Hari tanpa seluar panjang di New York
|
|
Hehehe...saje nak buat korang saspen..mari kita ikuti kisah ini...
NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.
Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.
Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.
Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.
Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook.
(SUMBER : KOSMO ONLINE 11 JANUARI 2011)
p/s: Nauzubillah,macam-macam agenda luar untuk menyesatkan manusia. Dan manusia menjadi semakin tidak bertamadun. Hara2 tak merebak ke negara2 Islam dan kita semua. Hari ini tanpa seluar panjang, esok lusa??????
No comments:
Post a Comment