Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

28.2.11

SaBaR..mudah diungkap susah dibuat...


Hidup tak seindah mimpi. Entah mengapa entry aku 2 3 minggu ni takde soul. Aku macam dilanda kemurungan yang berganda. Apa masalah aku sebenarnya pun aku tak tahu. Ada ke orang yang mengalami depresi melampau mcm aku ni?
Sekarang, aku mula belajar untuk mentranslatekan perkataan CABARAN=MASALAH. Ya! Tiada lagi masalah dalam hidup aku kecuali cabaran.(aku amat berharap diriku sekuat kata-kata itu)

SABAR

Perkataan yang mudah diungkap tapi sukar dibuat. Aku kini menghadapi SINDROM MENYAMPAH TAHAP CIPAN terhadap orang yang hanya pandai cakap tetapi habuk pon tarak!! Kenapa aku cakap macam ni?Oleh kerana adanya orang2 yang mencipta kemarahanku. Dan kerana itu, izinkan aku merapu...

SEBIASA AKU

Bukan aku insan itu,
yang selalu meminta-minta,
mengharap sesuatu yang bukan milikku,
menggunakan mereka seperti dia,
mendamba hajat setinggi itu,
memandang yang lain serendahnya,
dan menyepak mereka seperti batu,
pandai bermain kata,
memutar belitkan fakta,
Ya,bukan aku insan itu...

Sebiasa aku,
Hanya buat apa yang perlu,
terkadang keliru..
dengan keperluan dan kehendakku,
selalu ditinggalkan saat dan waktu..
lambat tersedar semuanya sudah berlalu..
segan dan asyik tersipu malu,
kadang tak sedar tingkah lakuku,
dimarah hanya diam terpaku..
terkadang mengalir air mataku,
diri ini selemah itu...
sesunguhnya aku tak mampu..
tanpa insan lain disisiku..
kerana aku..
sebiasa itu.

@munitiara

23.2.11

Tak NaKal Lagi...hurmm


'Ada masalah ke?'
Ramainya yang tanya soalan ni kat aku..

Kenapa ye?
Mungkin sebab mereka perasan ngan perubahan aku...
Hari-hari aku macam dull je
..aku pon rasa macam tu..

Aku keliru dengan diri sendiri..
Macam ade je yang tak kene.
Aku takdela marah-marah...
Cuma,aku teringatkan mak kat kampung dan family aku.
Aku juga fikirkan masa depan aku.
Ya, sejak kebelakangan ni ada sedikit masalah di kampus. Tapi aku cuba memandang positif benda tu. Aku nak cuba selesaikannya dengan matang..
Mungkin aku dah tak boleh ubah sikap cemerkap atau Ganu ku ckp "bolot n bolah".
Tapi sekurang-kurangnya aku cuba.
Aku hanya memerlukan sokongan dari orang2 yang terdekat denganku.
Dan...terima kasih kepada mereka yang mengambil berat..
Terutamanya Ibu....yang selalu risaukan aku..
Hehe..kawan2..
dan...si dia...=)
AKU TETAP AKU...
SEKURANG-KURANGNYA AKU TIDAK HIPOKRIT TENTANG ITU...


@munitiara

20.2.11

KETAGIHAN FACEBOOK?

Adakah anda mempunyai akaun Facebook?
Sejak bila?
Berapa jamkah yang anda habiskan untuk melayari FaceBook?
Berapakah jumlah friends anda dalam Facebook?
Adakah anda boleh dikategorikan sebagai seseorang yang ketagihan Facebook?
Apakah kisah Facebook anda.
Ada sesetengah orang yang bertemu rakan baru dan lama di Facebook, ada juga yang putus kawan kerana Facebook. Ada yang bercinta dan putus kerana Facebook. Ada yang mendirikan rumah tangga selepas berkenalan di Facebook. Dan ada keruntuhan rumahtangga yang berlaku kerana Facebook.
Tidak kisahlah apa sekalipun kisah facebook anda, berhati-hatilah.
Tidak semua orang yang anda kenali adalah selamat. Ada yang cuba mencuri maklumat dan gambar andauntuk tujuan peribadi. Nauzubillah. Layan ni kejap>>


19.2.11

"MENIPU" -AdAkAh PeRLu?

Menipu?

Kata orang, menipu itu adalah jalan mudah untuk mengelakkan masalah..
Mereka yang malas cakap, menipu adalah jalan mudah untuk memperoleh manfaat. 
Orang lain lak cakap, menipu dapat menyelamatkan suasana.
Tambah-tambah, menipu boleh meringankan masalah.
Orang baik-baik cakap (saya..oopss..hehehe) menipu akan mendatangkan masalah lain dan selagi masalah itu diatasi ngan penipuan, ia takkan selesai.


Pernahkah anda menipu seumur hidup anda?
Silap tanya. Ingat tak berapa kali anda pernah menipu dalam hidup anda?
Silap tanya lagi. Ingat tak siape yang pernah anda tipu?
Silap pulak lagi. Pernahkah anda rasa menyesal menipu dan selama mane penyesalan itu bertahan?
Kesilapan yang sama. Adakah anda akan menipu lagi selepas ini?
Bila nak insaf?
dan...
Sanggupkah anda menipu insan-insn yang tersayang?

Bagi saya...
Simple...
What goes around comes around...
Apa yang kita buat kat orang lain akan terkena balik pada kita.
Kita tipu orang, orang tipu kita balik. Cuma bentuk penipuan itu yang berbeza.
Masa tu baru kite nak ingat,  bagi yang hati kering takkan recall balik punya apa yang dia wat kat orang lain.
Saya juga pernah menipu....dan saya juga ditipu dalam masa yang sama.
Ye,saya jumpe seseorang yang sama licik dengan teknik penipuan yang sama. Dan kami sama-sama terkena...
Nasib kami kerana menipu orang yang kami sayangi, membawa kami kepada masalah yang lain.
Jangan ambil remeh dengan isu ni.
Hidup bukan sebuah novel.
Bila-bila sahaja musibah akan menjemput anda.

So, BEWARE OF YOUR OWN WORDS,HONEY....

16.2.11

MaRi BeRPaNTuN!!!SaYa JuAL AndA BeLi?

PaNTuN?
Kolotkah seseorang itu sekiranya dia meminati sesuatu yang tradisional?Paradox maybe? 
Well, aku amat menyukai elemen yang mengetengahkan tradisi Melayu. Tidak ramai yang menyukai pantun dan berkebolehan untuk berpantun.
Moh aku translate maksud pantun sebelum kita mula berpantun. Oh yeah!


Menurut WIKIPEDIA...
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Dalam Wikipedia ada diorang bagi pantun tapi aku ingin memelihara hakcipta itu jadi aku buat pantun aku sendiri. So, aku wat la pantun nasihat.

PANTUN NASIHAT

Kalau pergi ke Kuala Muda,
Belikan saya udang dan sotong,
Kalau merantau jangalah lupa,
Kepada teman janganlah sombong.

Dahulu suka mengikut kawan,
Mandi di sungai beramai-ramai ,
Berhati-hati bila berkasihan,
Agama dan adat jangan diabai.

Pohon senduduk pohon mengkudu,
Tempat bermain sang burung pipit,
Jangan dibuat orang tertunggu,
Hati yang menunggu terasa sakit.

Tersepak batu jalan tempang,
Lebihlah malang tidak diteman,
Jangan permainkan perasaan orang,
Dunia dan Akhirat ada balasan.

Cantik sungguh sang rama-rama,
Cantik lagi ekornya merak,
Walau berada jauh di mata,
Jangan dilupa pesan emak.

Mawar ditanam di dalam pasu,
Pasu diletak sebelah perigi,
Jangan diturut hawa nafsu,
Kelak merana badan sendiri.

Awan bergulung di hari senja,
Nampak berbalam biru warnanya,
Berkerja seperti hidup selamanya,
Beribadat seperti esok ajalnya.

Dalam roti ada inti,
Dalam telur ada kuningnya,
Walaupun cinta sehingga mati,
Jangan sampai setia buta.

15.2.11

My ChoCoLaTe


Kerana senyummu mencuri perhatianku,
Kerana suaramu sentiasa kedengaran di telingaku,
Kerana wajahmu sentiasa di ingatanku,
Kerana tulus budimu buatku terharu,
Kerana sifat rendah dirimu buatku terpaku,
Oleh itu....
Izinkan aku mencuri perhatianmu, 
Izinkan aku menceroboh mimpi malammu,
Izinkan aku berbisik ke telingamu,
Izinkan aku menyelami dasar hatimu,
Izinkan aku menatap wajahmu,
Izinkan aku menjadi suri hatimu..
buat selamanya...


Aku merindukan saat itu
Saat kita berdua bertemu
Di mana semua nampak indah
Bagaikan tiada sebarang masalah
Semua yang sukar menjadi mudah
Sentiasa girang tanpa gundah
Walaupun hidup kita tidak seperti mereka
Kita merasakan kita semuanya lengkap bila berdua
Harus aku akuinya
Jarak dan Waktu ini agak menyeksa,
Namun...
Kerinduan adalah penyeksaan yang indah,
Ya...aku rindu padamu,
Dan pada kenangan itu,
Walaupun kata-kata itu tak terucap,
Walau perlakuan kita tidak menggambarkan,
Aku tahu bahawa....
Kita merasakannya.,


Sudah sekian lama kita menantikannya,
 Seperti mana pasangan lain juga,
Kita berharap supaya mendapat keredhaanNya,
Dan aku akan tetap menunggu
Bila kan tiba masanya,
Engkau dan aku bersatu,
Dalam ikatan yang sah di sisi Nya,
Menjadi seorang isteri kepada seorang suami..
Iaitu kamu....


13.2.11

Cita-CiTa PeRCuTiaN ke DuBaI aTau BrUNei???

DUBAI



BRUNEI


Sebelum korang cakap banyak biar aku bagitahu sikit. Cita-cita aku adalah untuk membuka agensi pelancongan. YA,MEMBUKA AGENSI PELANCONGAN. Ironik? Tapi tak salah mencuba kan? Kita hanya merancang dan berusaha. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Esa.

Kenapa Dubai atau Brunei?


Dubai
Sebab di situlah tempat di mana orang-orang kaya berkumpul. Nak bodek pon senang law dah wat bisnes. Satu lagi, Amerika tak berani serang negara Islam kat situ sebab Pak Arab yang kaya-raya berkampung di situ. Di situlah pusat pelancongan masyarakat tersohor dengan Hotel Atlantis nye, dengan Burj Al-Arab nye, Dubai Mall nye.. Semua bertaraf Dunia kot. 

Brunei.
Sebab tak payah susah sangat nak belajar kebudayaan mereka. Macam dah serasi ngan orang Malaysia. Undang-undang Islam pon ketat. Orang Brunei lebih bertamadun dan kaya raya. Bukan pisau cukur tetapi aku harus ligat mencari peluang.Huhu. Dengan sumber bahan api yang berlebihan dan subsidi kerajaan, sungguh bahagia bagi mereka yang hidup berasaskan wang.

Mungkin cita-cita aku tidak realistik namun tiada siapa yang menyangka Bill Gates dapat mencipta Microsoft sebelum dia berjaya dan Tony Fernandes dapat melupuskan hutang Air Asia seterusnya menjadi orang paling berkuasa. Sedangkan Boon Siew Honda menjadi pengeluar enjin bermotor walaupun buta huruf, masakan tidak aku????

12.2.11

Oh ISTERIKU YANG....!!!!!


Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri di sebuah perkampungan. Di hujung kampung itu terdapat satu perigi buta di mana di dalamnya terdapat sang penunggu. Si suami hidup tertekan kerana isterinya kuat berleter. Sebangunnya si suami dari tidur, isterinya akan mula berleter walaupun sekecil-kecil perkara. Ada sahaja perkara yang ingin ditimbulkan. Namun begitu, si isteri tidak pernah melupakan tanggungjawabnya. Dia sentiasa memenuhi kehendak dan melayan makan pakai suaminya. Si suami sentiasa bersabar dengan karenah isterinya.

Suatu petang,si suami pulang dari tempat kerja setelah kepenatan yang amat. Ketibaannya disambut oleh leteran si isteri yang ingin suaminya membawanya keluar seperti waktu muda dahulu. Kesabaran si suami sudah mencapai kemuncaknya. Si suami keluar meninggalkan isterinya yang masih lagi berleter. Si suami pergi berjumpa dengan rakannya untuk menceritakan perkara tersebut.

Si rakan mencadangkan si suami supaya membawa si isteri ke hujung kampung dan menolaknya ke dalam perigi buta. Si suami agak terkejut mendengar cadangan si rakan namun mendiamkan diri. Ketika dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di pintu. Seperti yang dijangka, isterinya mula berleter. Dia menahan amarahnya dan mula memikirkan cadangan si rakan sehinggalah dia tertidur.

Keesokan harinya, dia mengajak isterinya keluar. Si isteri sangat gembira kerana si suami membawanya keluar bersiar-siar. Mereka menuju ke hujung kampung. Setibanya di hujung kampung, si suami menolak si isteri ke dalam perigi buta itu. Si suami pulang dengan perasaan yang tenang. Setibanya dia di rumah, dia melakukan semua perkara yang ingin dilakukan dengan aman. Dia memasak dan membasuh baju sendiri.

Setelah beberapa hari, dia merasa sangat bosan. Hidupnya dirasakan sunyi. Walaupun keluar bersama teman-teman, dia merasakan hidupnya tidak lengkap. Sehinggalah dia menyedari bahawa dia amat merindukan suara si isteri. Si suami mula merasa menyesal kerana tergamak menolak si isteri ke dalam perigi buta. Dia nekad untuk membawa isterinya pulang dan meminta maaf di atas perlakuannya.

Keesokan harinya si suami menuju ke hujung kampung. Dia memanggil isterinya sambil mengintai ke dasar perigi namun tidak nampak apa-apa. Lantas dia menghulurkan tali apabila terdengar sahutan isterinya. Apabila dia mengangkat tali itu, dia amat terkejut apabila mendapati sang penunggu yang keluar daripada perigi itu.

Sang Penunggu: "Kenapa kau hantar isteri kau ke sini, aku tidak tenang bila dia ada di sini. Bawalah dia pergi".

Si suami tergelak. Lantas dia menghulurkan semula tali dan membawa isterinya naik. Dia amat bersyukur isterinya masih hidup. Walaupun isterinya marah-marah, tetapi dia tetap merasa bahagia dan membawa isterinya pulang. Hidupnya kembali bermakna dengan leteran si isteri.

p/s: Kadang-kadang perkara yang kita tidak sukalah yang melengkapkan dan membahagiakan hidup kita. Kita tidak akan sedar berharganya sesuatu sehinggalah kita kehilangannya. Bersyukurlah dengan ketetapan ILAHI.

10.2.11

CERMIN DIRI DAN INSAN DISEKELILINGMU!! (ILUVISLAM.COM)

Tirula macam Wardina. Sopan dan Ayu. Konsisten lak tu=) Saya pon sedang mencuba ke arah itu. Wish me luck!!

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

SUMBER
- Artikel iluvislam.com

9.2.11

TUNYIK- KeSAyAnGaN AyAH dan Aku..=)

Inilah dia si Tunyik yang digembar-gemburkan. Sangat manja. Sayang pulak aku nak tggal baru-baru ni. Huhu. Dahla suka gesel kat orang. Law leh bawak naik bas,a seriously aku bawak. Perasan comel la Tunyik ni. Rindu aku kat die. Huhu..

 Ngah gigit tangan aku. Hihihi

Buat muka manja die. Menyampah!hehe

 Malu-malu la pulak si kecil ni.


 Manja ngan ayah. Sengaja la tu nk dapat ikan lebih..hehehee

Keletihan pas kene buli ngan aku. 

Tunyik terlena. Cayang manyak la kat ini Tunyik. Muaxxx

4.2.11

Cuti Sementara~

Kenapa cuti sementara? Nak 1 minggu lagi please. Tak puasla duduk rumah, Tapi best coz dpt spend masa ngan Kak Zu cuti ni. Semua benda I cuba u..hehehe
 Kat Masjid Kristal


Menunggang Kuda di Pantai Batu Buruk
Melawat Pulau Warisan, Kampung Cina

Di Kolam Textra, Bukit Payong.