Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

15.3.12

CERPEN a.k.a NOVEL-CEVEL

Muni pon tak pasti sama ada apa yang ditulis Muni ini adalah Cerpen ataupun Novel....kehkehkeh =P Yang pasti coretan ini telah ditulis semenjak tahun 2011 sebelum muni clash lagi. Muni tidak kongsikan seawal waktu dahulu kerana terlalu banyak blogger yang menghasilkan cerpen dan Muni bagi peluang pada semua. Jika semua mahu jadi penulis, siapakah yang akan menjadi pembaca kan?Tak sangka kisah sedih dalam novel  ini sedikit sebanyak berlaku dalam hidup Muni walaupun tidak keseluruhan selepas muni menulisnya. Muni hanya ingin berkongsi minat menulis Muni  bersama rakan-rakan pembaca. Muni menulis mengikut gerak hati Muni. Maafkan Muni andainya Cevel ni tidak kena dengan citarasa kamu semua.

Coretan Tolong Ingatkan Aku ini tiada kaitan dengan sesiapa pun sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

ToLoNg InGaTkaN AkU.
EPILOG
Aku berjalan perlahan. Serong langkah tanpa arah tujuan dengan baju kurung putih dan beg sandang coklat. Wajahku pucat kerana terlalu banyak menangis. Aku tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi dan masih belum menerima kenyataan itu. Letih. Perlahan-lahan beg sandang coklat itu aku letak di atas sebuah bangku di kaki lima taman dan kemudian melabuhkan  punggungku di bangku itu.
Aku duduk merenung jalan. Kecelaruan berlegar di fikiran sehingga tidak ku hiraukan bagaimanakah keadaan wajahku. ‘Silap akukah?’.  Mengeluh. ‘Bagaimana boleh jadi macam ni?’ Satu lagi keluhan hampa.
Lantas susuk tubuh wanita itu melintas di benak fikiranku. Anggun, langsing, tinggi, lebih berpendidikan, sofistikated dan persis kacukan, tak jemu mata memandang. Tidak hairanlah sekiranya lelaki-lelaki di luar sana sanggup berhabis duit dan masa untuk mendapatkannya. Aku mengeluh lagi. Kini lebih berat sambil menggeleng perlahan.
Patutlah lelaki itu sentiasa memberi alasan. Inikah yang dilakukan olehnya selama ini? Berdampingan dengan seorang wanita yang jauh lebih baik daripadaku . Aku mengetap bibir. Siapa saja yang boleh tahan melihat teman lelaki mengucup pipi wanita lain? Sama cantik dan sama padan. Siapa yang menggoda dan siapa yang tergoda?

*  *  *
“Kenalkan ini Arina, gadis yang telah berjaya menambat hati Khairi …dan Rina, ini Ayu, sepupu Khairi,” Razif memperkenalkan Ayu kepada Arina.
“Oh, hai Ayu.. I’m Arina”ujarnya sambil tersenyum. Cantik.
“Er…hai….Ayu”perlahan-lahan salamnya aku sambut.
Berjaya menambat hati Khairi? Sepupu? Apa semua ni.? Aku berharap agar Khairi cepat-cepat datang untuk membetulkan keadaan. Kelibat Khairi berjalan dari jauh melegakan hatiku.
“You dah lama sampai, sayang?” ujar Khairi sambil mengucup pipi Arina.
“Tak ade la lame sangat, Bi..sebelum Razif kenalkan sepupu you ni pada I. Well, kenapa you lewat ni, Bi?” kata-kata itu kedengaran jelas ke telingaku terus ke dasar hatiku.
Khairi terpinga-pinga.
”Ayu, bila Ayu sampai? Kenapa tak cakap kat abang nak datang?”
“Ayu dah nak balik pun,bang. Ada kerja sikit nak buat. Maaf semua. Ayu minta diri dulu”aku meluru bangun dan ke kaunter. Agak biadap tetapi aku sudah memberitahu Razif sebentar tadi bahawa aku hanya singgah sebentar.
Selepas mengambil baki, aku berpaling untuk menuju ke pintu restoran. Khairi menghalang laluanku. Dia memegang kemas tangan aku namun aku tidak memandang wajahnya. Benci. Itu saja yang mahu  dilafazkan pada saat dan ketika itu.
“Lepaskan. Ayu dah nak balik, abang. Ayu ada kerja nak buat,”ujarku sambil membelek-belek tangan kiriku  beg sandang ambil pura-pura mencari sesuatu.
“Ayu nak pergi mana malam-malam macam ni? Ayu marah abang ye? Abang boleh jelaskan semuanya, sayang”balas Hairi.
“Sayang? Yang mana satu abang panggil sayang ni? Sudahlah, Ayu tak tahan duduk sini tengok babak romantik abang dan wanita yang berjaya menambat hati abang tu!” ujarku kasar sambil merenggut tanganku daripada pegangan Khairi. Berjaya. Aku berlari anak untuk mendapatkan sebuah teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang di bahu jalan.
Laungan Khairi tidak aku endahkan. Aku sudah berada di dalam perut teksi. Bengang. Mahu sahaja aku menangis dan berteriak sepuas-puas hatiku namun aku malu terhadap pemandu teksi itu. Air mata aku tahan-tahan daripada menitis.
Aku meminta pemandu teksi itu memberhentikan kenderaan di sebuah taman yang tidak berapa ramai orangnya. Esak tangisku terlerai jua sekeluarnya aku dari teksi itu. Aku berlegar-legar dalam kawasan taman itu. Suasana agak tenang hanya dan beberapa orang yang dapat dilihat pada kejauhan jadi dapatlah aku melepaskan segala yang tertanam di sanubariku. Aku melepaskan apa yang terbuku sepuas-puasnya.

*  *  *
Zahir  berjalan menuju ke arah Toyota Harrier miliknya sambil melonggarkan butang kemeja paling atas untuk menyejukkan badannya. Dia melihat jam tangan. Hampir pukul 11.30 malam. Dia baru sahaja selesai melepaskan tekanan di tempat kerja dengan melawat tasik yang pernah menjadi saksi cintanya dulu. Di taman inilah dia melafazkan cinta kepada isterinya. Zahir menggamit cincin di jari manisnya sambil tersenyum walaupun agak hambar.
Baru sahaja dia melangkah masuk ke dalam kereta, terdengar teriakan seorang wanita memecah kesunyian malam. Teriakan itu kedengaran agak tragis meminta tolong. Tanpa berlengah lagi, Zahir menuju ke arah bunyi tersebut.

*     *    *
Setelah puas berendam air mata, aku baru tersedar bahawa suasana menjadi semakin sunyi. Taman itu sudah lengang tanpa seorang manusia pun.  Kalut. Aku menyelongkar handset untuk memlihat jam. Sudah pukul sebelas malam. Aku sempat melihat hampir 20 miscall daripada Khairi yang sudah semestinya aku agak mahu memberi alasan lagi. Bengang! Sambil membebel sendirian, aku mengemaskan barang dalam beg sandangku. Wajahku yang berserabai aku rapikan.
Entah mengapa tiba-tiba sahaja bulu romaku terasa seram sejuk. Aku bangun cepat-cepat untuk menuju ke arah jalan besar. Hatiku berdebar-debar apabila terdengar ada sesuatu mengekoriku. Aku melajukan langkah kakiku.
“Nak ke mana adik manis?”tersentak aku mendengar suara asing itu seraya tangannya memegang bahuku. Aku cuba berlari sekuatnya namun sudah terlambat. Pinggangku dipaut dari belakang. Jahanam. Aku dapat melihat seorang lelaki berT-shirt merah cuba memelukku seeratnya.
“Lepaskan saya encik. Tolonglah. Jangan buat saya macam ni. Kasihanilah saya encik,”aku merayu-rayu berulang kali mengharapkan simpati daripada orang itu. Aku bergelut melepaskan diri.
“Sebab kasihanlah abang buat macam ni..,”mahu saja aku memberi penampar mendengar kata-kata orang yang mahu meragut mahkotaku itu namun tanganku kejap dipegang olehnya. Ya Allah, inikah takdirku? Aku hanya mampu menjerit meminta tolong sambil di dalam hati tetap berdoa memohon Kepada-Nya aku diselamatkan.
Tiba-tiba aku aku dan lelaki  yang menyerangku itu rebah. Aku dapat melihat dengan jelas wajah seorang lelaki lain datang yang menghadiahkan tumbukan tepat ke muka penyerang aku itu. Dia kemudian terus membelasahnya sekuat hati. Aku takut melihat lelaki yang cuba menyelamatkanku itu mengerjakan pemuda itu hampir separuh mati.
“Sudahlah..sudahlah…hentikannya..dia sudah tidak berdaya lagi. Mari pergi,”rayuku pada penyelamatku itu. Aku menarik tangannya untuk meleraikan pergaduhan itu. Dengan lemah dan berdarah, lelaki yang menyerangku itu bangun sambil menahan kesakitan. Dia berlalu secepat mungkin.
“Kau buat apa duduk kat sini tengah malam buta macam ni,hah?! Sengaja cari penyakit ke?!!”aku terkedu apabila disergah oleh lelaki yang baru sahaja menyelamatkanku sebentar tadi. Memang daripada dulu lagi, aku pantang disergah oleh insan yang bernama lelaki. Tiba-tiba sahaja aku merasa sebak. Lelaki itu memerhatikan wajahku lama-lama. Kemudian dia berpaling dan mengusap rambutnya ke belakang. Mungkin dia kasihan melihat aku yang hampir menangis. Rupanya aku silap
“ Nak kata bohsia, pakai baju kurung! Gaya macam orang kampung tapi…”air mataku mengalir lagi buat kesekian kalinya sebelum lelaki itu sempat menghabiskan kata-katanya. Apalah nasibku malam ini. Sudahlah dikhianati oleh insan tersayang, hampir diperkosa dan lelaki ini pula…tidak mampu lagi aku bendung air mataku ini. Aku menangis teresak-esak. Aku tidak kisah apa lagi yang mahu jadi, jadilah.
Lelaki itu menghampiriku dengan keadaan serba salah. Dia cuba untuk berkata-kata tetapi aku tidak menghiraukannya. Tangisanku membuatkannya tidak keruan. Dia memegang bahuku antara sedar atau tidak.  Dia cuba memujukku. Pada masa yang sama, kedengaran suatu suara yang agak parau.
“Assalamualaikum…”seraya empat orang lelaki menghampiri kami.


1
Aku tidak datang sejauh ini untuk dikecewakan oleh tunangku,Khairi. Aku juga tidak datang sejauh ini untuk mengecewakan ibu bapaku yang berada di kampung halaman. Hatiku tidak putus-putus mencari hikmah di sebalik dugaan hebat yang berlaku kepadaku. Dalam masa satu hari sahaja hidup aku berubah tidak tercapai oleh akalku sendiri.

*    *   *
“Jangan bimbang, bu. Ayu pergi sekejap je. Lusa Ayu balik la.” Aku cuba menenangkan Ibu yang kelihatan agak risau ddengan pemergianku.
“Kirim salam Ibu pada Khairi ye, nak. Hati-hati duduk kat sana. Jaga maruah kau. Khairi tu tunang kau, bukan suami lagi. Macam- macam boleh terjadi.” Ibu berkata dengan nada lemah.
“Jaga nama baik ibu dan ayah ye, Ayu. Jangan lupa solat, jaga adab kat tempat orang.’ Ringkas sahaja pesan ayah namun mendalam maksudnya.
“Baiklah, bu. Ayu dengar nasihat ibu dan ayah tu. Sampai rumah Fatin nanti, Ayu telefonye.” Tangan ibu aku salami dan aku kucup pipi tua itu. Begitu juga dengan ayah. Maklumlah mereka tidak pernah melepaskan aku sejauh ini seorang diri Ibu memandangku dengan penuh rasa kasih. Aku tidak mampu menatap wajah sayunya lantas mengangkat beg galasku.
Aku membawa harapan demi bertemu Khairi untuk berbincang  dan mencari barang hantaran perkahwinan sama-sama. Sudah lama tidak aku temu tunangku itu. Hanya telefon dan kiriman SMS yang menjadi penghubung kala rindu. Sejak kebelakangan ini Khairi selalu sibuk. Mungkin dia sedang sibuk mengumpul duit untuk majlis perkahwinan kami barangkali. Aku tersenyum sendirian memikirkannya sambil membuka langkah ke stesen bas untuk menuju ke ibu, kota Kuala Lumpur.

*    *    *
Fatin membuka pintu. Wajahnya kelihatan kusam dan matanya bengkak. Mungkin baru bangun tidur, fikirku.
“Duduklah. Buat macam rumah sendiri .aku nak sambung tidur. Bilik kau kat sebelah kanan tu” suaranya agak mendata. Mungkin dia  keletihan. Perlahan-lahan aku menuju ke bilikku.
Tengahari itu, Fatin membelikan nasi bungkus buatku. Aku tidak sempat bersembang banyak dengannya. Dia terus ke bilik selepas makan. Aku pelik dengan sikap sepupuku itu. Dari kampung lagi aku berkira-kira untuk bersembang dengannya sepuas mungkin. Aku rindu pada sahabat karibku yang sejak zaman sekolah lagi.
 Malam itu, Fatin mengajakku keluar namun aku menolak dengan baik. Dia menyuruhku mengunci pintu sebelum tidur kerana dia mempunyai kunci spare. Aku hanya mengangguk perlahan. Tindak tanduknya membuatkanku tertanya-tanya  pukul berapakah dia akan pulang dan ke manakah dia pergi?
Aku hampir terlepas Subuh pada pagi itu kerana tidur lewat malam semalam  akibat sukar melelapkan mata di tempat yang baru. Tambah lagi, aku menunggu panggilan Khairi namun penantianku mengecewakan. Selesai mengerjakan solat, aku keluar dari bilik untuk menghilangkan haus. Aku terserempak dengan Fatin yang baru sahaja pulang denagn pakaian semalam. Langkah kakinya tidak teratur menuju ke biliknya. Dia tersenyum sinis padaku. Pelik.
Pukul 10 pagi. Aku cuba untuk menelefon Khairi lagi namun seperti biasa, tidak berjawab. Mungkin dia sibuk dengan kerja di pejabat. Tiada pilihan, aku menelefon nombor yang  pernah diberikan oleh Khairi suatu masa dahulu kepadaku. Aku berkira-kira untuk memberikan kejutan kepadanya.
“Assalamualaikum. Ni Razif, rakan sekerja Khairi ke?” ucapku pabila talian telefon itu bersambut.
“waalaikumussalam. Ya, saya. Siapa yang bercakap ni?” balas Razif di hujung talian.
Aku menyatakan hajatku. Razif bersetuju dengan cadanganku. Malam ini Khairi akan keluar bersamanya seperti biasa selepas habis kerja. Dia akan menemukan aku dengan Khairi. Aku tersenyum mendengarnya. Akhirnya,aku dapat mengubat rindu dengan berjumpa dengan tunang tersayang. Siapa sangka aku sudah bertunang  seawal usia 20 tahun.

*    *    *

Selepas peristiwa aku ditangkap khalwat dengan Zahir malam itu, aku tidak lagi melihat wajahnya. Masih lagi segar diingatanku betapa kecewanya dia. Aku tidak tahu di mana harus aku letakkan mukaku. Malu, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Mujurlah peristiwa itu tidak sampai ke pengetahuan ibu dan bapaku. Selepas membayar denda, Zahir menghilangkan diri. Dia turut melangsaikan dendaku dengan harapan aku menutup cerita itu. Hanya Fatin, ya, Fatin yang mengetahui kisah itu.
Kisah yang terjadi kepadaku sesungguhnya membuat aku lebih kuat dan menjadikan aku lebih berhati-hati dalam melalui hidp. Aku amat berharap tidak lagi berjumpa lagi dengan insan-insan yang telah pernah melukai hatiku. Kepada Zahir, maafkan aku kerana memalukan kau dan terima kasih kerana menyelamatkan mahkota kegadisanku dan  menutup malu itu.



2
Kalut! Habislah aku kali ni. Hari pertama praktikal, aku telah pun terlewat. Ada ke patut aku tersalah naik bas ketika mahu ke tempat kerja. Setibanya aku di pintu masuk, semua staff sedang memerhatikanku. Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan tersengih-sengih. Staf-staf kemudiannya menyambung kerja masing-masing.
Aku terlihat seorang wanita yang agak lembut wajahnya. Dia menghadiahkan senyuman kepadaku ketika melihatku tiba tadi.
“Puan, saya Ayuni, yang mendaftar untuk praktikal kat tempat ni. Boleh tunjukkan saya kat mana bilik Pegawai Sumber Manusia?”, ujarku padanya.
“Oh, Ayuni. Tak payahlah berpuan-puan dengan saya. Panggil Kak Zana cukup. Adik pergi straight laluan ni. Kat sebelah kanan tu ada bilik Encik Abdullah, HR Manager kat company ni,” katanya sambil menunjukkan satu arah ke dalam pejabat.
“Terima kasih, Kak Zana”
Aku bergegas mencari bilik Encik Abdullah yang ditunjukkan oleh Kak Zana. Bimbang. Adakah aku akan dilabelkan sebagai pelajar praktikal yang tidak menepati masa? Mataku mengerling setiap bilik yang terdapat di laluanku.
Bukkk. Tepat pada sasaran. Aku terlanggar seseorang lelaki yang agak sasa badannya.
“Opss. Maafkan saya encik” Kataku dengan rasa bersalah sambil menggosok lenganku yang terasa sengal.
Lelaki itu hanya terdiam. Aku kehairanan. Aku amati wajah lelaki itu sedalam-dalamnya.
Zahir! Terkedu. Apa lelaki ni buat kat sini?
Sunyi. Aku tidak berani lagi untuk mengangkat kepala apatah lagi berkata-kata.
“Kau buat apa kat sini? Nak bagi masalah pada aku lagi ke?.” Suaranya perlahan tetapi ada kerasnya dalam bait itu. Geram!
“ Saya..saya baru praktikal kat sini. Saya nak jumpa En. Abdullah. Encik buat apa kat sini?” agak berani aku mengajukan soalan itu walaupun ada getar dalam sebutanku.
“Pandai kau cari aku ye. Baru aku tahu kau perempuan jenis apa.”sinis  walaupun bukan itu jawapan yang aku pinta. Cukup untuk buat aku tertunduk lagi.
Dan baru aku tahu kau lelaki jenis berlagak dan panas baran namun ayat itu hanya mampu berlegar di fikiranku. Tidak mahu aku mecari pasal dengan dia kerana orang sepertinya tidak mudah menerima apa jua yang aku katakan. Baru sahaja aku mahu membuka mulut meminta diri, pintu di belakangku terbuka. Seorang lelaki berusia 40-an keluar.

“Tuan!”ucap lelaki itu sambil memandang Zahir.
Tuan? Jangan bilang…
“Ye. Saya nak awak tengokkan budak praktikal ni. Jangan bagi dia buat silap”kata Zahir dengan wajah selamba. Tutur katanya lebih sopan berbanding tadi. Dia berlalu menuju ke bilik yang bertulis Pengarah Urusan.
”Itu Pengarah Urusan syarikat ni, Tengku Zahir Tengku Bahari. Kamu mesti Ayuni Abd Rahman kan? Mari ikut saya ke Bahagian Pemasaran. Kamu saya letakkan di bawah jagaan En. Naim.” Nasiblah En. Abdullah punya gaya bicara yang senang hati mendengarnya.
Aku mengikut  En. Abdullah dengan seribu persoalan yang bermain di fikiran.

*     *    *
Encik Naim ada ciri seorang Pegawai Perhubungan Awam yang bagus. Agak ramah dan mampu mempengaruhi orang lain apabila berkata-kata. Pegawai berusia lewat lewat 30-an itu nampak muda daripada usianya kerana penampilan yang meyakinkan dan selalu tersenyum.  Orang seperti dia amat diperlukan dalam syarikat. . Aku agak dia mesti biasa berunding dengan banyak ahli perniagaan ternama di luar sana.
Skop laporan yang harus aku siapkan meliputi suasana dunia pembinaan di alaf baru. Dia menerangkan dengan jelas apa yang harus aku lakukan kerana dia sudah biasa membimbing pelajar praktikal.
“Saya harap awak dapat menimba banyak pengalaman berkaitan dengan bidang pemasaran kerana waktu praktikal sangat serupa dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Jika performance kamu memberangsangkan, saya akan recommend kamu untuk bekerja dalam syarikat ini. Tengku Zahir tu agak cerewet dalam pemilihan pekerja kerana syarikat ini amat mementingkan kualiti untuk bersaing dalam pasaran perkhidmatan.” Encik Naim mengakhiri perbualan kami.
“Terima kasih , Encik Naim. Saya akan cuba yang terbaik….”
Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka.
“ Im, aku tunggu kau kat bawah. Cepat sikit”, Zahir bercakap dengan Encik Naim tanpa memandang wajahku kemudian berlalu pergi.
Encik Naim mengerutkan dahi.
“Itu Tengku Zahir, Pengarah Urusan MZSB World,”ujar En. Naim terhadapku.
‘Masalah,memang masalah besar!!!’jerit batinku gelisah.


3


Aku menghempas lemah beg tanganku ke sofa. Badan yang letih aku sandarkan ke sofa ungu kegemaranku. Mataku asyik memandang kipas yang berputar perlahan. Badanku tidak dapat menahan kesejukan, oleh kerana itu aku mengurangkan kelajuan kipas itu kepada nombor tiga.
‘Zahir….’
***
“Aku tak nak tengok lagi muka kau lepas ni. Kalau aku dapat tahu perkara ini terbongkar,kau tengoklah nasib kau macam mana!!”kata-kata Zahir dua tahun lalu masih terngiang-ngiang di telingaku. Kasar dan mengguris hati. Aku ditinggalkan seorang diri dibalai polis selepas denda  dibayar  oleh Zahir. Semenjak dari hari itu, aku masih tidak pasti apa yang aku harus ucapkan padanya; maaf atau terima kasih.
Apa yang harus aku lakukan?
Batalkan tempat praktikal? Gila! Masa dan tempat inilah yang paling sesuai dengan jurusan ijazahku dan aku takkan biarkan tempoh sewajarnya aku bergraduasi tertangguh. Sudah tiada masa untuk bermain-main. Ibu bapaku sudah mula memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi mampu menyara pengajianku. Walaupun mereka tidak berniat begitu, tetapi aku simpati terhadap kudrat mereka. Seharusnya, akulah yang menyara mereka pada masa ini. Aku amat sayangkan ibu bapaku.
Runsing!
“Apa kau ingat kipas tu akan berputar lebih laju kalau kau tengok lama-lama macam tu? Kau ingat kau ada magik?” Dilla berkata selamba separuh bergurau sambil menuju ke suis danmemutarkan speed kipas supaya lebih laju.
“Sejuknya..”aku mula bersuara. Dilla membatu di sofa sambil tangannya diletakkan ke bahu, matanya ke atas.Lucu dan menyampah betul.
“Sejukla, sis..slowkanla” kata aku manja dengan harapan dia akan memperlahankan speed kipas.
“Tak layan…hehehe…macam mana dengan tempat praktikal Ayu? Ada baik?” Kata Dilla tersengih-sengih.
“Tak layannn….”aku bangun sambil berseloroh memulangkan paku buah keras terhadap housemate kesayanganku. Aku masih belum bersedia membuka cerita di tempat praktikalku yang kurasakan hanya membuatku runsing.
“ Woi!, kurang asam!”kata Dilla yang cuba melemparkan bantal kecil ke arahku tetapi tidak mengena. Aku sudah melangkah masuk ke dalam bilik sambil ketawa terbahak- bahak.




4


Hari keduaku di MZSB World. Pejabat sudah penuh walaupun aku sampai pukul 8.30 pagi. Sedangkan waktu kerja bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Aku mula menyukai disiplin yang diamalkan oleh pekerja di situ. Aku melangkah dengan yakin menuju ke tempatku sambil berfikiran positif. Itu dia mejaku bersebelahan bilik En. Naim. Aku ternampak En. Naim sedang memandang ke arahku menerusi tingkap kaca itu. Aku melemparkan senyuman terhadapnya. En. Naim hanya memandang. Lama-lama baru dia membalas hambar senyumanku. Aku cuba untuk tidak berfikir negatif tentang itu.

Aku melihat template design dan infrastruktur yang pernah dihasilkan oleh syarikat itu melalui laman web syarikat. Semua ini akan aku gunakan dalam laporan dan pembentangan di akhir semester nanti untuk graduasi Ijazah Pemasaranku nanti. Semua detail yang perlu, aku catatkan dalam buku nota kecilku.

Tiba-tiba mataku tertancap pada rekaan sebuah rumah tasik yang sangat indah. Rumah tasik itu dihasilkan daripada gabungan gentian kaca bermutu tinggi dan kayu jati yang terbaik serta disaluti cat berwarna coklat gelap. Sudah lama aku impikan rumah tasik yang sebegini indah.

Micasa La Vida’. Itulah nama rumah tasik yang berjaya menarik perhatianku.Micasa merupakan perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘rumahku’ dan La Vidapula bermaksud ‘hidupku’. Rumahku Hidupku. Mataku beralih pula kepada nama pereka yang telah berjaya menghasilkan senibina yang menarik ini.

“Rumah tasik itu dihasilkan oleh pengarah urusan kita sendiri, Tengku Zahir Shamrin Tengku  Bahari”, terkejut aku apabila En. Naim menjelaskan mengenai rekaan rumah itu. Aku sendiri tidak sedar sejak bila dia keluar daripada biliknya dan memerhati tingkah lakuku.

“Tapi takde orang pun yang pernah duduk kat rumah tu” tambahnya lagi.

“Rumah secantik ni tak ade orang duduk? Takkan takde customer nak beli rumah ni?Giler ape..Opss”tidak sempat aku mengawal percakapanku. Bengang betul dengan diri sendiri. Mesti En Naim rasa aku tak seayu nama..

En. Naim tergelak kecil.

‘Ayu ni boleh tahan jugak perasaan ingin tahu ye.Hmm.. . Rumah ni bukan untuk dijual. Milik persendirian Tengku Zahir dan isterinya…”En.Naim menjelaskan dalam nada perlahan.


5

Sudah sebulan aku menjalankan praktikal di situ. Aku bersyukur kerana selama sebulan itulah Tengku Zahir outstation dan aku tidak perlu merasa serba salah tiap kali berjumpanya. Aku menunggu pintu lif terbuka untuk naik ke tingkat 4 di mana Jabatan Seni Reka beroperasi. Sambil itu, aku merenung keychain berbentuk arnab bewarna ungu lembut pemberian teman baikku. Aku tersenyum sendiri. .Apalah nasibku apabila aku terdengar suara En. Naim dan  lelaki itu menuju ke depan lif.

En Naim kelihatan terpinga-pinga. Tengku Zahir sudah semestinya tidak memandang langsung ke arahku sambil meneruskan perbualan dengan En Naim mengenai business syarikat. Aku tidak pasti sama ada aku harus menyapa atau terus berdiam diri. Aku berdiam diri sambil bermain-main dengan keychain arnab itu.

1 minit, 2 minit..akhirnya pintu lif terbuka. Fuh, minit-minit itu umpama bertahun lamanya ku rasakan.Aku membiarkan mereka berdua masuk dahulu.

Sewaktu aku ingin melangkah ke dalam lif, keychain yang aku pegang tercicir dari tangan. Bila aku mengutipnya kembali, aku dengar pintu lif sudah tertutup rapat!

‘Geramnya!! Memang hobi aku tunggu lif bertahun lamanya kan ? Ishh…’ aku hanya membentak dalam hati.’Ini mesti kerja Zahir! Dasar tua.’Umur 32, tua OK! Sebab tua tu la aku tak melawan takut rebah pengsan dengar aku bagi kaw-kaw’ Aku hanya mampu merungut dalam hati sambil..menunggu lif lagi!


Semenjak hari itu, selalu sahaja ada perkara yang tak kena. Sudahlah aku selalu disuruh buat banyak kerja yang remeh seperti fotokopi, poskan surat dan buat fail.Takde kena mengena langsung dengan bidang yang aku ambil. Lama-lama bolehtension aku dibuatnya. Semuanya hanya berlaku bila Tengku Zahir tidak ke mana-mana dan berada di pejabat.

Kadang-kadang, staf yang lain membantuku. Mungkin mereka simpati melihat aku diberi kerja-kerja yang tidak sesuai denganku.Mereka pelik melihat layanan Tengku Zahir terhadapku. Tengku Zahir melayan staf-stafnya seperti rakan-rakannya sendiri tetapi tidak aku. Ya, benar. Dia sangat membenciku. Walaupun En Naim yang bertanggungjawab menguruskan trainee, tetapi Tengku Zahir selalu meminta setiausahanya memberikan minit mesyuarat kepada aku untuk disiapkan.

Sepulangnya aku ke rumah, aku selalu kepenatan. Tidak sempat aku keluar ke mana-mana bersama Dilla selain hari minggu. Belum pon sempat pukul sepuluh malam, aku telah lena kerana kepenatan. Dilla juga perasan terhadap keadaanku itu. Kami hanya sempat bersembang sebentar sahaja.


6

Hampir empat bulan sudah aku praktikal di sini. Minggu ini merupakan minggu terakhir aku menjalani latihan praktikal. En Naim selalu membawa aku melawat projek yang dalam pembinaan dan bangunan yang sudah siap bersama dengan Kak Mira, subordinatnya. Banyak pengetahuan dan tips yang aku perolehi dalam memenuhi citarasa pelanggan terhadap infrastruktur masa kini.

Majlis perpisahan aku diadakan semalam iaitu sehari lebih awal. Aku tidak menyangka akan mendapat layanan sebaik itu daripada staf-staf yang sudah  aku anggap seperti abang dan kakakku sendiri. En Naim membawa isterinya bersama. Seramai 20 orang daripada department aku yang hadir. Hanya Che Halim dan Kamariah yang tidak hadir berikutan masalah kesihatan. Siapa lagi? Sudah tentu Tengku Zahir tidak datang. Aku bukan sesiapa di syarikat itu pada dia. Dia takkan suka aku dan takkan pernah menyukai aku apatah lagi menghadiri majlis perpisahan itu.

Hari terakhirku, aku ke MZSB World buat kesekian kalinya. Aku mengemaskan fail-fail yang masih tertinggal dan meja sebelum meninggalkan pejabat itu esok. En Naim keluar dari biliknya dan menuju ke arahku dalam keadaan kelam kabut.

‘Ayu, tolong letakkan surat-surat ini dalam bilik Tengku Zahir. Saya terpaksa ke siteuntuk meninjau keadaan employee, maybe accident kat tempat kerja.” Ujar En Naim dalam keadaan kelam kabut.

Belum sempat aku bertanya lebih banyak lagi, En Naim hilang daripada pandangan. Aku bangun perlahan-lahan. Berkira-kira mahu pergi ke bilik Tengku Zahari. Aku tiba di depan pintu biliknya. Daun pintu berwarna mocca itu aku ketuk berulangkali namun tiada jawapan.Aku tidak tahu dari mana datangnya keberanianku dengan selamba menolak daun pintu itu.

Klasik dan elegan. Dinding kaca yang membolehkan sesiapa sahaja melihat pemandangan ke luar bangunan setinggi lima tingkat itu sungguh mempesonakan.Susun atur di dalam bilik itu sangat bersih dan tersusun rapi. ‘Cerewet macam tuannya’, desis hati kecilku. Aku meletakkan surat-surat yang diberikan oleh En Naim di atas meja . Sewaktu aku ingin berpaling dan berlalu, mataku tertancap pada sekeping frame gambar yang menghadap ke tempat duduk Tengku Zahir. Dengan perasaan ingin tahu, aku mengambilnya dan melihat wajah yang kelihatan di gambar itu. Gambar seorang wanita.

‘ Ayu, manis, lawa dan..manja’. Mungkin inilah isteri Tengku Zahir yang pernah diceritakan oleh En Naim. Terus fikiranku melayang teringat pada Khairi. Kecantikan juga yang menambat hatinya. Tengku Zahir tidak ubah seperti Khairi. Ah, semua lelaki sama sahaja!


7


“Hei, perempuan! Kau buat apa?!” satu suara menyergah aku daripada belakang menyebabkan aku tersentap. Frame di tanganku jatuh dan pecah berderai.

Wajah Tengku Zahir serta merta berubah menjadi semakin bengis. Matanya memandang tepat ke arahku. Gugup.

“Maafkan saya, Tengku” hanya itu yang terkeluar dari bibirku. Aku membongkok untuk mengutip cebisan kaca itu.

Jangan sentuh gambar tu ! Kau tak habis-habis mengganggu hidup aku ! Bukan ke aku dah cakap jangan muncul lagi? Dah kira baik aku tak suruh Naim reject program latihan industri kau. Dah, keluar! ’’aku menahan diri daripada menitiskan air mata.

‘‘Baik,Tengku’’ aku cepat-cepat keluar daripada bilik yang kurasakan seperti kurungan harimau itu. Belum sempat aku duduk di kerusi, aku dipanggil kembali oleh Tengku Zahir.

‘‘ Kau ke yang letakkan surat-surat ni atas meja aku ?’’ Tengku Zahir bersuara kasar seperti gunung berapi bersedia untuk meletus.

“Ya, Tengku…tapi..’’

“ Kau taip apa ni? Macam budak sekolah ! Ni kan proposal untuk pemerolehan tender projek mega WPI, Johor! Kau ingat syarikat ni akan dapat projek tu kalau kau taip cikai camni ? Jangan mimpilah ! Jangan nak bagi malu nama syarikat ni seperti mana kau malukan aku dulu !’’ surat itu dilemparkan tepat ke arahku. Dengan nada suaranya yang tinggi itu, aku dapat merasakan staff-staff di luar sana dapat mendengarnya.

Perit mendengar kata-katanya itu, perit lagi tuduhan yang dilemparkan padaku. Air mataku menitis lagi.

‘‘ Menangis, menangis, menangis.. Tu je yang kau tahu sejak dari hari pertama aku jumpa kau. Buat kerja tak betul! Kau baliklah. Menyampah aku tengok!’’katanya dengan nada yang lebih perlahan namun tetap menyentap perasaan.

Aku berlalu keluar daripada pejabat Tengku Zahir. Rupa-rupanya En Naim baru sahaja tiba di pejabat dan terdengar kekecohan tersebut. Aku terus menuju ke tempatku dan mengambil barang-barangku dan menuju ke arah lif.

“ Ni apa yang kecoh-kecoh, Zahir ? Kau tahu tak semua staff dengar kau marah-marah’’ ujar En Naim yang meluru masuk.

‘‘Aku kan dah cakap jangan ambik budak ni. Tengok macam mana dia buat kerja!’’ kata Tengku Zahir tanpa memandang ke arah En Naim.

‘Surat cikai ni, aku yang buat ! Memanglah aku tak sempat nak double check dan aku harapkan kau untuk buat begitu kerana ada emergency kat site tadi. Takkanla aku nak bagi Ayu yang buat. Dia yang kau buat macam hamba abdi tu cuma trainee dekat sini taw. Takde pun dia merungut tiap kali kau bagi tekanan pada dia dengan kerja yang entah ape-ape. Kau sedar tak tu ?’

Tengku Zahir hanya diam. Matanya masih lagi tidak memandang En Naim tetapi dialihkan ke luar dinding.

“Yang kau nak back up dia sangat ape hal? Dah berkenan sangat pada budak tu ke ? ’’ Tengku Zahir tidak mahu kalah.

‘‘Kau yang ape hal? Trainee sebelum ni kau jugak suruh bagi elaun, minta jangan beri kerja berat-berat dan kau layan macam adik-adik kau. Bila je kau tahu Ayu yang jadi trainee, kau terus sekat elaun untuknya. Kau ingat dia tu anak orang berada ke ? Bukan macam kau yang born with a silver spoon. Itu pun dia tidak pulang lagi untuk menjenguk ibunya di kampung kerana berjimat-cermat. Jangan sebab ego dan peristiwa silam kau, kau boleh buat dia macam kuli kau. Nasibla Ayu tak request macam-macam seperti trainees yang lepas.’’ En Naim mempertahankan hujahnya.

En Naim keluar daripada pejabat Tengku Zahir dengan rasa bengang. Tidak sangka perkara seperti itu terjadi.

Dan Tengku Zahir…Tengku Zahir terus melihat ke luar dinding kaca itu tanpa berkata apa-apa. Dahinya berkerut.

Pandangannya beralih ke arah frame yang pecah itu. Tiba-tiba, dia perasan ada cecair merah yang melekat di kepingan kaca itu.

‘Darah?!’


8

Aku melihat pergelangan tanganku berbekas luka. Padan benar dengan diriku yang cuai ini. Aku tidak mahu lagi mengingat peristiwa menyedihkan itu.

Hatiku terhibur melihat ikan-ikan kecil itu berenang-renang berdekatan dengan jari kakiku. Keindahan Tasik Astana sungguh mendamaikan hati. Aku amat menyintai keindahan alam ciptaan ALLAH SWT. ‘Kesunyian ini terlalu indah…’ teringat aku terhadap bait lirik lagu Di Pintu Mahligai nyanyian Saleem. Aku tersenyum sambil jariku mencebis sedikit demi sedikit roti di tanganku untuk ikan-ikan kecil itu.

Aku bangga terhadap hatiku ini. Walaupun dicalar, dihancurkan, dipijak-pijak dan menempuh onak duri, ia masih lagi berfungsi. Alhamdulillah, kerana aku masih kuat.

‘‘Assalamualaikum..’’terdengar suara yang tidak asing memberi salam dari belakangku.
‘‘Waalaikumusaalam…’’aku berpaling.

Tengku Zahir ! Dia buat apa kat sini ?Gugup. Namun lebih tenang berbanding hari itu. Dia tidak ada hak untuk marah-marah pada aku lagi.

‘‘Awak masih tak berubah kan, suka duduk sorang-sorang. Tak takut bahaya ke ?’’ nada Tenku Zahir agak tenang. Awak ?sejak bila mamat ni pandai budi bahasa ?

‘‘Saya hanya berserah pada ALLAH SWT. Di mana-mana pun ada bahaya. Saya redha pada takdir saya’’jawabku sambil melihat ke arah ikan-ikan kecil.

Tengku Zahir melepaskan satu keluhan.

‘‘Saya lalu kat kawasan ni tadi. Tak sangka nampak awak kat tepi tasik. Itu yang saya singgah’’matanya memandang tepat ke arahku.

‘‘Tak tanya pun’’Aku malas melayannya. Bimbang kerana anginnya sukar dijangka.

‘‘Hehe..Awak marahkan saya ya ? Maafkan saya di atas peristiwa tempoh hari. Saya tahu tindakan saya tu buat awak kecil hati’’ Tengku Zahir memandangku lagi.

‘Maunya tak marah. Ape lah mamat ni ?’ Desis hati kecilku.

‘‘Tak mengapa. Daripada pertama kali saya jumpa Tengku pon, saya sudah kena marah.’’ Kataku geram.

Kata-kataku sedikit pun tidak dihiraukannya. Tengku Zahir  menuju ke arahku. Dia mencapai dan membelek pergelangan tanganku.

‘‘Kenapa tak balut ?’’ujarnya cemas.’’
‘‘Apa yang Tengku buat ni ?’’ aku merentap tanganku .
Dia menuju ke arah kereta dan kembali bersama peti kecemasan. Dia mencapai sekali lagi tanganku dan memegangnya kemas. Tidak mampu aku melepaskan pegangannya itu. Aku terkedu dengan tindak tanduknya. Dia membalut lukaku dengan berhati-hati. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Lama-lama barulah dia melepaskan tanganku.

‘‘Jom, saya hantar awak balik.’’katanya sambil mengemaskan peti kecemasan.
‘‘Apa yang Tengku lakukan ni ? Saya tak faham’’
Tengku Zahir memandangku dengan seribu persoalan.

‘‘Saya tak perlukan simpati sesiapa pun. Maafkan saya kerana menyusahkan Tengku selama ini. Maafkan saya. Dan terima kasih atas pertolongan Tengku Zahir yang tidak mungkin dapat saya balas. Saya balik dulu’’aku berlari anak menuju ke arah kereta Dilla yang baru sahaja sampai. Tengku Zahir masih terpinga-pinga melihat aku berlalu pergi.


9

Selesai mengerjakan solat maghrib, aku berteleku di sejadah. Fikiranku menerawang jauh. Aku teringat pada apa yang terjadi hari ini. Tiada herdikan dan nada suara yang tinggi. Adakah Tengku Zahir punya niat lain ? sukar benar untuk menjangka tindak tanduknya. Aku  melepaskan satu keluhan. Apakah hikmah yang disebalik semua ini. Doaku untuk tidak ketemu Tengku Zahir lagi tidak dimakbulkan. Aku percaya ALLAH SWT telah menulis takdir yang terbaik buat diriku.

***
Hujung minggu, aku kembali ke tasik itu. Aku hanya boleh ke sana pada waktu Dilla tidak bekerja kerana aku tidak punya pengangkutan. Tenang seperti biasa. Apatah lagi pada petang yang indah ini. Cuaca agak baik dan angin bertiup lembut. Aku mula melemparkan cebisan demi cebisan roti ke dalam air tasik. Aku tersenyum melihat ikan-ikan itu muncul di gigi air.

Aku bercadang untuk pulang ke kampung esok. Sudah lama aku tidak menjenguk ibu bapaku di kampung. Mengapa tidak, aku menetap di rumah Dilla dan bekerja di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur sementara menunggu hari graduasiku. Dengan wang gajiku itu, barulah aku boleh pulang dan menghulurkan sedikit wang kepada ibu bapaku di kampung sebelum mencari pekerjaan tetap.


“Selalu ke awak ke tempat in?”

Aku tersentak. Tengku Zahir yang datang entah dari mana itu menghampiriku.

‘‘Kadang-kadang. Tengku buat apa kat sini ?’’mataku tertumpu ke arahnya.
‘‘Mengekori awak’’ujanrnya sambil tersengih. Manis.

Aku tidak faham dengan dirinya. Aku tidak menghiraukannya. Roti yang aku bawa untuk diberi makan pada ikan-ikan sudah pun habis. Aku bengang kerana Dilla masih belum sampai. Rupa-rupanya jam baru menunjukkan pukul 5.30. Dilla sudah berjanji untuk mengambilku pukul 6.30 petang. Ada banyak masa lagi. Apa yang harus aku buat?

Perasan pada kegelisahanku itu, Tengku Zahir menawarkan diri untuk menghantarku pulang. Walau berkali aku menolak, dia tetap berkeras. Akhirnya aku akur. Jika aku tidak pulang bersama dengannya, dia akan menunggu sehinggalah Dilla tiba. Gila betul mamat ni!

Dalam perjalanan pulang, aku langsung tidak ada mood untuk bercakap. Cuma Tengku Zahir sahaja yang asyik bercerita. Kadang-kadang aku terhibur mendengarnya. Semuanya mengenai urusan di tempat kerja. Tiba-tiba kereta diberhentikan.

‘Micasa La Vida’. Itu dia rumah yang pernah aku lihat di dalam laman web syarikat. Rumah yang aku jadikan desktop background. Terpegun aku melihatnya. Jauh lebih cantik daripada dalam gambar. Aku mengekori Tengku Zahir keluar daripada kereta.

Tengku Zahir dan isteri…

Isteri, ya, isteri…bagaimana aku boleh lupa bahawa lelaki di hadapanku itu sudah beristeri? Aku merasa bersalah kerana membenarkan diriku berada di sisi suami wanita lain. Aku melangkah kembali ke perut kereta. Walaupun aku ingin sekali menjejakkan kakiku ke dalam rumah itu, aku padamkan semula keinginanku.

Selepas beberapa minit kemudian, barulah Tengku Zahir kembali ke kereta. Wajahnya berubah. Begitu juga emosinya. Dia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. Terpaksa aku memadamkan hasratku untuk bertanya lebih lanjut mengenai rumah tersebut.

Setibanya di hadapan rumah sewaku, Tengku Zahir tersenyum padaku. Aku merasa aneh.

“Terima kasih, Tengku Zahir”ujarku sambil mencapai tas tanganku.
‘‘Sama-sama. Take care and….jangan lupa abang taw’’balasnya nakal.

Macam tu pun dah nak ber’abang-abang’. Aku tersenyum kecil. Tengku Zahir hanya memerhatikanku. Setelah aku memasuki pagar rumah, barulah dia beredar.


10

Aku tiba di kampungku pukul 4 petang. Kepenatan tidak terasa setelah melihat wajah ibu bapaku yang redup itu. Terasa rinduku terubat. Aku makan sampai tak ingat dunia. Apa tidaknya sudah berbulan lamanya aku di Kuala Lumpur. Aku mengambil peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Lagi 2 bulan akan memasuki bulan puasa. Alangkah bagusnya jika aku dapat menjalani bulan ramadhan bersama kedua ibu bapaku lagi.

Sewaktu aku bangun untuk mengerjakan solat subuh keesokan harinya, aku baru tersedar bahawa terdapat  SMS yang aku terima pada pukul 10.30 malam. Apa tidaknya, aku terus terlena selepas waktu Isyak.

Tengku Zahir ; Assalamualaikum.

Aku terkedu. Bagaimana dia tahu nomborku ? En Naim ? Aku tidak membalasnya. Bimbang jika aku mengganggu rumah tangga orang. Ya, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Panggilan yang dibuat olehnya itu juga tidak aku jawab. Selepas beberapa hari, Tengku Zahir tidak menghubungiku lagi.

***
Setelah seminggu di kampung, aku kembali ke Kuala Lumpur. Pilu mengenangkan aku terpaksa meninggalkan ibu bapa untuk mencari  rezeki. Jika diikutkan, aku mahu terus tinggal di kampung. Namun, aku tidak mahu pergi begitu sahaja dari tempat kerja itu tanpa adab. Ibu, ayah, Ayu pergi tak lama, jaga dirimu baik-baik.

Sewaktu pulang dari tempat kerja, aku terserempak dengan En. Naim. Perasaanku bercampur baur. En Naim mengajakku minum. Aku tidak berniat untuk menyusahkannya namun setelah dia menyatakan bahawa ada perkara penting yang ingin diceritakan, aku aku.

Tidak aku sangka, pertemuan antara aku dengan En Naim hari itu telah membongkarkan banyak perkara yang tidak tercapai oleh akalku. Benarlah dia yang memberikan nombor telefonku terhadap Tengku Zahir setelah dipujuk beberapa kali olehnya. Peristiwa aku ditangkap khalwat bersama  Tengku Zahir dahulu sebenarnya sudahpun diketahui oleh En Naim semenjak hari pertama aku bekerja disitu. Aku tertunduk malu.

Apa yang lebih menyayat hati, isteri Tengku Zahir sebenarnya telah meninggal dalam keadaan hamil beberapa hari sebelum peristiwa itu. Arwah isterinya meninggal kerana telah dilanggar kereta sewaktu melarikan diri daripada orang yang ingin mencabul kehormatannya tidak jauh daripada taman itu. Selepas peristiwa aku diselamatkannya, Tengku Zahir berusaha menjejak lelaki yang cuba mencabulku itu kerana telah mengecam wajahnya. Setelah disoal siasat, lelaki itu jugalah yang didapati terlibat dalam kematian isterinya.

Ibu bapa Tengku Zahir juga sudah tiada apabila dia mula masuk ke alam pekerjaan. Hanya kaum kerabat sahaja yang menjadi tempat untuk dia berkumpul. Bangkit daripada kehilangan, Tengku Zahir berupaya menjadi seseorang yang begitu dikagumi pada hari ini. Semangatnya kuat.

Rumah tasik, Micasa La Vida itu sebenarnya adalah hadiah pemberian Tengku Zahir untuk isterinya namun tidak sempat didiami kerana seruan Ilahi menjemput isterinya pergi dahulu. Nama sebenra rumah itu adalah Maya La Vida; Maya Hidupku. Sewaktu Tengku Zahir melalui tempat aku untuk ke bilik En Naim, dia tahu aku menjadikan rumah tasik itu sebagai desktop background.

Mengikut En Naim, walaupun wajahku tidak seiras dengan Maya, namun kelembutan dan pertuturanku sama dengan arwah. Tengku Zahir tidak dapat menerima bayangan Maya dalam diriku. Dia mengambil masa berbulan lamanya untuk menerima kenyataan  bahawa aku dan arwah Maya adalah 2 orang yang berbeza. Apatah lagi, tasik yang selalu aku kunjungi adalah tempat kegemaran arwah isterinya.

Aku meraup mukaku mendengar kata-kata En Naim. Bagaikan tidak percaya, akucuba menafikan semua itu. En Naim tersenyum  hambar. Dia amat mengenali Tengku Zahir kerana mereka merupakan rakan baik semenjak dari bangku sekolah lagi. Malah dia jugalah yang memperkenalkan Tengku Zahir pada Maya. En Naim juga terasa bahawa Maya masih hidup tiap kali melihatku. Aku mula cuba menerima kenyataan itu. Mungkin En Zahir sudah mula melupakan Maya. Melihatkan kesabaran dan kepayahan yang aku lalui, dia sudah terpaut. Sesungguhnya, En Zahir tidak pernah melupakan aku setelah memeberi layanan yang teruk padaku.. Bagaimana En Naim tahu itu? Kerana dia juga seorang lelaki.

Di mana Tengku Zahir sekarang? Apa dia sudah melupakanku ?

En Naim mengajakku ke suatu tempat lain. Aku ragu-ragu. Tetapi setelah melihat kesungguhan En Naim, aku ikut jua kerana aku kenal hati budinya.



11

Kereta Mazda 5 mula memasuki ruangan legar Pantai Medical Centre. Aku masih tidak mengetahui tujuan En Naim membawaku ke sini. Kami naik ke tingkat 3. Aku mengiringi En Naim ke sebuah bilik VIP di hospital itu dengan seribu tanda tanya.

Apabila pintu bilik itu dibuka, aku terkedu. Tengku Zahir terlantar lemah di katil. Matanya tertutup rapat. Dia bernafas melalui alat bantuan pernafasan. Pilunya hati melihat keadaan insan ini. Aku baru sahaja melihat melihat senyuman di bibir itu namun hari ini dia tidak sedar akan kehadiranku.

‘‘Sudah 5 hari Tengku Zahir terlantar di katil akibat kemalangan di tempat kerja. Dia terjatuh daripada di tingkat 2 sewaktu meninjau site akibat peranca yang tidak kukuh. Dia bernasib baik kerana memakai topi keselamatan namun badannya agak lemah.’’jelas En Naim.

Aku memandang sayu insan yang sedang koma itu. En Naim meninggalkan aku bersama Tengku Zahir. Aku duduk di kerusi bersebelahannya.  Aku tidak dapat membayangkan betapa perit hidup yang dilaluinya. Tanpa aku sedari, air mataku menitis. Nasibnya lebih malang daripadaku. Walaupun hidupnya mewah, tetapi jiwanya kesunyian. Aku menatap dalam-dalam wajahnya, dan kepalanya yang berbalut. Wajahnya yang bisa menarik hati semua gadis itu kelihatan pucat.

‘‘Abang, Ayu datang. Ayu minta maaf untuk setiap saat Ayu menyusahkan abang. Sesungguhnya Ayu tidak pinta untuk mengenali abang. Tetapi, untuk tidak merasai kehadiran abang di sisi Ayu…itu bohong. Siapalah Ayu ni untuk bermimpi berada di sisi abang. Kelembutan Ayu ini umpama satu sumpahan. Abang juga tertipu dengan kelembutan ni. Kelembutan inilah juga yang membenarkan mana-mana lelaki untuk mempermainkan perasaan Ayu…jika betula bang sukakan ayu…abang jangan tinggalkan Ayu macam mereka semua tu…’’aku sebak. Aku tidak mampu meneruskan kata-kata lagi.
Aku terus teringat pada Khairi. Tidak sekali-kali aku memilih darjat atau rupa. Khairi juga orang kampung yang sederhana sepertiku. Namun, setelah berkenalan dengan Arina, dia sudah mula pandai berbohong dan mempermainkan diriku.

Aku membenamkan wajah pada katil. Tidak dapat aku menahan senduku lagi. Tiba-tiba kurasakan tanganku disentuh. Aku pantas mengangkat kepala. Rupa-rupanya, Tengku Zahir sudah membuka mata dan tiada lagi alat bantuan pernafasan pada mulutnya. Badannya disandarkan pada kepala katil.

Bingung!

“Tengku tipu ek?’’kataku sambil mengesat air mata dan memandang tajam kearahnya.
‘Bukan Tengku, abanglah.. ‘ katanya lemah sambil cuba tersenyum.

Aku geram. Aku bangun dan ingin berlalu. En Naim tiba di pintu. Aku memarahi En Naim kerana berbohong padaku. En Naim cuba mententeramkan keadaan. Benar Tengku Zahir kemalangan tetapi silap aku kerana tidak bertanya sama ada Tengku Zahir sudah sedar atau tidak. Alangkah malunya aku apabila mengetahui bahawa Tengku Zahir memang mengalami kesukaran bernafas selepas kemalangan itu tetapi dia hanya melelapkan mata sewaktu aku tiba. Aku duduk kembali dengan rasa bengang.

‘‘Dengar tak apa yang Ayu cakap tadi ?’’kataku curiga.
‘‘Ayu cakap apa ?’’Tengku Zahir kelihatan bingung.
‘‘Tidak ada apa-apa’’kataku cepat-cepat. Oleh kerana sudah hampir maghrib, aku minta diri. En Naim keluar dahulu untuk mengambil kereta.
Sewaktu aku ingin bangun dan melangkah keluar, Tengku Zahir menarik tanganku.

“Abang dengar apa yang Ayu cakap tadi. Abang juga ditinggalkan. Abang akan cubauntuk saling menemani Ayu sehingga ke akhir hayat abang. Abang juga tidak ingin benarkan peristiwa sedih yang berlaku kepada arwah isteri abang yang berpunca daripada kecuaian abang sendiri terjadi pada Ayu’’. Dia mula melepaskan tanganku.

Terpaku aku mendengarnya. Aku mula melangkah dengan perasaan yang bercampur baur menuju ke arah kereta En Naim.

12

Aku telah mendapat kerja yang lebih baik di sebuah syarikat perniagaan di bandar negeri kelahiranku. Walaupun MZSB World menawarkan tempat untukku di syarikat itu, tetapi aku menolaknya. Bimbang jika ada yang berkata aku mengambil kesempatan di atas hubunganku dengan Tengku Zahir. Aku lebih selesa begini, di tempat lahirku ini.  Sudah lama aku tidak ketemu Tengku Zahir. Cuma kadang-kadang sahaja kami berbalas mesej dan dia menelefonku. Rindukah aku padanya ?Mungkin…


Hari itu aku pulang dari tempat kerja lebih awal kerana bekerja separuh hari. Ibu bapaku menyuruhku bersiap. Aku tidak faham maksud mereka. Ibu bapaku bukanlah sporting seperti mana ibu bapa orang lain. Bila aku bertanya, mereka enggan memberitahuku. Setelah mandi, aku mula bersiap dengan berbaju kurungcotton berwarna putih kegemaranku. Ke manakah agaknya mereka ingin membawaku?

Aku keluar dari bilikku. Namun, ibu bapaku tidak bersiap malah menyuruhku turun ke hadapan rumah. Pelik. Aku cuma menuruti kata-kata mereka. Di hadapan rumahku, tersergam sebuah Fiat Coupe. Tengku Zahir keluar dan tersenyum ke arahku.

Ibu dan ayahku bertenggek di beranda.

‘‘Kami benarkan kamu berdua keluar untuk kali ini sahaja. Jangan buat perkara yang bukan-bukan pada Ayu, Tengku’’pesan ayah pada Tengku Zahir.

Tengku Zahir berjanji akan membawaku pulang secepat yang mungkin. Kami berlalu dari halaman rumah bersama kereta hitamnya itu.

***

Perjalanan sudah memasuki tempoh sejam namun masih belum sampai ke destinasi yang ingin dituju. Tengku Zahir tidak banyak bercakap cuma sesekali dia bertanyakan mengenani suasana di tempat kerjaku. Aku mula merasa letih oleh kerana perjalanan yang panjang itu. Antara sedar ataupun tidak, aku terlena kepenatan.

Aku merasakan kenderaan berhenti. Bila aku membuka mata, aku melihat Tengku Zahir tersenyum padaku. Rupa-rupanya, kami telah pun berada di hadapan rumah tasik. Terdapat sebuah meja dan 2 buah kerusi di hadapan rumah tasik itu. Seorang wanita siap berbaju pelayan menunggu di sisi meja.

Aku mengekori Tengku Zahir keluar daripada  kereta. Dia membawaku ke meja tadi dan mempersilakan aku duduk. Perasaan ingin tahu aku semakin kuat.

‘‘Tengku..err..abang, tadi Ayu tidur lama ke?’’pertanyaan yang lain pula terkeluar daripada bibirku. Hampeh.
Tengku Zahir tersenyum.
‘‘Abang minta maaf taw tak bawak bantal ngan tilam sekali’’katanya berceloteh.
Aku memebutangkan mata.
“Alaa, sejam je pun. Lagipun abang suke tengok Ayu tidur. Ayu betul. Nak-nak bila dia berdengkur. Fuhh. ..’’sempat lagi bergurau. Aku pura-pura tidak mendengar. Jika dilayan, lagi menjadi-jadi mamat tu. Berdengkur ke aku ?

Selesai menikmati makanan yang disediakan,  Tengku Zahir pura-pura sendawa dengan kuat. Walaupun geram dengan tingkah lakunya,  aku merasa terhibur.


Tiba-tiba, Tengku Zahir mengeluarkan sekeping sampul surat.

‘Yang ni, pekerja kita terjumpa kat tempat Ayu di office dulu.’ujarnya sambil menghulurkan sampul surat itu. Terasa agak berat.

Aku mebuka sampul surat itu sambil melihat isi kandungannya. Ada seuntai kunci di dalamnya bersama sekeping kertas. Aku mengambil kunci itu dan aku mengamatinya. Tidak pernah aku  melihat kunci berbentuk hati sebelum ini. Aku membuka kertas itu.

Assalamualaikum WBT.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Ayuni Abd Rahman, sudikah awak menjadi suri hidup saya, ibu kepada zuriat yang bakal menyeri rumah tasik ini?

Tengku Zahir.

Aku terkedu. Wajahnya aku tenung sepuasnya meminta penjelasan.

‘Apa jawapan Ayu?’ ujarnya bersungguh-sungguh.

Aku terdiam lama.

‘ Abang tanyalah ibu dan bapa Ayu. Jawapan mereka adalah jawapan Ayu juga.’Ujarku perlahan.

Tengku Zahir tersenyum. Rupa-rupanya dia telah menemui ibu bapaku pagi tadi. Semuanya telah dibincangkan. Ibu dan ayahku bersetuju sekiranya Tengku Zahir berbincang denganku dulu.

‘Jadi, jawapannya ?’

‘ Erm..’aku  malu untuk memberi jawapannya. 
‘‘Ape yang erm, sayang ?’’Tengku Zahir bersungguh-sungguh.

Aku hanya diam.

‘‘Ayu malu nak cakap ye ? Macam ni, kalau ya..kelip sekali. Kalau tak, kelip dua kali.’’ujar Tengku Zahir sambil tersenyum.

Timbul  rancangan nakal di benakku. Aku mengelipkan mata berkali-kali. Tengku Zahir tersenyum geram dan menarik hidungku.

‘‘Ok, ok…Ayu terima’’kataku.
‘‘Apa dia, sayang ?’’Tengku Zahir ingin tahu.
‘‘ Ayu terima abang. Terima kasih kerana melindungi Ayu selama ini. Ayu harap, abang akan melindungi Ayu sepanjang hayat abang, selagi abang berdaya’’kataku penuh harapan.

Tengku Zahir tersenyum bahagia. Dia mengiringiku untuk melihat rumah tasik itu dengan lebih dekat. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ALLAH SWT mengurniakan pelangi padaku setelah Dia menurunkan hujan. Syukur, Alhamdulillah. Wassalam.



1 comment:

fiezahashim said...

kuat teh duk bloggging