Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

11.10.11

Tangki Air Pon Kena Curik?

Arau,11 Oktober - Sebuah rumah sewa di daerah ini gempar apabila mendapati tangki air baru yang dibeli oleh tuan rumah sewa tersebut hilang dipercayai dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyewa  rumah tersebut merupakan penuntunt universiti berdekatan. Rumah yang didiami oleh golongan pelajar itu kelihatan lengang selepas tangki yang diletakkan di hadapan rumah hilang. Tangki baru itu dibeli kerana tangki rumah sekarang mempunyai masalah kapasiti yang kecil. Pelajar-pelajar terbabit merasa terancam kerana rumah mereka menjadi sasaran perompak dan bimbang akan kejadian yang sama berulang lagi terhadap barangan lain pula. Kejadian dijangka berlaku apabila pelajar-pelajar terbabit menghadiri latihan praktikal dan ke kelas. Ia disedari oleh tuan rumah itu sendiri apabila ingin menukar tangki rumah.

Ini bukan berita akhbar mana-mana..ini kejadian yang berlaku kat rumah Muni. Takutnya. Kalau tangki yang besar tu pon boleh diorang curi, barang-barang lain apatah lagi. Ya Allah, lindungilah kami daripada golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Muni harap korang pon lebih berhati-hati di masa hadapan, yek!

p/s:mungkin agak lawak kejadian ni hehehehehe..tapi bila diri sendiri terkena baru gigit jari..huuuu

3 comments:

SoLy SoLicious said...

kandok dooh lalu tu ho...heee

ArulchelseA said...

cuak aku..tangki pun kena tibai.. ermm.. jgn muni kena curik dah la ye..kih kih kih

ayahanda said...

Assalammualaikum wahai ahli syurga,

Sebenarnya, tangki air itu tidak dicuri tetapi hanya berpindah tempat dan tuannya.

Allah telahpun mentaqdirkan bahawa tangki air tersebut akan berubah tempat pada waktu dan ketika itu.

Sesungguhnya Allah akan menggantikan dengan tangki air yang lebih baik dan selamat.

Saya juga telah ditaqdirkan untuk memberi komen di sini sejak azali lagi seperti mana Anda juga telah ditaqdirkan untuk membaca komen ini dan seterusnya akan melawat bolg saya selepas ini.

Wassalam.