Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

6.11.11

Sweet Sacrifice~



Salam Aidiladha untuk semua muslimin.

Law sape-sape yang fanatik Evanescene mesti pasan tajuk entri ni merupakan tajuk sebuah lagu kumpulan tu.

Sebelum tu, Muni nak ucapkan selamat kembali kepada Cikgu Wan. Hari tu jumpa dia kat RPA Arau tapi tak sempat tegur dan Cikgu Wan pon cam rushing hari tu. 

Hari ni merupakan hari yang agak sunyi kerana mak dan ayah Muni sedang mengerjakan haji di Tanah Suci. Suasana agak berbeza dan sayu. Balik rumah je takde feel. I want my mother and father right now....(T.T). Nasibla ada adik-adik dan anak buah yang comel menjadi mangsa buli padahal aku yang kena buli. Hahaha..

Muni rasa Muni tengah rindu kat seseorang kot~ Tu yang perangai pelik semcam je. Hehehe. Takde la..Propa je.. Walaupun propa, tapi ia sweet. 

***
Korang tahu tak benda/seseorang yang mudah nak dapat mudah jugak nak hilang/rosak? Tapi ia takkan mudah hilang jika korang ambil berat terhadap benda/seseorang itu. Jadi jika korang dah dapat sesuatu benda tu, berhati-hati. Jangan rosakkan dan lukakannya supaya ia akan bertahan lama. Tingkatkan tahap kesabaran korang jika benda/seseorang itu memberi ujian besar kepada korang. 

Jangan terlalu obses dan jangan pula terlalu mengambil mudah terhadapnya supaya kamu lebih bersedia bila masa ALLAH SWT mengambilnya sementara atau selama-lamanya daripada kamu.

Anggaplah kesabaran korang itu adalah pengorbanan paling manis pernah korang buat...

No comments: