9.9.11
Rumah ITU dan Rumah INI
Pagi tadi Muni dikejutkan emak beberapa minit sebelum azan. Emak cakap selepas subuh, pergi hantar kuih kat rumah jiran-jiran. Emak buat banyak. Muni pon sambung tido dulu. Pas solat, Muni termenung dan terlentok kat sejadah(taktik pemalas). Emak cakap,
"Kalu ceroh doh, malu pulok nok gi ngato.Gi ah ato lu sebelong org gi beli keda."
(Kalau hari dah cerah, malu pulak nak hantar. Hantarlah dulu sebelum orang beli sarapan kat kedai)
Belum pon pukul 7 (selepas melawan kedinginan pagi dan katil yang memanggil-manggil), Muni pergi rumah INI dan rumah ITU. Sampai kat rumah INI;
'Assalamualaikum'
Tiada jawapan.
'Assalalamualaikummm...'.
Tiada jawapan.Ok, Muni bagi salam lagi.Kali ni lebih kuat.
'Assalamualaikummm!,'Berulang kali pula tu.
Sunyi. Seperti sunyinya malam hari.
Ok, pasnilah hantar kat rumah INI. Pergi rumah ITU lah pulak. Ha...macam itu le jugak. Tak ade org jawab pon. Berkali-kali jugakla eden bagi salamnyo. Pergi rumah INI balik pon, takde orang menjawabnya. Rumah cerah lampu terpasang, kereta ada. Aipp,tak baik bersangka buruk! Huhu
Muni ambil keputusan, tinggalkan kuih tu at dapur luar rumah. Untuk makluman, kawasan kejiranan Muni ni majoriti ada 2 dapur: kat luar dan kat dalam. Apa akan jadi pada kuih tu agaknya? Kejam tak Muni? Muni balik cerita kat emak. Emak nak marah Muni takleh sebab dia tahu lama mana Muni duduk bagi salam sebab rumah kami dekat je. Boleh dengar suara Muni bagi salam.
Pastu Muni sambung agihkan kuih tu kat rumah jiran yang lain.Muni bernasib baik kerana jiran yang lain cepat sahaja keluar.
Umpama joging di pagi hari. Muni TAK PERNAH joging. Boleh tahan jauh jugakla Muni pergi agihkan kuih tu. Tak ramai sangat orang yang Muni jumpa sebab hari Jumaat cuti kat sebelah Terengganu. Masa tu la kita boleh tengok siapa yang boleh jadi bakal suami atau tak. Hehehe..
p/s:Muni asyik terfikir kat rumah INI dan rumah ITU. Adakah ini balasan kepada Muni yang selalu sembunyi kalau ada orang datang?Errrrrr.....Hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
dok rok cetong... kih kih kih
eleh nak bgitau dia yu anak dara pingitan la.cheh!
hheheh..rajin muni ni yer =)selamat hari raya..singgah beraya kt sini..
balasan..padan muke.. :D
datang je kat rumah@blog "ituini" mesti de orang..kih kih kih
alang2 hant kuih muih tu, usha2 la calon suami gak oke.
hehehehehe.
hmm .. mungkin balasan juga laa ..
rajin ye muni ni anta kuih muih ..
ni apa bahasa campor2 ni .. tibe2 eden plak klua ..
ore kelate ko?haha...
main nyorok2 kot...
Post a Comment