Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

16.3.11

BuAt SaLaH

ENTRY INI DITUJUKAN KHAS BUAT MISS HANIM...
HARAP MAAFKAN MUNI SELEPAS BACA ENTRY INI YA,=)



Semalam, aku menunggu turn untuk memasak. Miss Hanim sedang memasak di kala itu. Sebelum masak, aku basuh periuk dahulu. Ketika aku RAJIN sedang basuh periuk, aku ternampak sesuatu objek yang sangat pelik tersumbat dalam sinki. Aku mengambil dan membuang objek yang kebasahan itu.




Sewaktu aku memasak, Miss Hanim datang..

Miss Hanim : Muni, ada nampak tak anim punya kiub ayam tak?
Aku             :Erkk..kiub ayam?tak adelah..anim letak kat mana tadi?
Miss Hanim : Anim letak atas tudung periuk sementara nak masak.
Aku              :...
        (adakah objek yang aku buang tadi..tapi tak nampak macam kiub pon)
Miss Hanim : Anim baru guna separuh..erm..kat mana ni?
        (sambil tercari-cari)
Aku            : Anim silap letak kot
        (macam cipan jawapan aku itu)

Dan anim sangat teliti orangnye. Dia mesti boleh agak dah memang aku yang buang tapi tak nak mengaku. Dia macam bad mood. Bukan kerana kiub itu tetapi kerana aku tak nak mengaku..
Aku ceritakan kisah tu kat pakwe aku, die susruh aku mengaku dan ganti balik. Dia cakap hal kecik je. Tapi aku tak ade kekuatan untuk mengakuinya.WTFish?

Pelik benor bagi korang kan.Tapi itulah aku . Weird!

 Mesti korang cakap.....Kiub ayam je pon! Tu pun susah nak ngaku!

Tu aku. Nasiblah aku sedar salah aku! Ada orang lagi teruk pada aku, buat salah terang-terangan. Buat anim..heehehe...

15.3.11

BesT SanGat ke JaDi Orang Ke-Tiga atau SkanDaL?


ORANG KETIGA
Well, agaknya kenapalah aku buat entry ni pada pagi yang dingin ini. Kebetulan pagi tadi topik yang dibincangkan oleh  HOTFM adalah orang ketiga.
SALAHKAH MENJADI ORANG KETIGA?
MACAM MANA PULAK KALAU KORANG TAK TAHU KORANGLAH ORANG KETIGA ITU?

Orang ketiga pernah hadir dalam hidup aku tetapi aku tak kisah kerana jantan itu memang keparat. Jantan itu menyintai aku (katanya!!watever) dalam masa yang sama menghabiskan masa dengan orang ketiga tanpa pengetahuanku!!  Aku pun tak tahu kalau perempuan tu sedar...Wahaha.. Dan sekarang aku lihat dia dah tukar perempuan lain. Harap korang berbahagia dan jaangan main kayu tiga lagi.
Dan aku pernah menjadi orang ketiga pada orang lain tanpa diduga/tanpa pengetahuanku. Memang patut pon aku terkena sebab aku ni nakal sangat (ada kisah di sebaliknya yang agak rumit dan privasi..agaga). Dan awek dia itu menjadikan aku musuhnya sampai sekarang. Sesungguhnya aku tidak bermaksud kerana pakwe engkau itu sangat keparat sebab merahsiakan statusnya.Kalau dia boleh buat macam ni kat kau sebelum kawen, lepas kawen macam mane pulak? Lu pikir la sendiri.


SKANDAL
Skandal!! Wahaha.. Ramai kawan aku ada skandal. Skandal ini amat jahat pada pendirianku. Mana taknye, aku melihat sendiri apa yang dibuat oleh kawan-kawan aku. Siap boleh bercuti bersama dan  berpegangan tangan dengan pakwe@makwe orang tanpa rasa bersalah!!!Tetapi aku tak sanggup nak buat ini pada pakwe aku. Aku tak sanggup nak kecewakan hati dia. 

PENGALAMAN MENDEWASAKAN AKU
Pengalaman melihat apa yang berlaku di sisiku dan apa yang aku lalui betul-betul mengajarku menghargai insan yang berada disisiku.Aku amat menghargai kehadiran si dia di sisiku. Aku berjanji pada diri sendiri tidak akan menduakan dia. Hanya jodoh dan takdir yang menentukan segalanya.
Kalau pakwe aku nak buat kat aku macam ni, lantaklah. Ada hikmah di sebalik semuanya. Dan aku amat selesa menjadi orang yang tidak bersalah.  
Aku amat yakin dengan balasan Allah SWT . Dan kata omputeh, what goes around comes around!!!


14.3.11

ToLoNG NaSiHatKaN AkU!!!!

CLUMSY...WHO?ME?
Esok TEST!

TEST Managerial Economics

Tapi aku takde moodla nak study..

Kenapa??
 
Sebab aku tak suka kurang gemar subjek calculation!

Tahukah korang!
Aku memang tidak sebulu ngam dengan subjek calculation sedari sekolah rendah lagi. Hanya classmates aku yang tahu berapa kali dah aku kene denda sebab tak siapkan kerja math. Aku tak boleh hadap la nombor-nombor ni. Aishh. Tak bleh nak cakap la.. Dan aku juga punya masalah dengan setiap tenaga pengajar yang mengajar subjek calculaton. Tak kiralah cikgu ke, tutor ke lecturer ke... Aku rase current lecturer pon leh perasan dengan kelakuan aku. Aku tidak suka seuatu yang rumit dan kompleks. 
Sesuatu yang teratur bertentangan dengan sikapku a.k.a aku minah clumsy..ekeke

Biarkan!!  

Korang nak tau tak apa aku buat sepanjang malam ni?

(aku duduk rumah sewa, k!)
MASAK!
TENGOK TV!
TENGOK MOVIE!
MAKAN-MAKAN!
SEMBANG!
DENGAR LAGU

Dan aku hanya menunggu masa untuk lena. Ye, semestinya!!!

KAWAN-KAWAN, TOLONG NASIHATKAN AKU!!!

Agaga...JaDi S/U ke Naib S/U ni!!


Hahahaa..

Geletek..Geletek..

Hahahaa..

Geletek lagi..

Macam orang tak siuman dah..

p/s; sedang menyiapkan kertas kerja untuk program carwash



Dan korang tertanya-tanya macam mana pulak si clumsy ini boleh terpilih sebagai s/u. Kerja badut-badut di sarkas manakah yang telah membuat undian supaya aku menjadi s/u kepada karnival ini?


 Mestilah coursemates aku sendiri punya keje yang terror bahagian memPRANKan orang..Niat depa cuma nak suruh aku duduk kat depan sebab geram aku datang lewat. Dan aku terpilih menjadi naib S/U di kalangan 4 org shortlisted. Tu la akibat kalau aku n the geng duduk gelakkan orang depan sedari tadi, aku lak yang terkena.

Dei, korang mmg nk makan selipar an??

Aku rase nak pelekok kepale sekor2 ayam kat belakang rumah aku(x sampai ati nak cakap sekor kat korg)

JAP2


S/U ke Naib S/u ni?!




Kerja bertambun macam s/u dah.S/u sendiri refer kat aku nak buat kerja dan selalu tanya macam mana nak buat itu, macam mana nak buat ini.. Pulak tu s/u sangatlah pemalu tapi cantik macam Lisa Surihani. Hehehe.. Adakah Adalah  amat perlu untuk aku membuang perkataan NAIB itu...??

Disaat final semakin menghampiri ini...


Depa pulak yang galaks nak buat karnival di saat akhir..

What so ever!!

Dan berita 'baik'; ESOK ADA TEST

AGAGA!!!!!!!!!

HELLO, ADA SAPE-SAPE YANG NAK KENA BAKOR?

Ape Die?SaBar Je La....


Arghh..wahhhh..eeeeeeeeee, geramnye!!!


O.K!


Mungkin ini akan termasuk dalam senarai kegeraman anda dan mungkin anda pernah hadapinya juga.

Apabila anda terpaksa berlawan dengan nafsu tidur dan mata mengantuk

Apabila anda terfikir tentang banyak kerja yang masih belum settle

Apabila anda terniat untuk memonteng

 Apabila anda terpaksa melawan ego anda

Apabila  anda bangun seawal pagi untuk mengejar bas

Apabila anda terlepas bas pertama dan menunggu bas yang kedua

Apabila lokasinya berada jauh daripada rumah

Apabila kelas kedua 3 jam kemudiannya

Apabila anda sampai sebelum orang lain sampai

DAN

Apabila anda mendapat sekeping Mesej daripada class rep..

"CLASS CANCEL.
Tolong beritahu kawan-kawan."

DAN AKU!!


D i saat inilah kesabaran itu diuji.
Dan semua ini berlaku pada hari aku sedang berpuasa iaitu sebentar tadi..
Gulp.
Ya, dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk..


13.3.11

KiTa HiDuP SaLiNg MeLeNGkaPi..


Pernah tak kamu rase citarasa kamu berbeza dengan kawan-kawan kamu tetapi kamu still boleh serasi dengan diorang? Jangan cakap kawan-kawan je. Kadang- kadang kamu baru jumpa tapi dah boleh get along. Tapi dalam family berlainan pula. Walaupun kamu daripada keturunan yang sama tetapi citarasa kamu berbeza.Kenapa yek?



Allah S.W.T Maha bijaksana. DIA meletakkan kita di tengah-tengah orang yang amat berbeza dengan kita tetapi kita melengkapi hidup mereka. Walaupun kita berbeza, kita harus belajar menerima. Allah S.W.T tidak akan memberikan dugaan yang kita tidak mampu hadapi. Semua yang berlaku punyai hikmahnya.


Kita berada di suatu tempat kerana Allah S.WT. Kita mempunyai takdir dan dugaan sendiri. Jadi, keluarlah dari kepompong. Lihatlah dunia dan orang lain dari perspektif yang berbeza. Kita saling melengkapi, jadi jangan takut sekiranya kamu dipertemukan dengan orang yang berbeza dengan kamu.




12.3.11

CoReTaN BuAt SaNg ADaM



Hidup ini bukan Laila dan Majnun,
Bukan juga Romeo dan Juliet,
Kerana mereka tidak dapat bersama di dunia,
Belum diuji onaknya alam perkahwinan.

Wahai insan bergelar lelaki,
Jangan lupa pada janji..
Mata ini sendiri telah dan sedang melihat..
Kata-kata yang dilafazkan semasa indah percintaan..
Menjadi lara di alam perkahwinan..
Dan aku juga pernah melihat..
Perkahwinan yang diatur tanpa cinta sebelum kahwin
Yang dicanang mendapat RESTU..
Tidak sebahagia ungkapan itu...

Wahai lelaki,
Jangan mencari kesempurnaan
Kerana kesempurnaan adalah suatu kelemahan
Yang merosakkan perhubungan
Yang menghancurkan hati dan perasaan
Kerana hati wanita yang sedia ada lemah
Dan mudah goyah..
Jangan persoalkan qada' dan qadar
Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Wahai kaum lelaki
Jangan kau cari mulia Siti Zulaikha dalam dirinya
Jika engkau tidak setampan Yussuf
Jangan kau cari tabah Hawa dalam dirinya
Jika engkau tidak seinsaf Adam
Jangan kau cari rupawannya Balqis dalam dirinya
Jika engkau tidak sebijaksana Sulaiman
Jangan kau cari kemewahan Siti Khadijah dalam dirinya
Jika engkau tidak sezuhud dan sehebat Muhammad..

Wahai lelaki budiman..
Hargailah wanitamu..
Kerana sesungguhnya..
Kamu lelaki yang kuat pada fizikalnya,
Tetapi lemah pada hati
Dan wanita pula lemah pada fizikalnya 
Tetapi hatinya lebih kuat walaupun beremosi
Kawallah mereka dengan sembilan akalmu
Jangan rebah pada nafsu yang satu

Wahai sekalian lelaki..
Semua orang istimewa dan keistimewaan dia adalah rahsia. 
Kalau Allah dedahkan semua,
Ramai yang berebut nak dapatkan.. 
Allah hanya dedahkan 
pada orang yang DIA ingini..
Tetapi di sebalik keistimewaan ada kekurangan.. 
Kita harus menghargai keistimewaan dan menerima kelemahan.. 
Namun, kita tidak memerlukan sebab untuk menyukai seseorang. 


Wahai sang lelaki...
Sebelum melafazkan akadmu itu...
Fahami khutbah kadi dahulu..
Fikirkan dulu tanggungjawabmu..
Yang akan menemanimu sepanjang waktu
Kerana ISTERI adalah amanah
Bukan parasnya wajahnya memberi gah
Bukan pelepas nafsu serakah
Bukan ratu dijunjung tinggi
Bukan bahan untuk dimaki
Bukannya dia pencari rezeki

"Dan sesungguhnya wanita itu diciptakan dari rusuk kiri lelaki.
Bukan dari kepala untuk diagungkan dan dijungjung
Bukan pula dari kaki untuk dimaki dan dipijak.
Malah dekat di lengan untuk dilindungi
Dan dekat di hati untuk disayangi"

Wahai lelaki yang bakal dan bergelar suami,
Sebelum melepaskannya  pergi
Kerana tidak sesempurna itu
Dan bukan kerana nusyuz padamu,
Fikirkan sedalamnya dahulu
Kerana rumput yang telah kau lepaskan di belakang..
Mungkin lebih baik daripada dihadapan.
Kerana sesungguhnya,,
Kita biasanya hanya akan menghargai sesuatu
Apabila ia telah berlalu...

@munitiara

11.3.11

MARI KITA LIHAT GAMBAR DAN KAJI KISAH SEBALIK KEJADIAN TSUNAMI DI JEPUN












Dasyhat! Hanya itu yang boleh diperkatakan mengenai gempa bumi berukuran 8.8-8.9 skala ritcher yang berlaku di  400km timur barat, Tokyo, Jepun pada 0546 GMT. Gegaran kuat itu telah menyebabkan kejadian Tsunami yang dasyhat. Setakat ini, sehingga 200 hingga 300 mayat telah ditemui seperti yang disahkan oleh polis. Tsunami dijangka menghampiri kepulauan Hawaii. Negara di Benua Asia dinasihatkan supaya berjaga-jaga.


p/s:info ini di ambil dari pada BBC News. Sila update info di laman web ini http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12709598 
dan 
http://www.independent.co.uk/news/world/asia/tsunami-slams-into-japan-after-massive-earthquake-2238847.html.
Rakan-rakanku,ambil iktibar dari kisah ini.
ALLAH S.W.T sedang memberitahu sesuatu....

BiLe LoAN MaSuK aWAL TaHuN...SaTu BahANa....


Inilah satu bahana
Apabila loan masuk awal
Student berbelanja tak ingat dunia
Beli semua tak terkawal
Itulah, bila loan masuk awal..

Inilah cerita bila loan dapat awal
Sana sini semua nak pergi
McD, KFC, PIZZA HUT
Genting Higlands juga Singapore
Duit mengalir macam air
Jadi Orang Kaya Baru sebentar
Hari hari tepon bf/gf
Yang laki tiap hari belanja awek
Yang perempuan, tiap hari singgah mall

Dan apabila dah habis loan yang dapat awal
Baru ingat cari megi
Baru ingat biskut jagung
Baru ingat tepon mak ayah
Baru ingat matlamat sebenar
Baru ingat tumpang kawan
Baru jimat duit minyak
Baru buat muka kesian
Baru hargai duit syiling
Baru tahu nak bersyukur..
Bila loan dapat awal....

p/s:bukan berkhutbah cuma betuli diri jua(>.<)

10.3.11

Sedetik Lebih..(@wie)


Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku... ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Vokal: Anuar Zain
Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim

LINKIN PARK'S SONGS

This summary is not available. Please click here to view the post.

LiNkiN PaRk n Me..



Aku dan Linkin Park


Percaya atau tidak, aku memang peminat fanatik Linkin Park. Tapi, itu waktu  aku FORM 2 dulu. Sewaktu jiwa remaja memberontak tapi tak terluah. Ye. Aku masih ingat lagi di saat aku memiliki album METEORA. Aku hafal setiap bait lagu di dalam album itu. Tetapi yang jahanam, album aku dikebas oleh insan yang terbiasa itu. Bengang, do.Nasibla aku masuk hostel pastu. Hilang sikit rasa nak marah aku tu. Ni aku duduk rewind lagu2 yang bermain di fikiran. Best gila!




8.3.11

Maafkan saya yang nakal ini,cikgu!!hehehe


Aku sedang membuat satu lagi kerja berani mati kerana masuk lewat ke kelas Hajjah. 
Aku tak tahu sape je yang sanggup kene marah ngan dia. 
Tetapi, di sebalik sikap TEGASnya itu, aku nampak sifat keibuan.
Tak tahulah classmates aku setuju  ke tidak. 

Aku percaya semua lecturer dan cikgu punya sikap yang baik kerana tugas mendidik itu mata mulia.
Cuma kebaikannya saja yang berada di skala ke berapa. 
Kalau ada lecturer atau cikgu yang tidak baik, itu hanyalah satu dalam seribu. 
Biasalah, tidak semua buah di pokok itu manis rasanya. 
Oleh itu, aku sedang bersedia ke kelas. Lect, here i come!!ChaiyyoKK!!

7.3.11

LaDy GaGa dan Susu BaBy GaGa..YUKSS!!


LONDON: Peguam Lady Gaga mengancam mengemukakan saman terhadap pengeluar ais krim diperbuat daripada susu badan, Baby Gaga, semalam.
Berdasarkan dokumen disediakan peguam penyanyi berasal dari New York, restoran The Icecreamists Limited yang beroperasi di London, Britain, diberi tempoh sehingga 12 tengah malam Khamis ini untuk pengeluar produk itu menukar jenamanya jika enggan disaman.

Menurut peguam Lady Gaga, restoran di Covent Garden itu juga dikehendaki ‘berhenti mengaitkan’ apa saja produk mereka dengan penyanyi terbabit.
Dalam dokumen berkenaan, The Icecreamists Limited didakwa mengambil kesempatan dan meniru identiti Lady Gaga (gambar) secara amat provokatif dan - bagi kebanyakan orang - menjijikkan.

Ais krim Baby Gaga mendapat sambutan hangat apabila ia mula dipasarkan pengeluar terbabit.

Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.
Susu itu dijual pada harga �14 (RM69) dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.

Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan. - AFP


p/s:siapa suruh tonjolkan badan.lady gaygay!oopss...wink2(>.0)

Please Bloggers, Dont make it Hard!!

Buat bloggers yang suka letakkan multi icon dalam blog korang...pleaseee... Buatla yang simple2 dan mudah dilihat. 
Kesukaran untuk membuka blog korang membuatkan aku malas dah nak repeat blogwalking kat blog  korang yang kreatif terlampau. 
Aku percaya, orang lain pon ada jugak yang mengalami masalah seperti aku.



PLUS+++ 



..apabila aku berada di luar kawasan....
Geram!!!eeee...gerammmmm...sbb lem*** buat org lain lambat, dhla public pc ni xde mozilla n chrome...lem*** tol lah!!buat aku malas nk blogwalking!!!eeeee..
Aku cakap je, korang tak nak ikut sudah!!!

THATS ALL

THE END

=(

 A few seconds ago
LIKE . COMMENT . SHARE

MAN U, ITS NOT THE END OF THE WORLD....MUahaha

 
Tiada kata yang dapat dilafazkan..(hehehe)
Mungkin entry ini tidak sebagus mana tetapi menjatuhkan orang lain bukan bukan misi dan visi saya seperti mana peminat MANCHESTER UNITED selalu buat. Apakan daya;

Whats goes around comes around, Whats goes up must come down....

..well honey, kita tunggu sama ada Arsenal baik hati tak nak bagi chance kat hangpa dok kat atas sana lama-lama.

ape-ape pon..."i'm not United's girl"

wink2 >.~

5.3.11

INGAT TAK KAT KARTUN TOMATOMAN & MOJAKO?


Mase kecik2 dulu aku sanggup bergaduh ngan kakak aku yang besar sebab nak tengok cerita ni... Lepas tadika cerita ni takde dah....Korang ingat tak? Best gile!!!!!!

Ni satu lagi. Masa aku sekolah rendah. Mojako tak boleh kene air kalau tidak ia kembang..hehehe..comelnyeee....





3.3.11

PeLaJaR UiTM MauT SeMaLaM DiKeTeMui PaGi TaDi!

ARAU-3 MAC-Seorang mayat pelajar wanita berumur 20an ditemui mati di pertengahan jalan yang sedang dibaiki. Pelajar Jurusan Ijazah Sains Komputer dikatakan sedang berkonvoi pulang daripada pasaraya C-Mart Jitra bersama 3 buah motor lain malam tadi. Walau bagaimanapun, mangsa yang membonceng motor berseorangan didapati tidak pulang ke rumah. Rakan-rakan mangsa bertindak mencari mangsa selepas panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab. Namun, mangsa tidak ditemui. Laporan polis dibuat berikutan kehilangan pelajar terbabit. Mayat mangsa ditemui pagi tadi di antara kon pembahagi jalan. Mangsa dipercayai kemalangan selepas melanggar lopak tanpa disedari oleh rakan-rakan mangsa. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat . Waktu kematian mangsa masih tidak dapat dipastikan.Mangsa berasal daripada Mersing, Johor. 

SUMBER:TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL PELAJAR


P/S:INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN. Timbalan pengarah berkata, sekiranya mangsa ditemui sejurus selepas kejadian, mungkin arwah dapat diselamatkan.

MaKe Up Tips, Please!!

Geramnye tengok make up ni!!!


Aku memang lembab bab2 make up ni. Law ari raye atau nak gi jalan-jalan, kak aku yang selalu tolong make up untuk aku. Aku teruja dengan teknik make up die. So, sesiapa y ada tips make up untuk org2 cam aku sila2 la komen kat bawah post ni.


 Check out my sis nye blog http://aiwanikita.blogspot.com/


Mata-mata menarik...


Nak confident cam ni!!

Nak nak!!!