Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

19.12.11

I'll Leave...

Kamu pernah ceritakan saya mengenai kisah lalu kamu dan saya tidak berniat untuk menjadi salah satu daripada kisah lalu kamu. Mungkin saya tak layak untuk kamu, ia buatkan saya ingin berlalu pergi seperti mereka. Saya faham, saya tahu apa yang kamu nilaikan... Saya harus pergi daripada hidup kamu kerana perasaan sayang itu amat menyakitkan. Saya wanita. Dia juga wanita. Dan saya tidak kisah berkongsi banyak benda tetapi bukan hati. 

Mungkin dia bukan siapa-siapa bagi kamu. Tetapi siapa saya buat kamu?

Saya tahu kamu. Tapi kamu tidak kuat untuk mengakui saya sebagai siapa. Maaf. Saya tak rela dera hati saya lepas ia pernah parah kerana orang lain. Saya tahu kamu tak suka dengan cara saya berkata-kata. Kamu tahu saya tak pandai menipu, benar? Saya juga tak suka mengongkong, tidak suka juga memaksa. Bila saya lihat dia seperti hadir dalam hidup kamu, saya harus berlalu. Dia  bakal membahagiakan hidup kamu. Ia bukan tanda mengalah, ia pasrah.

Hati kamu?Bagaimana dengan hati kamu?

Kamu terlalu banyak berahsia. Rahsia pernah menikam-nikam hati saya. Saya takut rahsia kamu juga berbuat perkara yang sama pada saya. Kamu tak kejam. Saya yang kejam kerana membiarkan diri sendiri menyukai kamu. 

Waktu ini sudah seperti terlalu lewat. Penantian satu penyeksaan. Saya tahu, lepas ni kita mungkin akan dipisahkan oleh jarak dan waktu. Mungkin saat itu, kamu akan lebih mudah untuk melupakan diri saya. Apatah lagi dia dekat denganmu. Saya dapat merasakan kamu bakal menyayanginya. Pasrah.... 

Terima kasih kerana hadir mencipta kenangan manis kita bersama. Sangat manis seperti kamu jua...

Jika benar ALLAH SWT ingin kita bersama, kita akan ketemu juga dalam apa jua keadaan.

Betulkan saya jika tersilap. Beritahu saya jika kamu sudah ketemui nota ini. Marahlah saya kerana meluahkannya begini...kerana saya...berbeza dengan mereka.....

1 comment:

Mr.Superman said...

luahkn je la perasaan kt cni.xde org mrh..blog peribadi kn.spe x nk baca bole blah. :D muni sdg mengalami proses tumbesaran minda dan hati.hadapi dgn tenang k dik. ;)