Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...
Genap 31hb Ogos yang lalu, Muni dah berumur 28 tahun. Dan pada tarikh itulah Muni telah melangsungkan pertunangan dengan seorang Hamba Allah yang teramat mulia pada pandangan Muni dan INSHAALLAH ijabkabul pada akhir tahun ini. Muni kenalkan dia sebagai Kucing Hutan.
Coretan ni Muni tujukan khas padanya. Muni percaya zaman sekarang dah tak ramai orang berblogging jad beranila Muni nak share kat sini dan dia mungkin tak akan tahu Muni ada blog.
Sebenarnya masa tu baru nak masuk 2 bulan Muni kerja kat tempat ni. Kat sini tak ada kawan. Staf-staf perempuan semua dah kahwin. Staf laki pulak lagi muda dari Muni. Jadi memang niat nak kawan je. Maklumla bila masih single dan parents dah tak ada ni tak tahu nak pergi mana kalau cuti. Kami kenal melalui social media.Muni ada ternampak sorang mamat ni asyik post gambar kucing. Kalau korang follow Muni korang akan tahu betapa Muni suka like crazy pada kucing. Obses kucing. Jadi Muni scroll la akaun dia. Memang banyak gambar kucing terutamanya kucing hutan. Teringin sangat nak tengok kucing hutan. Macam nakal. Start daripada hari tu Muni save nama dia kat telefon dengan nama Kucing Hutan.
Kesian pulak Muni tengok gambar-gambar yang dia post bila hujan dia basah naik motor balik ke kampung dan kalau tayar pancit lewat malam. Suka bila kawan dengan orang susah. Kucing Hutan tak ada kereta masa tu.
29hb Jun tahun lalu merupakan hari pertama kami bertemu. Bulan Ramadan dan kami berbuka puasa di Restoran Pizza Hut. Malam tu kami tengok wayang Now You See Me 2.
Apa perasaan Muni bila pertama kali bertemu Kucing Hutan. ni?
Sebab tak sedar diri ni pendek dia tu tinggilah dari Muni dan besar orangnya. Dia berkelakuan pelik sebab muka dia macam nak tak nak. Muni tak suka paksa orang. Lagipun banyak yang Muni tak tahu pasal dia. Takut juga kalau ada makwe OR dah kahwin. Sungguh Muni kenal dia kat Social Media dan tak pernah nak bayangkan muka dia macam mana.
Hari tu kakak berbuka puasa kat rumah mertua dan Muni cakap nak balik kampung. Padahal tak jadi. Kebetulan hari tu jugak dia ajak berbuka puasa dengan kawan ofis dia. Takut pulak Muni kat dia berani makan dengan orang ofis padahal baru kenal. Masa tu la dia kenalkan Muni pada arwah Abang Wan, roomate dia. Tetiba arwah buat mesra sembang-sembang dengan Muni dan Kucing Hutan. ni. Dia tanya bila kami nak lawat dia kat Kuantan. Speechless. Kucing Hutan. ni pandai putar belit jugak walaupun nampak macam pendiam. Dia cakap nanti pergila.
Kali ketiga kami jumpa, Muni pergi Kuantan dengan Kucing Hutan. Muni suruh dia drive dia cakap dia tak yakin so Muni drive. Masa dalam kereta tu Muni sembang banyak ngan dia. Muni baru tahu Kucing Hutan tak ada lesen memandu hanya ada lesen motor. Muni encourage dia suruh habiskan latihan lesen memandu. Muni kesian sangat pada dia kalau kena travel mana -mana dalam hujan. Lesen tu boleh guna pada masa akan datang, mana kita tahu kita kerja yang kena bawa kereta ke apa ke. Pastu Kucing Hutan cakap nak beli kereta. Muni tak percaya pon sebab memang dari awal Muni tak kisah kalau orang rajin ni dia tak ada kereta pon takpe rezeki murah. Dia asyik cakap nak Honda Jazz. Tak setuju tapi diam sajala. Bagi pendapat bila dia tanya.
Sampai Kuantan kami ke ECM. Kat situlah kami jumpa Arwah Abang Wan dengan isteri dan anaknya. Masa tu perasan sangat arwah selalu nak gurau dan cakap ngan Muni macam nak 'kenenkan' dengan Kucing. Tapi Kucing kan tak lebih-lebih so Muni rimas la. Masa berbuka puasa kami berbuka kat padang depan masjid tu. (escape daripada arwah dan family). Then malam pergi beli barang. Muni tak beli apa pon tapi Kucing suka beli-beli. Muni tak suka shopping. Then kami balik.
Esok tu jumpa lagi kat bazaar dia tertinggal pomade dalam kereta Muni.
Then pastu dia macam menghilangkan diri. Masa tu Muni dah rasa pelik mungkin dia ada someone.
So masa raya Muni pegi raya rumah dia. Jumpa mak dia dan family dia. Kucing macam tak suka dan rimas. Muni nak tengok kucing-kucing kat rumah dia. Pas tengok kucing tu balik dan mak dia bg buah tangan.
Pastu jumpa jarang-jarang sangat. Tak rasa best jumpa dia. Satu hari tu masak kek batik untuk dia. 1st time in my life. Tahu dia suka kek batik bila pergi bazar dengan dia hari tu. Tak sedap sebab 1 botol esen vanila..ahahahaha. Dia mengelak nak jumpa ambil kek tu. Muni bagi jugak sebab dah buat.
Pastu tak jumpa dah dia. Sebab rasa macam kita je nak kawan dengan dia. Hari tu pindah rumah dekat kawasan situ jugak. Takut nak masuk kawasan baru. Minta tolong dia hantar tapi dia bagi banyak alasan. Redah juagk walaupun menangis sepanjang jalan. Banyak gila peristiwa nak masuk jalan tu Allah swt sahaja yang tahu.Mulai hari tu nekad taknak jumpa dia lagi.
Bebrapa hari kemudian dapat tahu dia dah beli kereta Honda Jazz. Dia tak pernah nak ajak Muni naik. Mungkin dia dah tak perlukan Muni lagi. Mungkin dia hanya kawan dengan Muni sebagai orang boleh bawa dia jalan-jalan.
Sehinggalah pada suatu hari pintas van dia yang bawa dia pergi kerja. Dia mesej cakap lajunya. Muni tak layan. Masa tu Muni dah start kawan dengan staf-staf muda kat ofis. Then malam tu dia ajak tengok wayang. Muni cakap tengokla kalau free. Tak nak dah keluar dengan dia. Sama je macam jantan lain.
Dan kejadian yang tak disangka, Muni keluar dengan team F4 Muni. Ainun Nad dan Husna. Tetiba terserempak Kucing Hutan dengan seorang perempuan. Kucing pergi dekat Muni nak tegur Muni tapi perempuan tu macam tarik tangan dia. Nasibla masa tu Muni tak rapat dengan Kucing kalau tak rabak la hati. Bila Muni nak minta diri Kucing nak cakap lagi padahal perempuan tu macam tengok Muni pelik. Sian Ainun dok tengah-tengah. Last-last Muni bagitahu dia Muni nak balik. Tapi muka Kucing tak puas hati. Rupa-rupanya Nad dan Husna pon nampak. Masing-masing nak tenangkan Muni tapi rupa-rupanya Muni gelak-gelak je pastu. Siap buat dubmash bagai. Muni tak menangis pon sebab terfikir mungkin tu tunang atau isteri Kucing Hutan. Muni terus maafkan dia dan harap kami tak jumpa lagi dia lepas tu.
Takdir itu misteri. Allah swt temukan kami lagi. Innalillahiwainnailaihirajiun. Abang Wan pergi mengadap Ilahi dan hari tu la Kucing whatsapp Muni. Rasa bersala sebab arwah pernah naik kereta Muni. Buat lawak. Habis keje Muni pergi hospital ziarah arwah dan jumpa isteri dia. tu la 1st time jumpa Kucing Hutan lepas peristiwa hari tu. Serabai gila. Muka dia serba salah. Lepas jumpa wife arwah, Muni tak sabar nak balik tapi Kucing lengah-lengahkan. Dia ajak Muni makan tapi Muni tak ada selera. Sebab hormatkan arwah, roomate dia yang baru je pergi jadi Muni teman je la makan kat gerai tepi hospital.
Muka Kucing teruk. Dia cakap tapi muka dia bersalah gila. Rilexla bro. Tetiba Mak Kucing call. Kucing bagitahu dia ada dengan Muni. Pelik Muni mak dia tak marah dia cakap ngan Muni. Ingat pula Mak Kucing kat Muni. Then Kucing balik dengan Muni malam tu. Dia tak cakap banyak. Sampai rumah, kucing minta maaf kat Muni. Dia cakap perempuan hari tu kawan dia. Kawa perempuan tu baik sangat dengan Mak dia. Oh patutla. Muni cakap Muni tak nak tahu pon. Muni cakap tak sangka kematian yang menemukan kita semula. So start daripada tu kami mula kawan balik. Pernah jugak keluar makan tu ada kawan dia yang lain. Macam usik-usik Muni dengan Kucing Hutan tapi Muni takut sebab muka dia serius gila. Baru tahu dia garang.
Kucing selalu kena pergi jauh. Setiap kali dia pergi, Muni tetapkan andainya dia bukan jodoh Muni, hilangkan perasaan sayang dalam hati kami. Andainya dia punya kawan perempuan lain yang dia suka, Muni rela lepaskan. Setiap masa Muni pegang tu. Muni redha sahaja.
Kepada kawan perempuan yang Muni pernah terserempak itu, maaf saya tak bermaksud jadi orang ketiga. Saya telah 2 kali menjauhkan diri daripadanya dan ketika itu dia tidak mempunyai ikatan dengan sesiapa pun. Saya pernah minta dia masuk meminang awak berkali-kali tetapi Kucing marah-marah pada saya kerana memberitahu saya bahawa dia hanya menganggap awak kawannya.
Sungguh takdir itu misteri...