Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

8.10.11

PECULIAR

2010

Kak Zu parking motor betul-betul depan kedai aksesori dan elektronik. Aku pon menyibuk nak ikut Kak Zu masuk ke dalam kedai. Aku bukan gila gajet tapi aku sebenarnya masih dalam tujuan mencari thumbdrive yang berkapasiti 2GB ke bawah. Walaupun abang kat kedai cina yang aku pergi tadi dah cakap;

"sekarang ni susah dah nak jumpa thumbdrive 2GB dik.. 4GB pon nasibla kalau dapat."

Degil betul aku ni. Dah banyak kedai aku cari tak jumpa jugak. Termasuk kejadian semalam, dah 4 kali aku hilang thumbdrive. Cuai? Tak ade sape kenal perangai aku sebenar! Kak Zu sudah pon menunggu di luar kedai setelah urusannya selesai. Aku je masih terkebil-kebil dalam kedai tu mencari thumbdrive. Kalau dapat yang memory rendah, tak la rugi sangat kalau hilang lagi.

Sambil mata aku ralit memerhatikan keychain angry birds dekat ngan pintu kedai tu, tanganku cuba mencapai pintu. Tanganku meraba-raba mencari tombol pintu tapi tak sampai-sampai jugak. Bila aku berpaling, aku nampak si jambu masam sedang memandang tepat ke arahku. Rupanya aku tidak sedar pintu sudah terbuka dari tadi dan aku menghalang laluannya kerana asyik tengok keychain comel tu.

Toye dan kerek betul muka mamat jambu ni. Aku memang tak boleh tengokla muka kau der!! Cepat-cepat aku bagi laluan kepadanya dan keluar menuju ke motor Kak Zu. Kak Zu yang sedari tadi memerhatikan tindak tandukku tergelak. Gelak pulak Kak Zu ni ye!  Kak Zu tak tahu kot yang aku anti gila ngan si jambu masam ni kerana dialah yang berpakat ngan budak lelaki kelasnya  untuk kenakan aku sem lepas.Boleh kira mastermind la. Dan aku pon masih tak puas hati lagi ngan jambu masam ni.

                                                         *                      *                       *


2009

Buat kali ketiga, aku masuk ke dalam kelas mandarin yang dipenuhi oleh budak Akaun. Hanya aku dan kawanku, Yaya, budak Business yang menumpang kat kelas diorang. Kami terpaksa tukar kelas mandarin kerana clash dengan subjek lain.Seperti biasa, Yaya dan aku akan mencari tempat duduk belakang kerana tak siap assignment.hampeh tol.

Sepuluh minit selepas itu, tibalah masanya syaitan menghenjut-henjut kelopak mataku seperti biasa. Berat weyh. Menguap. Tu dia, aku dah diulit mimpi sepantas kilat. Tak tahu berapa lama aku hanyut.

Sedang aku enak dibuai mimpi, aku dikejutkan oleh mamat yang agak jambu kat sebelah kerusi aku. Ntah masa bila dia duduk kat situ tah! Aku perasan satu kelas tengah tengok aku . Gulpp...saat tu macam nak buat-buat pengsan je!

"Weh, madam suruh kau bangun, baca yang ni..."kata mamat jambu tu bersungguh-sungguh  separuh berbisik sambil menunjukkan perenggan yang aku sendiri  tak tahu apa maksudnya tah.

Tanpa membuang masa, aku terus bangun dan  membacanya kuat-kuat untuk cover perasaan malu yang menebal.

Belum pon habis aku baca, satu kelas menghamburkan gelak tawa yang menggamatkan. Madam pon tanpa rasa kesian gelak kecil kat aku. Err?

Aku berpaling ke arah Yaya dengan seribu persoalan. Cepat-cepat Yaya tunjuk ke atas kepalaku. Tu dia... Sebuah topi yang dibuat daripada kertas dan di lekatkan dengan pita kemas berada di atas kepalaku.

Hilai tawa lebih gamat daripada minyak gamat yang aku dengar daripada kumpulan jambu masam kat sebelahku. Der, lu da bikin gua panas ni der!. Madam menenangkan kelas kembali dengan menyuruh pelajar kembali diam. Aku buang topi kertas itu perlahan-lahan dan aku duduk semula dengan hati yang lebih hangat daripada biasa. Tunggu kau lepas kelas ni, mamat!

Baru aku tahu Yaya juga tertidur tadi tetapi sedar lebih awal daripada aku. Masa tu, 'tiara" kertas sudah berada di kepalaku. Dia tak sempat nak kejutkan aku sebelum si jambu masam itu suruh dia diam. Sebenarnya Madam tidak nampak pon aku tidur kerana terlindung oleh pelajar di depanku dan dia menyuruh pelajar dihadapanku bangun mengambil kertas soalan!

Masa kelas sudah pon tamat dan madam berjalan keluar dari kelas. Ku lihat si jambu masam sedang bersembang dengan rakannya. Tanpa membuang masa, aku ambik air kotak milo yang aku bawak, aku curahkan atas sneakers camel yang dipakai si jambu masam. Puas hati aku.

"Wei!!!Kau buat apa ni hah?" jerit manja jerkah si jambu masam itu.

Aku melangkah laju tanpa berpaling ke arahnya. Sentap jugak aku dengar suara jantan dia tu.Yaya aku tinggalkan terkebil-kebil ditempatnya. Apa tunggu lagi, kasut mahal do, lariii~~

bersambung....


4 comments:

abghani said...

oooo..mamat jambu

Anonymous said...

bestnye kisah ni..akak,cepatla sambung

caliph shuriken said...

mcm nk tergeliat lidah sebut tjuk en3 ni.. peculiar, hukk...

alif ibnu daud said...

hahaha.... tajuk jer dah mcm suspicious...