Tidak sangka, entry yang kita buat terkena pada diri sendiri...dan cerpen yang pernah Muni karang, terjadi dalam hidup Muni sama sekali. Buat sesiapa sahaja yang memahami maksud entry Muni yang lalu, pasti boleh agak Muni seperti terkena tamparan hebat! Tujuan ini bukan untuk meraih simpati tetapi mengajak anda semua berfikir dan mencari hikmahnya. Allah S.W.T Maha Bijaksana. Dia mengaturkan sesuatu sesuai pada waktunya supaya kita dapat mencari hikmah di sebalik suratan. Andai Muni belum mengetahui kebenaran itu, pasti Muni masih lena dibuai mimpi palsu itu. Terpulang kepada anda semua untuk menilai. Apabila kejadian ini terjadi barulah kita menyedari siapa teman duka kita, siapa yang telah kita lupakan dan siapa yang harus kita percaya. Pengalaman ini amat berharga dalam hidup Muni.
Pesanan daripada insan rapat yang paling Muni lekapkan di hati ini.
1. Jika benar dialah yang suratan jodoh kita, kita akan diketemukan kembali oleh ALLAH SWT dalam keadaan matang dan lebih bersedia.-Miss Ayie-
2. Walaupun dilanda musibah ini, ingatlah, ramai orang yang dilanda kemiskinan, ditinggalkan lelaki, terlanjur, kematian, dan didera. Bersyukurlah Muni tidak tergolong dalam golongan tersebut.- Kak Linda-
3. Biarlah derita pada masa sekarang, jangan derita di masa akan datang.-Abg Keri-
Alhamdulillah kerana ALLAH SWT sangat menyayangi Muni. Bagaimana Muni tahu itu? Kerana Dia Mengaturkan semua ini di waktu yang amat sesuai. Dia tidak membiarkan Muni terkapai-kapai kerana menghantar insan-insan lain yang lebih matang dan berpengalaman untuk memberikan sokongan kepada Muni di saat Muni amat memerlukan.
1 comment:
abg bg muni nasihat dlm versi humour.supaya muni x sdh..hrp sgt muni cm dlu k. :) jgn pk kn lg.
Post a Comment