Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

BioLdata Blogger




Nama saya Bond, James Bond..err..saya Munira. Nama penuh saya? Saya takkan bagi melainkan awak nak pinang saya..umur saya adalah dilahirkan pada tahun 1989. Saya bukan anak bernombor sa. Ya, bukan anak pertama, ke2, ke3, hingga 9. Sepuluh pon bukan. Biol betul? Saya tak menipu lagi setakat ni. Ia memerlukan kreativiti korang untuk meneka saya anak ke berapa. Kalau betul pon saya tepuk tangan je. Saya dilahirkan di atas menara di dalam teluk. Bukan hospital. Kerana kampung saya bernama Kg Teluk Menara. Alamak, dah bocor satu rahsia. Tapi tidak mengapa. Adakah saya sedang bekerja? Pada saat saya menaip ini, saya sedang bekerja menolong ibu saya dengan perniagaannya sementara cuti semester. Saya belajar di universiti tolong Melayu. Saya bangga belajar di situ kerana duit mak ayah tak banyak habes macam korang.

Saya sangat miskin. Miskin ilmu agama dan amal pada Tuhan. Maafkan saya kiranya kata-kata dalam blog ini amat tidak sesuai dengan jiwa kamu kerana kita tidak mampu puaskan hati semua orang. Saya bukan bijak pandai untuk berkata-kata melainkan ekspresi diri saya sahaja; apa yang saya fikir dan rasa. Anda boleh menerima atau menafikannya.

Selalunya Kadang-kadang saya terlebih melalut. Seperti angan-angan Mat Jenin di atas pokok kelapa, jatuh dan kiyok begitu sahaja. Harap anda faham. Saya sedang menghabiskan usia muda saya sebaik-baiknya. Sebarang pandangan dan kritikan, tegurlah secara berhemah. Kerana korang akan susah hati apabila saya menangis. Saya akan berteriak macam budak kecil dan anda yang dapat susahnya. Bagi coklat, diamlah saya.
Ok, saya sudah mula melalut lagi.

Sekian daripada saya.

Kalau tak puas, saya tambah lagi..bhahaha.

pinjam pen jap

(pesal takleh sign kat screen ni. ok!jangan marah saya)




Yang menyintaimu sayang kamu

@niey


(teringat biodata dulu2, nak sign bagai)