Ani...Ani..sayup, sayup suara ayah memanggilku. Aku naik dari dapur. Ayah sedang menahan sebak di dadanya. Simpati yang dalam, aku mendekatinya. Aku merasa amat sedih dan takut melihat keadaan ayah yang
tenat. Aku berusaha mengurut dada dan lengan ayah. Selepas beberapa jam,
barulah dia beransur sembuh. Itupun kerana menonton perlawanan bolasepak. Aku
hanya tersenyum.
Ajaib, selepas beberapa hari, ayah semakin sihat. Yang
paling membahagaiakn, ayah semakin banyak tersenyum. Ayah amat terkenal dengan
air muka yang garang. Sekarang, dia
lebih banyak bergurau dengan kami.
Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di resort di bandar Kuala Terengganu. Aku dibawa mengenali dewan-dewan yang akan digunakan untuk pelbagai function.
Pukul 2.45 petang.
Kakakku menelefonku. Dia bertanyakan kepadaku sama ada aku mahu pulang dulu. Aku bertanya kembali mengapa. Dia tidak berkata apa-apa. Suaranya agak tergesa-gesa.. Aku menelefonnya kembali dengan mengatakan bahawa ada kakakku yang lain cuba menelefonku tetapi aku tidak sempat menjawab panggilan itu. Kakakku memberitahuku bahawa dia ingin pulang dulu dan pergi ke rumah abangku. Aku merasakan tidak sedap hati. Aku mula curiga walaupun kakakku tidak memperkatakan perkara yang lain. Entah kenapa aku seperti mendengar kakakku berkata sesuatu yang lain mengenai nenekku. Logik juga kerana nenekku tidak sihat kebelakangan ini.
Aku meminta untuk pulang dengan orang atasanku atas alasan kecemasan.
Aku membonceng skuter dengan perasaan yang berbelah bahagi. Pelik, mengapa kakakku
meminta aku pergi ke rumah abangku sedangkan nenekku biasanya berada di
rumahnya sendiri? Adakah sesuatu berlaku pada kakak iparku?
Setibanya aku di rumah abangku, aku melihat sekujur tubuh
yang ditutup wajahnya diusung masuk ke dalam van. Van itu berlalu di hadapanku.
Aku tidak menangis dan merasa amat bingung. Semua kelihatan murung dan
berlinangan air mata. Aku ternampak kakak iparku yang mendukung bayinya yang
baru sebulan lebih. Lega, namun masih bingung. Aku tidak berkata apa-apa dan
tidak bertanyakan apa-apa kepada sesiapa pun.
Aku menuruti van itu dan tidak langsung menjangkakan van itu
menuju ke rumahku, bukan pula rumah nenekku. Tidak terlintas sedikit pun badan
yang lain yang diusung itu. Aku mendaki tangga rumah dan hanya memerhati mereka
meletakkan sekujur badan itu di ruang tamu. Aku menarik anak buahku yang
berumur 4 tahun yang sedang menangis. Tiba-tiba terpacul perkataan dari
mulutku.Tidak pula aku membuka kain yang menutupi wajah itu kerana
aku tidak boleh melihat mayat.
“Ain, Tokki ke?” aku bertanya anak buahku sama ada adakah ayahku
yang terkujur itu kerana wajahnya masih ditutup. Aku tidak tahu mengapa itu
pula yang terkeluar dari mulutku.
Anak buahku mengangguk. Hampir pitam aku. Bingung. Bohong.
Tidak mungkin. Pada waktu ini, ayah biasanya di kebun. Aku berlalu ke bilik air. Masih lagi tidak
menangis. Aku mengambil wuduk dan meluru kearah tubuh itu.
“Yaasinn..” Bersama perkataan itu, ari mataku mula menitis
laju. Aku langsung tidak menghiraukan orang lain yang ingin memasang tirai. Bacaanku
semain kuat kerana bercampur dengan tangisan. Kain yang menutupi ayah belum aku
buka kerana aku belum bersedia untuk menerima kenyataan.
Bila tirai sudah dipasang dan tiada siapa lagi disisiku, aku
membuka kain yang menutupi wajah ayah. Wajahnya umpama tersenyum. Aku tahan air
mata ini semampunya.
***
Aku mendapat
tahu bahawa ayah rebah ketika bertukang di belakang rumah abang dan tiada siapa
di sisinya waktu itu. Abang mungkin menyedari ketiadaan arwah ayah beberapa
minit selepas itu kerana rokok di tangan ayah umpama baru dinyalakan. Arwah ayah bekerja sampai habis umurnya kerana
itu hobinya. Arwah tidak suka duduk dan berehat-rehat sahaja. Kematian arwah
ayah boleh dikatakan mengejut. Aku redha walaupun segalanya umpama mimpi.
Terima
kasih, ayah kerana membesarkan kami 13 beradik. Tidak langsung ayah buang kami.
Tidak juga ayah buang ibu kami dalam kepayahan yang amat. Malah sentiasa
bersamanya mngharungi hidup. Tidak mungkin kami dapat menggantikan insan setabah
dan sekental ayah. Terima kasih kerana mendidik kami menjadi orang yang
berguna.
Tenanglah ayah
di alam sana….
Amin ya
Rabbal Alamin.
Yang merindui
ayah..
Siti Munirah Hashim.
3 comments:
sedih.. takziah ye awk.. smoga arwah ayah awk termasuk dlm golongn2 yg beriman..
takziah...Allah lbih menyayanginye..bersabar ye dengan ujian nie...al-Fatihah
Innalillah. xtahu pon pasal berita ni. last jmpe arwah ayah mu kt masjid beladau kolam...mase cuti sem hari tu.
Post a Comment