Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

22.5.12

Ditinggalkan Feri Kuala Perlis

Assalamualaikum w.bt


Sebijik macam gambar di atas  feri ke Langkawi yang meninggalkan aku tu. 

Setibanya kami di jeti itu, feri telah bergerak 3 meter. Rasa macam bangang yang teramat apabila pemandu feri tidak mahu mengundurkan feri dan mengambil kami. Kami yang dimaksudkan ialah Muni dan kawan muni yang sorang ni. Hancurnya hati Muni tengok feri tu berlalu begitu sahaja. Tiket feri tu Muni da ramas-ramas kerana kegeraman. Tingggallah kami berdua di jeti Kuala Perlis dengan hati yang rawan dan sehelai sepinggan. Dahlah baju dan kelengkapan lain kami tak bawak. Bukan niat kami nak bermalam di sana malam tu. Namun ALLAH SWT telah mengaturkannya. Sudahlah berjanji dengan lecturer kol 5pm tapi kol 6.15pm baru dia free. Tiket feri kol 7pm. Kebiasaanya dia akan lewat 15-20 minit. Kami sampai kol 7.15. Ye la, pakcik teksi tu bukan main speed. Ada dalam 30KM lebih jarak dari ARAU ke Kuala Perlis. Muni rasa pakcik tu mesti rasa kami sempat naik feri. Malangnya....


Tempat lepak lepas ditinggalkan feri.

Kami berjalan menuju ke arah tempat ni; orang panggil apa tah; dan menangis teresak-esak melepaskan tension. Rasa ralat sangat. Aku lagi sedih bila fikir di mana kami akan bermalam malam ni. Esok keje(praktikal). Sementara nak tunggu feri kol 7 pagi esok, kami nak buat apa???

Kluk Kluk Kluk.. Bateri handset mati!!!!... Ya Allah. Besar betul dugaan kami. Dengan duit yang semakin berkurang, dan tenaga yang tinggal sedikit ini, kami tak mampu lagi nak senyum. 


Tempat kesayanganku, Masjid Al Hussain, Kuala Perlis.
Kami bersyukur kerana limpahan lampu daripada Masjid di Kuala Perlis menerangi malam kami. Wuduknya menyejukkan hatiku. Namun bukan itu sahaja, Muni berjaya meminta no exhousemate Muni daripada kawan yang lain. Dia bersusah payah mengambil kami di Kuala Perlis dan menghantar kami kembali keesokan harinya. Begitu banyak Muni terhutang budi pada orang lain sewaktu Muni di perantauan ini.

Sangat lawak. 3 jam pertama Muni dirumahnya(rumah sewa Muni yang dulu), BLACKOUT. Muni hanya mampu tersenyum mengenangkan nasib kami yang sehelai sepinggan. Nasibla tak lama insiden tu. Kawan Muni meminjamkan baju kurungnya pada kami untuk terus ke tempat kerja. Terhutang budi lagi.. 


Guest what?Muni sampai di tempat kerja 9.02am. Lewat 2 minit. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam peristiwa ini. Jasamu tak mungkin ku lupa.

Kenapa Muni tak minta cuti? Untuk mengelakkan orang-orang yang suka iri hati dan menyusahkan orang lain lagi. Hurmm...

Tekanan Muni sudah mencapai tahap 95%. Semoga Muni berjaya mengurangkan kadar tekanan ini walaupun proposal Muni sudah direject berkali kali dan due date hanya tinggal sebulan lagi. Muni amat memerlukan untuk lebih dekat pada ALLAH swt dan ketenangan.

ALLAHUAKBAR..

WASALAM.


16.5.12

MaGGi Ku

Assalamualaikum w.b.t

(Macam pernah buat je entry megi?takpa laaaa....obses pada megi..lalala...)
Maggi buatku tersenyum. Baru sahaja membelasah makan Maggi Tomyam tadi. Lazat tak terkata. Muni suka pergi kedai dan order megi. Selalu je orang yang kuar makan ngan Muni cakap, law setakat nak makan megi, balik rumah masak! Memang dah selalu masak pon. Bila bekalan dah habis, apa salahnya pergi kedai makan just nak order megi kan?hehe.. Tapi Muni kurang suka Maggi yang orang lain buat sebab selalu terkena yang mee dia tak cukup kembang, yela, api besar, nak cepat siap, macam tu la hasilnya.

Ada jugak yang cakap Muni makan megi sebab tak pandai masak makanan lain. Betul, tepat sekakiku dipipimu sekali. Dah lama tak asah bakat memasak dalam diri ni. Sejak bergelar student tambah agi praktikal ni, ke dapur jarang sekali. Pemalas?Jangan suke2 buat andaian la....

Sekian sahaja repekan(merepek) saya malam ni...nite..hehehe