Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

18.6.12

Hati Boleh Dipaksa?

Assalamualaikum wbt

Pantasnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam angkat beg masuk ke dalam kuarters Bayview Hotel Langkawi. Minggu ini merupakan minggu ke-16 iaitu minggu terakhir Muni menjalankan praktikal di sini. 
sesungguhnya banyak pengalaman yang begitu berharga diperolehi di sini. Alhamdulillah. Berkat kesabaran. akhirnya tempoh ini berjaya dilalui.

Namun minggu terakhir ini tidak semudah yang disangka. Banyak betul dugaan yang melanda. Semoga aku tabah melaluinya.

10.6.12

I'm Hot?! For Real!






Assalamualaikum w.b.t..

Sorry, gambar hot tidak dibenarkan di sini untuk menjaga sensitiviti warna kulit . aiyokk!


Ok, jangan bertanya mengenai thesis saya kerana saya cukup pening dengannya.

Penulisan ini bukanlah dihidangkan untuk orang-orang yang berhati busuk yang hanya tahu mengutuk seumpama menonton sebuah drama dan mengatakan jalan cerita itu bodoh tetapi masih terus menontonnya. Adakah drama itu bodoh ataukah orang yang menontonnya yang bodoh? Kalaupun nampak cerita itu bodoh, diam kerana anda akan kelihatan bodoh menonton drama yang anda sendiri kutuk. Tetapi kritikan membina badan amatlah dihargai.

Apa yang Muni ingin merapu tulis ini merupakan bacaan santai. Jangan ambik serius kerana hati kamu akan jadi kotor kerana terus terusan mengutuk Muni,HAHAHAHAHA.

I'm hot. Saya panas. I'm hot mempunyai 2 maksud di sini sama ada
1. saya panas kerana marah ataupun;
2. saya sangat seksi dan digilai. 

Oleh kerana marah itu merupakan api neraka dan perbuatan yang -ve, so Muni rasa Muni nak pilihan yang ke-2..Omaiiii.....ahaks..



PERINGATAN : RIAK ADALAH TERGOLONG DALAM DOSA BESAR ; 
INGAT! NI ADALAH BACAAN SANTAI..


Apakah perasaan anda bila tergolong dalam golongan 'hot'? Seriously akan terdetik dalam hati anda perasaan bangga walaupun sedikit kerana fitrah manusia memang sukakan pujian. Saya tidak terkecuali. Namun bila tindak tanduk anda sentiasa menjadi perhatian, RIMAS OK!!!..

Apa yang buat Muni cakap pasal ni? Well, mesti la ada peristiwa-peristiwa yang membuatkan kite terasa  hot dan  dengan seseorang yang berperangai sewel bila orang lain tengok kite walaupun sebenarnya diorang tengok sumtin yang tak kena pada kite. Perasan betul ko nyah..hauhaha

tak salah sekiranya anda HOT tetapi MASALAH bila ada orang lain HOT (dengki) dengan personaliti u'ol yang HOT.

Muni tak hot (seksi) tapi Muni sedang mengelakkan daripada perasaan hot (marah) pada seseorang yang selalu tidak puas hati dengan Muni. Apa Muni ingat korang tak pandai English ke sampai translate bagai? Tadakla, ni kan blog Muni, ikut suka kaki Muni la. Kih3...

p/s: IDEA PENULISAN INI DATANG BILA ADA ORANG YANG MEMPUNYAI PERASAAN TIDAK BAIK PADA MUNI DAN SEDANG MENJATUHKAN SEMANGAT MUNI DENGAN APA CARA SEKALIPUN. MUNI AMAT BERSYUKUR KERANA ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA MUNI DI SAAT MUNI BERSEDIH.SAYANG ALLAH SWT = D