Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

25.10.11

Tido Dalam Kelas..Lagi

Salam....arghhh..syoknya menggeliat

Muni baru bangun tido ni taw. Kebetulan toliet dekat ngan lab, muni pon terus masuk update blog..bhahaha...japgi Muni sambung masuk kelas balik. Puas hati betol dapat tido tadi. Please, dont try this at class! Hahaha. Cane Muni leh tido dalam kelas dengan lect kat depan? Korang memerlukan teknik yang betol. Jika teknik korang betol, korang boleh tido dalam kelas lebih dari satu jam macam muni...hahaha..cane yek? xleh dedahkan kat sini sebab law ada yang detect, HABESS..

15.10.11

Terengganu~ Diam-diam Ubi Berisi



Ya...kemenangan ke atas Kelantan dengan agregat 5-3 melayakkan Terengganu ke separuh akhir menentang Selangor. Laluan Terengganu agak sukar namun InsyaAllah ada jalannya!

Kesian kat negeri saya bila pengulas sukan dan tetamu jemputan memandang rendah akan kebolehan kami semalam. Mentang-mentangla kami ni low profile dan tak banyak gebang cam sesetengah negeri dan tak ramai artis berasal dari negeri ini ada kaitan ke?Alhamdulillah, Terengganu dah buktikan!

Rasa kembang kuncup hidung ni bila tengok kejayaan Terengganu  tapi tak boleh happy sangat. Lepas ni lawan red giants. Agak-agak berapa skor semi ni yek?

Rasa semakin dekat dengan Piala Malaysia. Insya ALLAH dapat dijulang oleh seisi Terengganu. Amin Ya Rabbal Alamin.

11.10.11

Tangki Air Pon Kena Curik?

Arau,11 Oktober - Sebuah rumah sewa di daerah ini gempar apabila mendapati tangki air baru yang dibeli oleh tuan rumah sewa tersebut hilang dipercayai dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyewa  rumah tersebut merupakan penuntunt universiti berdekatan. Rumah yang didiami oleh golongan pelajar itu kelihatan lengang selepas tangki yang diletakkan di hadapan rumah hilang. Tangki baru itu dibeli kerana tangki rumah sekarang mempunyai masalah kapasiti yang kecil. Pelajar-pelajar terbabit merasa terancam kerana rumah mereka menjadi sasaran perompak dan bimbang akan kejadian yang sama berulang lagi terhadap barangan lain pula. Kejadian dijangka berlaku apabila pelajar-pelajar terbabit menghadiri latihan praktikal dan ke kelas. Ia disedari oleh tuan rumah itu sendiri apabila ingin menukar tangki rumah.

Ini bukan berita akhbar mana-mana..ini kejadian yang berlaku kat rumah Muni. Takutnya. Kalau tangki yang besar tu pon boleh diorang curi, barang-barang lain apatah lagi. Ya Allah, lindungilah kami daripada golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Muni harap korang pon lebih berhati-hati di masa hadapan, yek!

p/s:mungkin agak lawak kejadian ni hehehehehe..tapi bila diri sendiri terkena baru gigit jari..huuuu

10.10.11

Mat Ganja!

Korang pernah dengar lagu Mat Ganja tak? Haha...lagu itu agak lucah dan biadap tapi boleh buat korang tergelak. Muni first dengar lagu tu masa budak laki kat kelas dok main bluetooth lagu. Tu yang ada terdengar.

Apa yang Muni nak cerita sebenarnya adalah pasal seorang lelaki handsome ala..x habis2 lelaki handsome Muni ni.
Orang lain bukan main lagi nak tolak penyakit, dia cari bala penyakit. Rupa dah ada tapi akhlaknya, MasyaAllah.

Ini merupakan kisah pengajaran. Muni ada kenal sorang mamat ni. Bijak dan agak terkenal kat sekolah dengan ketampanannya. Family dia orang baik-baik. Dulu, semua awek dok usha dia. Muni pon. Mudah mesra dengan semua orang. Boleh dikatakan pakejnya lengkap.

Amat menyedihkan, baru-baru ni Muni jumpa dia dalam keadaan yang amat berbeza.Muni pon tak faham kenapa dia terjebak dengan najis dadah.

 Awak, mata awak yang bulat dan berseri-seri dulu dah jadi layu. Badan awak yang tegap dulu dah kurus kering. Rambut awak yang kemas tersisir rapi sudah berserabai. Bibir awak yang merah dan selalu tersenyum dulu kini kebiruan dan hambar senyumnya. Fesyen pakaian awak yang menjadi kegilaan dulu sudah tidak kemas.

Awak, masih ada lagi orang-orang lain yang sayangkan awak. Saya tahu awak masih boleh berubah. Walau apa pon yang jadi,walaupun saya tak tahu kisah sebenarnya, kuatkan semangat awak. Kerana air yang mengalir tetap terus mengalir walaupun apa halangannya. Saya harap awak juga seteguh dan setabahnya air.


p/s:

9.10.11

Sweet Sunday


Sedang menghabiskan masa bersama Nurul.
Ini sem terakhir bagi my BFF yet my senior yang tengah praktikal sem ni, Nurul. Muni ada lagi satu sem. Sangat low profile dan kurang clumsy daripada Muni...hehe...

Dear, Nurul..
Untuk hampir 2 tahun masa kita habiskan bersama.
Terima kasih kerana menjadi pendengar setia,kakak yang penyayang dan sabar dengan tingkah laku Muni..



8.10.11

Segmen : Aku dan Fake Lover

Entry Melekat dari Cik Gojes hingga 26 Oktober 2011


My Fake Lover: Henry Golding







Semalam, Henry bawa aku makan di restoran kegemaran kami di sekitar ibu kota. Henry telah menyatakan hasrat hatinya pada aku. Dia tidak mahu merahsiakan lagi hubungan kami kepada media. Aku akui, sukar benar untuk kami menyembunyikan kisah cinta kami berdua. Kali terakhir kami bertemu adalah ketika dia membuat penggambaran Without Boundaries di Pulau Redang.

Aku masih ingat lagi, dia terpaksa memakai janggut palsu, cermin mata dan songkok sewaktu mahu keluar dari chaletnya. Aku yang memerhatikannya dari jauh di sudut restoran berdekatan merasa amat simpati terhadapnya yang tetap mahu meneruskan hubungan kami. Tanpa aku sedari, air mataku menitis . Belum pon sempat aku menyapu air mataku, Henry tiba menghulurkan sekeping tisu. Dia cuba menenangkan aku. Manisnya kenangan itu.

Ketika kami asyik berbual mesra, mataku merasa silau dengan flash yang singgah. Rupa-rupanya, ada beberapa orang manusia sedang mengambil gambar kami. Aku ingin bangun tetapi Henry dengan pantas menarik tanganku. Dia dengan selamba menjelaskan kepada wartawan tentang hubungan kami yang sebenarnya. Aku cukup terkedu dalam khalayak manusia termasuklah peminat Henry Golding sendiri.



p/s: Cik Gojes, law yang ni tak cukup merapu, Muni upgrade lagi..bhahaha

PECULIAR

2010

Kak Zu parking motor betul-betul depan kedai aksesori dan elektronik. Aku pon menyibuk nak ikut Kak Zu masuk ke dalam kedai. Aku bukan gila gajet tapi aku sebenarnya masih dalam tujuan mencari thumbdrive yang berkapasiti 2GB ke bawah. Walaupun abang kat kedai cina yang aku pergi tadi dah cakap;

"sekarang ni susah dah nak jumpa thumbdrive 2GB dik.. 4GB pon nasibla kalau dapat."

Degil betul aku ni. Dah banyak kedai aku cari tak jumpa jugak. Termasuk kejadian semalam, dah 4 kali aku hilang thumbdrive. Cuai? Tak ade sape kenal perangai aku sebenar! Kak Zu sudah pon menunggu di luar kedai setelah urusannya selesai. Aku je masih terkebil-kebil dalam kedai tu mencari thumbdrive. Kalau dapat yang memory rendah, tak la rugi sangat kalau hilang lagi.

Sambil mata aku ralit memerhatikan keychain angry birds dekat ngan pintu kedai tu, tanganku cuba mencapai pintu. Tanganku meraba-raba mencari tombol pintu tapi tak sampai-sampai jugak. Bila aku berpaling, aku nampak si jambu masam sedang memandang tepat ke arahku. Rupanya aku tidak sedar pintu sudah terbuka dari tadi dan aku menghalang laluannya kerana asyik tengok keychain comel tu.

Toye dan kerek betul muka mamat jambu ni. Aku memang tak boleh tengokla muka kau der!! Cepat-cepat aku bagi laluan kepadanya dan keluar menuju ke motor Kak Zu. Kak Zu yang sedari tadi memerhatikan tindak tandukku tergelak. Gelak pulak Kak Zu ni ye!  Kak Zu tak tahu kot yang aku anti gila ngan si jambu masam ni kerana dialah yang berpakat ngan budak lelaki kelasnya  untuk kenakan aku sem lepas.Boleh kira mastermind la. Dan aku pon masih tak puas hati lagi ngan jambu masam ni.

                                                         *                      *                       *


2009

Buat kali ketiga, aku masuk ke dalam kelas mandarin yang dipenuhi oleh budak Akaun. Hanya aku dan kawanku, Yaya, budak Business yang menumpang kat kelas diorang. Kami terpaksa tukar kelas mandarin kerana clash dengan subjek lain.Seperti biasa, Yaya dan aku akan mencari tempat duduk belakang kerana tak siap assignment.hampeh tol.

Sepuluh minit selepas itu, tibalah masanya syaitan menghenjut-henjut kelopak mataku seperti biasa. Berat weyh. Menguap. Tu dia, aku dah diulit mimpi sepantas kilat. Tak tahu berapa lama aku hanyut.

Sedang aku enak dibuai mimpi, aku dikejutkan oleh mamat yang agak jambu kat sebelah kerusi aku. Ntah masa bila dia duduk kat situ tah! Aku perasan satu kelas tengah tengok aku . Gulpp...saat tu macam nak buat-buat pengsan je!

"Weh, madam suruh kau bangun, baca yang ni..."kata mamat jambu tu bersungguh-sungguh  separuh berbisik sambil menunjukkan perenggan yang aku sendiri  tak tahu apa maksudnya tah.

Tanpa membuang masa, aku terus bangun dan  membacanya kuat-kuat untuk cover perasaan malu yang menebal.

Belum pon habis aku baca, satu kelas menghamburkan gelak tawa yang menggamatkan. Madam pon tanpa rasa kesian gelak kecil kat aku. Err?

Aku berpaling ke arah Yaya dengan seribu persoalan. Cepat-cepat Yaya tunjuk ke atas kepalaku. Tu dia... Sebuah topi yang dibuat daripada kertas dan di lekatkan dengan pita kemas berada di atas kepalaku.

Hilai tawa lebih gamat daripada minyak gamat yang aku dengar daripada kumpulan jambu masam kat sebelahku. Der, lu da bikin gua panas ni der!. Madam menenangkan kelas kembali dengan menyuruh pelajar kembali diam. Aku buang topi kertas itu perlahan-lahan dan aku duduk semula dengan hati yang lebih hangat daripada biasa. Tunggu kau lepas kelas ni, mamat!

Baru aku tahu Yaya juga tertidur tadi tetapi sedar lebih awal daripada aku. Masa tu, 'tiara" kertas sudah berada di kepalaku. Dia tak sempat nak kejutkan aku sebelum si jambu masam itu suruh dia diam. Sebenarnya Madam tidak nampak pon aku tidur kerana terlindung oleh pelajar di depanku dan dia menyuruh pelajar dihadapanku bangun mengambil kertas soalan!

Masa kelas sudah pon tamat dan madam berjalan keluar dari kelas. Ku lihat si jambu masam sedang bersembang dengan rakannya. Tanpa membuang masa, aku ambik air kotak milo yang aku bawak, aku curahkan atas sneakers camel yang dipakai si jambu masam. Puas hati aku.

"Wei!!!Kau buat apa ni hah?" jerit manja jerkah si jambu masam itu.

Aku melangkah laju tanpa berpaling ke arahnya. Sentap jugak aku dengar suara jantan dia tu.Yaya aku tinggalkan terkebil-kebil ditempatnya. Apa tunggu lagi, kasut mahal do, lariii~~

bersambung....


7.10.11

Dunia masih berputar!


Letihla...kitorang ada projek besar lagi this coming December. Plus trip dan practical training.
Kacip Fatimah satu!hehe


6.10.11

Hati Seorang Lelaki (yang normal..hihi)



Kuingin kau jadi wanita mulia...
Yang tahu harga budi dan hati...
Seorang lelaki bernama suami...

Semua lelaki normal memiliki keinginan seperti bait lagu Permata nyanyian Kopratasa ni. Kata orang, sejahat- mana pon seorang lelaki itu, dia tetap berkeinginan untuk memiliki isteri yang baik.

Tapi dunia hari ni menakutkan la. Kebanyakan lelaki mudah cair dengan perempuan yang muda, seksi dan gediks hingga sanggup tinggalkan isteri yang baik dan anak-anak terkontang-kanting. Bernafsu benor korang ye?Muni teringin sangat nak tahu perasaan lelaki apabila putus ngan ngan awek atau bercerai dengan bini dia. Takde rasa menyesal langsung ke? Tak terasa terkenang-kenang saat manis bersama dulu ke?

Kisah lelaki yang ditinggalkan lain la ceritanya. Walaupun ditinggalkan, zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang tak kahwin lagi atau tak cari yang lain selepas berpisah. Yela...perempuan bukannya masalah besar pon kan?

Sekarang ni nak tanya lelaki yang meninggalkan. Macam mana rasa korang?  Rasa dah jantan sangat ke buat camtu kat orang?

Dan korang yang tertanya-tanya kenapa Muni emosi sangat ni? Tu..perkahwinan gambar duda dan dara(ke?) yang asyik menempel akhbar dan website sampai hari ni..rimas

1.10.11

Minda Cik Epal dan My Superseniors

Alaa..nak mengampu lettew...eheh..cane korang taw ni?

Tak ade maknanya!

Suka. Benar-benar suka baca blog Cik Epal. Sebelum ni, Muni tak tahu pon siapa blogger2 otai dan yang mana paling popular. Seawal masuk dalam dunia blogging pon Muni tak sedar nama-nama besar ni wujud. Sebab dulu Muni suka mengarang cerpen untuk di publish kat majalah sekolah. Ingatkan nak wat blog penulisan cerpen tapi tetiba je jadi tempat melepaskan perasaan dan ferasan..wawawa


Hinggalah suatu hari Muni terbaca kat blog seorang hamba Allah ni (maaf awak, saya betul-betul ingat nama blog awak) pasal Cik Epal dan bloggers senior yang len yang mantop bilangan followersnye. Dalam banyak-banyak blog yang diceritakan, blog Cik Epal la paling banyak Muni tekan popular entries dan older entries. Ntah jampi serapah apa la yang Cik Epal ni letakkan. Sampai walaupun tak buka blog Muni sendiri pon, Muni akan baca belog pengeluar iPhone ni oh yeah?


Secreto de Amor nya adalah, she's down to earth. Seperti juga Muni menyukai style Maria Elena. Lepas tengok video dia kat youtube accidentally  barula Muni taw dia ada blog.Opss...hehe. Tapi dia sangat dan amat cool. Muni rasa rendah diri bila baca blog2 yang vogue dan feminin sebab itu tiada dalam diri Muni. Kalau tengok je bloggers yang up to date in fashion, Muni macam ckp kat diri sendiri you juz dont have that honey. 


Bukan Muni cakap Cik Epal tak up to date tetapi apa yang difikirkannya juz sama macam Muni apabila melihat sesuatu especially make up and fashion. Contohnya recently pasal wedding Memey, she got the same thought like me. Dan entries sebelum ni pon banyak je yang sependapat. 


Muni sangat kagum dengan sape-sape je yang dare to be simple. Yang natural terhadap diri sendiri. Kita boleh rasa jika seseorang itu menulis sekadar melepaskan batuk di tangga atau seikhlas hati iaitu apabila kita membaca entry yang dipostkan hingga habis(melekat) dan kita komen pon bersungguh-sungguh. Cam berbelit je ayat aku ni?!



Dan Muni amat pantang terhadap mereka yang berhidung tinggi~


Muni nampak ramai yang ada potensi pergi jauh sebab gaya penulisannya betul-betul menarik. Tak macam Muni, bukan je followers tak berapa bertambah tapi jumlah orang yang baca tetiap hari pon, kalau tengok pageviews jadi macam Gunung Kinabalu dia punya fluctuate. Apatah lagi tak dihapdate atau bw. Plus, final year ni wat Muni sesak.


Muni tak letakkan Cik Epal kat senarai bloglist Muni sebab nak bagi peluang kat superseniors dan rakan Muni yang baru dan sedang meningkat naik. Korang bolehla melawat Muni punya superseniors dan rakan-rakan Muni yang sweet sebab diorang ada x-factor yang membolehkan diorang tersenarai.


Beauty is in the eyes of the beholder. Terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai, menyukai atau menolak kerana masing-masing punya hak untuk memilih. 


Bak kata Nirvana~Come As You Are


p/s:lepas seminggu baru jumlah followers Muni bergerak...hampeh...junior saye pon pas 3 bulan dah mencecah 1000  orang.  

Aduhai..MALU edennn

Biasalah, belum baca pon dah ada orang menyampah ngan entry kita..harap-harap korang tak menyampah dengan kisah Muni yang baru berlaku sebentar tadi...Maybe bagi korang biasa2 je but well, i juz wud like 2 share.

Muni sangat terkenal dengan clumsiness.
Muni clumsy,clumsy Muni.

Pagi tadi semua famili hantar mak dan ayah Muni menaiki flight ke Jeddah untuk menunaikan haji kecuali akak yang baru pas bersalin. Keluarga Muni agak besar. Anak buah je dah 22 orang. Tapi petang tadi separuh dah balik rumah masing2 termasuk ipar duai.

Apa rasanya bila anda selalu memakai seluar tetiba suatu hari anda dengan selamba keluar tanpa memakai seluar di hadapan khalayak ramai? Sorry, itu hanya metafora~terlebih sudah

Seperti mana Nor Juma, yang bertudung, kalo tetiba dia bukak tudung kat public, mesti ada yang kutuk bagai nak rak an?

Tadi Muni baru balik daripada teman adik pergi shopping. Macam biasalah, Muni pelupa yang amat. Tak sedar ada yang bukan mahram dalam rumah. Keluar daripada bilik, Muni dengan selamba freehair. Mungkin sebab kat rumah Muni selalu ada abang kandung ngan kakak je tu yang Muni selamba badak je. Muni tak sedar kepala kosong tanpa kelubung dgn towel sekali pon.

Jangan cakaplah,Muni menyembang dan gelak sampai tak ingat dunia. Tak sedar yang ada manusia yang tertunduk-tunduk dan akak yang bagi hint. Lepas beberapa minit baru Muni ingat. Sedar je dengan apa yang Muni buat, Muni terus masuk bilik.

Sampai saat siap menaip entri ni, Muni tak keluar lagi dari bilik.Cane ni? Malu sangat~



p/s: Muni pernah dengar.....Perisai seorang wanita itu adalah perasaan malu, apabila malu itu hilang, harga diri wanita itu turut hilang bersamanya..


InsyaALLAH, Diterima dan Selamat Hendaknya









Ya Allah Ya Tuhanku




Kau lindungilah kedua ibu bapaku dalam menyahut seruanMu...


Terimalah ibadat mereka di tanah suci..


Selamatlah mereka pergi dan selamat jua mereka kembali..


Amin Ya Rabbal Alamin...






p/s:sayu~