Suatu Hari di ICT Maras..
Assalamualaikum…
Hari ini bermula agak suram. Alhamdulillah, badan saya agak segar kerana terlebih tidur. Oopss... Hehe. Sebenarnya saya ingin menceritakan KISAH YANG BERLAKU SEMALAM mengenai peristiwa yang lucu bagi orang lain tetapi tidak memalukan bagi saya. Kenapa tidak memalukan? Kerana peristiwa ini seringkali terjadi pada saya. Fuhh.
First of all, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang dan kakak angkat saya yang sudi belanja kami semua makan di gerai Ikan & Sotong Celup Tepung di Maras, Batu Rakit. Keenakan sotong yang besar tidak dapat saya sangkal lagi dengan telur masih di dalamnya. Namun begitu….
KEDINGINAN AIR KELAPA DI RIBA
Korang mesti dah boleh agak apa yang terjadi kan. Akibat ter ‘ultraman’ gelas berisi air kelapa saya, gelas itu terbalik membasahi jeans saya dan Ainun, kawan saya, sekali. Fuhhhhhhhh…. Sebenarnya saya telah menyaka ianya akan terjadi tetapi tak sangka seteruk itu.
Saya agak bernasib baik(ye ke?malang sebenarnya) kerana abang dan kakak angkat saya sudah mengetahui perangai saya yang satu ini. Oleh kerana itu, menjadi bahan guraun sepanjang perjalanan pulang. Terima kasih semua.
PERISTIWA YANG SAMA BERLAKU BEBERAPA MINGGU YANG LALU…. MUNI…MUNI…ISH3
P/S; SEMUT CELUP TEPUNG
1 comment:
Assalamualaikum, saya dtg singgah dan follow blog ni :D smile always !!
Post a Comment