Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

2.11.11

Si Manis

Lagu kegemaran Si Manis walaupun Muni bukan "This girl"

Muni rasa sayu. Esok,  Muni akan bertolak pulang ke Terengganu untuk cuti Aidiladha dan mid sem selama seminggu. Si manis akan hantar Muni pulang. Muni pon tak faham apa yang tak kena dengan mood Muni. Yang pasti Muni rasa lain macam dan cakap perkara yang bukan-bukan walaupun itu memang kebiasaan pon!. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah ketenangan kepadaku.

Mengenai kekalahan Terengganu kepada Negeri Sembilan; Negeri Sembilan memang layak mendapatnya. Rezeki tidak berpihak kepada Terengganu barangkali dan kelalaian membawa padah. Sudahlah malam tu juga Chelsea kalah kepada Arsenal 3-5. Kalau tengok pada cara permainan, memang layakla dengan kekalahan itu. Alhamdulillah, rasa kecewa itu Muni kongsi bersama Si Manis yang pakai baju Chelsea malam tu hahahahaha

Petang tadi Muni pergi stadium -kompleks sukan UiTM Perlis, tengok game UiTM lawan UKM. Alhamdulillah, menang 3-0. Tadi happy lebih sikit sebab tengok ngan classmate dan jiran sebelah. 

Sangat sibuk dengan latihan praktikal dan sebagainya. Rindu nak bw korang. Tapi mood nak berblogging ni jatuh ke tahap siifar. Kenapa ye? Muni pon tak faham. Tunggu keghairahan nak berblogging datang balik, baru Muni speed bw blog korang. Leh cenggitu? Huhu

Siapa Si Manis? Orang Baru ke? Kawan je.. Kawan je laaaa..Antara kawan yang manis. Macam korang jugak. Tapi bezanya Si Manis di sisi Muni di saat suka dan duka..buat masa ni. Maaf, Muni bukan couple dan tiada istilah bf dan gf di sini. Tak nak sebarang komitmen. Biarlah masa yang tentukan segalanya~~~

2 comments:

Abg Stalker said...

gf?haha..ok,mmg jauh skli la kn.kirim salam si manis.mmg manis betul la bole bt kencing manis.Jaga dri muni :D xpyh pk bnd2 karut,ikutkn hati sgt bt pe.

afzalsukasuki said...

hehe wah simanis sekarang ni ye?bukan cikgu syima tu kan?hehe.pape pun harap muni bertemu yg terbaik :)