~16 Mei 2011~12.00 tgh mlm~Dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kangar
"Sabar ye. Saya dah usahakan yang terbaik. Astaghfirullahalazim, kami tak berniat nak buat macam tu. Tolong jangan salahkan pihak kami. Astaghfirullahalazim. Cuba encik periksa betul-betul. Kenapa encik tak datang tepat pada masanya. Kami buat kerja encik. Kami tidak kenal wajah semua pelanggan kami yang beratus-ratus sehari. Astaghfirullahalazim..Maafkan saya tapi saya rasa encik sudah salah faham.."
Perbualan telefon itu mengejutkan aku dari tidur. Aku curi-curi dengar. Sungguh sabar lelaki yang menjawab panggilan itu. Sedangkan aku dapat mendengar sayup-sayup suara daripada talian sana memaki hamun tak tentu pasal. Aku tersenyum mendengar slang utara lelaki yang berada di hadapanku itu. Sukar untuk jumpa orang yang amat penyabar apabila berkali-kali menjawab panggilan yang memaki hamun dirinya. Nada suaranya amat sopan dan sangat CANTIK!.ALAMAK, DAH TERJATUH CINTA AKU PADA SUARA ITU..SAHAJA YEE..haha..
Jangan fikir negatif ya. Saya tidak akan mengganggu insan lain, cukuplah senang mendengar tutur katanya. Lelaki yang baik biasanya sudah dimiliki. Seperti mana yang BF dan SUAMI2 di luar sana yang mahu pasangannya setia seperti itu juga saya mahukan dalam hidup ini. Kadang-kadang walaupun kita sukakan sesuatu itu, kita harus biarkan ia kerana dengan menyatakannya atau mendapatkannya, kita akan melunturkan kecantikan atau kebahagiaan yang ada padanya.
Dan saya sangat sayangkan BF saya...
* * *
Sungguh unik cara kita mengecapi kebahagiaan.
Ada yang sudah merasakan bahagia itu apabila berkumpul semeja bersama ahli keluarga atau insan tersayang.
Ada yang bahagia apabila melihat insan lain bahagia.
Ada yang bahagia hanya apabila memberi makan kepada seekor kucing terbiar.
Ada yang merasakan bahagia apabila tertawa dan bisa tersenyum.
Ada yang mengecapi kebahagiaan tanpa kemewahan...
Kecantikan beerti bahagia. Bukankah kecantikan itu menyedapkan mata dan menyenangkan hati. Seperti mana juga bahagia, ia dapat dirasa dan menyenangkan hati yang memandangnya. Cantik fizikal tidak kekal selamanya. Jangan meminta lebih dalam hidup kerana kita mungkin kehilangan perkara yang lebih berharga demi mengejar apa yang kita inginkan. Belajarlah bersyukur.
p/s: saya bukan cari harta semata,atau rupa di mata...saya mencari hati suci murni
No comments:
Post a Comment