Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

9.12.11

Lamunan Terhenti.




Entry ni dikarang oleh kerana tak mahu mengutuk orang dan tak mahu menambah bilangan dosa. Mood Muni tak OK dan Muni memilih untuk menulis entry ini.

Aku dalam entry ini merupakan seorang lelaki yang bernama A. 

Nama aku A. Aku merupakan seorang lelaki bekerja yang mempunyai gaji yang sederhana tetapi boleh menyara diri sendiri dan sudah mampu untuk kahwin. Aku punya seorang teman wanita yang bernama Cinta. Wajahnya mungkin bukan seperti Lisa Surihani tetapi sedap mata memandang dan mempunyai wajah keibuan. Gayanya dan hatinya lembut, aku tahu itu walaupun dia selalu berlagak keras hati dan berpura-pura tidak cemburu bila aku bercerita mengenai perempuan lain. Aku sayangkan Cinta. Ya, sesungguhnya dialah yang aku idamkan untuk dijadikan seorang suri dalam hidupku.


Semuanya terjadi apabila Cinta diterima bekerja dalam sebuah syarikat terkemuka di selatan tanah air. Aku merasa sedikit tercabar melihat kejayaannya kerana aku hanya mempunyai pendapatan tidak seberapa berbanding dia. Cinta sungguh murni. Dia tidak pernah membandingkan dirinya denganku jauh sekali mempersoalkan siapa aku. Dia selalu cuba untuk membahagiakan aku. Dia juga manja walaupun dalam tingkah kasarnya. Sungguh naif teman wanitaku ini.


Sesungguhnya aku buta. Buta dalam menilai kesetiaan dia. Hatiku mula goyah apabila berjauhan dengan Cinta. Walaupun aku pernah menetapkan untuk memilih Cinta dalam hatiku, namun jarak yang memisahkan dan dugaan yang hebat di sini membuatkan aku alpa. Oleh kerana aku berjauhan daripada Cinta, kami selalu berhubung melalui SMS dan call. Ya, Cinta selalu menelefonku kerana itulah dia. Dia tidak pandai berahsia dan selalu berterus terang apabila dia merasakan rindu padaku. Hampir setiap masa dia menelefon dan SMS. Kadang-kadang aku merasa rimas sehinggakan kadang-kadang aku membiarkan panggilan dan SMS nya tidak berjawab.


Silapnya aku. Aku silap kerana tidak menjadi pendengar yang setia. Selepas beberapa bulan Cinta bekerja di syarikat itu, dia sering mengadu mengenai rakan sekerjanya. Selalu mempunyai masalah dengan persekitaran yang baharu itu. Aku selalu menasihatkannya supaya berfikiran positif dan bersabar. Aku merasakan bahawa Cinta hanya inginkan perhatian dan suka mengata keburukan orang. Kadang-kadang aku rimas mendengar luahannya dan selalu menukar topik. Cinta tidak selalu menangis sepertimana gadis lain. Ya, dia tidak mengongkong aku cuma selalu inginkan masa bersama.


Suatu hari Cinta meluahkan mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan. Aku turut risau. Ya, kerana dia berjauhan dengan keluarga. Namun selepas itu dia terus menerus meluahkan mengenai keadaan kesihatannya. Aku beranggapan bahawa dia cuba memancing perhatianku seperti mana dia bercerita keburukan rakan di tempat kerjanya. Aku akan cuba menasihatkannya supaya selalu bersenam dan jaga pemakanan kemudian menukar topik.


Aku merasakan rasa sayang aku pada Cinta mula pudar kerana berjauhan. Tambahan lagi, aku bosan mendengar luahan hati Cinta. Lama-kelamaan, aku mula hanyut dengan dugaan di tempatku.Tidak perlu aku ceritakan di sini betapa aku lemas dalam keseronokan di tempat orang. Aku semakin kurang melayan Cinta. Walaupun Cinta sedar mengenainya, tetapi dia tetap bersabar. Segala SMS dan panggilan telefon daripada Cinta sudah tidak ku balas lagi. Lama-kelamaan , berita daripadanya sudah tidak aku dengar lagi tanpa aku sedari.




Setahun kemudian, aku keluar minum bersama dengan rakan-rakanku di sebuah restoran pada suatu malam. Tiba-tiba aku terpandang sepasang manusia sedang meuju ke sebuah meja. Wajah yang tidak asing lagi. Cinta. Cinta bersama seorang lelaki yang segak dan gayanya seperti seorang yang berada. Jika diikutkan hati, mahu sahaja aku menumbuk muka lelaki itu dan menengking Cinta di hadapan khalayak ramai kerana keluar bersama walaupun kami masih belum memutuskan hubungan kami. Aku hanya memerhatikan dari jauh. Ya, Cinta tidak ubah seperti dahulu cuma kelihatan lebih anggun. Mereka berbual mesra namun Cinta masih menjaga batasnya sebagai seorang wanita kerana aku kenal Cinta tidak akan sewenang-wenang bertepuk tampar dengan mana-mana lelaki. Gerak geri mereka aku perhatikan sehingga mereka berlalu pergi entah ke mana.


Rindu. Ya, aku mula merasakan rindu itu. Rindu pada tawa manjanya. Rindu melihat dia berkata-kata. Hati ini mula dihujani rasa bersalah kerana mengabaikan Cinta. Adakah lelaki itu kekasih barunya? Tunangannya? Suaminya?Mungkinkah. Tidurku malam itu tak lena. Aku terbayangkan Cinta dengan wajahnya yang lembut itu. Aku mencari-cari nombor Cinta dalam contact list. Sayangnya, nombor itu sudah bertukar milik. Hampa. 


Mulai saat itu, pelbagai cara yang aku cuba untuk mendapatkan Cinta. Aku berulang pergi ke restoran itu semata-mata untuk bertemu dengannya. Tidak berhasil.  Aku juga cuba menjejaknya melalu rakan-rakannya namun mereka juga sudah lama tidak tahu khabar berita dari Cinta. Namun aku tidak berani pergi ke rumahnya kerana sewaktu aku mengenalinya dahulu, aku hanya pergi beraya sahaja ke rumahnya kerana hubungan kami dirahsiakan daripada keluarganya.


Sehinggalah suatu hari, aku melawat sahabat baikku yang terlantar di hospital. Sewaktu bersembang dengan rakanku, aku ternampak lelaki yang bersama dengan Cinta pada malam itu. Namun kali ini dia kelihatan lain sekali. Rupa-rupanya, dia adalah doktor yang merawat sahabatku. Lagaknya sangat menyenangkan dan ramah. Ingin sahaja aku ringankan mulut bertanya mengenai Cinta namun tidak terkeluar. Aku pulang dengan seribu tanda tanya.


Keesokan harinya, aku datang lagi. Dalam lif, aku serempak doktor yang sama. Aku menyapanya. Kami berbual panjang mengenai keadaan sahabatku. Antara sedar atau tidak, aku keluar daripada lif bersama dengannya walaupun wad sahabatku di tingkat berbeza. Dia menuju sebuah bilik pesakit. Aku berhenti di pintu dan meminta diri. Sewaktu ingin berlalu, aku menoleh ke arah cemin pintu bilik itu yang hanya kelihatan sedikit. Cinta. Cinta sedang berada di atas katil pesakit di sisi seorang jururawat. Matanya terpejam. Tidur barangkali.


Ingin tahu, aku menunggu doktor tersebut keluar. Aku menatap wajah Cinta sepuas-puasnya kerana rindu yang teramat. Mukanya agak pucat dan dia kelihatan agak kurus. Mataku teralih kepada laporan kesihatan yang berada di kepala katil. 

"Leukemia- Third Stage"

Aku meraup wajahku. Ya Allah Ya Tuhanku..... 


ps: Mood da OK balik..hoyeaaahhh..hehe...

3 comments:

LydSunshine said...

Nice. Suka cerita ni. Munira ni lelaki ke pompuan? NI kisah benar atau cerpen?

LydSunshine said...

Nice. Suka cerita ni. Munira ni lelaki ke pompuan? NI kisah benar atau cerpen?

Abg Stalker said...

:)hny yg merasai yg tahu kesakitan menanggungnya.xperlu utk menghebahkn pd semua.