Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

20.7.15

AKU, DIA DAN KAMU

Assalamualaikum wbt...

Rupa-rupanya ramai yang menjadi pemerhati, membaca dalam diam.

Mesej untuk pemerhati?

Tiada,

Tiada mesej untuk pemerhati,

Semua sudah saya jelaskan.

Terlalu sukar untuk melupakan dia, sungguh bukan saya yang pinta.

Saya bukan datang dari keluarga yang senang.

Banyak kepayahan, penat lelah yang saya lalui semasa kanak-kanak sebaya saya sedang bersuka ria.

Apa yang berlaku sekarang jauh lebih berat daripada perkara yang pernah saya lalui.

Saya tak salahkan takdir saya, saya juga tak salahkan takdir kamu bila kamu tidak mengalaminya.

Saya sedang mencari kekuatan.

Adakah hanya kematian yang memisahkan kami?

Jikalau begitu, kamu akan mencipta kematian buat saya?

Hanya ALLAH SWT yang Menciptakan kematian...bukan kamu.

Jika sudah tertulis begini, saya akan tabah melaluinya.

Doakan saya...doakan saya dapat melupakan dia.


Walaupun kisah kita bukan kisah Nabi Ibrahim, Siti Sarah, Siti Hajar & Nabi Ismail (Tidak, saya tidak semulia mereka!!). Manakan lahir Ismail zuriat Ibrahim dan Hajar?

Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui, Maha Penyayang.


Ya Allah SWT, Beriku kekuatan untuk melupakan dia.