Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

21.8.11

Lisa atau Nisa, Tetap comel..

Semalam Muni melawat kakak Muni, Kak Za yang baru je 6 hari melahirkan anak. Dia dimasukkan ke dalam hospital semula selepas mengalami pendarahan teruk. Kesian kat kakak Muni. Muni harap dia sembuh cepat untuk anak-anak dia dan Aidilfitri ini. Dahlah semalam tu birthday dia.

Selamat Hari Lahir, Kak Za. Semoga lebih tabah dan kuat melawan kesakitan itu.

Lisa atau Nisa, Muni pon tak jelas dengan nama baby girl kakak. Alhamdulillah, comel gile! Bila Muni masuk je kat pintu rumah mak mertua kakak, baby girl sedang tengok ke arah Muni.

Bulatnya mata dia.
Kesian kat Lisa, masa Muni pegang dia, dia menangis nak susu. Nak nanges rasa teringatkan yang Ummi dia ada kat hospital. Nasibla Ummi dia ada bekalkan susu sewaktu kami ke rumahnya.

Gambar feberet Muni
Bagi je susu, terus terlelap. Nasibla si comel ni tak banyak karenah. Jangan nakal-nakal ye baby, kesian kat nenek.

Tertidur. Comelnye!

Muka abang Lisa a.k.a Nisa ni, iaitu Hakim, sangat cute. Muni rasa besar nanti dia jadi encem sebab rambut dia perang sikit dan muka cam mat saleh. Ikut papa dia kot yang berkulit cerah sangat. Harap si comel ni jadi comel macam abang dia jugak.


Hakim ni sangat protective ngan adik dia. Dia boleh faham yang Ummi dia sakit. Ayat yang menyedihkan yang Muni dengar masa cakap kat fon ngan Ummi dia semalam;

"Ummi, bila nak balik ni?  Dah lame dok kat kat sane. Hakim rindu nak peluk Ummi"


p/s: Semoga keluarga kakak Muni tabah kerana dugaan yang hebat adalah untuk orang-orang yang sabar.

4 comments:

yusuf Laili said...

Salam kenal;
semoga cepat sembuh..ada rahmat melahirkan anak sama dengan harijadi..

ArulchelseA said...

aku merindukan seorg baby...

ahmad endo said...

semoga kak za cepat sembuh...amin

cunndaa said...

baby cumel..
smg kakza cpt sembuh...