Tetiba je rasa nak update ni. Muni tahu korang suka benda2 macam ni walaupun buat2 pandang sebelah mata kan? Haha.
Nak ambil hati Wanita
1. Layan semua wanita dengan gentleman seperti mana anda melayan ibu anda. Bercakap dengan nada sederhana. Wanita sangat sukakan lelaki yang penyabar dan penyayang. Pertanyaan seperti 'Apa Khabar?' atau 'Dah Makan?' harus biasa diucapkan.
2. Jangan cerita pasal sukan dan isu semasa kecuali dengan wanita yang minat sukan dan berfikiran terbuka. Jangan cerita pasal ex korang walaupun wanita tu sendiri nak tahu. Bala babe. Perempuan kan kuat cemburu.
3. Menjadi pendengar yang baik.Jangan selalu buat dekk je kalau wanita tu bercerita masalah dia. Silap hari dia pergi mengadu kat lelaki lain dan korang pulak melepas.
4. Tegur perlakuan mereka dengan berhemah. Walaupun perempuan tu marah pada mulanya, tapi dia akan terfikir kembali teguran tu.
5. Kalau diorang marah, diorang memang memerlukan pujukan. Kerana wanita tidak mampu untuk hidup berseorangan. Pujuk dengan perkara yang diorang suka. Tapi janganlah sampai diorang jadi over.
6. Bantu mereka di saat kesusahan. Walaupun bukan dengan wang ringgit. Kerana kata-kata biasanya lebih melekat di hati.
Nak ambil hati Lelaki
1. Sejahat-jahat mana lelaki, diorang tetap akan pilih wanita yang baik untuk dijadikan ibu kepada anak-anak diorang.Ingat tu. Wanita yang berciri keibuan mendapat lebih perhatian. Berpakaianlah penuh tatasusila dan mengikut kesesuaian.
2. Jangan cakap panjang berjela-jela terutamanya mengumpat atau bergosip. Lelaki suka sesuatu yang ringkas, tepat dan berfaedah bagi diorang. Jangan selalu cerita pasal ex korang. Muka je nampak tenang, hatti panas siapa yang tahu!
3. Jangan kuat merengek. Lelaki akan mudah rimas. Jangankan cakap lelaki, Muni pon lemas ada kawan yang banyak songeh. Lelaki lebih suka wanita yang berdikari taw.
4. Bertutur dengan lembut. Jangan cakap kasar, kuat dan menengking. Haram! Lainla law lelaki tu sama naik je ngan korang.
5. Jangan ganggu apabila lelaki sedang marah. Lelaki bukan seperti wanita. Mereka perlukan masa untuk menyendiri. Tunggu sampai keadaan menjadi reda dan dia relax baru bertanya.
6. Lelaki tak suka perempuan mendesak taw. Jangan terhegeh-hegeh, Tak ramai lelaki suka perigi mencari timba. Dan jangan terlalu jual mahal. Berpada-pada laaa
p/s:Lelaki mudah terpikat pada rupa, wanita mudah terpikat pada kata-kata. So, awas terhadap kasanova dan pisau cukur=)
4 comments:
xpe muni..pndgn lain2. ;)
ahaks..btol2 kesemuanya..
btw salam perkenalan muni..nama sama cam member den..hik3..=D
wah... boleh buat guide line nie..
( jom klik ) ( jom klik ) ( jom klik ) ( jom klik ) ( jom klik )
ooo..baruku tahu...patutla ....hmmm...
tp ada satu lg sy suka,wania jns suka budak2..sbr ja dia melayan..hehe :)
sy pon nk jadi kwn anda :)
Post a Comment