Aku tak menciptakan pertemuan ini.
Sungguh bukan aku yang mencipta pertemuan dan perasaan ini.
Kalaulah mereka tahu aku separuh mati berusaha untuk melupakan.
Kalau aku diberikan pilihan, aku langsung tidak mahu mengenali dia.
Wahai Tuhan, dugaan apakah ini
Bantulah aku untuk memahami
Hikmah di sebalik percaturan
Ciptakanlah perpisahan yang tidak menyakitkan
Memori bersama yang dilupakan
Aku benci dia
Sungguh-sungguh aku benci dia
Pisahkanlah aku darinya
Lepaskan diriku dari ingatannya
Padamkanlah namaku dalam hatinya
Dekatkanlah aku padaMu...
29.11.14
17.7.14
SETAHUN YANG LALU
Assalamualaikum w.b.t
Ape kabor semue? sehak dok? lame dok masok page sdiri. Tapi dakpe, sekarang ade mase, saye update ah.
Hampir setahun dah berlalu sejak last time saye update. Banyok doh benda yang jadi.
Ade benda besor yang jadi pade saye sapa saye hilang fokus saye pade benda-benda yang menarik perhatian saye..
Hilang perangai saye yang dulu.
Saye benci.
Kahwin? Dok..dok kawen lagi..kalu dok saye upload doh gambor wedding saye.
Saye jatuh cinte..
Daring nye statement saye...
Saye dok pasti saye jatuh cinte pade orang yang betul ke dok.
Tapi banyok doh perubahan yang jadi pada saye hingga saye dok yakin dengan pilihan saye.
Kenapa orang lain dok paham..pertemuan dan perpisahan tu ketentuan Allah swt.
Padahal saye cube doh lupekan orang tu tapi rasa sakit dan lemoh seluruh badan bile seminggu dok mesej die. Sobeng oyak seminggu, sehari pon camorang dok betul.
Oh, lupe pulok nok royak. Saye resign doh dekat resort yang saye kerja sejak 2012 tu, rasenye doh 6 bulan saye tinggal tempat tu.
Entry saye bersifat kebudak-budakan? Bile tahu umor saye, mesti orang laing kate saye andartu doh. Jangan bimbang, Allah swt sedang menguji dan mendidik saye. saya pulok sedang menikmati kehidupan sebagai orang bujang.
Tu je setakat ni.
Jupe smula dalam next entry.
Dok tahu bile pulok nok updatenye.
Sekianggggg..
Wasalam nggg....
19.10.13
Tak Pro!
Assalamualaikum w.b.t
Saya budak baru belajar. Freshie lagi. So saya memang TAK PRO! At least saya cuba...
Kalau awak tak berupaya membangunkan, sekurang-kurangnya JANGANLAH MENGHANCURKAN.
Dan kepada pengadu domba, anda tak baik buat cerita......ish ish ish.. Muni tak suka taw.....
25.9.13
Tekanankah? Tidakkk
Assalamualaikum w.b.t...
Lamanya masa yang saya ambil untuk merepek. Ya, agak sibuk mungkin.sibuk ngko. Banyak yang boleh saya simpulkan sepanjang saya belajar dan perolehi namun belum cukup pada umur ini.
Rindu dengan zaman remaja...
Rindu taw...bila dah masuk ofis, banyak benda kena buat, banyak perkara yang harus di 'settle' kan. Fikiran tertumpu pada kerja dan deadline je. Owh, tak adil kalau becerita bab ofis. Macam la orang lain tak banyak keje macam saya kan. Tapi tugas baru ini betul-betul mencabar kredibilit saya sebagai seorang yang junior.
Bila sifat 'Saya Boleh' mengganggu..
Dua perkataan ni la yang buat saya sabar dan terus sabar. Saya pon tak tahu bila saya boleh get rid of this feeling. Bila ada halangan dan dugaan yang berat, nanges sorang-sorang. Esok O.K balik. Menyampah betul la dengan kau ni Muni .
Sekian =)
| Gambar Senget Tempat Keje Sayee |
Lamanya masa yang saya ambil untuk merepek. Ya, agak sibuk mungkin.
Rindu dengan zaman remaja...
Rindu taw...bila dah masuk ofis, banyak benda kena buat, banyak perkara yang harus di 'settle' kan. Fikiran tertumpu pada kerja dan deadline je. Owh, tak adil kalau becerita bab ofis. Macam la orang lain tak banyak keje macam saya kan. Tapi tugas baru ini betul-betul mencabar kredibilit saya sebagai seorang yang junior.
Bila sifat 'Saya Boleh' mengganggu..
Dua perkataan ni la yang buat saya sabar dan terus sabar. Saya pon tak tahu bila saya boleh get rid of this feeling. Bila ada halangan dan dugaan yang berat, nanges sorang-sorang. Esok O.K balik. Menyampah betul la dengan kau ni Muni .
Sekian =)
4.6.13
MENGEKALKAN ADALAH LEBIH SUKAR
Assalamualaikum w.b.t...
Baru sahaja selesai bersembang dengan seseorang. Special ke? Semua yang muncul dalam hidup saya adalah istimewa kerana Allah swt yang telah mentakdirkan pertemuan itu. Alhamdulillah. Dia merupakan salah seorang staf paling lama di resort kami. Ia adalah sesi perbincangan yang tidak dirancang sebenarnya.
Opss.. untuk pengetahuan anda, saya telah membuat keputusan untuk menarik balik surat perletakan jawatan tu. Kenapa ye Muni? Saya ada alasan tersendiri, biar sahaja saya yang tahu.
Katanya, mengekalkan adalah jauh lebih sukar. Anda mungkin boleh dapat seribu benda yang sama tetapi untuk mengekalkan sesuatu itu, tak semudah kata. Terkesima saya dibuatnya bila mendengar luahan hamba Allah itu sewaktu berehat menghilangkan dahaga sebentar tadi. Betapa saya memandangnya sebagai seorang yang biasa rupa-rupanya seseorang yang berfikiran luar biasa. Bila berkawan, haruslah bersedia menjadi pendengar. Saya sudah mendengar pendapat bernasnya. Begitu tinggi wawasannya. Dia yang telah melihat dan melalui jatuh bangun itu.
Masih punya masa. Harus kerjasama merencanakannya. Tiada halangan , hanyalah penyelesaian. Well, if the plan A didn’t work, why not move to the plan B? Walaupun tidak berjaya, sekurang-kurang kita cuba, right?

14.4.13
Ke Mana Tumpahnya Air Kalau tak Ke Riba....
Suatu Hari di ICT Maras..
Assalamualaikum…
Hari ini bermula agak suram. Alhamdulillah, badan saya agak segar kerana terlebih tidur. Oopss... Hehe. Sebenarnya saya ingin menceritakan KISAH YANG BERLAKU SEMALAM mengenai peristiwa yang lucu bagi orang lain tetapi tidak memalukan bagi saya. Kenapa tidak memalukan? Kerana peristiwa ini seringkali terjadi pada saya. Fuhh.
First of all, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang dan kakak angkat saya yang sudi belanja kami semua makan di gerai Ikan & Sotong Celup Tepung di Maras, Batu Rakit. Keenakan sotong yang besar tidak dapat saya sangkal lagi dengan telur masih di dalamnya. Namun begitu….
KEDINGINAN AIR KELAPA DI RIBA
Korang mesti dah boleh agak apa yang terjadi kan. Akibat ter ‘ultraman’ gelas berisi air kelapa saya, gelas itu terbalik membasahi jeans saya dan Ainun, kawan saya, sekali. Fuhhhhhhhh…. Sebenarnya saya telah menyaka ianya akan terjadi tetapi tak sangka seteruk itu.
Saya agak bernasib baik(ye ke?malang sebenarnya) kerana abang dan kakak angkat saya sudah mengetahui perangai saya yang satu ini. Oleh kerana itu, menjadi bahan guraun sepanjang perjalanan pulang. Terima kasih semua.
PERISTIWA YANG SAMA BERLAKU BEBERAPA MINGGU YANG LALU…. MUNI…MUNI…ISH3
P/S; SEMUT CELUP TEPUNG
10.4.13
Buat Pulussss
Assalamualaikum w.b.t...
Salam sejahtera semua...ewrrr...asal rasa macam janggal je ni? Maklumlah dah lama tak berblogging, hampir 4 bulan saya kira. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat kepada semua yang melawat belog saya.asal rasa macam makin janggal je....kwang3.
untuk pengetahuan kome-kome sekalian
Blog saya sentiasa dikunjungi rerakan walopon belog saya koma...err..maksud saya walaupun saya tak aktif berblogging. Ye la semenjak membina kerjaya ni, sangat amat sibuk kesalahan tatabahasa di situ.
Saya baru sahaja membuat pilihan...err....bukan...saat saya menaip ini, PRU 13 belum diumumkan tarikhnya. Maksud saya, saya telah membuat keputusan baru-baru ini iaitu menolak jawatan executive yang diberikan kepada saya atas sebab-sebab tertentu. Saya percaya, rezeki itu diturunkan oleh ALLAH SWT, bukannya manusia. TIADA PAKSAAN. Namun saya tetap akan meletakkan jawatan saya sebagai Coordinator. MUKTAMAD!
Sebab apa meh?
It's all about the money..it's all about the dum dum dara dum dum...melalut la pulakkkkk
Sekian untuk hari ini.
berita baik!!!!
saya akan aktif berblogging..oyeahhh...errr....berita baik ke?
| Ini hotel saya, kerjaya pertama saya DI SINI. Cuba teka di mana?? |
Salam sejahtera semua...ewrrr...asal rasa macam janggal je ni? Maklumlah dah lama tak berblogging, hampir 4 bulan saya kira. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat kepada semua yang melawat belog saya.
untuk pengetahuan kome-kome sekalian
Blog saya sentiasa dikunjungi rerakan walopon belog saya koma...err..maksud saya walaupun saya tak aktif berblogging. Ye la semenjak membina kerjaya ni, sangat amat sibuk kesalahan tatabahasa di situ.
Saya baru sahaja membuat pilihan...err....bukan...saat saya menaip ini, PRU 13 belum diumumkan tarikhnya. Maksud saya, saya telah membuat keputusan baru-baru ini iaitu menolak jawatan executive yang diberikan kepada saya atas sebab-sebab tertentu. Saya percaya, rezeki itu diturunkan oleh ALLAH SWT, bukannya manusia. TIADA PAKSAAN. Namun saya tetap akan meletakkan jawatan saya sebagai Coordinator. MUKTAMAD!
Sebab apa meh?
It's all about the money..it's all about the dum dum dara dum dum...melalut la pulakkkkk
Sekian untuk hari ini.
berita baik!!!!
saya akan aktif berblogging..oyeahhh...errr....berita baik ke?
27.12.12
Maafkan Akal & Hati Ini
Assalamualiakum w.b.t..
Puas ku berlari...
Dari akal & hati ini...
Mencari apa yang tertinggal lagi...
Yang tidak diambil peduli...
Redakan esak tangis ini...
Yang mengenang diri...
Dia, dia, dia...dan mereka...
Yang pernah muncul...ada...berlalu dan tiada
Maafkan aku...kerana keliru...
Kerna kisah kita hanya begitu...
Tiada penamatnya...bukan penamat yang sebenarnya....

2.11.12
Rindu Ayah
Adakah seseorang yang telah tiada boleh mengetahui bahawa kita merinduinya?
Apakah yang lagi boleh kita lakukan untuk menemaninya selain berdoa dan menziarahi pusaranya?
29.10.12
Tenanglah Ayah di Sana
25 September 2012
3 Oktober 2012
Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di resort di bandar Kuala Terengganu. Aku dibawa mengenali dewan-dewan yang akan digunakan untuk pelbagai function.
Pukul 2.45 petang.
Kakakku menelefonku. Dia bertanyakan kepadaku sama ada aku mahu pulang dulu. Aku bertanya kembali mengapa. Dia tidak berkata apa-apa. Suaranya agak tergesa-gesa.. Aku menelefonnya kembali dengan mengatakan bahawa ada kakakku yang lain cuba menelefonku tetapi aku tidak sempat menjawab panggilan itu. Kakakku memberitahuku bahawa dia ingin pulang dulu dan pergi ke rumah abangku. Aku merasakan tidak sedap hati. Aku mula curiga walaupun kakakku tidak memperkatakan perkara yang lain. Entah kenapa aku seperti mendengar kakakku berkata sesuatu yang lain mengenai nenekku. Logik juga kerana nenekku tidak sihat kebelakangan ini.
Ani...Ani..sayup, sayup suara ayah memanggilku. Aku naik dari dapur. Ayah sedang menahan sebak di dadanya. Simpati yang dalam, aku mendekatinya. Aku merasa amat sedih dan takut melihat keadaan ayah yang
tenat. Aku berusaha mengurut dada dan lengan ayah. Selepas beberapa jam,
barulah dia beransur sembuh. Itupun kerana menonton perlawanan bolasepak. Aku
hanya tersenyum.
Ajaib, selepas beberapa hari, ayah semakin sihat. Yang
paling membahagaiakn, ayah semakin banyak tersenyum. Ayah amat terkenal dengan
air muka yang garang. Sekarang, dia
lebih banyak bergurau dengan kami.
Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di resort di bandar Kuala Terengganu. Aku dibawa mengenali dewan-dewan yang akan digunakan untuk pelbagai function.
Pukul 2.45 petang.
Kakakku menelefonku. Dia bertanyakan kepadaku sama ada aku mahu pulang dulu. Aku bertanya kembali mengapa. Dia tidak berkata apa-apa. Suaranya agak tergesa-gesa.. Aku menelefonnya kembali dengan mengatakan bahawa ada kakakku yang lain cuba menelefonku tetapi aku tidak sempat menjawab panggilan itu. Kakakku memberitahuku bahawa dia ingin pulang dulu dan pergi ke rumah abangku. Aku merasakan tidak sedap hati. Aku mula curiga walaupun kakakku tidak memperkatakan perkara yang lain. Entah kenapa aku seperti mendengar kakakku berkata sesuatu yang lain mengenai nenekku. Logik juga kerana nenekku tidak sihat kebelakangan ini.
Aku meminta untuk pulang dengan orang atasanku atas alasan kecemasan.
Aku membonceng skuter dengan perasaan yang berbelah bahagi. Pelik, mengapa kakakku
meminta aku pergi ke rumah abangku sedangkan nenekku biasanya berada di
rumahnya sendiri? Adakah sesuatu berlaku pada kakak iparku?
Setibanya aku di rumah abangku, aku melihat sekujur tubuh
yang ditutup wajahnya diusung masuk ke dalam van. Van itu berlalu di hadapanku.
Aku tidak menangis dan merasa amat bingung. Semua kelihatan murung dan
berlinangan air mata. Aku ternampak kakak iparku yang mendukung bayinya yang
baru sebulan lebih. Lega, namun masih bingung. Aku tidak berkata apa-apa dan
tidak bertanyakan apa-apa kepada sesiapa pun.
Aku menuruti van itu dan tidak langsung menjangkakan van itu
menuju ke rumahku, bukan pula rumah nenekku. Tidak terlintas sedikit pun badan
yang lain yang diusung itu. Aku mendaki tangga rumah dan hanya memerhati mereka
meletakkan sekujur badan itu di ruang tamu. Aku menarik anak buahku yang
berumur 4 tahun yang sedang menangis. Tiba-tiba terpacul perkataan dari
mulutku.Tidak pula aku membuka kain yang menutupi wajah itu kerana
aku tidak boleh melihat mayat.
“Ain, Tokki ke?” aku bertanya anak buahku sama ada adakah ayahku
yang terkujur itu kerana wajahnya masih ditutup. Aku tidak tahu mengapa itu
pula yang terkeluar dari mulutku.
Anak buahku mengangguk. Hampir pitam aku. Bingung. Bohong.
Tidak mungkin. Pada waktu ini, ayah biasanya di kebun. Aku berlalu ke bilik air. Masih lagi tidak
menangis. Aku mengambil wuduk dan meluru kearah tubuh itu.
“Yaasinn..” Bersama perkataan itu, ari mataku mula menitis
laju. Aku langsung tidak menghiraukan orang lain yang ingin memasang tirai. Bacaanku
semain kuat kerana bercampur dengan tangisan. Kain yang menutupi ayah belum aku
buka kerana aku belum bersedia untuk menerima kenyataan.
Bila tirai sudah dipasang dan tiada siapa lagi disisiku, aku
membuka kain yang menutupi wajah ayah. Wajahnya umpama tersenyum. Aku tahan air
mata ini semampunya.
***
Aku mendapat
tahu bahawa ayah rebah ketika bertukang di belakang rumah abang dan tiada siapa
di sisinya waktu itu. Abang mungkin menyedari ketiadaan arwah ayah beberapa
minit selepas itu kerana rokok di tangan ayah umpama baru dinyalakan. Arwah ayah bekerja sampai habis umurnya kerana
itu hobinya. Arwah tidak suka duduk dan berehat-rehat sahaja. Kematian arwah
ayah boleh dikatakan mengejut. Aku redha walaupun segalanya umpama mimpi.
Terima
kasih, ayah kerana membesarkan kami 13 beradik. Tidak langsung ayah buang kami.
Tidak juga ayah buang ibu kami dalam kepayahan yang amat. Malah sentiasa
bersamanya mngharungi hidup. Tidak mungkin kami dapat menggantikan insan setabah
dan sekental ayah. Terima kasih kerana mendidik kami menjadi orang yang
berguna.
Tenanglah ayah
di alam sana….
Amin ya
Rabbal Alamin.
Yang merindui
ayah..
Siti Munirah Hashim.
24.8.12
Bagaimana nak vs MALAS?ini soalan laa...
Assalamualaikum w.b.t..
lalala~~~Selamat Hari Raya, Hari untuk orang lain bersuka ria~~~'
Hai, marah nampak cik Muni kite ni...pheww..hahhaa...adakah kedatangan bulan?Tadak2...mana ada. Muni sihat fizikalnya cuma mental berserabut sikit pikir sal pekerjaan. Betul ke pikir sal keje jee? Betul3..salah. Muni ada gak pikir sal attitude Muni ni. Kenapa lahhhh pemalasssss sangat.
Are u serious sakit malas u itu sangat serious? kekekeke
Pengakuan yang amat sadis dan tragis. Opkos la rase kemalasan bertambah berganda2 menjadi tsunami yang meresahkan diri sendiri bila sudah menamatkan pelajaran. Taknak sambung blajar dah ke Muni?
Malasss.... Tipu law cakap tak teringin nak sambung...teringin babe, sape cakap tak???Tapi nak kena cari wet untuk sara diri sendiri. Malas dah nak memintak kat PTPTN dan menyusahkan pihak2 y lain. Ingat saya tak ingin berdikari ke walau saya ada penyakit MALAS??!! hambik koo!!
Patutla ko tak kawen-kawen lagi..Ape korang cakap? Hang cakap biaq ceqmat sikit nah?!! Awat? Hang dah tak percaya pada jodoh kaa???
Jodoh tak datang law tak dicari. Carikk??
Malas. Malas. Malas. Tu je yang ko taw jawab, Muni.
Kepada sesiapa yang mahuberleter memberi nasihat ataupun tips2 untuk menghindari penyakit malas ini, sila komen kat bawah. Anonymous dibenarkan untuk berleter memberikan cadangan yang berkaitan sahaja.
Segala sindiran adalah tidak diterimasindirla, aku nak tengok sape punya sindiran yang boleh meletupkan benteng kesabaranku...tapi aku malas laa nak marah2...aku kan pemalasssss.
lalala~~~Selamat Hari Raya, Hari untuk orang lain bersuka ria~~~'
Hai, marah nampak cik Muni kite ni...pheww..hahhaa...adakah kedatangan bulan?Tadak2...mana ada. Muni sihat fizikalnya cuma mental berserabut sikit pikir sal pekerjaan. Betul ke pikir sal keje jee? Betul3..salah. Muni ada gak pikir sal attitude Muni ni. Kenapa lahhhh pemalasssss sangat.
Are u serious sakit malas u itu sangat serious? kekekeke
Pengakuan yang amat sadis dan tragis. Opkos la rase kemalasan bertambah berganda2 menjadi tsunami yang meresahkan diri sendiri bila sudah menamatkan pelajaran. Taknak sambung blajar dah ke Muni?
Malasss.... Tipu law cakap tak teringin nak sambung...teringin babe, sape cakap tak???Tapi nak kena cari wet untuk sara diri sendiri. Malas dah nak memintak kat PTPTN dan menyusahkan pihak2 y lain. Ingat saya tak ingin berdikari ke walau saya ada penyakit MALAS??!! hambik koo!!
Patutla ko tak kawen-kawen lagi..Ape korang cakap? Hang cakap biaq ceqmat sikit nah?!! Awat? Hang dah tak percaya pada jodoh kaa???
Jodoh tak datang law tak dicari. Carikk??
Malas. Malas. Malas. Tu je yang ko taw jawab, Muni.
Kepada sesiapa yang mahu
Segala sindiran adalah tidak diterima
9.8.12
Tanpa Baskin Robbin Pon
Assalamualaikum w.b.t
Bertenaga? Tak pose ekkk? Syhhh..Sorry sikit, skrg ni waktu malam(ketika update)
Hoyeahh, bertenaga.
(Walaupun sedang ngupdate sambil mata layu)
Bertenaga yang Muni maksudkan di sini adalah secara mental dan fizikal. Sangat happy bila Muni mula bersemangat bercakap mengenai isu semasa dan bukan lagi pasal hati dan perasaan. Syoknye, syoknye ade mat kool....hehe..mat kool takde, itu cuma sebuah jingles iklan eskrem je pon..tak makan pon eskrem Baskin Robinging free ari ni sebab K.Terengganu tade baskin cume ade basket je..hihik.
Apa yang buatkan saya happy? Mestilah sebab perjuangan saya sebagai seorang student sudah habis untuk part degree, InsyALLAH. Macam nak sambung lagi jerr...tapi tadak duwet g. Tggu stable laaa..Sekarang ni keja, keja , keja. Tamaw pikir hal len dah. Law dia mai depan mata, Muni belah. Haha..
Raya? Raya macam mana?
Tahun ni tadak tetamu spesel nak datang beraya kat umah seperti tahun yang sudah. Baju raya pon 5 6 pasang je(tipu untuk wat korang jeles walopon korg x kisah). Umah tak kemas pon, meh duduk bersila je semua. Time tu, nak melanguk tengok tv je, pakai kain tshirt dan kain batik, tanak hidang kueh; air je.(Gurau la, janganla cakap Muni teruk sangat)
Sekian update terbaru dari Muni. Others? Coming soon sebab mata takleh nak bukak n asyik silap taip...huhu
Guten Nacht!

2.8.12
Eksekutif Pengangguran!
Assalamualaikum..
Walaupun sudah kelewatan, ingin Muni ucapkan~Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...hehe
Wahh.. Muni amat merindui kalian semua. Sudah hampir 2 bulan selepas Muni update blog kali terakhir iaitu pada bulan Jun. Rindu berblogging seperti dulu apakan daya masa dan minat yang tidak mencukupi lagi..err..
Apa khabar sahabat blogger? Terlampau banyak perubahan yang berlaku kepada kamu sewaktu kesunyian Muni. Namun ada jugak yang lemau macam Muni. Hehe.
Btw, Muni dah selamat menghabeskan latihan praktikal pada 22 Jun yang lalu. Dah lama sangat dahhh.. Haha. Macam-macam yang berlaku sepanjang latihan paktikal itu berjalan. Banyak jugak yang Muni belajar secara fizikal mahupun mental. jadi pesakit mental pon ada. Nasibla iman masih lagi di dada. Sangat memenatkan sampai malas nak cerita.
Seperti kisah perhubungan saya yang meletihkan, malas nak ingat dan malas nak cite sebab menyedihkan semuanya.
N now i am goin to.....
Guess what? I am an active job seeker rite now! Walaupun ada interview even waktu Muni praktikal yang lalu namun Muni terpaksa lepaskan kerana Muni plan nak keja pas raya. Huhu. Jadi Muni kena wat schedule untuk pergi interview yang mana dahulu. Cakap macam banyak dapat jeeee..heheheeee...takla, Muni kan suka tambahkan perencah dalam masakan. Tak sampai sepuluh pon..haha..
Adakah Muni berjaya dalam semua interview tersebut? Doakan yang terbaik buat Muni.
Soalan Kedua, Adakah Muni berjaya mengubah destini anak bangsa, oopss silap, adakah Muni berjaya mengubah atitude Muni yang ntah apa-apa ini? Sama-sama kita saksikan. Oyeahhss. Hihihi
Muni akan update lagi dalam masa terdekat. Make sure bagi feedback taw. Hahahaha...
Wasalam.
(SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH HASIL BELAS EHSAN PAKCIK GUGEL...HUK3)
18.6.12
Hati Boleh Dipaksa?
Assalamualaikum wbt
Pantasnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam angkat beg masuk ke dalam kuarters Bayview Hotel Langkawi. Minggu ini merupakan minggu ke-16 iaitu minggu terakhir Muni menjalankan praktikal di sini.
sesungguhnya banyak pengalaman yang begitu berharga diperolehi di sini. Alhamdulillah. Berkat kesabaran. akhirnya tempoh ini berjaya dilalui.
Namun minggu terakhir ini tidak semudah yang disangka. Banyak betul dugaan yang melanda. Semoga aku tabah melaluinya.
10.6.12
I'm Hot?! For Real!
Assalamualaikum w.b.t..
![]() |
| Sorry, gambar hot tidak dibenarkan di sini untuk menjaga sensitiviti warna kulit . aiyokk! |
Ok, jangan bertanya mengenai thesis saya kerana saya cukup pening dengannya.
Penulisan ini bukanlah dihidangkan untuk orang-orang yang berhati busuk yang hanya tahu mengutuk seumpama menonton sebuah drama dan mengatakan jalan cerita itu bodoh tetapi masih terus menontonnya. Adakah drama itu bodoh ataukah orang yang menontonnya yang bodoh? Kalaupun nampak cerita itu bodoh, diam kerana anda akan kelihatan bodoh menonton drama yang anda sendiri kutuk. Tetapi kritikan membina
Apa yang Muni ingin
I'm hot. Saya panas. I'm hot mempunyai 2 maksud di sini sama ada
1. saya panas kerana marah ataupun;
2. saya sangat seksi dan digilai.
Oleh kerana marah itu merupakan api neraka dan perbuatan yang -ve, so Muni rasa Muni nak pilihan yang ke-2..Omaiiii.....ahaks..
PERINGATAN : RIAK ADALAH TERGOLONG DALAM DOSA BESAR ;
INGAT! NI ADALAH BACAAN SANTAI..
Apakah perasaan anda bila tergolong dalam golongan 'hot'? Seriously akan terdetik dalam hati anda perasaan bangga walaupun sedikit kerana fitrah manusia memang sukakan pujian. Saya tidak terkecuali. Namun bila tindak tanduk anda sentiasa menjadi perhatian, RIMAS OK!!!..
Apa yang buat Muni cakap pasal ni? Well, mesti la ada peristiwa-peristiwa yang membuatkan kite terasa hot dan dengan seseorang yang berperangai sewel bila orang lain tengok kite walaupun sebenarnya diorang tengok sumtin yang tak kena pada kite. Perasan betul ko nyah..hauhaha
tak salah sekiranya anda HOT tetapi MASALAH bila ada orang lain HOT (dengki) dengan personaliti u'ol yang HOT.
Muni tak hot (seksi) tapi Muni sedang mengelakkan daripada perasaan hot (marah) pada seseorang yang selalu tidak puas hati dengan Muni. Apa Muni ingat korang tak pandai English ke sampai translate bagai? Tadakla, ni kan blog Muni, ikut suka kaki Muni la. Kih3...
p/s: IDEA PENULISAN INI DATANG BILA ADA ORANG YANG MEMPUNYAI PERASAAN TIDAK BAIK PADA MUNI DAN SEDANG MENJATUHKAN SEMANGAT MUNI DENGAN APA CARA SEKALIPUN. MUNI AMAT BERSYUKUR KERANA ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA MUNI DI SAAT MUNI BERSEDIH.SAYANG ALLAH SWT = D
22.5.12
Ditinggalkan Feri Kuala Perlis
Assalamualaikum w.bt
| Sebijik macam gambar di atas feri ke Langkawi yang meninggalkan aku tu. |
Setibanya kami di jeti itu, feri telah bergerak 3 meter. Rasa macam bangang yang teramat apabila pemandu feri tidak mahu mengundurkan feri dan mengambil kami. Kami yang dimaksudkan ialah Muni dan kawan muni yang sorang ni. Hancurnya hati Muni tengok feri tu berlalu begitu sahaja. Tiket feri tu Muni da ramas-ramas kerana kegeraman. Tingggallah kami berdua di jeti Kuala Perlis dengan hati yang rawan dan sehelai sepinggan. Dahlah baju dan kelengkapan lain kami tak bawak. Bukan niat kami nak bermalam di sana malam tu. Namun ALLAH SWT telah mengaturkannya. Sudahlah berjanji dengan lecturer kol 5pm tapi kol 6.15pm baru dia free. Tiket feri kol 7pm. Kebiasaanya dia akan lewat 15-20 minit. Kami sampai kol 7.15. Ye la, pakcik teksi tu bukan main speed. Ada dalam 30KM lebih jarak dari ARAU ke Kuala Perlis. Muni rasa pakcik tu mesti rasa kami sempat naik feri. Malangnya....
| Tempat lepak lepas ditinggalkan feri. |
Kami berjalan menuju ke arah tempat ni; orang panggil apa tah; dan menangis teresak-esak melepaskan tension. Rasa ralat sangat. Aku lagi sedih bila fikir di mana kami akan bermalam malam ni. Esok keje(praktikal). Sementara nak tunggu feri kol 7 pagi esok, kami nak buat apa???
Kluk Kluk Kluk.. Bateri handset mati!!!!... Ya Allah. Besar betul dugaan kami. Dengan duit yang semakin berkurang, dan tenaga yang tinggal sedikit ini, kami tak mampu lagi nak senyum.
| Tempat kesayanganku, Masjid Al Hussain, Kuala Perlis. |
Kami bersyukur kerana limpahan lampu daripada Masjid di Kuala Perlis menerangi malam kami. Wuduknya menyejukkan hatiku. Namun bukan itu sahaja, Muni berjaya meminta no exhousemate Muni daripada kawan yang lain. Dia bersusah payah mengambil kami di Kuala Perlis dan menghantar kami kembali keesokan harinya. Begitu banyak Muni terhutang budi pada orang lain sewaktu Muni di perantauan ini.
Sangat lawak. 3 jam pertama Muni dirumahnya(rumah sewa Muni yang dulu), BLACKOUT. Muni hanya mampu tersenyum mengenangkan nasib kami yang sehelai sepinggan. Nasibla tak lama insiden tu. Kawan Muni meminjamkan baju kurungnya pada kami untuk terus ke tempat kerja. Terhutang budi lagi..
Guest what?Muni sampai di tempat kerja 9.02am. Lewat 2 minit. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam peristiwa ini. Jasamu tak mungkin ku lupa.
Kenapa Muni tak minta cuti? Untuk mengelakkan orang-orang yang suka iri hati dan menyusahkan orang lain lagi. Hurmm...
Tekanan Muni sudah mencapai tahap 95%. Semoga Muni berjaya mengurangkan kadar tekanan ini walaupun proposal Muni sudah direject berkali kali dan due date hanya tinggal sebulan lagi. Muni amat memerlukan untuk lebih dekat pada ALLAH swt dan ketenangan.
ALLAHUAKBAR..
WASALAM.
16.5.12
MaGGi Ku
Assalamualaikum w.b.t
(Macam pernah buat je entry megi?takpa laaaa....obses pada megi..lalala...)
Maggi buatku tersenyum. Baru sahajamembelasah makan Maggi Tomyam tadi. Lazat tak terkata. Muni suka pergi kedai dan order megi. Selalu je orang yang kuar makan ngan Muni cakap, law setakat nak makan megi, balik rumah masak! Memang dah selalu masak pon. Bila bekalan dah habis, apa salahnya pergi kedai makan just nak order megi kan?hehe.. Tapi Muni kurang suka Maggi yang orang lain buat sebab selalu terkena yang mee dia tak cukup kembang, yela, api besar, nak cepat siap, macam tu la hasilnya.
Ada jugak yang cakap Muni makan megi sebab tak pandai masak makanan lain. Betul, tepatsekakiku dipipimu sekali. Dah lama tak asah bakat memasak dalam diri ni. Sejak bergelar student tambah agi praktikal ni, ke dapur jarang sekali. Pemalas?Jangan suke2 buat andaian la....
Sekian sahaja repekan(merepek) saya malam ni...nite..hehehe
(Macam pernah buat je entry megi?takpa laaaa....obses pada megi..lalala...)
Maggi buatku tersenyum. Baru sahaja
Ada jugak yang cakap Muni makan megi sebab tak pandai masak makanan lain. Betul, tepat
Sekian sahaja repekan(merepek) saya malam ni...nite..hehehe
17.4.12
MuSaFirKu di LaNGkaWi
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
NYUM NYUM
Sedang menunggu keputusan perlawanan bola antara N9 vs Terengganu. Ye la, rumah kami tadak siaran bola. Hadoiii... Keh3. Malam ni makan char kuay teow lagi. Muni rasa ada 3 dishes yang kami makan setiap minggu. Char kuay teow, oblong dan makanan kegemaran Muni; MAGGI. Rumah kami tadak peti ais. Kalau nak masak, xleh simpan lebihan ataupun sayur ataupun ikan ataupun eskrem ataupun berapa banyak ataupun daaa.Tapi ada satu yang paling Muni suka... tadaaaa~jamuan di hotel dan kenduri makan dan bila akak kat opis belanja..oyeahhh..COKLAT? jangan cakapla, kebiasaan yang tak ditinggalkan.
BERJIMAT SEHABIS CERMAT
Namun fail jua. Sukarnya untuk menyekat kebebasan duit. Bila dah bernafsu dengan itu dan ini, duit melambai pergi. Muni bukan berharap sangat orang belanja Muni. Muni amat hargai sesiapa sahaja yang faham dengan keadaan kewangan Muni dan menyumbang kebaikan. Jika ada yang fikir Muni hanya mengambil kesempatan, biarkan mereka.
LANGKAWI BEVERLY HILLS / PAVILLION
Siapa bilang kos sara hidup di Langkawi ini rendah? Kalau ada sesiapa yang fikir macam tu, siaplah. Jika korang tadak sedara mara or rakan-rakan kat sini, bersedialah untuk berhabis ratusan ringgit sehari. Kalau punya sedara-mara or kawan-kawan pon, bersedialah untuk menebalkan muka. Langkah bijak yang lain adalah merancang perjalanan dua tiga bulan sebelum itu ataupun cari travel agent tapi hati-hati takut terkena petualang(penipu). Yang murahnya cumalah coklat, pinggang mangkuk, dan kain batik, rokok dan kereta yang hanya boleh dibeli menggunakan no plat KVxxxx dan tetap dikenakan cukai jika dibawa ke darat kurang drpd tempoh 3 tahun..dan sebagainya yang merumitkan.
TIPS MEMULAUKAN DIRI DI PULAU
Apa yang harus di consider sebelum pergi mana-mana pulau adalah
a. Tempat tinggal $$
b. Pengangkutan $$
c. Makanan $$
d. Tempat untuk dilawat $$( melainkan kawasan pantai tapi biasanya pantai yang da tak cantik baru
diorang tak kacau)
e. $$$hopping
KUBU MUNI
Benteng pertahanan Muni adalah di kuarters yang menempatkan pelajar dan pekerja. Tapi pelajar ditempatkan dengan kuarters yang berbeza ngan pekerja. Kami berempat menghuni rumah kuarters kami. Namun, biasalah hidup bersama orang lain. Macam-macam yang nak kena jaga. Kita hidup bersama perasaan orang lain. Oleh kerana itu, sila rujuk berjimat sehabis cermat itu. Kubu Muni dan perkara tersebut berkait rapat. Dapur tidak boleh digunaan sesuka hati..full stop.

16.4.12
Selepas Hampir 2 Tahun
NAKAL
Ni hao ma? Selamat, selamat, selamat ke atasmu sekalian. Dah nak masuk 2 tahun Muni berblogging. Banyak betul perkara yang terjadi ke atas Muni. Rakan-rakan Muni yang aktif dengan dunia blog pon dah lemau menyepi. Mungkin masing-masing sudah sibuk dengan urusan harian masing-masing iaitu berumahtangga. Ya, Muni masih senakal dulu walaupun dalam dimensi baru iaitu pada umur hot ini. Ye la, ye la, Muni da tua.
NIKAH KAWEN
Tetapi pemikiran Muni masih mentah. Banyak lagi yang perlu diterokai dalam hidup ini, banyak lagi yang perlu muni belajar sebab tu lah jodoh Muni tak sampai lagi. Kamu cakap Muni gatal? Cermin diri sendiri. Siapa boleh menahan perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Bohong. Kasih sayang itu fitrah. Sebab tu la Muni sebut nikah kawen supaya segalanya halal di sisiNya.
HILANG AKAL
Namun ALLAH SWT kurniakan Muni akal fikiran. Bila sabar itu hilang, dan malas berfikir;mengundang masalah lain pula. Kadang-kadang tersilap buat pertimbangan di luar batas akal fikiran. Kesian kat kawan-kawan Muni bila Muni bad mood.
muni sedang belajar...
belajar...
belajar...
dan memperbaiki diri...
maafkan muni bila tersilap...
betulkan muni.....
jom belajar =)
11.4.12
...
Sebentar tadi...sewaktu makan...teringat pada kamu lagi...
Air mata mengalir lagi...
Silapku kerana membenarkan perasaan itu hadir sewaktu kita bersama..
Semua tempat yang pernah kita pergi bersama,
Semua perkara yang pernah kita lakukan bersama,
Terus mengalirkan air mata ini....
Sesungguhnya aku rindu,,,,,,,
Subscribe to:
Posts (Atom)