Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

5.8.11

Awek Yang Pelik; Lelaki Sanggup ke?

Preity Zinta Dalam Mission Kashmir dan Dil Hai Tumhara

Wahai lelaki, pernahkan korang terpikir kalau memiliki awek atau isteri yang cemerkap, pelik dari yang lain atau gila-gila? Bukan yang sosial tetapi yang berperangai lain daripada yang lain. Seriously, bagi Muni, lelaki lebih mengidamkan wanita yang berketinggian macam model, wajah persis kacukan, tak bagi banyak masalah dan tak memalukan diorang. Macam mana pulak dengan awek yang selalu je tersilap cakap, yang naif dan cemerkap gila(org Terengganu sebut sebagai Bolah..haha)

Yana Samsudin dalam Lu'lu di Astro
Kita selalu dihidangkan dengan drama dan filem berkaitan awek-awek yang naif atau gila-gila yang happy ending seperti mana drama Lu'lu (saya lebih suka yang ditayangkan di Astro), My Girl dan Dil Hai Tumhara. 


REALITINYA ADAKAH SEMUA LELAKI SANGGUP MEMILIKI ISTERI YANG ADA CIRI-CIRI TERSEBUT?

Muni sangat bimbang kalau si lelaki itu hanya bagi janji-janji manis sebelum kawen je. Pas kawen, tangkap cintan ngan awek yang malatop, terus tinggal isteri sorang2 terkontang-kanting. Nauzubillahiminzalik. Apatah lagi wanita itu si naif yang penyabar.

Konpem korang tahu heroin My Girl ni.

Adakah kasih sayang anda terhadap pasangan anda akan sekuat sekarang pada masa hadapan? 

Lepas apa yang terjadi hari tu, Muni takut untuk bercinta lagi. Lagi menakutkan melihat orang lain bercinta bagai nak rak dan akhirnya putus jugak. Muni hanya serahkan hati ini pada ALLAH S.W.T. 

JIKA KAMU BERIKAN SEPENUH HATIMU PADA IBU BAPAMU, ALLAH SWT AKAN MEMBAWA MEREKA PERGI DARIPADAMU..

 JIKA KAMU BERIKAN SEPENUH HATIMU PADA SAHABAT-SAHABATMU ALLAH SWT AKAN MEMBAWA MEREKA PERGI DARIPADAMU..

JIKA KAMU BERIKAN SEPENUH HATIMU PADA KEKASIH HATIMU, ALLAH SWT AKAN MEMBAWANYA PERGI DARIPADAMU...

NAMUN, JIKA KAMU MEMBERIKAN SEPENUH HATIMU PADA ALLAH SWT, ALLAH SWT AKAN MEMBERIKAN SEGALA-GALANYA PADAMU....


p/s:teringat peristiwa Muni jatuhkan kamera dalam kolam ikan, terlupa yang Muni letakkan remote TV dan barangan lain kat peti ais dan hilangkan tiket bas berkali-kali.(T.T). Ntah sape je Mr.Right yang malang itu. Huhu

19 comments:

saya dewi said...

hope kamu dapat jumpa encek jodoh kamu sweetie. tape perancangan ALLAH S.W.T. adalah yang terbaek. (':

jatuhkan camera dlm kolam? haipp kalau tanak bagu dewi meh. hihi *just joking*

btw salam ramadhan and happy fasting dear. ^^

Wyna Nubies said...

As Salam,

pegang kata2 ni

"Perempuan yang baik utk lelaki yang baik dan juga yang sebaliknya"

so,percaya la..akan ada ADAM yg terbaik utk HAWAnya..hehe..

dill said...

dia tidak malang. sepatutnya bertuah kerna memiliki kamu :)

dill.

missSenget said...

yang terbaek buat kamu pasti akan muncul.. :)

yakin dengan janji Allah...

Abang Stalker said...

jodoh ditgn tuhan..xde kuasa nk bt keputusan.

serahkn pd Nya. :)

scha fiqah said...

jgn putus asa dgn apa yg dah berlaku..berusaha selagi boleh..Allah sentiasa bersama dengan kita..serah kan segalanya padaNya..insyaAllah..:)

munira hashim said...

saya dewi~bukan muni sengajaaa..hihi..anyway, thanks

wyna nubies~wasalam..terima kasih

dill~thanks for lending shoulders

miss senget~InsyaALLAH

a.s~u owez be the best bro

scha fiqah~tq...Allah Maha Pemgasih

iPai said...

betul kata abg stalker .. jodoh di tangan tuhan ..


kalau ditengokkan dalam cite My girl tuh, saya memang lagi suka type gadis macam tuh .. atleast tak pening kepala tgk perempuan pakai banyak make up .. hehehe

jadi sangkaan muni pasal takde laki nak tuh kurang tepat sikit ..

memang time tuh akan tensen juga laa, hilang tiket laa, jatuh kamera semua, tp bila kenang balik kelakar .. heheeh

Mohamadazhan.com said...

selalu yang dikejar itu tersungkur...hehe.baik berjalan dengan baik supaya kejatuhan itu tidak berlaku =)

ArulchelseA said...

yg cite lu lu tu peah tgok.. tp ok je.bleh la...kih kih kih

ArulchelseA said...

follower sama..team mate pun sama jugak.. terbaik la.. kih kih kih..

blogermanz said...

Kita sudah dijadikan berpasang-pasangan.. kalau dapat yg baik alhamdulillah tp kalau dpt yg sebaliknya kite bentuk lah dia.. Tp kalau semua tu boleh ubah aku nak preety zinta kt atas tu wakakaka

Lea IsNaw! said...

cinta itu buta
kdg2 org tak tengok pun tu sume

cinta dtg tanpa sedar
dan tanpa alasan

SoLy SoLicious said...

cemerkap tu nape weh?? hehehee

Shah URL said...

Semoa Mr Right tu baik ngan munira nnt :D

tak mustahil la bila dah syg SGT

;) keep it up Munira

setiap org ada keunikan di dalamnya

Nizam Ijam said...

kalau tu jodoh kita..redha jer r :)

Ayen... said...

Ayen doakan semoga Muni dapat yg terbaik,Amin......

cik hijau purple VS nur faie said...

perbah jugak terfikir ,
ada kah dalam dunia lelaki yang sanggup terima perempuan yang mcm tu ?

Syukri Hakimi said...

Cemerkap???? First tyme ak terjumpe perkataan ni..