Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

29.12.11

Tercomel sudaaa...

Ye...comel. Korang blogger yang comel kerana buat Muni tersengih. Tadi Muni ade baca entri taw pasal tergoda kat pipi wanita bagai. Pelik jugak dia post yang tu sebab bukan senang taw dia nak cakap sal hal ni. Dia yang dimaksudkan adalah sedara iPai. Baru ku tahu pandangan mata lelaki macam mane ek. Yang muka macam baik pon sebenarnya berfikiran sama tetapi level je berbeza. Haha, cam men pes lak. Bukan ipai je, blogger lain pon ade wat Muni tersengih taw terutamanya yang tersenarai dalam bloglist Muni.

Tercomel sudaa? Kenapa tercomel sudaa? Bagi Muni sesiapa yang wat Muni happy adalah sangat comel. Mood Muni tak OK taw. Korang agak sendiri la kenapa. Campur keje yang banyak same. Tapi, bila Muni blogwalking, terus Muni happy. Ada jugak entry yang wat Muni gelak sakan. keep it up, guys. TATA~~


25.12.11

Siapa Lebih SOPAN?

Cam outdated je guna header gambar Angry Bird? Tak mengapa. Tak ade idea langsung nak buat header ape. Tak payah tunggu 2012 nak tukar header. Bila dah menyampah tengok muka sendiri kat header lama, itu menandakan waktu tersebut  amat sesuai untuk tukar header. err...Asalkan simple sudah. Huhuhu..

SOPAN

Nasihat perli:-
Duduk elok-elok sikit..
Jangan nak gelojoh sangat ..
Gelak tu tak boleh ke nampak macam perempuan sikit?

Tengok kiri kanan:-
Bab* betul la...geram giler..aku cakap yang warna merah, bukan kuning, bahlul!
Menatang ape yang kau cakap pon aku tak paham...
Tak payah nak kerek sangat la der, lu punya perangai bukan cam lebai pon, jangan nak nasihat orang lain...
Bodoh cam lembu!


1. Tutur kata
Tak cukuplah. Tutur kata Muni pon tak cukup lembut nak jadi macam perempuan Melayu terakhir tetapi sekurang-kurangnya Muni tak pandai nak membentak kat orang macam orang yang dia cakap tu dok jauh. Tak fahamlah dengan orang yang  cakap kasar. Bukan harap nak jaga hati orang lain. Tetapi menyampah taw dengar kata-kata kesat. Macam orang tak beradab dah. Sedangkan tutur kata Nabi Muhammad S.A.W pon lemah lembut. Law ko tak ikut Nabi S.A.W, ko nak ikut sape lagi. Umat sape ko ni?


2. Berpakaian
Dah bosan dengar ayat "dah aku memang macam ni, nak buat macam mana lagi?" Kalau style natural ko tu bertutup aurat, takpela. Law tak nak tutup aurat pon, pakailah sopan sayang. Tapi Muni tak terkecuali daripada berpakaian tak senonoh taw. Ek? Sekarang pon susah taw nak cari baju menutup aurat sepenuhnya. Tahu tak kenapa? Sebab terlampau banyak permintaan untuk baju-baju yang cukup padan je. Jadi style dah pakai baju ketat dan tak cukup kain. Law betul-betul nak dapatkan pakaian yang "longgar", ne cari baju saiz paling  besar tak pon pergi kat kedai muslimah.


3. Perlakuan
Perangai Muni pon tak cukup sopan taw. Tak macam perempuan sangat. Tak faham kenapa.Hek3 Kadang- kadang Mak Ayah dah bagi didikan yang secukupnya, tetapi bila masuk ke dalam sesuatu kumpulan, perangai berubah habesss. Tapi kaa orang law nak tahu perangai sebenar seseorang, tengokla masa dia berada di atas jalan raya. Melintas ke, bawak moto ke kereta ke, tengok biadap x? Fuhhhh


Ape yang Muni cakap ni? Tak menarik langsung! Muni pon tataw kenapa jadi macam ni.errrrrrrrrr. Takde idea la nak wat entry musim ni. Jadi lumpy, taw dak? Muni cuma doakan semoga tahun 2012 penuh kegembiraan buat semua orang. Insya ALLAH.







19.12.11

I'll Leave...

Kamu pernah ceritakan saya mengenai kisah lalu kamu dan saya tidak berniat untuk menjadi salah satu daripada kisah lalu kamu. Mungkin saya tak layak untuk kamu, ia buatkan saya ingin berlalu pergi seperti mereka. Saya faham, saya tahu apa yang kamu nilaikan... Saya harus pergi daripada hidup kamu kerana perasaan sayang itu amat menyakitkan. Saya wanita. Dia juga wanita. Dan saya tidak kisah berkongsi banyak benda tetapi bukan hati. 

Mungkin dia bukan siapa-siapa bagi kamu. Tetapi siapa saya buat kamu?

Saya tahu kamu. Tapi kamu tidak kuat untuk mengakui saya sebagai siapa. Maaf. Saya tak rela dera hati saya lepas ia pernah parah kerana orang lain. Saya tahu kamu tak suka dengan cara saya berkata-kata. Kamu tahu saya tak pandai menipu, benar? Saya juga tak suka mengongkong, tidak suka juga memaksa. Bila saya lihat dia seperti hadir dalam hidup kamu, saya harus berlalu. Dia  bakal membahagiakan hidup kamu. Ia bukan tanda mengalah, ia pasrah.

Hati kamu?Bagaimana dengan hati kamu?

Kamu terlalu banyak berahsia. Rahsia pernah menikam-nikam hati saya. Saya takut rahsia kamu juga berbuat perkara yang sama pada saya. Kamu tak kejam. Saya yang kejam kerana membiarkan diri sendiri menyukai kamu. 

Waktu ini sudah seperti terlalu lewat. Penantian satu penyeksaan. Saya tahu, lepas ni kita mungkin akan dipisahkan oleh jarak dan waktu. Mungkin saat itu, kamu akan lebih mudah untuk melupakan diri saya. Apatah lagi dia dekat denganmu. Saya dapat merasakan kamu bakal menyayanginya. Pasrah.... 

Terima kasih kerana hadir mencipta kenangan manis kita bersama. Sangat manis seperti kamu jua...

Jika benar ALLAH SWT ingin kita bersama, kita akan ketemu juga dalam apa jua keadaan.

Betulkan saya jika tersilap. Beritahu saya jika kamu sudah ketemui nota ini. Marahlah saya kerana meluahkannya begini...kerana saya...berbeza dengan mereka.....

17.12.11

Di Tampar!

Pedihnya..Sakit..Malu...nak nanges..


Metafora..hiperbola..


Itulah citenye bila Muni mendapat markah terendah dalam satu subjek ni. Tak pernah seteruk ni kot. yeke? Yang pasti Muni rasa macam Muni tak pergi kelas. Susah sangat. Tak sangka lect amik sub paling sub dalam topic tu untuk dijadikan soklan test. Muni malu nak cakap kat Candyman kenapa Muni nak stop jumpa dia walaupun kehadiran dia tak effect Muni nye study. Padahal malam sebelum test tu Muni tido awal gila kot, langsung x study. Salah diri sendiri la. Sekurang-kurangnya Muni tak meniru sehingga dapat markah setinggi mereka itu.Huk3. Law Candyman taw ni konpem ne bebel, habess. Tapi Muni taw Candyman akan dapat taw jugak. Kenapa? Tu hanya dia sendiri yang leh jawab. Hehehe.


Erm..Tinggal seminggu lagi sebelum Muni menghabiskan sem terakhir sebelum final exam dan memulakan latihan praktikal. Erm.. Muni kena wake up dan refresh diri sendiri. Pasni dah tak jumpa kawan-kawan kelas dah. uWAA.. Sebenarnya Muni malu nak shuweet2 ni. Tapi siyes Muni cakap, korangla classmates paling havoc, cool, helpful paling banyak main dan paling kuat bodek..errrr Muni akan rindu korang..uwaa... OK! Wake up! Siapkan assignment environment kamu sebelum somebody envy u. Hak3. Asyik mengarut je aku ni.

11.12.11

Jadi Tunggul itu Best

Jadi tunggul itu kadang-kadang sangat best. Sangat bebas. Best nya diabaikan. Kita dengan dunia sendiri.Bila orang tak kisah kewujudan kita, kita berpeluang menjadi punca kaki orang lain berdarah. Ye lah. Nama pun tunggul, sape suruh diorang sepak kan.

~sigh~

Masalahnya kita tak boleh jadi tunggul sebab kita punya hati. So, law dah elok-elok Allah SWT kurniakan ko jadi manusia tu, bersyukurlah.

Faham?!!!

9.12.11

Lamunan Terhenti.




Entry ni dikarang oleh kerana tak mahu mengutuk orang dan tak mahu menambah bilangan dosa. Mood Muni tak OK dan Muni memilih untuk menulis entry ini.

Aku dalam entry ini merupakan seorang lelaki yang bernama A. 

Nama aku A. Aku merupakan seorang lelaki bekerja yang mempunyai gaji yang sederhana tetapi boleh menyara diri sendiri dan sudah mampu untuk kahwin. Aku punya seorang teman wanita yang bernama Cinta. Wajahnya mungkin bukan seperti Lisa Surihani tetapi sedap mata memandang dan mempunyai wajah keibuan. Gayanya dan hatinya lembut, aku tahu itu walaupun dia selalu berlagak keras hati dan berpura-pura tidak cemburu bila aku bercerita mengenai perempuan lain. Aku sayangkan Cinta. Ya, sesungguhnya dialah yang aku idamkan untuk dijadikan seorang suri dalam hidupku.


Semuanya terjadi apabila Cinta diterima bekerja dalam sebuah syarikat terkemuka di selatan tanah air. Aku merasa sedikit tercabar melihat kejayaannya kerana aku hanya mempunyai pendapatan tidak seberapa berbanding dia. Cinta sungguh murni. Dia tidak pernah membandingkan dirinya denganku jauh sekali mempersoalkan siapa aku. Dia selalu cuba untuk membahagiakan aku. Dia juga manja walaupun dalam tingkah kasarnya. Sungguh naif teman wanitaku ini.


Sesungguhnya aku buta. Buta dalam menilai kesetiaan dia. Hatiku mula goyah apabila berjauhan dengan Cinta. Walaupun aku pernah menetapkan untuk memilih Cinta dalam hatiku, namun jarak yang memisahkan dan dugaan yang hebat di sini membuatkan aku alpa. Oleh kerana aku berjauhan daripada Cinta, kami selalu berhubung melalui SMS dan call. Ya, Cinta selalu menelefonku kerana itulah dia. Dia tidak pandai berahsia dan selalu berterus terang apabila dia merasakan rindu padaku. Hampir setiap masa dia menelefon dan SMS. Kadang-kadang aku merasa rimas sehinggakan kadang-kadang aku membiarkan panggilan dan SMS nya tidak berjawab.


Silapnya aku. Aku silap kerana tidak menjadi pendengar yang setia. Selepas beberapa bulan Cinta bekerja di syarikat itu, dia sering mengadu mengenai rakan sekerjanya. Selalu mempunyai masalah dengan persekitaran yang baharu itu. Aku selalu menasihatkannya supaya berfikiran positif dan bersabar. Aku merasakan bahawa Cinta hanya inginkan perhatian dan suka mengata keburukan orang. Kadang-kadang aku rimas mendengar luahannya dan selalu menukar topik. Cinta tidak selalu menangis sepertimana gadis lain. Ya, dia tidak mengongkong aku cuma selalu inginkan masa bersama.


Suatu hari Cinta meluahkan mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan. Aku turut risau. Ya, kerana dia berjauhan dengan keluarga. Namun selepas itu dia terus menerus meluahkan mengenai keadaan kesihatannya. Aku beranggapan bahawa dia cuba memancing perhatianku seperti mana dia bercerita keburukan rakan di tempat kerjanya. Aku akan cuba menasihatkannya supaya selalu bersenam dan jaga pemakanan kemudian menukar topik.


Aku merasakan rasa sayang aku pada Cinta mula pudar kerana berjauhan. Tambahan lagi, aku bosan mendengar luahan hati Cinta. Lama-kelamaan, aku mula hanyut dengan dugaan di tempatku.Tidak perlu aku ceritakan di sini betapa aku lemas dalam keseronokan di tempat orang. Aku semakin kurang melayan Cinta. Walaupun Cinta sedar mengenainya, tetapi dia tetap bersabar. Segala SMS dan panggilan telefon daripada Cinta sudah tidak ku balas lagi. Lama-kelamaan , berita daripadanya sudah tidak aku dengar lagi tanpa aku sedari.




Setahun kemudian, aku keluar minum bersama dengan rakan-rakanku di sebuah restoran pada suatu malam. Tiba-tiba aku terpandang sepasang manusia sedang meuju ke sebuah meja. Wajah yang tidak asing lagi. Cinta. Cinta bersama seorang lelaki yang segak dan gayanya seperti seorang yang berada. Jika diikutkan hati, mahu sahaja aku menumbuk muka lelaki itu dan menengking Cinta di hadapan khalayak ramai kerana keluar bersama walaupun kami masih belum memutuskan hubungan kami. Aku hanya memerhatikan dari jauh. Ya, Cinta tidak ubah seperti dahulu cuma kelihatan lebih anggun. Mereka berbual mesra namun Cinta masih menjaga batasnya sebagai seorang wanita kerana aku kenal Cinta tidak akan sewenang-wenang bertepuk tampar dengan mana-mana lelaki. Gerak geri mereka aku perhatikan sehingga mereka berlalu pergi entah ke mana.


Rindu. Ya, aku mula merasakan rindu itu. Rindu pada tawa manjanya. Rindu melihat dia berkata-kata. Hati ini mula dihujani rasa bersalah kerana mengabaikan Cinta. Adakah lelaki itu kekasih barunya? Tunangannya? Suaminya?Mungkinkah. Tidurku malam itu tak lena. Aku terbayangkan Cinta dengan wajahnya yang lembut itu. Aku mencari-cari nombor Cinta dalam contact list. Sayangnya, nombor itu sudah bertukar milik. Hampa. 


Mulai saat itu, pelbagai cara yang aku cuba untuk mendapatkan Cinta. Aku berulang pergi ke restoran itu semata-mata untuk bertemu dengannya. Tidak berhasil.  Aku juga cuba menjejaknya melalu rakan-rakannya namun mereka juga sudah lama tidak tahu khabar berita dari Cinta. Namun aku tidak berani pergi ke rumahnya kerana sewaktu aku mengenalinya dahulu, aku hanya pergi beraya sahaja ke rumahnya kerana hubungan kami dirahsiakan daripada keluarganya.


Sehinggalah suatu hari, aku melawat sahabat baikku yang terlantar di hospital. Sewaktu bersembang dengan rakanku, aku ternampak lelaki yang bersama dengan Cinta pada malam itu. Namun kali ini dia kelihatan lain sekali. Rupa-rupanya, dia adalah doktor yang merawat sahabatku. Lagaknya sangat menyenangkan dan ramah. Ingin sahaja aku ringankan mulut bertanya mengenai Cinta namun tidak terkeluar. Aku pulang dengan seribu tanda tanya.


Keesokan harinya, aku datang lagi. Dalam lif, aku serempak doktor yang sama. Aku menyapanya. Kami berbual panjang mengenai keadaan sahabatku. Antara sedar atau tidak, aku keluar daripada lif bersama dengannya walaupun wad sahabatku di tingkat berbeza. Dia menuju sebuah bilik pesakit. Aku berhenti di pintu dan meminta diri. Sewaktu ingin berlalu, aku menoleh ke arah cemin pintu bilik itu yang hanya kelihatan sedikit. Cinta. Cinta sedang berada di atas katil pesakit di sisi seorang jururawat. Matanya terpejam. Tidur barangkali.


Ingin tahu, aku menunggu doktor tersebut keluar. Aku menatap wajah Cinta sepuas-puasnya kerana rindu yang teramat. Mukanya agak pucat dan dia kelihatan agak kurus. Mataku teralih kepada laporan kesihatan yang berada di kepala katil. 

"Leukemia- Third Stage"

Aku meraup wajahku. Ya Allah Ya Tuhanku..... 


ps: Mood da OK balik..hoyeaaahhh..hehe...

Lelaki Sejati dan Jantan Binatang

Baru je baca belog abang tak angkat yang post entry tajuk Jantan Binatang. Tak shuke tak shuke tak shuke!!! Kenapa dia wat bini dia macam tu. Waaaa...law Muni ade kat tempat tu mesti Muni pengsan sebab tak tahu nak buat ape pakai bedal je dia ni. Tapi siyes Muni cakap Muni seram tengok pompuan kena pukul apatah lagi law badan yang kecik ini merasanya. Tapi abang tak angkat Muni ini harus dipuji kerana bertindak seperti seorang lelaki. Macam Hariz dalam cite ombak rindu laaaa.sebab dia yang nak samakan diri dia cam Hariz. Tu baru abang Muni.

Kamu diberi sesuatu dugaan itu kerana kamu dapat melaluinya.

Allah SWT tahu abang tak angkat Muni ni dapat buat sesuatu sebab tu la dia nampak apa yang terjadi. Boleh Muni tahu lokasi kejadian? Hukhukhuk. Law tanak gitaw xpela bang. Hukhukhuk.

Lelaki Sejati....fuhhh..susah der nak cari pada zaman-zaman ni sepertimana korang nak cari wanita solehah. Untuk mendapat wanita solehah, korang kena jadi lelaki yang soleh. Hrmm. Tu la. Layak ke dapat lelaki sejati law diri tak sehebat Siti Aisyah? Layak ke dapat pompuan solehah jika diri tak setawaduk Rasulullah SWT? Walau sesiapa pun korang inginkan, berdoalah untuk mendapatkan yang bakal membahagiakan kamu sebab korang nak pakai untuk seumur hidup kot, tu pon law korang takde niat nak cerai. Ya, pertemuan dan perpisahan itu di tanganNya namun kita sebagai manusia wajib berusaha, berdoa dan tawakkal. 

Orang cakap hidup ni karma, apa yang kita buat kat orang akan dapat balik kat kita. So berbuat baiklah sesama kita.

Pandai betul Muni cakap ek?OK2....Muni pon tengah giat akan berusaha. Hehehehe...

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah aku daripada bala dan musibah sepanjang hidupku. Jauhkanlah aku daripada ikutan hawa nafsuku supaya aku dapat mencium syurgamu... Amin Ya Rabbal Alamin.

6.12.11

Ada BF?

Candyman dan Muni..ahakss

Semalam ada sorang abang tersayang -bukan pakwe ek- yang dok nanye soklan ni. Walopon  dia tanya sekadar nak bagi Muni tersengih, ia cukup untuk buat Muni terpikir balik dalam gelak sorang-sorang. Ade pakwe ke aku nih? Pakwe tu ape? Motif pakwe tu ape?

Abang, Muni tataw la. Muni takut dah nak suka kat orang. Tapi ada kawan Muni yang tua setahun daripada Muni cakap umur macam dia pon da takot law tak jumpe sape2 nak dijadikan pakwe. Muni kena bimbang tak? Tapi Muni taknak silap pilih orang. Tak sedia lagi.

Muni tak suka perpisahan...

Tipula law cakap hati Muni tertutup dan terkunci rapat. Tapi serius Muni cakap


Muni takut terluka...lepas peristiwa hari tu


Tamaw cakap pasal bf dah. Nak cakap pasal benda yang wat Muni happy lak walopon Muni nanges semalam-oopss-Muni nanges-horay, bukan senang nak tengok Muni nangis. Semalam Muni tengok Ombak Rindu. Haha. Muni nak sangat tengok sebab Muni baca novelnya. Muni nanges sebab Muni taw macam mane susah diorang nak feel watak tu. Jiwang karat? Lantak korang la nak ckp ape. Yang penting kepuasan menonton tu yang buat Muni happy. Nak harapkan orang2 tu yang wat Muni happy? Haremm.

p/s:hahaha...agak2 Maya Karin ada cam muka Muni tak?lantakkkk la korang nak cakap ape..y penting Muni layannn je cite die..hehehe

5.12.11

Futsal!


Semalam Muni main futsal untuk sportday. Letiih~~~~~~ tapi beshhhhh~~~~~ Malas nak ngapdate belog. Itu sahaje kengkawan. Babai..Hahahaha

3.12.11

Dah OK Balik?Aiyyakkk~~

Lepas Muni post entry Terlalu Lama Tidak Menangis semalam, air mata Muni tak nak keluar. Erkk? Kenapa ek? Perasaan sedih tu ada, teramat sedih dan sakit. Mungkin Muni bukan kaki nangis kot. Mungkin Muni kuat lagi kot, tak perlu nangis kot, sekadar geram kot. Banyak betol kot nya. Hahaha.

Malas la nak fikir pasal orang yang buat Muni menangis!

Terlalu Lama Tidak Menangis

Selepas peristiwa Muni clash hari tu, sudah lama Muni tak merasa sesedih ini. Sangat sedih dan letih bersabar. Muni merungut? Sedangkan badan yang letih bekerja memerlukan rehat, apatah lagi hati yang selalu menahan perasaan juga perlu menangis supaya tekanan itu hilang. 'Biarkan sahaja'-ayat ini selalu bermain dalam fikiran. Namun apabila hati terlalu sakit, apa lagi yang boleh dibuat? 

walaupun apa sahaja yang dibuat supaya dapat melihat senyuman di bibir insan di sekeliling kita, tak mungkin semua apa yang kita buat dapat membahagiakan mereka...sudahlah...lelah...

biarkan aku menangis~~