Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

26.4.11

CONTEST: JOM SKODENG BLOGGER LAIN

http://red-kamikaze.blogspot.com/



(maaf..x igt dh care nk link kat pic..waaha..)

Telah di tag oleh  mamat romeo.
Ape nak cakap ni. Oteh!

Anda rasa anda seorang yang peramah ke? Atau keje anda hanya duduk stalk tapi sembunyik di balik desktop sahaje? Ape la salahnye hangpa pi tegur blogger yang hang dudok skodeng tu. Tak ade di bako nye. Dengan care cenggitu dapat menambahkan ramai kenalan dan menunjukkan betape caring nye korang. Korang caring macam Muni ke?(mata ke atas tangan ke dada)

Adakah entry ini menepati citarasa empunya contest? Mana maunye...


Contest ini berakhir malam ni. Tag kan 5 blog yang wajib korang skodeng.

Dan 5 blog yang selalu aku tertinggal selipar ialah;

Nur Solehah
Solicious
yua
uncle
moks&sons

apa tunggu lagi..jom join..oteh, saya nak pi carik balik selipar saya tu..tata

24.4.11

SENTAP

Apa salah saya?
Kenapa awak dah tak layan saya?
Saya tak anggap awak tidak lebih daripada seorang kawan.
Tiada niat pun nak lebih daripada tu.
Adakah saya terlampau mengada-ngada bagi awak?
Adakah saya cakap sumtin yang wat awak sedih?
Saya sendiri pon tak faham.
Kalau tak cakap macam mana saya nak tahu.
Apa salah saya?
Saya tak berniat nak buat perkara yang tak betul pon.
Dan saya tak akan kata awak sombong.
Kerana saya kenali awak bukan sebagai orang yang begitu sebelum ini.
Betulkan saya andainya saya silap.
Mungkin awak terlepas pandang.
Mungkin awak sibuk..
Ya, mungkin.
Namun seandainya ada tindak tanduk saya yang tidak di senangi..
Tegurlah dengan berhemah.
Terima kasih kerana menjadi kawan saya.



Saya mencari kawan, bukan lawan...

22.4.11

buat mereka yang masih belum berpunya....

Ini kisah yang mungkin buat anda semua tersenyum..paling tidak pon berfikir...

Sudah masuk tahun ketiga saya saya belajar di sini. Dulu, saya selalu menangis teringatkan kampung. (sekarang dah kurang taw) Sebagai pelajar jurusan ijazah di universiti ini, kami perlu tinggal di rumah sewa. Oleh kerana keadaan terdesak, saya tinggal di sebuah rumah sewa bersama teman rapat saya dan empat orang lagi housemate yang tidak dikenali. Di sini, saya berkenalan dengan seorang  daripada mereka iaitu Nana(bukan nama sebenar). Dia amat ramah dan memahami saya. Dahlah dia suka menolong saya, low profile pula tu. Saya amat selesa berkawan dengannya. Suatu hari, sewaktu Nana berborak dengan saya, dia mengeluh;

"Muni, kenapa tak ada orang yang nak kat Nana. Nana tak cantik ke?"

Saya pasti, ramai mereka di luar sana yang berfikiran seperti ini jika mereka masih belum berpunya. Tambahan lagi Nana pernah dikecewakan oleh seseorang.

Lantas saya menjawab;

"Tak adelah. Nana cantik. Cuma kita perlu bersabar. Jodoh itu ada.Tuhan sedang menguji kita.  Mungkin Dia memberikan kita orang yang salah supaya kita belajar daripada kesilapan dan lebih menghargai orang lain yang datang selepas itu."

Nana pernah bertanya saya soalan itu sebelum ni. Saya amat memahami perasaannya.

Sebulan yang lalu, sewaktu saya sedang mencari telefon saya yang hilang(ala..saya kan pelupa), Nana menerima satu SMS. SMS itu datangnya daripada seorang lelaki yang diminati oleh Nana. Lelaki itu bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang ditemui Nana sewaktu dia buat assignment kat sana. Nana tidak menyangka lelaki tersebut juga meminatinya!!!

Saya dapat melihat riak kegembiraan kat wajah Nana. Wajah dia berseri-seri selepas hari itu. Perkenalan itu berlanjutan sampai ke hari ini. Kami housematenya dapat melihat kesungguhan lelaki itu memikat Nana. Lelaki itu punyai pakej lengkap sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab. Saya berdoa supaya hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat.

Sebentar tadi, dia baru keluar makan bersama dengan lelaki budiman tersebut. Kenapa saya panggil lelaki itu budiman?? Kadang-kadang, sesetengah perkara harus dibiarkan menjadi rahsia=)

Lihat, saya pernah berkali-kali ditanya begini oleh kawan-kawan saya yang masih belum berpunya. Akhirnya mereka menemui jodoh yang lebih baik daipada yang saya jangkakan. Buat mereka yang masih belum berpunya, sabarlah. Saat itu pasti akan tiba . 

TIPS UNTUK MEMILIKI PASANGAN

1. JANGANLAH KAMU MERENDAHKAN MARUAH KAMU UNTUK MEMPEROLEH               CINTA ORANG YANG BELUM TENTU MENJADI MILIKMU.

2. YAKINLAH DENGAN KETENTUAN  DAN HIKMAH DARIPADA ALLAH S.W.T

3. DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA TETAPI SEGALA-GALAYA MEMERLUKAN DUIT

4. KADANG-KADANG, KITA TIDAK MEMERLUKAN RUPA YANG MENARIK DAN HARTA YANG BANYAK UNTUK BUAT KITA BAHAGIA

5. ALLAH TIDAK MEMBERIKAN KITA APA YANG KITA MAHUKAN TETAPI ALLAH MEMBERIKAN KITA APA YANG KITA PERLUKAN.

2 BULAN PADA USIA 22 TAHUN

dari lubuk hati kecilku ini....

Bahagia.
Ya..aku bahagia....sangat bahagia duduk di negeri orang...bahagia macam nak melompat!!! (mata ke atas, tangan ke dada)..aku bahagia kerana hanya menghabiskan masa selama 2 bulan di negeri kelahiran sendiri pada umur 22 tahun..KORANG LAGI LAMA TAK BALIK KAMPUNG? LANTAKLAHHH...sape suruh korang tak balik..Umur 22 hanya datang sekali kot. Korang yang tak kesah tu mmg tak menghargai nikmat umur 22 tahun itu. Bagi korang yang masih muda, hargailah setiap detik umurmu. (watever muni)

Tempat jatuh lagi kan dikenang..
Mestila, kalau kau jatuh sekali dalam toilet kat sekolah pon kau ingat sampai bila-bila. Inikan pula rumah yang bukan sahaja tempat jatuh, malah tempat kau tidur bangun dan sembunyi law wat salah. Dah puas dah nyanyi lagu 'Rindu Serindu Rindunya'. 

Tolong.
Jangan nyanyikan lagu 'Balik Kampung. Please,please, please..kamu jangan nakal..Jangan meng'sayu'kan lagi suasana.bulan 7 baru balik...bulan sembilan kene kembali ke negeri orang..

Alamak..
Dah teringat kat kampung lagi. Sebelum keyboard ni basah dengan air mata, baik i chow dulu...

19.4.11

LAMBATNYA BOLEH BALIK KG!!

RINDU...



Shaye rindu pada bilik shaye.
Masih bersepahkah kamu?(hahaha)
Shaye rindu pada bantal dan katil shaye.
Masih empuk kah kamu?
Shaye rindu pada kucing kesayangan shaye.
Sudah gemukkah kamu?
Shaye rindu pada pasar minggu kat kampung shaye.
Masih sesak dan semakkah kamu?
Shaye rindu pada sofa ketika lepak tengok tv.
Masih samakah kedudukan kamu?
Shaye rindu pada bilik air luas kat rumah.
Paip hujan patah lagi  ke?(hahaha)
Shaye rindu ada jiran shaye yang penxxxxxx.
Masih tak berubah lagi ke?
Shaye rindu pada anak buah shaye yang petah?
Tak bosan ke mengutuk Mak Ani?huhu..
Shaye rindu ada dapur kat rumah shaye.
Mesti kamu sentiasa kemas tanpa shaye kan3?

PADA FAMILY?
ITU TAK PERLU DIPERKATAKAN LAGI..SEMESTINYA YEEE...

Arghh..tolong... Rindu ini tak tertahan lagi rasanya.


to my dear bf
p/s: i love u...miss u too laaa

17.4.11

BiLa MeReKa LuPaKaN KiTa...

Sabarlah..kerana ALLAH SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar..dan bersyukurlah kerana masih ada lagi insan tersayang bersama kamu.


Kenapa pulak ye entry saye lain macam je ye? Tak ade ape. Cuma mengenangkan nasib MELAYU yang mudah lupa.

Izinkan anda mengingatkan anda sebelum anda terlupa...


JANGAN DIKEJAR POPULARITI, BIAR IA DATANG SENDIRI...

JANGAN DIINGAT KEBAIKAN KAMU KEPADA ORANG LAIN TETAPI INGATLAH KEBAIKAN MEREKA KEPADA KAMU.

JANGAN DIINGAT KEJAHATAN MEREKA KEPADA KAMU TETAPI INGATLAH KEJAHATAN KAMU KEPADA MEREKA.



awi@muni



16.4.11

BILA KAMU DI ATAS JANGAN LUPA KAMU JUGA BOLEH JATUH!!!



AYAT YANG SEPATUTNYA IALAH;

BILA KAMU DI LANGIT TINGGI JANGAN LUPA RUMPUT DI BAWAH.. 


YA, KERANA KAMU JUGA PERNAH BERADA DI RUMPUT ITU. JANGAN TAK  SEDAR DIRI,  OKEYYY!!

Saya buat entry ini kerana melihat orang yang lupa diri. Ye! Lupa diri. Tak ingat dia juga pernah menjadi orang  baru pengemis seperti. Dia lupa ketika dia baru nak naik, macam2 dia buat untuk ke tempat yang dia  capai sekarang. Lepas dapat je ape yang die nak, dipijak-pijak dan diherdik-herdiknya orang yang baru nak naik.


JANGAN LUPA YE!


BILA KAMU DI ATAS JANGAN LUPA KAMU JUGA BOLEH JATUH!!!


DAN KESAKITANNYA BERKALI GANDA...


JANGAN LUPA DIRI, OKEY!




dan saya masih dapat melihat "perkataan" itu menari-nari di header kamu..cermin diri ya!!


KITA HIDUP SALING MEMERLUKAN

14.4.11

PaNGGiLaN MiSteRi dari CraZy StaLkeR!!



Aku rasa macam nak gila apabila diganggu satu panggilan misteri sejak berbulan lamanya. DAN SEMALAM AKU TELAH MENCAPAI TAHAP TRAUMA.

Profile stalker tu..
-tahu kedua-dua no phone aku
-tahu name aku
-tahu tempat tinggal aku
-tahu kalau aku sedang menipunya
-no phone yang hampir same denganku
-aku tak pernah dengar suaranye sebelum ni
-DAN SEBAGAINYE..HUUU

Malam semalam, aku ketiduran setelah tahap mengantukku mencapai tahap maksima. Salah satu tabiat burukku ialah aku akan terus mengangkat telefon tanpa melihat betul-betul nombor kat skrin. Aku ingatkan bf aku yang telefon rupa-rupanya orang lain. Dengan keadaan MAMAI, aku tidak menyangka orang itu 3G.. Nasiblah 3G tu failed. Lepas tu no misteri itu telefon aku balik. 

"kenapa awak cancel kan 3G?"

Aku cepat-cepat letakkan phone lepas aku tahu tu bukan bf aku.
Barulah aku sedar rupa-rupanya suara itu adalah milik suara lelaki yang selalu ganggu aku. Mungkin dia telah tukar nombor phone die setelah di warning oleh bf aku. 
Pastu dia 3G berkali-kali. Satu pon aku tak layan. 

Yang peliknya, dia boleh bezakan suara aku dengan orang lain. 

Aku suruh roomate aku sergah budak lelaki tu. Bile je roomate aku angkat phone, 

DIA TERKEJUT APABILA MELIHAT 3G DARIPADA LELAKI TU!

Korang buatlah assumption sendiri. Seriously, aku tak tengok pon 3G tu. TERKETAR-KETAR  AKU DIBUATNYA LEPAS DIA ASYIK GANGGU AKU DAN TAK PERNAH SERIK WALAUPUN DIUGUT OLEH ORANG YANG RAPAT DENGANKU.



TRAUMA!!!

So, hati-hatilah my dear friends ye. Kita tidak tahu bahawa kita sedang diintip oleh mereka yang ada niat yang tidak baik. Jangan dedahkan identiti kita pada sembarangan orang..

p/s:sedang berkira-kira untuk buat report polis. 
..to ATUK STALKER, this is not pointed to you..huhu

12.4.11

FoLLowers Ke SeRaTuS?==>SIAPA??

iNi bUkAN cOnTeSt...

              

Cuma saye ternanti-nanti siapa die ye..

  Pengikut Ke-100



Jeng..Jeng..Jeng..

Nak NaMa SaYa BaLiK!!


NAMA SAYA DALAM FACEBOOK TIDAK DAPAT DITUKAR!

Sudah hampir setahun saya cuba menukar nama profile saya kepada nama asal tetapi percuma! Sia-sia saja. Tapi saya boleh tukar kepada nama lain selain nama asal saya yang satu itu. Pelik bukann??

Apa ada pada nama?

Mestilah sebagai identiti anda di muka bumi ini.

PLUS(hehehe)

Nama saya perlu disebut dengan senyuman. Anda tidak akan dapat menyebut dengan betul jika anda hanya memuncungkan mulut anda untuk menyebut nama saya. Dan anda akan nampak lebih manis jika menyebut nama saya dengan seyuman.
Cuba sebut=> Munirah

Lembut sikit. => Munirah.

Senyum sikit=> Munirah (~.^)

Manisnya bukan terletak pada nama saya, tetapi senyuman anda.

Alangkah bagus sekiranya anda semua melawat blog saya dengan senyuman dan mood yang ceria.

7.4.11

DaPat BaBY!


Waa..ape punye mak sedare shaye ni...ermmm..shaye xtaw...maafkan shaye..baby yang ditunggu2 sudah lahir tanpa shaye sedari...baby boy!waaaa....ALHAMDULILLAH..

BEGINI CERITANYA..


Baru-baru ini Uitm diberikan cuti 5 hari kerana Perlis dilanda banjir. So, shaye baliklah rumah kakak shaye kat Kedah sane. Kakak shaye sedang sarat mengandung. Shaye pon tak sabar-sabar nak tengok baby. Shaye duduk kat rumah die 4 hari iaitu sampai hari Sabtu sebab banyak kerja nak di settle kan. Dia ngan abg ipar hantar saya naik bas kat Alor Setar. Dia ckp  rasa letih sangat  dah macam nak terberanak sambil tergelak. Tapi shaye taw die gurau-gurau mase tu. Semalam(Rabu), adik shaye call shaye. Die tanya apa name baby boy akak shaye..

APE?
Baby Boy?
Sejak bile akak aku ade anak lelaki?


waaaaa....akak shaye dah beranak 2 3 hari sebelum tu. Adik shaye yang cakap. Maafkan shayee...Shaye terlalu sibuk sampai tak bukak facebook tengok my sis buat announcement . Due date die akhir bulan ni. Tapi baby nak keluar awal. Nak wat cane kan? Baby ni mesti nakal macam shaye ni...mesti die nak keluar awal sebab nak jumpe shaye hari tu tapi tak sempat. Mak Ani rindu kamu!



Baby name ape?



Buat sekarang, Mak Ani tak dapat info lagi mengenai baby baru ni. Call akak berulang kali tapi tak dapat..



Ape lagi yang best?



Mak shaye nak datang Kedah. Mestilah die nak datang Perlis jugak.. Yes3.. I miss my mum so much!!!!

3.4.11

=)Shaye Shuke Fasha Menang!

Jangan marahhh..hihi
Saye cepat-cepat update entry baru sampai dah tak ingat kat contest yang saya buat tu.

Ye, Fasha Sandha menang Anugerah Pelakon TV Popular 2010. Kenapa saye suke? hihi. Saya suke sebab die LAYAK. Kisahnye sama macam Anna Rafali apabila dia memenangi Anugerah Juara Lagu. Ye, die memang layak. Mungkin peminat Lisa geram baca entry ni tapi saya tengok bakat lakonan Fasha amat jelas kelihatan. Walaupun sewaktu menyampaikan anugerah, dia di 'usik' kasar mengenai kisah cintanya tetapi dia amat profesional. Well, saya bukan peminat dia tapi dia dah bagi yang terbaik sepanjang kariernya dan dia layak mendapatnya. Jangan dipertikaikan ye =)

Dan kenapa dalam banyak-banyak anugerah, ini yang saya pilih untuk dibuat entry?

SEBAB KITA CENDERUNG UNTUK MEMILIH SESEORANG YANG KITA SUKA SEHINGGA KITA TIDAK MELIHAT KEBURUKAN atau KEKURANGAN YANG ADA PADANYA.

KADANG-KADANG KEBENCIAN YANG KITA RASAKAN PADA SESEORANG AKAN MENUTUP KELEBIHAN atau KEBAIKAN YANG TERDAPAT DALAM DIRINYA.

Renung2kan dan selamat beramal.