Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

21.3.11

BENARKAH NIKAH DALAM MASJID AMALAN MENYIMPANG DARI SUNNAH?



Merujuk kepada hebahan di MHI pada pagi tadi dan laporan yang dikemukakan oleh BERNAMA, Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh menyifatkan amalan bernikah di dalam masjid adalah menyimpang daripada ajaran  Rasulullah SAW.


Memetik kepada entry di blog DUNIACACAMARBA (link- http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/03/anggota-majlis-fatwa-perlis-nikah-di.html)



[Bernama] KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. 


p/s: seperti mentor saya juga, saya tidak begitu pasti dan sependapat dengan beliau. Sebelum memberikan sebarang ulasan, saya ambil keputusan tunggu, lihat dan FIKIR. Seperti mana yang pernah berlaku kepada bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri yang pernah mengeluarkan kata-kata yang mengikut pengetahuannya tetapi akhirnya dipecat berikutan terdapat percanggahan dengan mereka yang berlainan idealisasi. Ada benarkah kata-kata saya?FIKIRKAN....
plus..
jangan syok nak kawen je tetapi istilah perkahwinan dalam ISLAM itu perlulah dihayati...

2 comments:

nuf4u said...

kalau nak dapat tips nuff..cik kena maintain ..page view/ 150 sehari dan kena rajin bw la, baru boleh dapat be...kalau x macam biasa la...ok ..selamat mencuba

munira hashim said...

tq nuf4u atas tips tu..muni akan cuba..