. Walaupun dicium tanpa kerelaan dan tanpa sedar, Muni sangat eksaited. Sampai bengak bibir I dikerjakannya. Sangat bahagia apabila bibir yang bengkak dan kemerahan ini mendapat  perhatian ramai. Terasa diri ini seperti di awang-awangan.

Woi nyamuk!!!Law nak gigit boleh tak jangan gigit bahagian muka. Pedih jugakla. Susah nak cakap dan merapu dengan keadaan bibir yang cani. Hahaha. Dah macam Kilafairy bibir atas Muni ni! Orang syok tidur, dia mai buat kacau..Geram toi. Dahla pasni nak kuar ngan Candyman. Haha.

Cakap sal cium-cium ni kan, korang mesti dah lali tengok orang cium-cium kan?ekspesheli dalam filem la. Tatawla korang pernah tengok secara live atau hadapinya.Hahahaha gelak jahat. Muni ada satu soklan la nak tanya korang. Muni dengar kat lagu Grenade dari Bruno Mars cani-

"Should have known you were trouble, 
From the first kiss,
 Had Your Eyes Wide Open, 
Why Would  They Open? "

Toi ke depa cakap law pasangan kita comolot dengan mata terbuka, maknanya dia ada sembunyikan sesuatu or curang la an? Muni tataw..Cane nak taw orang tu sembunyikan sesuatu atau curang sebelum kawen law kita tak pernah cium dia? Fuhhhh..Ne la taw yang baca ni ada ilmu cium kot. Hukhuk. 

18.11.11

Ku Tahu Kau Rindu..Ahakss

Ala..bucuk2. Rindu ye? Saya memang suka wat orang rindu neh..diamlah!!!


Dah lame Muni tak ngapdate belognye. Heehe. Korang tawla bosh beshar macam ai. Haha..Muni sibuk dengan hal duniawi sangat. Sampai makan pon tak lalu taw fine, tipo..selera makin bertambah adaaa~


Selesai menduduki SPM! koya! Takdela, tadi baru je pas test Strategic Marketing Management. Fuhh, berpeluh wa meniru menjawab!. Banyak yang tak sempat tiru jawab tadi. Tapi takpe, itulah yang anda perolehi hasil daripada enjoy study yang sekejap dan menonton perlawanan bola malam sebelum test.

Bercakap mengenai perlawanan bolasepak antara Indonesia dan Malaysia, Muni boleh rumuskan bahawa rakyat tempatan sudah mula memberi perhatian terhadap pasukan bolasepak tanahair. Tak payah cakaplah macam mana layanan orang Indonesia terhadap rakyat dan team kita. Boleh dosa je sebab masa amatlah singkat untuk memikirkan mengenai orang yang menyakitkan hati kita. Yang tak boleh blahnya, satu rumah jerit2 tengok game semalam. Geram nye pasal besela orang pompuan kan. Wakawaka betollah!!.

Pagi tadi sempat dengar HotFM bercerita mengenai sokongan paling unik pernah anda lihat dan alami. Yang paling tak bleh blah, ada sorang pompuan mengandung tu bersorak kuat sangat sampai kan rasa sakit nak beranak. Pastu dengar cite, beranak betul, dapat anak lelaki. Dah takdir.... Hehe..

Esok, Muni busy lagi kot..err? Ye, Sabtu...busy wat apa tataw. Tidoq kot..haha..Japgi nak jumpa adorable lecturer Muni yang telah mereject introduction research Muni kat 3 kali..err. Harap2la kali ni beliau menerimanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

6.11.11

Sweet Sacrifice~



Salam Aidiladha untuk semua muslimin.

Law sape-sape yang fanatik Evanescene mesti pasan tajuk entri ni merupakan tajuk sebuah lagu kumpulan tu.

Sebelum tu, Muni nak ucapkan selamat kembali kepada Cikgu Wan. Hari tu jumpa dia kat RPA Arau tapi tak sempat tegur dan Cikgu Wan pon cam rushing hari tu. 

Hari ni merupakan hari yang agak sunyi kerana mak dan ayah Muni sedang mengerjakan haji di Tanah Suci. Suasana agak berbeza dan sayu. Balik rumah je takde feel. I want my mother and father right now....(T.T). Nasibla ada adik-adik dan anak buah yang comel menjadi mangsa buli padahal aku yang kena buli. Hahaha..

Muni rasa Muni tengah rindu kat seseorang kot~ Tu yang perangai pelik semcam je. Hehehe. Takde la..Propa je.. Walaupun propa, tapi ia sweet. 

***
Korang tahu tak benda/seseorang yang mudah nak dapat mudah jugak nak hilang/rosak? Tapi ia takkan mudah hilang jika korang ambil berat terhadap benda/seseorang itu. Jadi jika korang dah dapat sesuatu benda tu, berhati-hati. Jangan rosakkan dan lukakannya supaya ia akan bertahan lama. Tingkatkan tahap kesabaran korang jika benda/seseorang itu memberi ujian besar kepada korang. 

Jangan terlalu obses dan jangan pula terlalu mengambil mudah terhadapnya supaya kamu lebih bersedia bila masa ALLAH SWT mengambilnya sementara atau selama-lamanya daripada kamu.

Anggaplah kesabaran korang itu adalah pengorbanan paling manis pernah korang buat...

2.11.11

Si Manis

Lagu kegemaran Si Manis walaupun Muni bukan "This girl"

Muni rasa sayu. Esok,  Muni akan bertolak pulang ke Terengganu untuk cuti Aidiladha dan mid sem selama seminggu. Si manis akan hantar Muni pulang. Muni pon tak faham apa yang tak kena dengan mood Muni. Yang pasti Muni rasa lain macam dan cakap perkara yang bukan-bukan walaupun itu memang kebiasaan pon!. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah ketenangan kepadaku.

Mengenai kekalahan Terengganu kepada Negeri Sembilan; Negeri Sembilan memang layak mendapatnya. Rezeki tidak berpihak kepada Terengganu barangkali dan kelalaian membawa padah. Sudahlah malam tu juga Chelsea kalah kepada Arsenal 3-5. Kalau tengok pada cara permainan, memang layakla dengan kekalahan itu. Alhamdulillah, rasa kecewa itu Muni kongsi bersama Si Manis yang pakai baju Chelsea malam tu hahahahaha

Petang tadi Muni pergi stadium -kompleks sukan UiTM Perlis, tengok game UiTM lawan UKM. Alhamdulillah, menang 3-0. Tadi happy lebih sikit sebab tengok ngan classmate dan jiran sebelah. 

Sangat sibuk dengan latihan praktikal dan sebagainya. Rindu nak bw korang. Tapi mood nak berblogging ni jatuh ke tahap siifar. Kenapa ye? Muni pon tak faham. Tunggu keghairahan nak berblogging datang balik, baru Muni speed bw blog korang. Leh cenggitu? Huhu

Siapa Si Manis? Orang Baru ke? Kawan je.. Kawan je laaaa..Antara kawan yang manis. Macam korang jugak. Tapi bezanya Si Manis di sisi Muni di saat suka dan duka..buat masa ni. Maaf, Muni bukan couple dan tiada istilah bf dan gf di sini. Tak nak sebarang komitmen. Biarlah masa yang tentukan segalanya~~~