Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

10.10.11

Mat Ganja!

Korang pernah dengar lagu Mat Ganja tak? Haha...lagu itu agak lucah dan biadap tapi boleh buat korang tergelak. Muni first dengar lagu tu masa budak laki kat kelas dok main bluetooth lagu. Tu yang ada terdengar.

Apa yang Muni nak cerita sebenarnya adalah pasal seorang lelaki handsome ala..x habis2 lelaki handsome Muni ni.
Orang lain bukan main lagi nak tolak penyakit, dia cari bala penyakit. Rupa dah ada tapi akhlaknya, MasyaAllah.

Ini merupakan kisah pengajaran. Muni ada kenal sorang mamat ni. Bijak dan agak terkenal kat sekolah dengan ketampanannya. Family dia orang baik-baik. Dulu, semua awek dok usha dia. Muni pon. Mudah mesra dengan semua orang. Boleh dikatakan pakejnya lengkap.

Amat menyedihkan, baru-baru ni Muni jumpa dia dalam keadaan yang amat berbeza.Muni pon tak faham kenapa dia terjebak dengan najis dadah.

 Awak, mata awak yang bulat dan berseri-seri dulu dah jadi layu. Badan awak yang tegap dulu dah kurus kering. Rambut awak yang kemas tersisir rapi sudah berserabai. Bibir awak yang merah dan selalu tersenyum dulu kini kebiruan dan hambar senyumnya. Fesyen pakaian awak yang menjadi kegilaan dulu sudah tidak kemas.

Awak, masih ada lagi orang-orang lain yang sayangkan awak. Saya tahu awak masih boleh berubah. Walau apa pon yang jadi,walaupun saya tak tahu kisah sebenarnya, kuatkan semangat awak. Kerana air yang mengalir tetap terus mengalir walaupun apa halangannya. Saya harap awak juga seteguh dan setabahnya air.


p/s:

4 comments:

arituarini said...

ermmm...teruskan bg semangt..mana tau leh brubah..

afzalsukasuki said...

macamana muni tau dia ketagihan ganja?kot2 mati bini ke hape

yua said...

budak sekolah teknik mu dulu ke?

Mr.Superman said...

tu mst da tersalah jejak..pengaruh kwn pun ye jgk.tu la..kne berhati2.x selamanya kita ni di sanjung org.