Beyonce- If I Were A Boys
Susah nak dengar sebab blog Muni ade muzik? Apa susah, bukak dalam You Tube je. Buka dalam blog ni pon tak puas tengok jugak.
Aku sebagai seorang wanita yang tak pernah mempertikaikan KUASA LELAKI sebagai seorang pemimpin, imam, ketua keluarga, suami dan ayah kepada anak-anakku suatu hari nanti seperti mana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah Tetapi KUASA YANG HEBAT DIIRINGI DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR. Lelaki kuat pada fizikalnya, tetapi lemah pada hatinya. Wanita lemah pada fizikalnya tetapi kuat pada hatinya. Kerana itulah, tugas seorang ibu diberikan kepada wanita.
Apa yang Muni postkan ini adalah apa yang diinginkan oleh seorang wanita bernama Muni dan wanita-wanita lain. Sesungguhnya Muni tidak sempurna namun ini adalah apa yang dapat Muni kongsikan untuk penilaian golongan lelaki di luar sana untuk memperbaiki diri.
Jika Aku Seorang Lelaki
1. Bersyukur
Aku akan bersyukur dengan diri sendiri. Aku tidak akan buat pembedahan tukar jantina atau berpewatakan sebagai seorang perempuan. Aku akan bersyukur dikurniakan insan-insan yang tersayang dan menyayangi aku. Aku tidak akan menghancurkan impian mereka kerana bahagia itu adalah bersama kasih sayang bukan harta, pangkat dan rupa. Aku akan cuba menghindari sikap tamak kerana untuk memiliki sesuatu, kita harus melepaskan sesuatu yang lain.
2. Bertanggungjawab
Aku akan lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan orang lain. Kerana kuasa lelaki luas dan akalnya 9, nafsunya satu. Dapat mengawal wanita yang berakal 1, bernafsu 9. Aku akan cuba melawan nafsu yang 1 itu supaya 9 akalku lebih berguna. Aku akan mencari nafkah dan tidak akan mengharapkan hasil daripada isteriku. Kerana sesungguhnya tugas lelaki adalah mencari nafkah dan memimpin. Oleh kerana tanggungjawab itu, aku akan mendidik isteri dan anak-anaku dengan ilmu dunia dan akhirat. Akan aku mengajarnya bukan sahaja untuk beriman tetapi bertakwa supaya dia merasa ketakutan dan keredhaan kepada Allah SWT ketika diuji. Benar, iman itu tidak dapat diwarisi, namun sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang ayah. Sebelum aku berlumba menambah bilangan isteri, aku akan cuba sedaya menjalankan tanggungjawabku.
3. Bertolak Ansur
Kerana seorang lelaki, terkenal dengan egonya dan sesungguhnya wanita itu makhluk yang lemah walaupun segarang mana dia. Haruslah seorang lelaki itu bertolak ansur. Mungkin wanita pada zaman sekarang kebanyakannya berkelakuan tidak sepatutnya. Namun, ingatlah bahawa wanita itu tercipata dari rusuk adam, tidak perlu dilenturkan dengan terlalu keras atau terlalu lembut malah berpada-pada dengan perlakuannya. Aku akan belajar menghormati insan lain disisiku teutama sekali ibuku di mana di telapak kakinya lah terletak syurgaku.
4. Berani
Sebagai seorang lelaki, aku harus berani menegakkan pendirianku. Tidak lemah pada rasuah ,kata-kata dan hawa nafsu. Aku harus sedar siapa aku dan kenapa aku diciptakan. Bukan berani bila diajak bergaduh samata-mata. Kerana jihad yang paling besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Jika aku lemah di situ, bagaimana aku akan mengawal kumpulan yang akan aku kemudi suatu hari nanti?
4 perkara ini mungkin nampak sedikit tetapi amat sukar untuk di praktikkan dalam hidup. Terpulang pada diri sendiri sama ada untuk menghiraukannya atau sebaliknya.
Mungkin ada blogger yang akan buat kenyataan balas "Jika Aku Seorang Wanita" dan Muni amat menunggu entry tersebut kerana sebagai manusia kita seharusnya saling mengingatkan.
18 comments:
namun tidak salah untuk mencuba kan?
dill.
jika ak lelaki? ak akn menjadi lelaki yg paling sempurna dlm hidup seorg perempuan :)
owh..entri psl ni eh.ok muni..beres~ ;)
dill~boleh2 je=)
sara zainol~itu impian semua org..nsibla kita perempuan kn?
abg stalker~ye..tq bang
yup..semua tu perbezaa lelaki dan perempuan..belajar menerima perbezaan.. it's nice..!! perbaiki diri...
entri kita macam bley couple ja..(^^!
Salam...entry ni boleh dipanjang2kan atau dijadikan segmen..kalau ramai pompuan nak jadi lelaki boleh la menampung kekurangan orang lelaki..hehe. Apa2pun, terima je kenyataan dan ketentuan Tuhan..kalau dah pompuan jgn pulak ingin jd lelaki dgn ikut perangai atau cara lelaki berpakaian dan lebih2 lg suka tayang aurat mcm aurat orang lelaki.
Latest entry Suka Jump to Conclusion?
tp ntah nape dh xramai llaki yg ada semua tu.skrang semuanya mcm lembik je.
aku harap aku dpt jd llaki yg baik..hehe
mm betul AL.
aku lelaki ...:)
Lelaki boleh kawin emmm....
(komen mengusik je.... hai!)
thanks udah mengingatkan ukht.. moga bisa menjalaninya dengan baik.. amien :)
haha , kan best laki2 kat luar follow sume bnda nieyh =='
Jika aku seorang perempuan :
1. Menutup Aurat
Aku akan tutup setiap aurat ditubuhku,setiap inci tubuhku hanyalah utk suamiku,akan ku jaga setiap inci tubuhku kerana perempuan adalah godaan dan fitnah terbesar. Walaupun seurat rambut,dosa akan ditanggung olehku. Jikalau boleh,akanku memakai purdah untuk mentaati segala larangan-NYA.
1 perkara ini amat sedikit tetapi amat sukar untuk di praktikkan dalam hidup apatah lagi 4 kenyataan diatas. Terpulang pada diri sendiri sama ada untuk menghiraukannya atau sebaliknya.
kalau aku perempuan..masalah sekarang..
dah tak sabar nak jadi perempuan ke.. sebenarnya, apa yang difikirkan itu jauh daripada apa yang difikirkan..
stuju...terbaikkk
terbaik lah!
senyum soya~saya baca dh entry awk..menarik
abg long~betul..semua kene ingatkan diri sendiri
harith iskandar~InsyaALLAH
hazlan~=)
gedek~hahaha
faja 12~sama2
fara eiman~mslhnye skrg lg rmi y xleh..ermm
klik aje~sdg membaiki diri
muaz~??=)
arulchelsea n aizat ~ tq=)
terima kasih kerana mengingatkan
Post a Comment