Hidup ini bukan Laila dan Majnun,
Bukan juga Romeo dan Juliet,
Kerana mereka tidak dapat bersama di dunia,
Belum diuji onaknya alam perkahwinan.
Wahai insan bergelar lelaki,
Jangan lupa pada janji..
Mata ini sendiri telah dan sedang melihat..
Kata-kata yang dilafazkan semasa indah percintaan..
Menjadi lara di alam perkahwinan..
Dan aku juga pernah melihat..
Perkahwinan yang diatur tanpa cinta sebelum kahwin
Yang dicanang mendapat RESTU..
Tidak sebahagia ungkapan itu...
Wahai lelaki,
Jangan mencari kesempurnaanKerana kesempurnaan adalah suatu kelemahan
Yang merosakkan perhubungan
Yang menghancurkan hati dan perasaan
Kerana hati wanita yang sedia ada lemah
Dan mudah goyah..
Jangan persoalkan qada' dan qadar
Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Wahai kaum lelaki
Jangan kau cari mulia Siti Zulaikha dalam dirinya
Jika engkau tidak setampan Yussuf
Jangan kau cari tabah Hawa dalam dirinya
Jika engkau tidak seinsaf Adam
Jangan kau cari rupawannya Balqis dalam dirinya
Jika engkau tidak sebijaksana Sulaiman
Jangan kau cari kemewahan Siti Khadijah dalam dirinya
Jika engkau tidak sezuhud dan sehebat Muhammad..
Wahai lelaki budiman..
Hargailah wanitamu..
Kerana sesungguhnya..
Kamu lelaki yang kuat pada fizikalnya,
Tetapi lemah pada hati
Dan wanita pula lemah pada fizikalnya
Tetapi hatinya lebih kuat walaupun beremosi
Kawallah mereka dengan sembilan akalmu
Jangan rebah pada nafsu yang satu
Wahai sekalian lelaki..
Semua orang istimewa dan keistimewaan dia adalah rahsia.
Kalau Allah dedahkan semua,
Ramai yang berebut nak dapatkan..
Allah hanya dedahkan
pada orang yang DIA ingini..
Tetapi di sebalik keistimewaan ada kekurangan..
Kita harus menghargai keistimewaan dan menerima kelemahan..
Namun, kita tidak memerlukan sebab untuk menyukai seseorang.
Wahai sang lelaki...
Sebelum melafazkan akadmu itu...
Fahami khutbah kadi dahulu..
Fikirkan dulu tanggungjawabmu..
Yang akan menemanimu sepanjang waktu
Kerana ISTERI adalah amanah
Bukan parasnya wajahnya memberi gah
Bukan pelepas nafsu serakah
Bukan ratu dijunjung tinggi
Bukan bahan untuk dimaki
Bukannya dia pencari rezeki
"Dan sesungguhnya wanita itu diciptakan dari rusuk kiri lelaki.
Bukan dari kepala untuk diagungkan dan dijungjung
Bukan pula dari kaki untuk dimaki dan dipijak.
Malah dekat di lengan untuk dilindungi
Dan dekat di hati untuk disayangi"
Wahai lelaki yang bakal dan bergelar suami,
Sebelum melepaskannya pergi
Kerana tidak sesempurna itu
Dan bukan kerana nusyuz padamu,
Fikirkan sedalamnya dahulu
Kerana rumput yang telah kau lepaskan di belakang..
Mungkin lebih baik daripada dihadapan.
Kerana sesungguhnya,,
Kita biasanya hanya akan menghargai sesuatu
Apabila ia telah berlalu...
@munitiara
4 comments:
aku mencari insan bernama lelaki,
tuk menemani sepi.. hehehe.
lelaki adlh pelindug. siapakh yg bakal mjadi suami aku? hmmm -.-''
org y tabah n mcm mu msti dpt y terbaik punye...mcm sir tut..hehehe
xmohhhhhhhhhhh!!!!
wape pulok xmboh..doh mu ambik y ngajor ekonomi tp cina laaa...wakaka
Post a Comment