Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

19.5.11

Pujangga dan Derita!

Saya cuma mahu berkongsi apa yang saya dapat hari ini..


Dia tahu dan dia tahu apa yang dia tahu,dia adalah bijak-ikutlah dia..
Dia tahu tetapi dia tak tahu apa yang dia tahu, dia terlupa-ingatkan dia..
Dia tidak tahu dan tahu dia tidak tahu, dia adalah biasa-ajarlah dia..
Dia tidak tahu tetapi dia tidak tahu yang dia tidak tahu, dia adalah dungu-tinggalkan dia...
Dia yang tidak tahu tetapi buat-buat tahu, dia adalah tin kosong-lenyapkan dia..


-anonymous-

DI TAHAP MANA ANDA BERADA?


DAN..


PENGANTIN CUBA BUNUH DIRI SELEPAS TEMAN LELAKI PUTUSKAN HUBUNGAN.

[Kosmo] CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin. 

Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan. 

Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin. 

Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut. 

Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa.Untuk melihat wajah wanita tersebut, saya link kan -http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/05/pengantin-cuba-bunuh-diri-selepas-teman.html..

No comments: