Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

1.8.11

Baju Raya Saya


Ni ke Baju Raya Muni? Korang ade? Ade? Ade aku kisah?

Jangan bimbang la, der. Sebelum Muni kena kutuk pakai baju raya cenggini, family Muni terlebih dulu akan tibai Muni cukup-cukup. Fuhh...

Alaahhh...Pose baru sehari dah nak cakap pasal baju raya!!Lantak korangla.

Eksheli, Muni tak beli lagi baju raya. Takde satu pon. Teringin jugak bila kawan-kawan cakap baju raya dah tempah, dah siap atau ada 3, 4 pasang. Besela, orang pompuan. Tapi Muni terlalu busy untuk pergi cari baju raya. Hidup dalam keluarga wat business ni memerlukan Muni on call.(ecece..macam bos besar lak gayanya). Sabar je la.

Baju raya bukanlah keutamaan,tetapi penghayatan terhadap Ramadhan dan Syawal sebenarnya yang lebih penting. Tapi kat TV dah ada iklan ringtone lagu raya. Dashyat..Wahaha

Boleh tak korang cadangkan Muni beraya dengan baju warna apa dan style cane?hihi...

31.7.11

Santapan Menggiurkan Sebelum Ramadhan..

Tetiba je rasa nak makan ni...


....walaupun  mak suruh makan nasi..sedapnyaaa maggi tomyam...perghh
TERBAIKKK...Tengok udang la beb

Kalau bulan pose, kita mesti la nak macam-macam. Bukan tak boleh makan time berbuka, boleh jee.... Tapi feel die lebih sikit di hari-hari biasa saat aku idamkan MEE. Muni dan mi mana boleh dipisahkan. Jangan marahhh...xoxo

Apa Gunanya Puasa Jika...



Apa yang lebih wajib? Tahukah kamu DOSA MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA TANPA PENYESALAN (QADA) ADALAH LEBIH BESAR DARIPADA BERZINA SERIBU KALI? TETAPI JANGANLAH korang berzina walaupun dosa meninggalkan solat lebih besar.


Jadi, apa gunanya puasa jika amalan yang paling wajib kamu tinggalkan?


Puasa (10juta) vs tak tutup aurat (0) = 0 (sia sia)

Tarawih (15juta kali) vs tak solat isyak (0) = 0 (sia sia)

Buka puasa (14juta kali) vs tak solat maghrib (0) = 0 (sia sia)

Bersahur (14juta kali) x tak solat subuh (0) = 0 (sia sia)


Hari raya fitrah (25juta kali) vs Ramadhan yg kosong (0) = 0.000000 (sia sia)



.... BERBALOIKAH? .....








Ingatlah RUKUN ISLAM ini...


Jika tidak mengucap kalimah syahadah, Apa gunanya solat lima waktu?


Jika tidak mendirikan solat lima waktu, Apa gunanya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan?


Jika tidak berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, Apa gunanya membayar zakat?


Jika tidak membayar zakat, Apa gunanya mengerjakan haji walaupun berkemampuan?


Apa gunanya label ISLAM di pada kad pengenalan kiranya tiada jiwa dan amalan sebagai seorang Islam?


KERANA ISLAMNYA KITA ADALAH DENGAN MENGAKUINYA DENGAN MULUT, BERIKTIKAD DALAM HATI DAN MENGAMALKAN DENGAN PERBUATAN.






p/:bukan berkhutbah, cuma  betuli diri jua..senyum=)

30.7.11

Abg Zizi, maafkan Muni...

Ada harga yang perlu dibayar untuk sebuah kegembiraan. Tak sangka lawatan ke rumah Abg Zizi dan kakak berlaku banyak peristiwa lain. First of all nak minta maaf sangat-sangat. Yela, tak pernah dibuat orang.



Sewaktu di tempat kerja kakak di FRIM


Kamera Sony Digital yang telah terjatuh  ke dalam kolam Arapaima Gigas!!!



Waa..masih teringat lagi bagaimana kamera itu yang masih tersarung dalam sarungnya terapung. Muni yakin kalau dicapai secepat mungkin, kamera itu akan dapat diselamatkan dan masih boleh berfungsi. Namun mulut sang arapaima yang lebih besar daripada kepala Muni melemahkan semangat apabila ia turut menyangka kamera itu makanannya. (Untuk sesiapa yang tak tahu besar mana arapaima tu, sila google kan ye..huhu).Mood Muni turut tenggelam perlahan-lahan bersama kamera itu. Kakak Muni masih boleh bergurau yang ikan-ikan kat bawah sana nak ambik gambar sesama sendiri. Rasa bersalah sangat sampai tak boleh nak gelak waktu tu. Maafkan Muni...


Siapa yang tak excited melawat tempat yang menjadi latar belakang popular gambar perkahwinan. Tiap-tiap hari ketika Muni kat sane, Muni tengok tidak kurang 5 pasang pengantin sehari ambil gambar kat situ. Tempat tu ugak penggambaran filem Khurafat, Jangan Pandang Belakang dan rumah kampung. Muni suka tempat-tempat macam ni. Ye la, orang KL sendiri belum tentu dapat kebebasan macam Muni untuk ke sana ke mari dalam Institusi ni.





Along, Muni(Mak Ani) dan Iwan selepas kamera terjatuh..huhu





Lawatan ke Arkib Negara tempat kerja abg ipar, Abg Zizi.

Dengan Kakak dan anak-anak buah.

Tak puas lagi melawat tempat ni. Kenapa? Ye la, sebab rasa bersalah jatuhkan kamera tu. Sedihnya. Namun Alhamdulillah, sebelum kejadian tu, Abg Zizi dah bawak lawat Arkib sekejap walaupun tak sempat nak ke Galeria Perdana dan kediaman bekas Perdana Menteri yang lain.



Anak buah saye, Yana.






Melawat Kak As

Walaupun hanya sehari bersama dia, tapi kami rasa best. Bukan selalu ada kesempatan bergurau senda tambahan lagi dia dah dapat kerja.


Muni, Kak As dan Adik
Banyak jugak tempat-tempat lain yang kami lawati. Takkan nak upload semua kan. Tapi tempat ni paling best dan tenang.

Abg Zizi satu family


Terima Kasih Abang Zizi dan Kakak tersayang yang sabar melayan karenah adik-adikmu yang macam-macam ni. Tak sangka Along ditimpa kemalangan sewaktu Mak Ani di sana. Kepada Along, jangan nakal-nakal kalau nak cepat sembuh ye. Mak Ani tunggu kepulangan korang Hari Raya ni.xoxo


p/s:jurnal ni agak panjang sebab 10 hari Muni tak online...kira lepas gian merapu la ni..haha

20.7.11

Wordless Wednesday # 2

Posted early sbb esok x on9.




...Leaving to Sg Buloh, Shah Alam, KL...

19.7.11

Loading Lambat dan Shoutmix Lenyap...

2 Minggu Ni Ada 2 Sebab Malas Nak Bw.


Ade 2 sebab loading LAMBAT..

1.Internet korang memang LEMBAB
    ATAU
2. Widget korang terlampau 'HEBATTT"( euww)


Shoutmix lenyap

Yang 1 ni ditujukan kat semua yang pernah punya shoutmix tapi dilenyapkan especially  ATUK STALKER.

Tadi Muni terbaca blog WANCIKGUMUZIK. Dia pon ada buat entri pasal komen mengomen. Ada betulnya juga.

Tetapi Muni nak ulas pasal shoutmix kat sini.
Takkan nak cakap 'salam" dan 'hye' pon kene komen kat entri. Tahulah Muni ni golongan merapu, tu yang korang tak letak shoutmix kan. Heheehe. Mungkin atas sebab2 privacy korang buat macam tu. Tapi ketahuilah bahawa Muni tetap mengunjungi belog korang dan Muni tak suke komen merata2.,Nak tanya benda lain tapi kene mengomen gak kat tempat tak sepatutnya.


Ingin tahu pasal link exchange


Tolong jelaskan kepada saya macam mana. Saya ni buta belog. Please kongsikan ilmu korang kat budak baru belajar ni.

18.7.11

Wishlist #1- BUNGEE JUMPING

Pakcik google carikan

Nak nak ni.. Nak cuba. Flying fox dah, abseiling dah. Nak nak yang ni. Walaupun Muni tak pernah try Paragliding, tapi Muni nak nak jugak bungee jumping. Aktiviti ini agak berisiko. Tapi kita mesti atasi ketakutan kita kan? Muni takde la terlampau gayat dengan ketinggian. Bila tengok ni, rasa teringin lak nak cuba. Tapi kalau korang suruh pegang binatang yang sejuk2 dan lembik2 tu, pleaseee laa...No, OK!


p/s:Muni melalui hidup dengan cara Muni sendiri, bukan dengan bershopping dan make up..oppss..haha..PEACE!!

15.7.11

Mulut Jahat!!

(dizahirkan ole Muni selepas kepenatan pulang daripada buat kerja dan orang lain hanya tahu marah-marah dan kutuk kite je)

Kenapa mulut jahat? Bukan ke tangan ko je yang menaip ni?
Sebab mulut mengeluarkan apa yang tersemat di hati dan kat kepala. Harus ke Muni tulis tangan jahat? Hati jahat or Hati busuk?Kepala angin?

Entahlah. Tak tahu nak mengutuk orang. Yang Muni tahu, duduk depan lappy dan mengeluarkan ekspresi Muni terhadap apa yang tersemat di hati dan minda. Sebab tu la Muni bagi nama blog Muni ekspresimunira. Ya, lantakla korang dengan isi kandungan korang. Apa Muni peduli selagi kita tidak saling menyekat pintu rezeki masing dan melemparkan fitnah atau hasutan.

Tak fahamla kenapa sifat hasad dengki tu terus-menerus membelenggu orang Melayu kita hari ni. Agaga. Bangsa lain bertepuk tangan atas perpecahan kita, tapi kita masih di minda kelas kedua atau ketiga..

p/s: Sorry kengkawan, Muni merepek je... inilah yang terjadi sebulan sekali...agaga..PEACE!!!

Tunyik dan Beg Plastik Dobi

Suke sungguh Tunyik bermain. Sampai Muni pon dipermainkannya. Menggeramkan. Ape-ape pon, u tetap comel la dear. Selalu ceriakan Muni dan famili! Tunyik banyak membantu hilangkan sedih Muni.Tak caye, tengokla...







Nampak gemuk?saya pakai baju tebal ni(sempat lagi)
Muni sayang kucing Muni. Semua orang dalam rumah Muni terus menerima kehadiran Tunyik selepas melihat keletah manja dan playful nye. Hari ni hampir 5 bulan Tunyik bersama kami. Sewaktu memandikan Tunyik, Muni rasa perut ia besar semacam je. Kau jangan macam-macam ngan kucing jantan ye Tunyik!Agaga..

p/s: kita tidak memerlukan wang yang banyak atau fizikal yang hebat untuk bahagia tetapi cukuplah dengan diri kita yang sebenar.



12.7.11

Copy Paste?Semua same je!



Baru-baru ni kecoh pasal cerita 'copy paste' entry orang.

Bagi yang buat entry hasil daripada titik peluh, perah idea dan lenguh taip sendiri, Muni ucap syabas dan teruskan usaha anda.

Pelik sangatlaa..Ada sorang yang Muni pasan tukang kutuk pon sebenarnya kaki copy paste jugak. Asal lak dia nak merapu meraban marah kat orang?! Tak sedar ke ape yang dia buat? Banyak gile Muni tengok entry dia sama dengan blog otai ni dan blog omputih yang glamour. Wah3, baik punyee die kutuk orang lain. Nak cipta KONTROVESI la kot!!


Logikla law kita baca sesuatu dan nak ULAS mengenai apa yang kita baca atau lihat. Tetapi law yang copy paste baik punyee tu, wa tak nak cakap banyak. Muni penah copy paste daripada myMetro dan blog DUNIACACAMARBA sahaja. Tu pun da mintak kebenaran. Sebab nak bagi ulasan.

Dan Muni, walaupun orang lain lemas dan menyampah tengok entry Muni, Muni tak kisah. Asalkan jadi diri sendiri!!

Ikut suke korang la,bloggers. Tengok balik apa yang korang dah buat baru kutuk orang lain. PEACE!!!

11.7.11

Cinta Berisiko



Semua cinta berisiko untuk cundang tetapi cinta paling berisiko kita sudah nampak kesudahannya yang sangat mustahil tetapi kita tetap mahu meneruskannya juga. Kenapa? Bila Hati Sudah Sayang, Semua Menjadi Indah. Muni copy dari lirik lagu ni..hihi


Bagi Muni cinta paling berisiko adalah cinta yang tidak mendapat restu orang tua. Kerana keberkatan itu penting dalam menjamin kebahagiaan. Jika pasangan mengalami penyakit kronik atau mempunyai kekurangan, itu bukan cinta berisiko kerana itu atas ketentuan Allah SWT dan memerlukan keikhlasan. 

Cinta sesama mahram? Itu dipanggil cinta haram! Bukan lagi cinta berisiko.

Bagaimana pula dengan cinta yang dirahsiakan demi menjaga hati orang lain? Ya, itu amat berisiko. Risiko itu lebih tinggi apabila masing-masing saling berpunya. Walaupun menidakkan perasaan itu tetapi ia sukar dihilangkan dari hati. Risikonya adalah melukakan perasaan orang lain. 

Cinta jarak jauh. SEMESTINYA berisiko! Terbukti! KESETIAAN dan kepercayaan  AMAT mainkan peranan penting.

Dan ingatlah. Hidup ini hukum karma; apa yang kita buat atau beri pada orang, kita akan dapat balik.


What goes around comes around
What you give you get back

p/s:jangan bermain dengan api law tak pakai pakaian keselamatan..ahahaha

10.7.11

Pro's n Con's

Tetiba je rasa nak update ni. Muni tahu korang suka benda2 macam ni walaupun buat2 pandang sebelah mata kan? Haha.

Nak ambil hati Wanita

1. Layan semua wanita dengan gentleman seperti mana anda melayan ibu anda. Bercakap dengan nada sederhana. Wanita sangat sukakan lelaki yang penyabar dan penyayang. Pertanyaan seperti 'Apa Khabar?' atau 'Dah Makan?' harus biasa diucapkan.

2. Jangan cerita pasal sukan dan isu semasa kecuali dengan wanita yang minat sukan dan berfikiran terbuka. Jangan cerita pasal ex korang walaupun wanita tu sendiri nak tahu. Bala babe. Perempuan kan kuat cemburu.

3. Menjadi pendengar yang baik.Jangan selalu buat dekk je kalau wanita tu bercerita masalah dia. Silap hari dia pergi mengadu kat lelaki lain dan korang pulak melepas.

4. Tegur perlakuan mereka dengan berhemah. Walaupun perempuan tu marah pada mulanya, tapi dia akan terfikir kembali teguran tu.

5. Kalau diorang marah, diorang memang memerlukan pujukan. Kerana wanita tidak mampu untuk hidup berseorangan. Pujuk dengan perkara yang diorang suka. Tapi janganlah sampai diorang jadi over.

6. Bantu mereka di saat kesusahan. Walaupun bukan dengan wang ringgit. Kerana kata-kata biasanya lebih melekat di hati.



Nak ambil hati Lelaki

1. Sejahat-jahat mana lelaki, diorang tetap akan pilih wanita yang baik untuk dijadikan ibu kepada anak-anak diorang.Ingat tu. Wanita yang berciri keibuan mendapat lebih perhatian. Berpakaianlah penuh tatasusila dan mengikut kesesuaian.

2. Jangan cakap panjang berjela-jela terutamanya mengumpat atau bergosip. Lelaki suka sesuatu yang ringkas, tepat dan berfaedah bagi diorang. Jangan selalu cerita pasal ex korang. Muka je nampak tenang, hatti panas siapa yang tahu!

3. Jangan kuat merengek. Lelaki akan mudah rimas. Jangankan cakap lelaki, Muni pon lemas ada kawan yang banyak songeh. Lelaki lebih suka wanita yang berdikari taw.

4. Bertutur dengan lembut. Jangan cakap kasar, kuat dan menengking. Haram! Lainla law lelaki tu sama naik je ngan korang.

5. Jangan ganggu apabila lelaki sedang marah. Lelaki bukan seperti wanita. Mereka perlukan masa untuk menyendiri. Tunggu sampai keadaan menjadi reda dan dia relax baru bertanya.

6. Lelaki tak suka perempuan mendesak taw. Jangan terhegeh-hegeh, Tak ramai lelaki suka perigi mencari timba. Dan jangan terlalu jual mahal. Berpada-pada laaa


p/s:Lelaki mudah terpikat pada rupa, wanita mudah terpikat pada kata-kata. So, awas terhadap kasanova dan pisau cukur=)

9.7.11

Jika aku seorang LELAKI



Tadi sewaktu blogwalking, Muni terfikir sesuatu. Ikut suka korang la nak copy paste tajuk ni atau artikel Muni. Muni takde mood nak gaduh dengan sesama bloggers. Teringat pulak Muni kat lagu ni.

Beyonce- If I Were A Boys

Susah nak dengar sebab blog Muni ade muzik? Apa susah, bukak dalam You Tube je. Buka dalam blog ni pon tak puas tengok jugak.

Aku sebagai seorang wanita yang tak pernah mempertikaikan KUASA LELAKI sebagai seorang pemimpin, imam, ketua keluarga, suami dan ayah kepada anak-anakku suatu hari nanti seperti mana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah Tetapi  KUASA YANG HEBAT DIIRINGI DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR. Lelaki kuat pada fizikalnya, tetapi lemah pada hatinya. Wanita lemah pada fizikalnya tetapi kuat pada hatinya. Kerana itulah, tugas seorang ibu diberikan kepada wanita. 

Apa yang Muni postkan ini adalah apa yang diinginkan oleh seorang wanita bernama Muni dan wanita-wanita lain. Sesungguhnya Muni tidak sempurna namun ini adalah apa yang dapat Muni kongsikan untuk penilaian golongan lelaki di luar sana untuk memperbaiki diri.

Jika Aku Seorang Lelaki

1. Bersyukur

    Aku akan bersyukur dengan diri sendiri. Aku tidak akan buat pembedahan tukar jantina atau berpewatakan sebagai seorang perempuan. Aku akan bersyukur dikurniakan insan-insan yang tersayang dan menyayangi aku. Aku tidak akan menghancurkan impian mereka kerana bahagia itu adalah bersama kasih sayang bukan harta, pangkat dan rupa. Aku akan cuba menghindari sikap tamak kerana untuk memiliki sesuatu, kita harus melepaskan sesuatu yang lain.


2. Bertanggungjawab

    Aku akan lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan orang lain. Kerana kuasa lelaki luas dan akalnya 9, nafsunya satu. Dapat mengawal wanita yang berakal 1, bernafsu 9. Aku akan cuba melawan nafsu yang 1 itu supaya 9 akalku lebih berguna. Aku akan mencari nafkah dan tidak akan mengharapkan hasil daripada isteriku. Kerana sesungguhnya tugas lelaki adalah mencari nafkah dan memimpin. Oleh kerana tanggungjawab itu, aku akan mendidik isteri dan anak-anaku dengan ilmu dunia dan akhirat. Akan aku mengajarnya bukan sahaja untuk beriman tetapi bertakwa supaya dia merasa ketakutan dan keredhaan kepada Allah SWT ketika diuji. Benar, iman itu tidak dapat diwarisi, namun sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang ayah. Sebelum aku berlumba menambah bilangan isteri, aku akan cuba sedaya menjalankan tanggungjawabku.


3. Bertolak Ansur

     Kerana seorang lelaki, terkenal dengan egonya dan sesungguhnya wanita itu makhluk yang lemah walaupun segarang mana dia. Haruslah seorang lelaki itu bertolak ansur. Mungkin wanita pada zaman sekarang kebanyakannya berkelakuan tidak sepatutnya. Namun, ingatlah bahawa wanita itu tercipata dari rusuk adam, tidak perlu dilenturkan dengan terlalu keras atau terlalu lembut malah berpada-pada dengan perlakuannya. Aku akan belajar menghormati insan lain disisiku teutama sekali ibuku di mana di telapak kakinya lah terletak syurgaku.

4. Berani

     Sebagai seorang lelaki, aku harus berani menegakkan pendirianku. Tidak lemah pada rasuah ,kata-kata dan hawa nafsu. Aku harus sedar siapa aku dan kenapa aku diciptakan. Bukan berani bila diajak bergaduh samata-mata. Kerana jihad yang paling besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Jika aku lemah di situ, bagaimana aku akan mengawal kumpulan yang akan aku kemudi suatu hari nanti?



4 perkara ini mungkin nampak sedikit tetapi amat sukar untuk di praktikkan dalam hidup. Terpulang pada diri sendiri sama ada untuk menghiraukannya atau sebaliknya.

Mungkin ada blogger yang akan buat kenyataan balas "Jika Aku Seorang Wanita" dan Muni amat menunggu entry tersebut kerana sebagai manusia kita seharusnya saling mengingatkan.




8.7.11

NoSTaLGia.

Tadi Muni buka facebook. Tiba-tiba ade notification cakap "Haswani Hashim tagged a photo of you". Muni bukak nak tengok apa yang adik Muni tagkan. Rupanya yang ni.

Rasa macam nak nangis pon ade tengok gambar raya ni. Dah lama  Muni tak tengok gambar ni. Umur Muni 4 atau 5 tahun masa ni. Gambar abang dan akak Muni pon ada. Kakak Muni, CIKMAH dah berubah banyak dan pandai bergaya sekarang. Muni je yang comot sampai besar. Hihi. Kan best law boleh kembai ke zaman dulu. Di mana kita sebagai kanak-kanak tahu happy2 je dan tak payah fikir masalah. Rindu semua orang.

7.7.11

Ramadhan Bakal Menjelma!!



Sekarang Syaaban, beberapa minggu lagi Ramadhan. Bestnya. Tak sabar menunggu saat berbuka puasa bersama family. Yelah, tahun lepas Muni hanya sempat berbuka bersama family tak sampai  seminggu. Tahun ni, sebulan berpuasa aku di rumah.Hahaha. Walaupun kakak Muni, CIKMAH, balik sebelum raya, tapi Muni percaya puasa kali ni lebih best apabila menyibuk di dapur sebelum berbuka dan bersahur.


JUADAH WAJIB TIME BERBUKA

p/s:sengaja post awal2..takut nanti terkena badi malas..haha

5.7.11

BloG Saya = DiRi Saya




Korang tak suka dengar Muni punya background music?
Korang tak selesa tengok background Muni punya blog?

Terima kasih atas perhatian anda semua.

Jika tujuan korang buat blog semata-mata nak dapatkan trafik, korang amat sesuai untuk meringankan size blog korang dan menyedapkan mata orang lain supaya orang lain senang carik dan baca. Tapi Muni buat blog bukan untuk tujuan dapatkan duit semata-mata. Apa yang ditnjolkan dalam blog ni adalah diri Muni. Tak pandai nak hipokrit. Mungkin Muni akan menjadi di antara yang cuba meraih jumlah trafik terbanyak suatu masa nanti tapi sekarang biarlah Muni berblogging mengikut cara Muni.

Jika korang selesa dengan blog korang, apa yang korang kisah tentang apa yang orang kata? Korang perlu tahu bagaimana nak mempertahankan pendirian korang.
Lainlah law kandungan blog korang tu ntah ape-ape dan menyakitkan mata.






p/s:at least blog Muni tak seberat mereka yang letak terlampau banyak iklan sampai entry pon ciput.

4.7.11

SiNGLE KEMBaLI!!! WAA, BEBASNYAAAAA=)



Ini bukan iklan seperti yang ingin dibuat oleh Nora Elena sewaktu dia putus tunang tetapi ini adalah ekspresi yang tulus daripada Muni setulusnya. Walaupun Muni dapat title single secara mengejut, tetapi ia satu nikmat sebenarnya. Muni pon mengambil masa yang lama untuk sedar dari kekeliruan status ni.

Muni macam takde mood dah nak bercouple. Rasa macam pasni law ada yang berkenan, pergi terus mintak kat mak..wahaha.. Jodoh tu urusan Allah SWT. Bukan bercakap besar tetapi pengalaman menyerikkan diri saye. Mungkin ini bukan masanya untuk Muni mencari pasangan. Agaknya sebab itulah kejadian itu terjadi pada Muni.

Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014



Dah basi topik ni?Lantakla...ni kang belog saye. Teringat pulak kat referee vietnam y mempunyai kegemaran iaitu memberi sepakan penalti. Sentap jugak tengok.  Macam biase ler. Hanya Muni dan ayah yang x berganjak tapi Maghrib tu tetap dilangsaikan..agaga..Alhamdulillah Malaysia layak ke pusingan  kedua. Bayangkan MALAYSIA LAYAK KE PIALA DUNIA 2014. Waa..tengokla cane..law mase tu Muni ada banyak duit, InsyaALLAH Muni pon terbang ke Brazil. Tapi pastikanla yang first game ni menang ke atas  Singapura.

1.7.11

Promoter BMW? DELL? MAXIS?



Gua tak pernah. First time. Tak tahu kena rasa malu ke ape.Yang Muni tahu, Bengang. Seharian di Autoshow dan PIKOM PC Fair. Orang takdela ramai sangat. Takkanla takleh nak bezakan antara PROMOTER dan PENGUNJUNG. Adakah muka saya nampak terlampau meyakinkan? Hampir setiap tempat yang Muni singgah, orang bertanyakan tentang produk baru. Tak kurang jugak abang promoter MAXIS tu yang melawak, "ahaa..baju dah same, jom ke booth kami". PAGAL! Haha.. Baru Muni sedar Muni pakai T-shirt formal warna hijau. Kalau promoter MAXIS Je yang cakap camtu takpe, ini dah terlampau ramai orang yang menegurnya. Last-last aku blah. Lawak pulak ye. Sekarang Muni ada kat MALL sedang mengupdate BLOG. Janganla pulak ade orang yang tanya sal software lak, aku tembak diri sendiri jap gi kang. HAHAHA...

Encik Tiada Bernama

Pagi tadi sungguh indah.

Apabila terserempak Encik Tiada Bernama setelah sekian lama.

Ketika melakukan rutin harian dirumahnya.....



Ketika mengalunkan Kitab Suci Al-Quran,

Encik Tiada Bernama membetulkan hukum bacaan.

Terpana seketika.

Terpandang wajahnya sekaligus bertentang mata

Tertunduk semula.



Walau tidak pernah berbual seumur hidup

Walau tingkahnya biasa

Terasa bahagia...



Mungkinkah akan ku jumpa

Tingkah murninya hati Encik Tiada Bernama

Di hati insan lain bernama lelaki


Encik Tiada Bernama berbeza

Tutur bahasa seperti orang kampung walaupun merantau jauh

Bongkaknya tiada, selalu menegur tua dan muda..


Maafkan Muni, Encik Tiada Bernama

Kerana mencuri manisnya bahasa dan gaya...

Kerana Encik Tiada Bernama cinta pertama.

Tidak bersama kerana redha dengan ketentuanNYA.


p/s:bukan harta jadi taruhan tetapi hati penuh ketaqwaan...

Orang Lidi dan PENCILMATION



Orang Lidi adalah basic bagi sesape yang baru belajar melukis. Law tak tahu gak macam mane nak lukis orang lidi tu, Muni bersimpati pada korang. Agaga. Sebentar tadi Muni buka You Tube untuk cari video kartun hari jadi. Tetiba je Muni sampai kat video ni. Begitu menarik perhatian Muni untuk menonton video seterusnya.

Please tengok kat You Tube law taknak diganggu background music..TQ



Dan terus kepada si Hanks yang lucu ini




Bagi Muni, kartun die simple je tapi mudah difahami. Muni tak berminat pada anime,sorry. Setakat layan SailorMoon dan ShinChan jek. Sangat menarik melihat sketch yang dibuat. Muni tak tahu diorang buat cane.
Kartun dari PENCILMATION ni sangat unik sebab Muni TAK SUKA KARTUN BERSIRI.
Kalau korang nak tahu banyak lagi pasal kartun ni, korang boleh klik di sini>> PENCILMATION

Kartun ni macam dibuat oleh golongan remaja sebab music dia kureng sikit. Bagi bloggers or sesape yang ade bakat melukis, korang bolehla expand bakat korang dengan post kat you tube atau dalam blog korang. Mana tahu ada orang nak ambil korang bekerja ke pasni..Kan3?

p/s: geramnya apabila keypad ni mengalami kesukaran untuk tekan huruf G kerana kenakalan anak2 buahku..PEACE!

Punca Tanpa Diduga


Betul ke Muni ni punca pertelingkahan sepasang manusia itu? Cara dan rupa Muni ni macam orang ketiga ke? Oh no!

Maafkan Muni seandainya benar..

Sesungguhnya tiada niat di hati ini untuk merosakkan hubungan sape-sape pon. Maafkan Muni kalau Muni lah punca. Muni tidak suka bahagia di atas kedukaan orang lain. Kena la SETIA dengan pasangan awak. Muni boleh, kenapa awak tidak boleh. Melainkan perasaan awak tu terhadap si dia dah hilang. Muni minta maaf kepada semua kiranya ada yang tersalah faham.

Rasanya Muni tak letak gambar2 yang menggoda kat facebook. Takde pulak Muni ambik gambar dari atas budget comel letak dalam blog ni apatah lagi yang freehair. Gambar yang ade cukup2 je nak beri orang tahu  sape Muni. Nak kata Muni cantik, Muni sedar je sape diri ni.

Tak fahamlah. Tak suka apabila kita dilabelkan sebagai orang ketiga, kekasih gelap dan sebagainya padahal kita sudah menjauhkan diri daripada sesiapa yang dah berpunya. Takde niat nak rampas orang lain punya ek. Muni tak pernah bagi layanan special pada sesiapa kecuali family. Muni dengan cara Muni yang biasa saje. Kalau itu juga boleh jadik punca, Muni tak boleh nak buat apa-apa.

p/s: dahlah YM bukak 2 bulan sekali, macam tu pun nak kata saya dok usha pakwe orang..pleaseee

26.6.11

Tersedar dari Lena Yg Panjang!

Tidak sangka, entry yang kita buat terkena pada diri sendiri...dan cerpen yang pernah Muni karang, terjadi dalam hidup Muni sama sekali. Buat sesiapa sahaja yang memahami maksud entry Muni yang lalu, pasti boleh agak Muni seperti terkena tamparan hebat! Tujuan ini bukan untuk meraih simpati tetapi mengajak anda semua berfikir dan mencari hikmahnya. Allah S.W.T Maha Bijaksana. Dia mengaturkan sesuatu sesuai pada waktunya supaya kita dapat mencari hikmah di sebalik suratan. Andai Muni belum mengetahui kebenaran itu, pasti Muni masih lena dibuai mimpi palsu itu. Terpulang kepada anda semua untuk menilai. Apabila kejadian ini terjadi barulah kita menyedari siapa teman duka kita, siapa yang telah kita lupakan dan siapa yang harus kita percaya. Pengalaman ini amat berharga dalam hidup Muni.

Pesanan daripada insan rapat yang paling Muni lekapkan di hati ini.

1.    Jika benar dialah yang suratan jodoh kita, kita akan diketemukan kembali oleh ALLAH SWT dalam   keadaan matang dan lebih bersedia.-Miss Ayie-

2.   Walaupun dilanda musibah ini, ingatlah, ramai orang yang dilanda kemiskinan, ditinggalkan lelaki, terlanjur, kematian, dan didera. Bersyukurlah Muni tidak tergolong dalam golongan tersebut.- Kak Linda-

3.   Biarlah derita pada masa sekarang, jangan derita di masa akan datang.-Abg Keri-


Alhamdulillah kerana ALLAH SWT sangat menyayangi Muni. Bagaimana Muni tahu itu? Kerana Dia Mengaturkan semua ini di waktu yang amat sesuai. Dia tidak membiarkan Muni terkapai-kapai kerana menghantar insan-insan lain yang lebih matang dan berpengalaman untuk memberikan sokongan kepada Muni di saat Muni amat memerlukan.

20.6.11

Sayang itu Bahasa Sunyi..

Sekiranya  korang sudah terbiasa mengintai blog ini, korang akan perasan satu widget yang sudah dikeluarkan. Saat itu korang akan tahu kenapa Muni menyendiri selama berminggu lamenye. Maafkan muni kerana tidak membuat lawatan ke blog-blog. Pedihnya hati ini hanya Allah s.w.t yang tahu. Baru Muni faham frust menonggeng tu maksudnye ape.

Itulah.




Sayang itu bahasa sunyi...bukan untuk dilafaz atau didengar sahaja namun untuk dirasa, dijaga dan dipercaya...dan jangan ada dusta...berterus terang adalah perkara terbaik..




Fikir-fikirkanlah. Tahap mana sayang anda tidak kiralah kepada keluarga, kawan-kawan ataupun insan lain.

Pemenang Contest Kisah Paling Menyayat Hati

Dengan ini diumumkan Pemenang Contest Kisah Paling Menyayat Hati adalah..HEHE..









Maaf jika entry ini membuatkan seseorang berasa sedih dan terkilan. Setiap orang didunia ini tidak mampu lari dari satu perkara yang dinamakan mati. Mati itu adalah wajib bagi setiap orang, akan tetapi kita sebagai manusia tidak mampu mengetahui bilakah hari itu akan berlaku. Setiap orang juga pernah merasakan saat2 sedih itu, tidak kira berlaku pada diri ataupun orang lain. Jika engkau mengerti apakah erti kesedihan, maka engkau pasti tahu akan hati dan perasaan mereka2 yang sedang sedih. Allah itu maha adil dan jika die mengatakan KUN FAYAKUN, tidak ada seorang pon yang mampu untuk menolaknya.

Terkadang aku berjalan keseorangan mengenangkan nasib diriku dan keluargaku. Ingin aku berkongsi satu surat yang tidak pernah aku kongsikan kepada sesiapa pun. Surat ini hanya terletak dihati aku. Hati yang meraung kesakitan malahan keperitan yang tidak dapat engkau rasakan.

Muhammad Fitri bin Mohd Nazli. Adik kedua didalam keluarga aku. Dia telahpun meninggal dunia akibat menghadapi kanser barah otak (Brain Cancer). Die telah meninggal pada 13.3.2006 kalau tak silap. Aku sangat sayangkan die melebihi segalanya. Die adalah jantung hati yang selalu berdegup untuk menyelamatkan jangtungku. Adik, abang nak minta maaf jika ada melakukan kesalahan pada adik. Abang nak mintak maaf jika berkasar pada adik. Ingat tak mase kite selalu main game same2, adik selalu nak main sorang je. Kita selalu bergaduh sebab nak main game. Kalau main due orang pon adik asik kalah je kan. Adik ingat tak yang kite selalu main layang2 petang2, adik selalu bergadoh dengan abang kononya siapa yang layang2 terbang paling tinggi. Bila layang2 dah rosak mesti nak buat lagi. Sampai asik kene marah dengan mak je kan. 

Ingat lagi tak adik selalu duduk kat hospital je. Abang selalu datang kat sane bawakkan hadiah untuk adik. Hospital tu dah jadi macam rumah kedua adik kan. Abang selalu menangis bila tengok adik 24 jam asik muntah je sebab penyakit tu. Abang selalu menangis bila adik cakap adik rase sakit sangat. Adik ingat tak ? Yang kita selalu mintak mak duit sebab nak beli jajan kat sane. Mase haritu adik nak operation, abang selalu berdoa semoga adik cepat sembuh dan nanti boleh lah kita main2 lagi kan. Bile adik dah habis operation, lepastu lagat adik macam orang yang dah sihat, berlari sane berlari sini. Tapi mase haritu adik sakit balik dan adik dibawa ke hospital. Abang ingat nak ikut, tapi mase tu waktu abang nak PMR. Abang tak senang duduk bila dapat tau ketumbuhan kat kepala adik tu tumbuh balik. Doktor cakap adik dah takde harapan lagi. Tinggal due tiga bulan je. Tapi kita orang buat tak tau je kan. Macam takde apa2 yang berlaku. 

Satu haritu adik cakap adik nak balik rumah nenek. Nak tengok nenek kat kampung, emak bawak adik pergi sane. Dah sampai sane adik asik baring je. Adik minta mak buatkan air ribenna kesukaan adik tu. Waktu malam pulak adik cakap nak jumpa abah. Tapi abah sibuk, jadi tak dapat jumpa. Masa malam tu badan adik panas sangat. Abang nak pegang pon tak boleh, sebab macam air panas yang menggelegak. Pagi esoknye badan adik dah tak bergerak, tapi mata kaki dan tangan boleh bergerak. Abang ingat adik dah pergi, tapi tidak !! Emak rasa tak sedap hati sebab mase tu adik taknak makan dan minum. Jadi mak telefon lah ambulans untuk bawak adik pergi hospital. Sebab kalau kat sane adik tak nak minum ke makan ke nanti diorang masukkan air gune jarum. Jadi petang tu ambulans nak datang. Sebelum ambulans datang abah nak tengok lah adik sebab adik tak nak minum dan makan. 

Waktu abah datang je adik pandang abah lepastu senyum. Mase tu mulut adik keluar darah banyak. Abang dah meraung kesedihan sebab taknak adik pergi. Tak lame tu hidung adik pulak keluar darah. Banyak sangat, abah, nenek dan yang lain semua lap darah tu dan mase tu adik masih lagi ade. Tetapi lepas je 5 minit, adik dah tak bergerak. Mase tu jugak ambulans baru sampai. Abang melolong nak adik bangun. Tapi adik dah tak dengar lagi. Doktor mengesahkan yang adik dah pergi dulu. Abang tak tau nak cakap ape mase tu. Allah je yang tahu macam mane hati dan perasaan abang mase tu. dan pada malam tu adik telah dikebumikan dengan tenang.

Kenapa adik pergi dulu ni, sape nak temankan mak kat rumah nanti. Bile lagi kite main game same2, main layang2 same2. Sape lagi yang bergadoh dengan abang nanti. Adik tak sayang kat abang ke, abang rela pergi dulu sebelum adik. Mak sayang sangat dekat adik. Die selalu rindu dekat adik, adik nak tau. Mak sekarang jage anak jiran sebelah. Muka die sebijik macam adik. Bile mule2 mak jage tu, abang menangis sampai rase macam nak bunuh diri. Tapi abang tau yang Allah tu sangat sayang kat adik. Adik selalu cakap kat abang yang jangan buat mak marah. Jaga mak dan ape semua. Abang takkan lupe kate2 adik tu. Abang nak adik tau yang abang sentiasa rindu dan sayang dekat adik. Mak pon sudah merelakan pemergian adik. 

Surat ni abang harap adik akan tengok dan baca. Kalau adik senyum dekat sane abang lagi akan gembira dekat sini tau. Kitorang semua berharap adik ditempatkan dengan orang2 yang beriman . Amin. Semoga roh adik tenang disana ye. AL FATIHAH........




p/s: Sila emailkan muni alamat surat menyurat untuk penghantaran hadiah pemenang kat municutesmile@yahoo.com..terima kasih

9.6.11

Finalist Contest Kisah Paling Menyayat Hati.




Di sini Muni ingin memohon jutaan maaf kepada peserta yang tak terpilih. Pemilihan dibuat berdasarkan penilaian penuh. Sebelum kawan-kawan mengkritik, saya menjemput kawan kawan semua BACA DAHULU entry yang terpilih. Semoga anda faham mengapa saya memilih 5 entry ini.








Muni juga mahu menyelit. Seminggu yang lalu, Muni selalu sahaja mengigau dan mimpi pasal kematian. Tiap-tiap malam. Kawan Muni cakap itu semua mainan tidur. Selepas malam terakhir Muni mimpi mengenai kematian itu, Muni menerima berita kematian yang paling mengejutkan dari kampung. Ketika itu dah terlewat. Muni hanya mengetahui berita itu 4 jam sebelum arwah datuk saudara Muni dikebumikan. AlFatihah. Maaf kerana kelewatan post entry ini.

1.6.11

Contest Ditutup dengan Rasminye...Kesilapan amat disesali!

Nyam..Nyam!


Yes3! Contest Kisah Paling Menyayat Hati ditutup dengan rasminye! Disebabkan excited di Langkawi, Muni terlebih taip nombor satu menjadikan tarikh tutup adalah 11 Jun baru-baru ini. Sorry, silap.
Pemenang akan diumukan dalam masa seminggu daripada sekarang..Nampaknya kamu-kamu semua kena selalu la check in blog ni untuk tahu latest update mengenai keputusan Contest...xoxo = *

Kisah Cinta Langit dan Awan

(copy dari Iskandar..tq,Is)


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling 
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut 
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab 
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna 
laut. 
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- 
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit 
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak 
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- 
merahan. 
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus 
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu 
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya 
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus 
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan 
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah 
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit 
dan laut terhadap satu sama lain. 
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut 
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu 
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu 
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan 
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan 
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin. 
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- 
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia 
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi 
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa 
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap 
langit, awan menangis sedih. 
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat 
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. 
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon 
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran