Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

31.8.11

Wordless Wednesday # 7- Its Me, Birthday Girl

Rumah datuk sedara

Rumah

Rumah Sedara



Rumah kakak
p/s:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Selamat Hari Merdeka dan 
Selamat Hari Lahir ke-22 pada saya, Munira - 31 Ogos 1989.

26.8.11

Puisi "Jika" terjemahan bagi "If" by Rudyard Kipling

Puisi ini merupakan terjemahan "If" karya Rudyard Kipling. Muni cuba untuk menterjemahkan puisi ini. Muni jadikan ia sebagai satu motivasi walaupun Muni tak mampu nak lakukan semua yang dikatakan. Dan korang adalah manusia yang hebat jika memilikinya. Betulkan Muni jika tersilap ye.




Jika oleh 
Rudyard Kipling

Jika anda boleh berfikir apabila orang lain
kehilangan kewarasan dan menyalahkan anda;
Jika anda boleh percaya pada diri sendiri apabila semua manusia meragui anda,
Tetapi biarkan mereka meragui juga;
Jika anda boleh tunggu dan tidak akan bosan dengan menunggu,
Atau telah ditipu, tetapi tidak menipu,
Atau telah dibenci, tetapi tidak membenci,
Walaupun begitu, jangan kelihatan terlalu baik, jangan bercakap terlalu bijak;

Jika anda boleh bermimpi - dan tidak terbawa-bawa dengan mimpi anda;
Jika anda boleh berfikir dan tidak membuat pemikiran matlamat anda semata-mata;
Jika anda boleh bertemu dengan kemenangan dan bencana
Dan menghadapinya  kedua-dua dengan tenang;
Jika anda boleh menahan setiap kebenaran yang anda katakan
Diputar belit oleh si petualang untuk memerangkap orang lain,
Atau melihat harapan anda dihancurkan,,
Dan redha dan membina kembali semangat yang hilang;

Jika anda boleh menukarkan semua kemenangan anda
Dan berani mengambil risiko,
Dan jika kehilangan, dan bermula sekali lagi pada permulaan anda
Dan tidak pernah menyesali kehilangan;
Jika anda boleh memaksa jantung dan saraf dan urat
Untuk terus berfungsi
Dan bertahanlah walaupun kamu tidak punya apa-apa lagi
Dengan Kemahuan yang mengatakan : "Bertahanlah";

Jika anda boleh bercakap dengan orang ramai dan menjaga maruah anda,
Atau berjalan dengan raja-raja dan orang kebesaran -  dan tidak lupa diri;
Jika tiada musuh mahupun kawan-kawan yang penyayang boleh menyakiti anda;
Jika semua manusia percaya pada anda, tetapi tidak keterlaluan;
Jika anda boleh mengisi saat-saat yang pantas dengan sebaiknya
Dengan bermanfaat selama enam puluh saat '-
Kamu akan menguasai Bumi dan semua yang di dalamnya,
Dan - yang lebih daripada itu - anda akan menjadi manusia hebat, anakku!

25.8.11

Lelaki Seksi!

Seksi mengikut kamus hidup Muni mempunyai maksud tersendiri. Bagi Muni, seksi adalah keadaan di mana kita terasa suka dan ingin melihat, mendengar dan mengalaminya walaupun tak dapat tanpa jemu. Tak semestinya nak kena ada six pack abs, rambut nak style bagai, muka nak flawless etc. Jiwang sangat pon Muni rimas. Keanu Reeves tu? Yang tu tak dapat dipersoalkan lagi sebab dia sangat gentleman.hahaa..Yeah, gentleman is sexy!

Bagi Muni, lelaki yang bersifat bapa yang penyayang sangatlah seksi!


Ha'ah. Brad Pitt Seksi!(asyik retiss barat je an)
Muni masih ingat dia bercerai dengan Jennifer Aniston sebab ex wife dia tu tak bersedia nak ada anak. Si Brad Pitt ni pulak tak sabar-sabar jadi bapa. Sekarang dia dah jadi bapa segera hehe dan bapa kandung juga selepas kawen walaupun secara tak sah ngan Angelina Jolie. Baca sendirilah kisah dia ek. Huhu. Sangat penyayang dan bertanggungjawab, yo'ol.



Muni tak minat sangat Aaron Aziz tapi Muni nak tunjuk dia seksi tang mana. For Muni, walaupun dia da kawen, dia still hottt sebab dia ada sifat ni.

Ok, dia caring walopon saye tak minat dia.
Dia tak sembunyikan bini dan anak-anak dia. Pernah satu hari, Muni dengar interview antara dia dan bini dia dalam Wanita Hari Ini. Sangat berbeza cara dia menguruskan keluarga. No wonder la their marriage still dalam landasan. Huhu..


ACTUALLY..


Muni sangat sedih bila baca kisah pembunuhan sejak kebelakangan ini. Yang buang bayi tu tak payah nak kira la, sebab diorang dapat segera, diorang pon lenyapkan segera=nafsu. Yang paling sedih, pasal bapa kelar leher anak sebab tak boleh kawal kemarahan after gaduh ngan bini dan bapa yang tolak anak dalam kolam. Lahaulawala.. Hurmm.

Kata Ustaz Azhar, banyak masalah tak semua la perkahwinan hari ni terjadi sebab manis bercinta tu dapat sebelum kawen. Sebagai contoh, sebelum kawen, nak kongsi gelas bagai. Lepas kawen, gelas nak asing-asingkan takut terkena bekas mulut suami/isteri. Kotor katanya. Satu lagi, nak dapat semua sebelum kawen sebab sangap tak nak susah2 .Tak tahulaa.

PERKAHWINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB!

p/s: Wahai lelaki, bercinta jangan nak fikir katil jeee, fikirkan jugak lampin bayi! erkk?? Guys, pandai guna, pandaila bayar!bhahaha...

Blogger Berjiwa Halus?



Maafkan Muni kawan-kawan kerana tidak membalas jejak, komen, terlambat bw atau tidak sempat untuk singgah. Muni tetap mengagahkan diri cuba untuk berbw dan update blog walaupun keadaan diri bertambah teruk sejak beberapa hari lepas.

Dan Muni memang merasa pelik apabila  Wordless Wednesday #6 Muni hanya dikomen oleh kaum bapa sahaja... ngee. Maybe, bagi girls out there memang sesuai ;sila muntah jika tak setuju..bahaha, letakkan gambar Keanu Reeves sebagai hero sebab tu diorang tak berminat komen. Plus, Keanu Reeves lebih terkenal pada golongan lelaki kerana dia banyak berlakon filem aksi; Speed, Trilogi The Matrix, Devil's Advocate etc. Ahha..Muni memang suka bila korang bagi feedback ni nak-nak yang kutuk Muni balik euwwwww...bhahaha

Pasal Jiwa Halus tu. Maybe..Muni kan terkenal dengan sifat lembut manja. Jiwa orang timur macam Muni ni lain sikit. Kak Cunndaa dan  Bro Hatikubaik yang berasal dari timur pon tak sensitif macam Muni. Kenapa aku macam ni?? Muni boleh je kalau korang nak cakap kasar tapi Muni slow2 terima cara korang.

Korang, Muni minta maaf banyak-banyak kalau macam ada gap je di antara Muni dan korang semua. Muni ni pemalu sebenarnya; ok..boleh muntah lagi. Seriously, Muni susah nak rapat dan mesra2 tapi bila dah mesra jadi tak reti bahasa sangat selesa berkawan errkk...x caya pulak dah?. Plus, Muni ada komitmen lain especially when adik Muni dah masuk kerja kat Telekom kat KL (ala yang masa Muni jatuhkan kamera dalam kolam tu..ingat tak?klik sini) dan akak dah masuk CiMB kat Bangsar(dekat je 2  tempat tu) ;ape motif cakap berbelit semua ni? so hanya Muni dan akak yang uruskan bisnes Mak. Selalu sibuk dan keletihan. Harap korang paham yek. I'll drop by whenever i'm free, ok?

For those yang terkadang menyampah ada nak komen atau nak bagi pendapat, feel free to share kat ruangan komen tu ye.  Thanx for singgah, dear friends.xoxo

24.8.11

23.8.11

Errr...18sx

Laju je ngko ye. Act, Muni nak tanya ni

BERAPA JAM SEHARI KORANG ON9?

Minta maafla kat korang yang sedang sangap mencari subjek yang berkaitan dengan 18sx. Erkk, Muni just nak wat survey terhadap kegilaan masa yang korang habiskan untuk online.Feel free untuk beritahu kat ruangan komen ye..chowww

22.8.11

Terkenang...


Muni dalam keadaan tidak stabil. Huhu...u know, sebulan sekali! Ini yang lagu Muni tujukan pada ex boy Muni. Sorry kengkawan, Muni nak feeling sikit.huhu.. Muni tahu awak akan baca, my dear ex. Dan lirik ini sememangnya untuk awak. Nyanyian Nubhan=Aku atau Dia. 



Kau tanamkan
Cinta dalam hatiku
Dah berbunga hidupku
Bersamamu aku setia
Tapi kini
Kau telah tajamkan duri
Menduakan cintaku
Yang telah lama ini
Ku cuba
Untuk bertahan
Tapi perih hati ini
Pilih aku atau dia
Tinggalkan ku bila kau ingin bersamanya

Aku relakan engkau kepadanya
Jika kau harus bersama dirinya
Kan ku tetap kan setia padamu
Jika kau mampu tinggalkan dirinya

(erkk..lagu dalam belog ni pon untuk awak)

Thanxx awak sebab buat Muni macam ni. Muni dah lama memaafkan apa yang awak buat tetapi untuk melupakan kesalahan itu mengambil masa. Mungkin sehari lagi, sebulan lagi, setahun lagi atau seumur hidup ini. Walaupun awak minta peluang kedua, sukar untuk kita kembali macam dulu. Muni dah serahkan hati ini pada Yang Maha Esa dan Muni dah serahkan semua masa terluang bersama kota fikiran Muni untuk hidup dan keluarga saya. Kerana tiga tahun adalah terlalu lama masa diambil untuk awak buat keputusan. 

p/s:Terima kasih semua kerana muncul dalam hidup Muni...masih terasa pening lepas pitam kat bazaar tadi...

Bubu dan Chacha..Anak Kembar Tunyik


Mesti ada di kalangan korang yang dah muntah tengok Muni kalau update blog je mesti nak cerita pasal kucing Muni. Tak kisahlah. Yang penting Muni tak kacau orang. Semalam, Tunyik selamat melahirkan anaknya. Cuba tengok gambar ni. Anak-anak Tunyik 2 ekor je. Muni namakan mereka sebagai Bubu dan Chacha.

p/s:mesti sayang nak tinggal coz cuti sem dah nak abes..sob..sob..

21.8.11

Lisa atau Nisa, Tetap comel..

Semalam Muni melawat kakak Muni, Kak Za yang baru je 6 hari melahirkan anak. Dia dimasukkan ke dalam hospital semula selepas mengalami pendarahan teruk. Kesian kat kakak Muni. Muni harap dia sembuh cepat untuk anak-anak dia dan Aidilfitri ini. Dahlah semalam tu birthday dia.

Selamat Hari Lahir, Kak Za. Semoga lebih tabah dan kuat melawan kesakitan itu.

Lisa atau Nisa, Muni pon tak jelas dengan nama baby girl kakak. Alhamdulillah, comel gile! Bila Muni masuk je kat pintu rumah mak mertua kakak, baby girl sedang tengok ke arah Muni.

Bulatnya mata dia.
Kesian kat Lisa, masa Muni pegang dia, dia menangis nak susu. Nak nanges rasa teringatkan yang Ummi dia ada kat hospital. Nasibla Ummi dia ada bekalkan susu sewaktu kami ke rumahnya.

Gambar feberet Muni
Bagi je susu, terus terlelap. Nasibla si comel ni tak banyak karenah. Jangan nakal-nakal ye baby, kesian kat nenek.

Tertidur. Comelnye!

Muka abang Lisa a.k.a Nisa ni, iaitu Hakim, sangat cute. Muni rasa besar nanti dia jadi encem sebab rambut dia perang sikit dan muka cam mat saleh. Ikut papa dia kot yang berkulit cerah sangat. Harap si comel ni jadi comel macam abang dia jugak.


Hakim ni sangat protective ngan adik dia. Dia boleh faham yang Ummi dia sakit. Ayat yang menyedihkan yang Muni dengar masa cakap kat fon ngan Ummi dia semalam;

"Ummi, bila nak balik ni?  Dah lame dok kat kat sane. Hakim rindu nak peluk Ummi"


p/s: Semoga keluarga kakak Muni tabah kerana dugaan yang hebat adalah untuk orang-orang yang sabar.

20.8.11

Maluu..dia pandai cakap Melayu,...


Ni Muni nak berkongsi pengalaman yang tak berapa lucu tapi menyentapkan hati Muni a.k.a Al-Munirah Al-Muzmi (erkk..ni nama besfwen Muni yang sama nama kat sekolah agama dulu la..huhu).

Seperti yang anda sebilangan daripada anda tahu, Muni punya family yang berniaga. Muni pon tolong kalau cuti sem. Untuk bulan puasa ni, Muni dan kakak berniaga di kawasan yang menjadi laluan ke hotel, kunjungan artis dan penginapan tempat peserta Monsoon Cup. So, pelbagai ragam dan orang la yang Muni jumpa.

Ada satu perkara yang Muni sangat pantang. Iaitu apabila foreigners datang membeli. Sudah tentu depa nak penerangan yang panjang lebar. Muni bukan kalut pasal ketaq nak cakap tapi cuba korang bayangkan apabila mereka tanya bunga kantan, daun palas, daun kesum dan sebagainya dalam B.I. Tahula vocab aku tak banyak sangat untuk mentranslatekan ramuan dalam penyediaan makanan yang Muni buat buat?nampak sangat tipu!! . Kena pulak pak Arab yag tak tahu cakap B.I dengan lancar, kena cari la perkataan yang sesuai untuk memahamkan diorang. Rimass.

Nak dijadikan cerita, ada suatu hari ni, Muni rasa takde mood sesangat. Ada sorang mat saleh yang muka ala2 Brendan Fraser, hensemmm beb; datang kat Muni. Alamak nak wat cane ni. Muni pon buat-buatla pergi kat belakang nak ambik barang, biar akak Muni je yang jadi mangsanya. Bahaha. Sebab apa Muni syak dia nak soal banyak, sebab semalam Muni nampak dia cakap dengan gerai sebelah tu punyala lame. Cakap ape je, Muni pon tak tahu. Bila dia tengok kat gerai Muni, Muni buat-buat sibuk dan pergi ke belakang.


"Bagi kuih ni 4 ringgit, akak. Saya nak yang garing-garing. Buat 2 plastik ye. Terima kasih."

Katandang!!!(dialek Terengganu menggantikan ayat walaweh atau giler la beb). Rupa-rupanya mat saleh tu fasih cakap Melayu walaupun suara ada macam Hans Isaac sikit2. Muni pasang telinga je .

Muni pon keluar dari tempat persembunyian. Sempat lagi mamat tu tersenyum kat Muni dan cakap, "Jumpa Lagi". Erkk, mungkin dia perasan yang Muni asyik pergi belakang je.

Kakak Muni cakap dia pelanggan tetap sewaktu Muni kat UiTM. Dia menginap kat hotel. Feberet dia adalah ketupat palas. Mak oii, oghang putih pon suke makanan kite. Dia bukan mat saleh yang pertama. Ada beberapa orang lagi yang selalu beli ngan Muni tapi yang lain tu hanya tunjuk isyarat tangan. Tak perlu cakap banyak la kirenye.

Muni masih lagi terkesima!!

p/s:kenapalah asyik nak angkat tradisi dan produk luar sedangkan mereka respect kita punya produk????

Bodek yang Menjadiiii

Apabila Si Gadis Anti- Shopping Shops!!!!!

Bersyukurlah jika wanita yang korang kenali itu shopaholic. Sudah semestinya dia akan mudah membuat pilihan tetapi kuantiti yang dibeli adalah banyak!!!

Non-shopaholic atau anti shopping adalah Muni. Muni adalah anti shopping (ayat tu macam nakkk..).Dan Muni tidak suka bergantung pada kuantiti tetapi pada kualiti. Buktinya, kakak Muni mengalami mimpi ngeri meneman Muni membeli belah pakaian untuk hari raya!. Selepas 3 jam berputar dalam kawasan membeli belah tu, Muni tidak berkenan pada mana-mana baju pon. Semua fesyen sama je!! Muni tak suka raya nanti tergolong dalam golongan 'copycat'.

Setelah pening meneman Muni round, kakak pujuk jugak suruh Muni beli baju coz pasni boleh jadi gila nak round Terengganu apabila ramai yang pulang beraya ( lebih teruk daripada K.L yo'al).

"Beli je yang harga berapa pon, aku sanggup bayar!"(Kakak Muni)

Sudah kau dapat lampu hijau, apa yang harus ditunggu lagi!!!!!!!

Muni cuba menguji kakak Muni dengan cuba menyarungkan beberapa helai baju (walaupun tak berkenan langsung sebab Muni tak suka kain licin dan jarang tetapi majoriti baju macam tu!!!) yang berharga GULP jgk la...haha. Waa...dia sanggup bayar!!walaupun muka cam orang nak nangis..bahaha. Tapi Muni tak ambil pon baju yang Muni cuba tu.

Dalam pikiran, nak GCB je sebab masa berbuka tadi, Muni tak makan nasi. Balik nanti harus drive thru jugak!!!

Selepas melihat kakak Muni yang dah masam muka, Muni pon bersungguh-sungguh sikit (bagi muka). Hanya selepas sejam, Muni jumpa baju yang Muni berkenan lah sikit2.. Bijak sungguh pemilik kedai tu. Dia tak letak price tag. Selepas dicuba dan berpuas hati, barula dia teragak-agak beritahu harga yang agak membulatkan mata Muni dan kakak dan korang sekali.  Baju sepasang je?? Pasni nak bodek Mak dan kakak yang lain pulak..bahaha

Muni tersenyum puas selepas mendapat apa yang Muni mahu. Baju dan tudung malatop pon dapat, GCB pon dapat penat pon dapat!!!


p/s: Muni sangat sukakan baju kain cotton. Rimas sangat dengan kain yang banyak manik, jarang dan licin.

19.8.11

Mak Bagi Cuti




"Kenapa pucat sangat?Sakit ke?"

"Adik O.K?"

Semalam, Muni ditegur oleh pengunjung (yang Muni kenal) kat Bazaar. Kakak dan Mak dah perasan Muni lain macam je. Mungkin kerana Muni selalu wat kerja sampai tak ingat nak bagi masa untuk badan sediri rehat kot. Keletihan melampau mengalahkan budak baru belajar puasa. Sebab tu jugak Muni jarang blogwalking dan update blog semata-mata nak wat keje. Mak suruh Muni berehat. Maaf kawan-kawan kerana Muni tak sempat lawat korang. Muni nak sambung rehat. InsyaAllah, ada masa nanti, Muni bw kamu semua.

15.8.11

Korean Wannabe dan Plastic Surgery

Kim Hyun Joong turut mengaku membuat pembedahan plastik di bahagian hidung dan mulut.
-sumber klik sini
Betul ke zaman sekarang orang lebih sukakan yang plastik daripada yang asli?

Muni masih ingat lagi , Cikgu Mandarin Muni cakap Korea merupakan antara negara paling banyak melakukan pembedahan plastik. Pembedahan plastik adalah biasa bagi mereka. Lebih biasa daripada negara barat. Perkara itu normal di tempat mereka kerana Korea juga merupakan negara yang maju dalam bidang teknologi selepas Jepun. Cikgu cakap, anak-anak remaja Korea nih dengan selamba mintak duit kat mak bapak diorang untuk buat pembedahan plastik dan mak bapak diorang kasi sebab murah je kosnye. Tak tahulaa kan...

So jangan nak kagum sangat dengan retiss Korea tuh. Memangla diorang lebih cerah tapi diorang pon ada 2 lobang hidung cam kite.Hahaha. Ikut suke korang la nak minat sesape pon asalkan korang bahagia. Muni cakap sebab ramai anak muda kita yang minat pada artis dan drama daripada korea. Muni layan jugak ari tu tapi hanyalah All About Eve dan Winter Sonata yang jadi feberet.Pastu kurang dah.



Sampaikan ade yang nak jadi K-Pop Malaysia.Huhu. Nasihat Muni pada korang yang nak wannabe, jangan layan sangat pada keji caci maki orang . INGAT! Lady Gaga dulu pon kena hentam habis-habisan kerana gayanya yang pelik tapi sekarang lagu dia paling meletup!! Janji korang tak hangat2 taik ayam sudahh.



Bagi Muni, orang kita jugak yang terbaik. Kenapa? Nanti, kalau korang berada nun jauh di perantauan, korang pahamla ape yang Muni cuba sampaikan. Kalau jenis lelaki idaman tu, biarla ada keperibadian Ashraff Muslim dan M.Nasir dan wajah ala-ala Adi Putra gitu. Bahaha..


p/s:ada jugak yang cakap wajah Muni macam orang Sepanyol. Spanish Wannabe kah Muni?Bahaha..perasantan!
Penelope Cruz

13.8.11

Bunyi Bedil, Speed Sahur!


Wahaha. Muni tak tahu korang pernah alami ke tidak tapi ini akan jadi pengalaman yang paling lucu buat Muni. Wahaha

Kat Kuala Terengganu cara berbukanya berbeza. Ada suatu bunyi yang biasanya kedengaran menandakan sudah masuk waktu berbuka dan tamatnya waktu sahur(imsak la). Bunyi itu dipanggil sebagai bunyi "Bedil".Dahulunya Bedil ditembak dengan menggunakan meriam namun pada zaman yang serba moden ini ia menggunakan bunga api khas yang diawasi oleh pihak polis. Ia menjadi tradisi masyarakat Terengganu setiap Ramadhan. Tapi waktu sahur ada 2 kali bunyi Bedil. 1 untuk persediaan dan satu lagi menandakan tamatnya waktu sahur. Beza di antara 2 bunyi itu hanyalah beberapa minit

Pukul 5.09 tadi Muni dikejutkan oleh panggilan telefon daripada seorang teman (TERIMA KASIH, AWAK) untuk bersahur. Pada hari-hari biasa, Muni yang selalu mengejutkan dia. Alamak, takde moodla nak bangun. Muni terus bergolek2...dan terlena...

Pukul 5.29!!! Wei, kacang botol, sayur maman dan petai, feberet I. Alamak, Muni dah terlewat. Terkocoh-kocoh bangun menuju ke dapur lepas basuh muka. Nasibla nasi dah atas meja. Tunyik pon dah habis makan ngan ayah. Malu aku pada kucingku. Mak dan Ayah dah mula leterkan Muni kerana mereka dah kejutkan Muni awal tadi.Huuhu...

Baru je nak sentuh nasi...

"Dummm..."

Alamak, bedil pertama dah berbunyi. Apalagi..Kunyah kacang botol dan petai bersama nasi laju-laju. Walaupun Muni kurang makan ayam, Muni ambil juga sebab tak sempat nak fikir. Biarla makan sikit, asalkan ulam-ulaman tu terasa kat mulut. Korang bayangkan sendiri macam mana keadaan Muni masa tu. Minum air bersulam nasi laaa jawabnye...

"Dummm..."

Bedil kedua berbunyi. Burpp.. Alhamdulillah. Sempat jugak Muni habiskan separuh nasi. Huhu..Tak pernah Muni sekalut ni. Kalau sebelum ni, Muni minum air je law bangun lewat. Tapi kali ni, ulam-ulaman punya fasal, Muni jadi Charlie Chaplin! Kengkawan, jangan tiru aksi ni di rumah yek. Wahaha.

p/s:pesan teman Muni, kalau dah terbangun sebelum tu, duduk dulu..jangan pikir sambil baring!!peace..haahaa

11.8.11

Malas itu Perlu..haha




Kadang-kadang tabiat malas itu perlu. Kalau tidak, kenapa Allah SWT membiarkan kita berperangai malas.

Hayati hujah-hujah Muni ini..Hehehe. Malas itu perlu ketika

1.Clash.
   Kalau korang ade tabiat malas, korang akan rasa malas nak mesej, malas nak call dan malas nak pikir. Senang dikatakan korang malas nak cakap pasal dia lagi dah. Bukan ke senang macam tu?

2. Shopping(malas macam Muni)
  Sikap ini akan menjimatkan duit korang. Lagi korang malas nak membeli belah, lagi save la duit korang. Lagi sayang la suami dan pakwe2 korang pade korang sebab tak menyusahkan mereka. Tapi kalau dah  malas shopping barang-barang dapur apatah lagi ikan kering, bersedialah korang untuk di reject. Haha

3. Makan
    Bila korang malas nak makan, ia akan menjadi diet sempurna dan menjimatkan duit jugak. Baca betul-betul, diet sempurna bukan diet yang sihat sayang2 sekalian.Sebab malas nak makan, korang akan kehilangan berat sedikit demi sedikit tanpa  menghabiskan duit. Tak perlu jadual yang ketat. Tapi awas, sedia la korang untuk penyakit gastrik dan sebagainya. Daripada malas makan je, baik korang pose sunat! Pahala pon dapat.

4. Bergaduh
    Malas begitu diperlukan pada ketika ini. Apabila korang malas nak besar-besarkan pergaduhan, keadaan akan jadi lebih tenang. Jangan la pula korang malas nak cakap banyak, terus tibai je mangsa korang tu, naye. Tapi, jangan la jugak biarkan je orang lain naik lemak. Berpada-padalah.

5. Tengok TV dan Online
    Sangat menjimatkan elektrik bila korang malas. Tak payah nak beli bateri remote TV. Tak payah nak berebut channel. Bil elektrik dan Internet pon kurang. Akibatnya, korang seperti katak bawah tempurung.

6. Puaskan Hati Semua Orang
   Asyik kita je nak jaga hati dia, dia bila lagi nak care pasal kita. Bila korang dah malas puaskan hati orang lain, otak korang takkan berserabut memikirkan cara yang terbaik untuk orang lain. Tak payah nak tension-tension dan nak stress ni. Tapi, akibat malas nak jaga hati orang, kualiti kerja korang akan kurang sekiranya korang memang dasar pemalas!!! Dan risiko dipulaukan adalah 99.9%. Hahaha


Lantak la ape orang nak kata, selagi korang malas nak ambil kisah, orang yang mengutuk pon jadi malas nak mengata. Akhirnya terdiamlah sendiri mulut diorang.


p/s:takde copy paste punyeee

10.8.11

Wordless Wednesday #4


p/s:minat sgt sbb dia byk buat stunt sendiri...muka pon mcm En.Tiada Bernama..hihi..peace

7.8.11

Wishlist #2


Menjadi seorang ibu..

p/s:Muni minta maaf banyak2, semua sebelum berangkat. Doakan keselamatan Muni dan adik.

5.8.11

Awek Yang Pelik; Lelaki Sanggup ke?

Preity Zinta Dalam Mission Kashmir dan Dil Hai Tumhara

Wahai lelaki, pernahkan korang terpikir kalau memiliki awek atau isteri yang cemerkap, pelik dari yang lain atau gila-gila? Bukan yang sosial tetapi yang berperangai lain daripada yang lain. Seriously, bagi Muni, lelaki lebih mengidamkan wanita yang berketinggian macam model, wajah persis kacukan, tak bagi banyak masalah dan tak memalukan diorang. Macam mana pulak dengan awek yang selalu je tersilap cakap, yang naif dan cemerkap gila(org Terengganu sebut sebagai Bolah..haha)

Yana Samsudin dalam Lu'lu di Astro
Kita selalu dihidangkan dengan drama dan filem berkaitan awek-awek yang naif atau gila-gila yang happy ending seperti mana drama Lu'lu (saya lebih suka yang ditayangkan di Astro), My Girl dan Dil Hai Tumhara. 


REALITINYA ADAKAH SEMUA LELAKI SANGGUP MEMILIKI ISTERI YANG ADA CIRI-CIRI TERSEBUT?

Muni sangat bimbang kalau si lelaki itu hanya bagi janji-janji manis sebelum kawen je. Pas kawen, tangkap cintan ngan awek yang malatop, terus tinggal isteri sorang2 terkontang-kanting. Nauzubillahiminzalik. Apatah lagi wanita itu si naif yang penyabar.

Konpem korang tahu heroin My Girl ni.

Adakah kasih sayang anda terhadap pasangan anda akan sekuat sekarang pada masa hadapan? 

Lepas apa yang terjadi hari tu, Muni takut untuk bercinta lagi. Lagi menakutkan melihat orang lain bercinta bagai nak rak dan akhirnya putus jugak. Muni hanya serahkan hati ini pada ALLAH S.W.T. 

JIKA KAMU BERIKAN SEPENUH HATIMU PADA IBU BAPAMU, ALLAH SWT AKAN MEMBAWA MEREKA PERGI DARIPADAMU..

 JIKA KAMU BERIKAN SEPENUH HATIMU PADA SAHABAT-SAHABATMU ALLAH SWT AKAN MEMBAWA MEREKA PERGI DARIPADAMU..

JIKA KAMU BERIKAN SEPENUH HATIMU PADA KEKASIH HATIMU, ALLAH SWT AKAN MEMBAWANYA PERGI DARIPADAMU...

NAMUN, JIKA KAMU MEMBERIKAN SEPENUH HATIMU PADA ALLAH SWT, ALLAH SWT AKAN MEMBERIKAN SEGALA-GALANYA PADAMU....


p/s:teringat peristiwa Muni jatuhkan kamera dalam kolam ikan, terlupa yang Muni letakkan remote TV dan barangan lain kat peti ais dan hilangkan tiket bas berkali-kali.(T.T). Ntah sape je Mr.Right yang malang itu. Huhu

4.8.11

Contest:Raya Datang Lagi



Sila Klik Gambar Untuk Menyertai.

Atas jemputan Telaga Putih, Muni menyertai contest yang dianjurkannya sebagai tanda sokongan. Terima kasih kerana menjemput saya menyertainya walaupun saya kurang gemar menyertai contest kerana BUTA IT . Jangan marah ye kengkawan yang selalu menganjurkan blog tetapi saya tak sertai. Saya tetap menyokong kamu semua.

v
v
v
v
v
v


Ini je yang termampu dalam waktu yang begitu singkat. Kad Raya dari Muni. Gambar Masjid tu diambil ketika ke Shah Alam minggu lepas. Sesapa yang nak join, sila klik banner kat atas .

Muni tagkan

3.8.11

Tinggalkan Link Tutorial Pleaseee..

Itu adalah Atuk Stalker yang dah pedap ngajo Muni..erkk..jgn mrh, tok..hihi


Besela kan, semasa kite blogwalking ni, banyak tol widget yang menarik tertarik kau memang lebong dan buat kite tergila-gila alaa nak jugakkk.Dan Muni sangat lembab blur sal teknologi ni. Hehe. Muni ada banyak je nak tanya tapi tak taw cane nak berhubung ngan senior dan rakan2 blogger yang lain untuk bertanyakan banyak soalan mengenai susuan atur belog agar kelihatan kemas. Lebih-lebih lagi kalau takde shoutbox kan. Ehem2..hihihi..

Bagi sesiapa yang murah hati BERSEDEKAH beri tunjuk ajar, SILA TINGGALKAN LINK APE2 SAHAJA TUTORIAL UNTUK BLOG DI RUANGAN KOMEN. Bukan sahaja untuk Muni, tetapi untuk pembaca blog yang lain walaupun ciput je yang baca. Hagaga. Ilmu itu harus dikongsikan apatah lagi 70 kali ganda pahalanya di bulan mulia ini..bla..bla..bla


p/s:Wah3..kalau dibaca oleh my sis maunye die membebel sebab banyak sangat Muni spend masa depan lappy untuk belog Muni ni dan sekarang dah mintak tutorial pulak

Wordless Wednesday #3

2.8.11

Asyik Musim Salji jer



Kalau diikutkan, Muni dah berblogging sejak Disember lepas. Baru lagi tu.Hehehe..Tapi Muni respect kat sesape yang lagi baru daripada Muni tapi dah dapat lebih ramai followers. Mungkin blog diorang best atau diorang rajin blogwalking kot. Muni law dah start sem baru kompem sebulan beberape kali je update blog dan bw nih.

Tengok sebelah kanan tuh. Blog Muni bersalji. Kalau sape2 je yang dah ikut blog Muni daripada dulu memang pasan salji tuh x ilang2. Fuhh..panas jugakla bile Muni dah buang HTML tapi salji tetap nak turun tak kira musim..erkk.

Sape yang boleh tolong???

1.8.11

Bila Tunyik Dilukai, Hati Saya Turut Terluka

,Tunyik si hidung hitam yang comel(sebelum kejadian)


Tadi, sewaktu pulang dari bazaar, Muni cari Tunyik tapi tak jumpa. Lepas berbuka, Muni terdengar Tunyik mengiau lemah. Muni sediakan makanan. Bila Muni tengok Tunyik, ada luka yang teruk kat atas mata dia. Tunyik tak mahu makan dan tak cergas seperti biasa.Tunyik tak pernah cedera sebelum ni. Kesian Tunyik, dahlah bangun sahur dengan Muni tadi.Letih dan tidak bermaya ia. Muni pon takde mood malam ni....sigh...

Baju Raya Saya


Ni ke Baju Raya Muni? Korang ade? Ade? Ade aku kisah?

Jangan bimbang la, der. Sebelum Muni kena kutuk pakai baju raya cenggini, family Muni terlebih dulu akan tibai Muni cukup-cukup. Fuhh...

Alaahhh...Pose baru sehari dah nak cakap pasal baju raya!!Lantak korangla.

Eksheli, Muni tak beli lagi baju raya. Takde satu pon. Teringin jugak bila kawan-kawan cakap baju raya dah tempah, dah siap atau ada 3, 4 pasang. Besela, orang pompuan. Tapi Muni terlalu busy untuk pergi cari baju raya. Hidup dalam keluarga wat business ni memerlukan Muni on call.(ecece..macam bos besar lak gayanya). Sabar je la.

Baju raya bukanlah keutamaan,tetapi penghayatan terhadap Ramadhan dan Syawal sebenarnya yang lebih penting. Tapi kat TV dah ada iklan ringtone lagu raya. Dashyat..Wahaha

Boleh tak korang cadangkan Muni beraya dengan baju warna apa dan style cane?hihi...