Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

29.9.15

AKU LUPA DIA

dan kisah mereka pun berakhir...

Assalamualaikum...

29hb September 2015 sudah...

Wake me up when September ends.

Begitulah pengakhiran cinta mereka berdua.


DAN AKU SUDAH LUPA DIA!

Mudah bukan?

Terlalu mudah untuk aku lupakan sesiapa saja yang menyakiti hati dan perasaan aku.
Bagi aku mereka tidak layak untuk mengambil walau sedikit ruang dalam hati.

Bagaimana aku melupakan dia?


MEMAAFKAN.

Maaf adalah dendam terindah.

Aku bahagia bila dia tidak lagi muncul dalam fikiran.

Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan. Bila kita melepaskan sesuatu untuk kebahagiaan orang lain, maka Dia akan menggantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik.


ADAKAH AKU SUDAH PUNYA PENGGANTI?

Tidak! Mereka bilang, kita lebih mudah melupakan bila punya pengganti.

Mungkin juga ya. Aku telah mendapat pengganti yang Allah SWT kirimkan kepadaku
iaitu 'KETENANGAN'.



CUKUP MULIAKAH AKU?

Mentang- mentang aku bercakap isu Ketuhanan aku sudah menjadi tersangat Mulia?
Tidak, aku manusia biasa.


TIDAKKAH AKU RINDU KENANGAN BERSAMANYA

Cukuplah. Izinkan aku diam.

Kerana..

Kenangan itu juga mula lesap dari ingatan.

Benar.

Maafkan aku.

Bukan kerana ia tidak berharga, tetapi kerana terlampau banyak dusta.

Semoga kamu bahagia dunia dan akhirat.

Semoga kita tidak ketemu lagi...

p/s : apa namamu?