Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

22.4.11

buat mereka yang masih belum berpunya....

Ini kisah yang mungkin buat anda semua tersenyum..paling tidak pon berfikir...

Sudah masuk tahun ketiga saya saya belajar di sini. Dulu, saya selalu menangis teringatkan kampung. (sekarang dah kurang taw) Sebagai pelajar jurusan ijazah di universiti ini, kami perlu tinggal di rumah sewa. Oleh kerana keadaan terdesak, saya tinggal di sebuah rumah sewa bersama teman rapat saya dan empat orang lagi housemate yang tidak dikenali. Di sini, saya berkenalan dengan seorang  daripada mereka iaitu Nana(bukan nama sebenar). Dia amat ramah dan memahami saya. Dahlah dia suka menolong saya, low profile pula tu. Saya amat selesa berkawan dengannya. Suatu hari, sewaktu Nana berborak dengan saya, dia mengeluh;

"Muni, kenapa tak ada orang yang nak kat Nana. Nana tak cantik ke?"

Saya pasti, ramai mereka di luar sana yang berfikiran seperti ini jika mereka masih belum berpunya. Tambahan lagi Nana pernah dikecewakan oleh seseorang.

Lantas saya menjawab;

"Tak adelah. Nana cantik. Cuma kita perlu bersabar. Jodoh itu ada.Tuhan sedang menguji kita.  Mungkin Dia memberikan kita orang yang salah supaya kita belajar daripada kesilapan dan lebih menghargai orang lain yang datang selepas itu."

Nana pernah bertanya saya soalan itu sebelum ni. Saya amat memahami perasaannya.

Sebulan yang lalu, sewaktu saya sedang mencari telefon saya yang hilang(ala..saya kan pelupa), Nana menerima satu SMS. SMS itu datangnya daripada seorang lelaki yang diminati oleh Nana. Lelaki itu bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang ditemui Nana sewaktu dia buat assignment kat sana. Nana tidak menyangka lelaki tersebut juga meminatinya!!!

Saya dapat melihat riak kegembiraan kat wajah Nana. Wajah dia berseri-seri selepas hari itu. Perkenalan itu berlanjutan sampai ke hari ini. Kami housematenya dapat melihat kesungguhan lelaki itu memikat Nana. Lelaki itu punyai pakej lengkap sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab. Saya berdoa supaya hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat.

Sebentar tadi, dia baru keluar makan bersama dengan lelaki budiman tersebut. Kenapa saya panggil lelaki itu budiman?? Kadang-kadang, sesetengah perkara harus dibiarkan menjadi rahsia=)

Lihat, saya pernah berkali-kali ditanya begini oleh kawan-kawan saya yang masih belum berpunya. Akhirnya mereka menemui jodoh yang lebih baik daipada yang saya jangkakan. Buat mereka yang masih belum berpunya, sabarlah. Saat itu pasti akan tiba . 

TIPS UNTUK MEMILIKI PASANGAN

1. JANGANLAH KAMU MERENDAHKAN MARUAH KAMU UNTUK MEMPEROLEH               CINTA ORANG YANG BELUM TENTU MENJADI MILIKMU.

2. YAKINLAH DENGAN KETENTUAN  DAN HIKMAH DARIPADA ALLAH S.W.T

3. DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA TETAPI SEGALA-GALAYA MEMERLUKAN DUIT

4. KADANG-KADANG, KITA TIDAK MEMERLUKAN RUPA YANG MENARIK DAN HARTA YANG BANYAK UNTUK BUAT KITA BAHAGIA

5. ALLAH TIDAK MEMBERIKAN KITA APA YANG KITA MAHUKAN TETAPI ALLAH MEMBERIKAN KITA APA YANG KITA PERLUKAN.

16 comments:

dill said...

saye senang membaca entri ni :)

Miss Dill^^

munira hashim said...

tq miss dill..saya senang menulisnya

Leeza said...

hurmmmm...sabar adalah jawapan terbaek...
cuma masa belum tiba waktunya.. =P

munira hashim said...

betul tu miss lyzeer..tapi abar adalah perkara paling susah org nak buat..

:: cikNuurul :: said...

dlu berpunyer skang CN dh xberpunya,.huhu,mule2 sdih tp lme2 dh pstifkn dri,.jodoh Allah yg tntukan,.rzki msing2 kan xde spe tau,yg pntg,kite usaha,.hehe,.nice entry dn ksah kwn tu,.sweett,smg mereka kekal smpai ke jnjang pelamin dn akhr hyat,.amin,.=)

munira hashim said...

TQ CIK NUURUL...InsyaAllah,semoga cik nuurul jumpa insan yang lebih baik daripada y sebelum ni..

Cik ira said...

suke bace entry ni.. tq. nice tips n info

AMRI OTHMAN said...

HEHEHEHE!
agaklah~~
thumb up!!
make e smile wlpn tngah tension stdy..

Miss Shikio said...

bersemangat bila baca entry ni..

keh3... ^_^

yua said...

omg so sweet cerita nana...

teringat pulak kata2 dlm novel 'lelaki budiman selalunya da bpunya'...

so ak kan trus bsabar... mnanti jodoh yg ditentukan oleh ALLAH SWT =)

Renjer Sungai said...

entry yang menarik!! :)

deDetz said...

hehe saya sangat setuju lah kak =D

munira hashim said...

TERIMA KASIH SEMUA..SAYA HARAP ANDA SEMUA MENGHARGAI INSAN DI SEKELILING

Unknown said...

bagitau kat Nana tu dia kena dengar lagu 'Kalau Berpacaran'..hhee

munira hashim said...

hahaha...betul jugak kn..ikiki

bdk johor said...

betul tu.. wa setuju sesangat pasal tips tu tapi cinta takkan datang kalau tak dicari dan cinta takkan dapat kalau tak memberi. betul tak?
chewah!! falsafah lar pulak. hahaha