Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

14.9.11

Banjir dan Blur

Terbaikkk..memang terbaikk...

Malam yang Muni nak balik Perlis, bas lewat sejam lebih. OK! Duduk dalam bas rupanya no tempat duduk yang diberikan adalah tidak sama. Diorang cakap duduk mana-mana je. Terpaksa duduk dekat lelaki dalam bas yang penuh. OK! Bumbung bas yang tidak ditutup kemas akibat rosak membuatkan baju Muni basah terkena tempias air hujan. Tengah tidur baru tersedar. Dahlah bas penuh kan. OK!! 

Sampai kat Kangar, hujan lagi lebat. Teksi selepas sejam baru la ada sebab terlampau ramai orang.Lapar jangan cakapla kan. OK! Sampai kat rumah, bilik Muni bersepah. Wah, sem ni 8 orang serumah dengan bilik air yang satu. Kenapa Muni baru tahu?! WAA..OK!!!.

Keesokan harinya, Muni sorang-sorang. Seorang roomate Muni pergi praktikal, seorang lagi tak mahu balik sampai minggu depan. OK, Sangat bosan. Tengok TV, makan  , tidur. 3 hari berturut-turut. Dengan jalan kat depan yang dipenuhi air, tak boleh pergi ke mana-mana.

Apa yang paling best, kerana banjir, Uitm Perlis mengumumkan CUTI selama 2 hari. Dan pagi tadi class cancel lagi. Waa...sangat TERBAIK!!!!!

Kalau Muni tahu, minggu depan baru Muni balik!

p/s: Dalam kita merungut terlupa pula untuk bersyukur kerana air tidak melimpahi rumah Muni dan Muni selamat sampai ke Perlis dan sebagainya. ..muhasabah diri!

6 comments:

caliph shuriken said...

best laa dpt cuti extra ^^

Aduka said...

tu la pentingnya tgk brita kt tv.
kihkihkih.

arituarini said...

bleh la BW kan..kih kih kih

Anonymous said...

selamat kembali belajar di perlis hihihi

Asyraf Azizan said...

bestnye dpt cuti :)

dill said...

banjir oo banjir oo
rumah kita naik air eh o
naik air eh o

dill.