Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

25.2.12

Pengalaman di Rantau Orang


Bayview International Hotel, Langkawi

Selepas sekian lama memulaukan diri di Pulau Langkawi, akhirnya Muni mendarat kembali di blog ini. Ya, Muni telah mengambil keputusan untuk buat praktikal kat Pulau Langkawi. Sudah hampir 4 minggu Muni menjalankan praktikal di Bayview International Hotel Langkawi. Setakat ini, terlalu banyak kenangan manis yang Muni lalui tak kurang juga pengalaman agak mendebarkan yang mungkin di luar daya imiginasi kita. Huhu.

BUDIMU TUAN TAK DILUPA
Muni amat bersyukur kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada insan-insan yang telah memudahkan perjalanan Muni dalam proses menjalankan praktikal ini. Muni mungkin tak mampu untuk membalasnya dengan wang ringgit tetapi doa Muni sentiasa mengiringi. Semoga anda semua memperolehi kebaikan di dunia dan di Akhirat.Kepada family tercinta. Kepada Candyman, kerana menjaga Muni seperti seorang adik. Kepada Radzi, kerana membantu rakanmu ini dan Bonda Hamimah kerana menumpangkan Muni berteduh dan bawa Muni berjalan-jalan sekitar Langkawi. Dan kepada semua yang terlibat secara sengaja ataupun tidak.


HARI PERTAMA DI HOTEL
Hari pertama Muni sampai di hotel, Muni telah diberikan tugas untuk mengurusan pendaftaran trainee. Rupa-rupanya terdapat 2 orang lagi pelajar daripada UUM yang turut mula menjalankan praktikal di situ pada hari tu. Muni ditempatkan di bahagian Human Resources seperti mana yang Muni request walaupun Muni adalah pelajar Marketing dan seharusnya ditempatkan di bahagian Sales. Tetapi kerana insiden yang pernah berlaku, Muni terpaksa memilih sama ada berada di bahagian Account  atau Human Resource. Kami diberi penempatan di Kuarters penempatan staff dan lunch.


PENGALAMAN MISTERI
Malam sebelum Muni menjejakkan kaki di hotel, Muni menumpang tidur di rumah ibu kawan Muni, Bonda Hamimah. Dia membawa Muni berjalan-jalan. Seperti semua orang sedia maklum, pulau ini mempunyai seribu satu kisah yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Malam itu Muni diceritakan tentang banyak kejadian aneh yang berlaku di sana.

Sehinggalah Muni mengalaminya sendiri setelah berada di kuarters Muni. Kuarters itu sudah lama tidak berpenghuni sebelum Muni. Kawan Muni daripada UUM itu menasihati Muni supaya berhati-hati. Kami tinggal 3 orang di rumah itu. Hari pertama kami telah diganggu oleh bunyi-bunyi yang aneh dan menyeramkan. Tidak sangka, Muni akan mengalaminya sendiri. Rupa-rupanya, kerana tiada penghuni selepas beberapa tahun, ia telah menjadi tempat persinggahan ~~~.

Alhamdulilah, setelah dua minggu, pekara-perkara aneh itu mula berhenti mengganggu kami. Alhamdulillah kerana kami diberi kekuatan utuk tinggal di situ. Banyak lagi kejadian aneh yang berlaku yang tidak diceritakan di sini. Semoga korang berhati-hati tinggal di mana-mana. Kerana, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia sahaja. Behati -hatilah dengan apa yang  kamu perkatakan dan lakukan.

Baru-baru ini Muni didatangi oleh bekas pekerja hotel yang didapati mengalami masalah mental. Punya rupa dan pendidikan namun beliau dipercayai telah terkena buatan kerana telah mempermainkan hati seseorang. Wallahualam, Nauzubillah. Sekadar peringatan kepada semua di luar sana.


DUNIA PERHOTELAN
Muni tidak sangka akan terlibat dengan hotel. Jika korang pernah menonton drama korea"Hotelier",  suasana hotel di tempat Mui praktikal hampir sama. Kebanyakan tetamu yang menginap di hotel adalah pelancong luar negara. Banyak yang akan Muni lalui selepas ini kerana bulan depan Muni mungkin akan dipindahkan ke bahagian Front Office-sebagai operator ataupun receptionist. Doakan kebaikan Muni ye kawan-kawan.

Department yang paling Muni suka di hotel tu?Mestilah Kitchen kerana Muni suka tengok chef dan effort mereka tetapi Muni belum lagi berpeluang menjengah ke dapur hotel. Dan tepat yang paling Muni suka tengok? Tentulah kolam renang di tingkat empat. Sangat cantik dan menarik.


Gathering bersama rakan sekelas selepas hampir sebulan praktikal.



JODOH ITU URUSAN ALLAH SWT

......
Bila saat itu tiba, pernikahan akan dilangsungkan juga kerana sudah ditakdirkan saat dan ketikanya di Luh Mahfuz. Muni menulis ini kerana terkilan tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan yang rakan-rakan. Bahagianya mereka yang telah menamatkan zaman bujang. Masa Muni belum tiba lagi mungkin kerana banyak perkara yang harus diselesaikan dulu dan ilmu yang perlu di cari.

Ia bukan hanya mengenai suka sama suka. Ia mengenai penyatuan dua hati. dan kesediaan untuk menanggung tanggujawab penyambung zuriat. Sesungguhnya Muni tak layak bercakap pasal hal ini. 


TAK SEMPAT ONLINE
Kerana kesibukan kerja, Muni terpaksa berblogging slowly Tu yang Muni wat karangan panjang kali ni. heheheheLaw rindu Muni cakap taw. Miss u, darls~~

2 comments:

Kiah Jamu said...

salam muni, gud sharing larh muni
all the best yer
huhu mcm mane muni apply buat internship kat situ ea

syira_syahirah said...

muni dpt elaun tak buat praktikal kat bayview hotel? sy ingt nak apply situ jugak..