Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

3.3.11

PeLaJaR UiTM MauT SeMaLaM DiKeTeMui PaGi TaDi!

ARAU-3 MAC-Seorang mayat pelajar wanita berumur 20an ditemui mati di pertengahan jalan yang sedang dibaiki. Pelajar Jurusan Ijazah Sains Komputer dikatakan sedang berkonvoi pulang daripada pasaraya C-Mart Jitra bersama 3 buah motor lain malam tadi. Walau bagaimanapun, mangsa yang membonceng motor berseorangan didapati tidak pulang ke rumah. Rakan-rakan mangsa bertindak mencari mangsa selepas panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab. Namun, mangsa tidak ditemui. Laporan polis dibuat berikutan kehilangan pelajar terbabit. Mayat mangsa ditemui pagi tadi di antara kon pembahagi jalan. Mangsa dipercayai kemalangan selepas melanggar lopak tanpa disedari oleh rakan-rakan mangsa. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat . Waktu kematian mangsa masih tidak dapat dipastikan.Mangsa berasal daripada Mersing, Johor. 

SUMBER:TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL PELAJAR


P/S:INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN. Timbalan pengarah berkata, sekiranya mangsa ditemui sejurus selepas kejadian, mungkin arwah dapat diselamatkan.

4 comments:

A'IM said...

bila ajal dah sampai

munira hashim said...

betul...esok belum pasti....

yua said...

OMG... AlFatihah..

Khairil said...

Ishh..sedih la dengan kemalangan macam ni...