Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

11.8.11

Malas itu Perlu..haha




Kadang-kadang tabiat malas itu perlu. Kalau tidak, kenapa Allah SWT membiarkan kita berperangai malas.

Hayati hujah-hujah Muni ini..Hehehe. Malas itu perlu ketika

1.Clash.
   Kalau korang ade tabiat malas, korang akan rasa malas nak mesej, malas nak call dan malas nak pikir. Senang dikatakan korang malas nak cakap pasal dia lagi dah. Bukan ke senang macam tu?

2. Shopping(malas macam Muni)
  Sikap ini akan menjimatkan duit korang. Lagi korang malas nak membeli belah, lagi save la duit korang. Lagi sayang la suami dan pakwe2 korang pade korang sebab tak menyusahkan mereka. Tapi kalau dah  malas shopping barang-barang dapur apatah lagi ikan kering, bersedialah korang untuk di reject. Haha

3. Makan
    Bila korang malas nak makan, ia akan menjadi diet sempurna dan menjimatkan duit jugak. Baca betul-betul, diet sempurna bukan diet yang sihat sayang2 sekalian.Sebab malas nak makan, korang akan kehilangan berat sedikit demi sedikit tanpa  menghabiskan duit. Tak perlu jadual yang ketat. Tapi awas, sedia la korang untuk penyakit gastrik dan sebagainya. Daripada malas makan je, baik korang pose sunat! Pahala pon dapat.

4. Bergaduh
    Malas begitu diperlukan pada ketika ini. Apabila korang malas nak besar-besarkan pergaduhan, keadaan akan jadi lebih tenang. Jangan la pula korang malas nak cakap banyak, terus tibai je mangsa korang tu, naye. Tapi, jangan la jugak biarkan je orang lain naik lemak. Berpada-padalah.

5. Tengok TV dan Online
    Sangat menjimatkan elektrik bila korang malas. Tak payah nak beli bateri remote TV. Tak payah nak berebut channel. Bil elektrik dan Internet pon kurang. Akibatnya, korang seperti katak bawah tempurung.

6. Puaskan Hati Semua Orang
   Asyik kita je nak jaga hati dia, dia bila lagi nak care pasal kita. Bila korang dah malas puaskan hati orang lain, otak korang takkan berserabut memikirkan cara yang terbaik untuk orang lain. Tak payah nak tension-tension dan nak stress ni. Tapi, akibat malas nak jaga hati orang, kualiti kerja korang akan kurang sekiranya korang memang dasar pemalas!!! Dan risiko dipulaukan adalah 99.9%. Hahaha


Lantak la ape orang nak kata, selagi korang malas nak ambil kisah, orang yang mengutuk pon jadi malas nak mengata. Akhirnya terdiamlah sendiri mulut diorang.


p/s:takde copy paste punyeee

10 comments:

ArulchelseA said...

setuju.. aku akan malas utk memikirkan pasal dia..aku boleh!!!!

Amy Syaquena said...

salam kenal , amy singgah dan follow sini... jemput ke belog amy. happy blogging..

budakijaupendek said...

malas itu memang satu keperluan! haha

laskar pelangi said...

kadang kadang pelangi jadi pemalas gak..heeee~

iPai said...

hee .. tgh malas dengan blog .. hehe .. tapi nak jalan2 hehe

Asiah Termizi said...

sangat malas ni.. mengantukkk

muse said...

malas makan tapi kena makan jugak kalau tak takdeer tenaga jawabnyer...

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

malas malas malas

sangat sokong dengan kamu

ade kala kita perlu bermalas malasan

hehe

:)

miss lyzeer said...

malas ni..malas positive. Thums up

Syukri Hakimi said...

malasnye!!! Huaaaarrhhhhh....