Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

24.8.12

Bagaimana nak vs MALAS?ini soalan laa...

Assalamualaikum w.b.t..

lalala~~~Selamat Hari Raya, Hari untuk orang lain bersuka ria~~~'

Hai, marah nampak cik Muni kite ni...pheww..hahhaa...adakah kedatangan bulan?Tadak2...mana ada. Muni sihat fizikalnya cuma mental berserabut sikit pikir sal pekerjaan. Betul ke pikir sal keje jee? Betul3..salah. Muni ada gak pikir sal attitude Muni ni. Kenapa lahhhh pemalasssss sangat.

Are u serious sakit malas u itu sangat serious? kekekeke

Pengakuan yang amat sadis dan tragis. Opkos la rase kemalasan bertambah berganda2 menjadi tsunami yang meresahkan diri sendiri bila sudah menamatkan pelajaran. Taknak sambung blajar dah ke Muni? 

Malasss.... Tipu law cakap tak teringin nak sambung...teringin babe, sape cakap tak???Tapi nak kena cari wet untuk sara diri sendiri. Malas dah nak memintak kat PTPTN dan menyusahkan pihak2 y lain. Ingat saya tak ingin berdikari ke walau saya ada penyakit MALAS??!! hambik koo!!

Patutla ko tak kawen-kawen lagi..Ape korang cakap? Hang cakap biaq ceqmat sikit nah?!! Awat? Hang dah tak percaya pada jodoh kaa???

Jodoh tak datang law tak dicari. Carikk??

Malas. Malas. Malas. Tu je yang ko taw jawab, Muni.

Kepada sesiapa yang mahu berleter memberi nasihat ataupun tips2 untuk menghindari penyakit malas ini, sila komen kat bawah. Anonymous dibenarkan untuk berleter memberikan cadangan yang berkaitan sahaja.

Segala sindiran adalah tidak diterima sindirla, aku nak tengok sape punya sindiran yang boleh meletupkan benteng kesabaranku...tapi aku malas laa nak marah2...aku kan pemalasssss.

9.8.12

Tanpa Baskin Robbin Pon

Assalamualaikum w.b.t

Bertenaga? Tak pose ekkk? Syhhh..Sorry sikit, skrg ni waktu malam(ketika update)

Hoyeahh, bertenaga.
(Walaupun sedang ngupdate sambil mata layu)

Bertenaga yang Muni maksudkan di sini adalah secara mental dan fizikal. Sangat happy bila Muni mula bersemangat bercakap mengenai isu semasa dan bukan lagi pasal hati dan perasaan. Syoknye, syoknye ade mat kool....hehe..mat kool takde, itu cuma sebuah jingles iklan eskrem je pon..tak makan pon eskrem Baskin Robinging free ari ni sebab K.Terengganu tade baskin cume ade basket je..hihik.

Apa yang buatkan saya happy? Mestilah sebab perjuangan saya sebagai seorang student sudah habis untuk part degree, InsyALLAH. Macam nak sambung lagi jerr...tapi tadak duwet g. Tggu stable laaa..Sekarang ni keja, keja , keja. Tamaw pikir hal len dah. Law dia mai depan mata, Muni belah. Haha..

Raya? Raya macam mana?

Tahun ni tadak tetamu spesel nak datang beraya kat umah seperti tahun yang sudah. Baju raya pon 5 6 pasang je(tipu untuk wat korang jeles walopon korg x kisah). Umah tak kemas pon, meh duduk bersila je semua. Time tu, nak melanguk tengok tv je, pakai kain tshirt dan kain batik, tanak hidang kueh; air je.(Gurau la, janganla cakap Muni teruk sangat)

Sekian update terbaru dari Muni. Others? Coming soon sebab mata takleh nak bukak n asyik silap taip...huhu

Guten Nacht!

2.8.12

Eksekutif Pengangguran!

Assalamualaikum..
Walaupun sudah kelewatan, ingin Muni ucapkan~Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...hehe
Wahh.. Muni amat merindui kalian semua. Sudah hampir 2 bulan selepas Muni update blog kali terakhir iaitu pada bulan Jun. Rindu berblogging seperti dulu apakan daya masa dan minat yang tidak mencukupi lagi..err..

Apa khabar sahabat blogger? Terlampau banyak perubahan yang berlaku kepada kamu sewaktu kesunyian Muni. Namun ada jugak yang lemau macam Muni. Hehe.

Btw, Muni dah selamat menghabeskan latihan praktikal pada 22 Jun yang lalu. Dah lama sangat dahhh.. Haha. Macam-macam yang berlaku sepanjang latihan paktikal itu berjalan. Banyak jugak yang Muni belajar secara fizikal mahupun mental. jadi pesakit mental pon ada. Nasibla iman masih lagi di dada. Sangat memenatkan sampai malas nak cerita.

Seperti kisah  perhubungan saya yang meletihkan, malas nak ingat dan malas nak cite sebab menyedihkan semuanya. 

N now i am goin to.....

WORKKK!!!


Guess what? I am an active job seeker rite now! Walaupun ada interview even waktu Muni praktikal yang lalu namun Muni terpaksa lepaskan kerana Muni plan nak keja pas raya. Huhu. Jadi Muni kena wat schedule untuk pergi interview yang mana dahulu. Cakap macam banyak dapat jeeee..heheheeee...takla, Muni kan suka tambahkan perencah dalam masakan. Tak sampai sepuluh pon..haha..




Adakah Muni berjaya dalam semua interview tersebut? Doakan yang terbaik buat Muni.
Soalan Kedua, Adakah Muni berjaya mengubah destini anak bangsa, oopss silap, adakah Muni berjaya mengubah atitude Muni yang ntah apa-apa ini? Sama-sama kita saksikan. Oyeahhss. Hihihi



Muni akan update lagi dalam masa terdekat. Make sure bagi feedback taw. Hahahaha...

Wasalam.

(SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH HASIL BELAS EHSAN PAKCIK GUGEL...HUK3)