Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar

The Blog Since-07/12/2010

Daisypath Anniversary tickers

15.1.11

Yan KEDAH


YES, iM at Yan, Kedah. Kat rumah kakakku. Yanggg, jangan bilang ku tak tahu...Yanggg, jawab atau aku pergi sayanggg...Melalut pulak aku. Tapi camtu la. Walaupun aku ada banyak kenangan yang aku tak berapa gemari di Kedah, TAPI tempat inilah yang melindungi ku sentiasa. Alhamdulillah. Mintak dijauhkan aku jatuh cinta dengan orang sini mahupun berjodoh dengan orang sini. Lalala.. Nothing yang dapat aku bebelkan setakat ni kerana sekarang aku mahu menyiang


Sotong pagi esok. Pukul 6 pagi sudah kena terpacak kat stesen kereta api.Sedang menyambung perjalananku ke Northpole( Arau, Perlis)

14.1.11

HARI TANPA SELUAR....

Hari tanpa seluar panjang di New York


SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York kelmarin.


Hehehe...saje nak buat korang saspen..mari kita ikuti kisah ini...





NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.
Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.
Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.
Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.
Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook.

(SUMBER : KOSMO ONLINE 11 JANUARI 2011)


p/s: Nauzubillah,macam-macam agenda luar untuk menyesatkan manusia. Dan manusia menjadi semakin tidak bertamadun. Hara2 tak merebak ke negara2 Islam dan kita semua. Hari ini tanpa seluar panjang, esok lusa??????

12.1.11

PenUnGgaNG MoToSiKaL yG SaKit JiWa!!


Setelah selesai makan bihun goreng sebagai lunch, aku ngan Nad bergegas mengejar bas. Huhu. Penat gila, nasibla aku naik bas ari ni..law tak mesti sampai kelas je takde mood.. Turun je dari bas, aku tengok jalan-jalan kat UiTM.  Terkejut aku apabila aku terlihat seorang pelajar hampir dilanggar oleh sebuah motor. Biadap betul si penunggang-penunggang motosikal dalam UiTM ni. Dalam UiTM ni pon nak rempit. Tengok oranglah der. Sampai aku pun takut nak melintas.


Pasni aku kene pimpin tangan Nad kalau nak melintas. Biasanye die suke jalan menunduk. Aku yang selalu tarik dia kalau nak lintas jalan. Dunia sekarang....cacamarba!!


myMetro | Diperkosa 3 penculik


SUKARNYA MENJADI WANITA.....
myMetro Diperkosa 3 penculik
KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.
Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.

“Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.


“Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.

“Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.

“Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk memban siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

“Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat

10.1.11

ToLoNg InGaTKaN AkU!

Gambar kat blok baru, Blok F UiTM Perlis
Dari kiri, aku, Nad, Farina, Baya, Zizi, Wana dan Mimi

Hari ini  merupakan permulaan bagi minggu kedua aku di UiTM Arau. Dah seminggu aku tak update blog. Pantasnye masa berlalu. Aku masih ingat lagi semalam kami serumah, 7, orang (bukan yang dalam gambar tu ye..ahakss)menonton  Anugerah Juara Lagu. Dan pemenangnya tidak dijangka, Ana Raffali. Entah apa yang bermain dalam fikiran juri- juri agaknya. Semua orang macam nak marah. Tapi aku suke walaupun aku tak jangka. Hehehe…

Ana Raffali.
Kenapa aku menyukai lagu Tolong Ingatkan Aku? Sebab aku PELUPA!. Ironik kan. TAPI...ini dibuktikan apabila aku kehilangan kad matriks, kunci motor, gunting, beg duit, cincin dan yang terbaru..Sweater ADIDAS CHELSEA hadiah drpd insan tersayang dalam mase satu sem saja.. Cuai? Aku lebih suka dikategorikan sebagai pelupa sebab itulah aku Melayu..mudah lupa!!hehehehe..

Malu gile aku mase bergambar semalam kat taman. Tak rancang tapi masa aku nak bergambar je, ramaila mamat2 yang lalu sengeh, cakap'senyum' dan yang paling tak boleh blah sekali pasal yang ade buat muka2. Tergelak aku ngan Nurul. Huhu.. Tak tahula kenapa aku jadi kaku apabila tanganku bertemu keyboard. Mungkin terkena penangan dah lame tak on9 kot. Well, honey.. I'm back!



5.1.11

Kecewa BerCINTA????

Bahagianya bila dilamun cinta, mencintai dan dicintai...





Namun, bila cinta didusta, dikhianati ataupun cinta tidak dibalas, adakah anda pernah fikir apa akibatnya kepada anda. Adakah anda mampu melawannya?


dan tidak mustahil akan...



Mungkin ini bahan lawak bagi anda namun jangan tak sangka kalau anda boleh jadi seperti lelaki ini malahan lebih teruk....




LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.
Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.
Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.

Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru.
Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju.
Namun, dia mengakui: “Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu.”

“Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka.
“Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna.

“Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku.
“Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya.

“Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami.
“Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang.” - 

(sumber:metro 5 jan 2011)
  
Malah ada yang sanggup menyerahkan nyawa demi cinta. Bercakap memang mudah. Namun sekali terperangkap, kita akan melakukan perkara yang tak akan terduga.





Hari-Hari TERAWAL di tempat kerja???hehehehe

SelSeMa!

Ya.dan aku telah  diserang selsema pada saat dan ketika aku turun dari bas semalam dan berlarutan sehingga hari ini. Walaupun aku telah menelan beberapa bijik

Panadol,
namun tidak berkesan. Soluble ke, ape ke, semua tak jadik. Menci aku. Ini membuatkan aku tak puas tidur semalam.
 Dahlah aku memang ade penyakit insomania.
Hari ini aku bangun lewat. Ini menyebabkan aku telah terponteng kelas buat kali ke entah berapa. Letihnye pergi kelas. 
 
 Amat berharap bahawa hari ni takde kelas.
Sekarang, sedang bertapa di dalam lab buat keje x berpaedah iaitu menconteng arang. Buat ape lagi, menulis blog laaa. Nak bukak facebook takleh. Caitt.. Terus membebel sehingga kelas En  Nizan bermula. 
 
Letihla.. Tiap- tiap hari gi kelas jalan kaki ngan Nad. Bila la nasib kitorang nak berubah. Ada x motosikal turun dari langit? Kalau bangkai motosikal tak nak lerr.. Nak la LC ke, Lagenda ke, Ego S ke, bolela aku balik cepat2 law org wat rumours takde kelas na datang balik law kelas tak cancel. Memang patot pon org nakal macam kitorang dapat nasib camni. Nakal terlebih sudaa..Rilex je balik lewat padahal orang lain da start belajar. Satu lagi time orang lain da susah payah wat intersesi tapi kitorang rilex goyang kaki kat umah. So jadual kitorang terlampau padat yang amat menyakitkan kepala orang yang melihatnya.  Sempat tak duit aku nak pergi 

Pulau Langkawi

Hehehehee..Tapi takde orang nak teman..sob3..waaa... Tapi tak mengapa..hehehe..sebab my best friend ni ajak i buat satu xtvt yang tak asing lagi iaitu


SHOPPING!!!
 
Kalaula aku buleh pujuk ko pegi Langkawi n shopping kat saneee....
Nad: Hahaha..besttt
Tapi semua tu hanya berlegar2 n dok pi mai kat kepala aku semata-mata. Banyak lagi mende nak settle. Thats all for now guys. See you in court!..hehehehe

 

3.1.11

BaBY ByE,ByE, Bye

KERANA TERENGGANU KU BEGITU INDAH

Sedang bersiap. Sape nk ikowt? Jom3. On da way ke Perlis. Doakan keselamatan shaye.Muaxxx semua!

Percutian Paksa Rela!!!!!

                               

Pulau Redang, Terengganu.

Ye, yang korang semue tengok tu adalah Pulau Redang. Percutian yang menyenangkan. Itupun kalau korang ada duit banyak ataupun ada orang sponsor. Itulah yang aku idam2kan. Masalahnye aku tak cukup duit lagi la nak bercuti lelama. For information, teruskan pembacaan anda

Eksklusif: IPT mula September
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/12/31


  • Kalendar baru akademik dijangka dapat tarik 150,000 pelajar asing ke universiti tempatan

  • Tak beri kesan kepada lepasan SPM, STPM 


  • KUALA LUMPUR: Sesi kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) dijangka berubah daripada Julai kepada September, berikutan langkah Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperkenalkan sistem kalendar akademik yang baru mulai tahun depan

    p/s aku nk copy Chunk si sengal je info ni tapi die mintak doposen. Cait. Ilmu pengetahuan harus disebarkan la Chunk..secara percuma..hekhek..anyway thanks.



      Wah3. Itu dia. Malas aku nak menaip balik lepas blackout td. Hehehe. Ade effect la mende ni pada aku. Orang yang perangai tidak seperti gadis ini akan mengalami kerosakan pada akal fikiran kerana terlalu lame berendam dengan keseronokan. Wahaha. Mak aku konpem punya x bagi aku bekerja. Da banyak kali cakap kat mak. Nak cakap lagi.Mak, saya nak kerja!!

    Hampa.
    Mak aku tak dengar pon. Law aku cakap da taw ape jawappannye. Huhu. Anyway sedang merancang perjalanan ke Perlis malam ni. Urmm... Harap all will be fine. InsyaALLAH. Da la duduk sorang2. Ada sape2 nak teman? hihi..

    2.1.11

    Back to North Pole


    MY NORTH POLE?

    Dan akhirnya aku membeli tiket balik ke Perlis. Macam mane ni. Tak enjoy la duduk sane. Dahlah tukar rumah sewa. Urggh.. Malam esok aku akan meninggalkan bumi Terengganu tercinta. Apakan daya, di sanalah tempat aku menuntut ilmu. Tadi da kene tegur ngan Wana, bile nk balik.. Huhuhu.. 
    Kadang2, benda yang kita tak suka adalah yang terbaik untuk kita. So, bersyukurlah. Aku bukan tak suka sangat dok Perlis. Kalau aku boleh bawak seisi keluarga tinggal kat Perlis, mungkin aku suka kot. Wahahaha... 
     
    Budget nak beli motor tapi banyak hal lak kne settle. Adoyai, Miss PT, bile u nk masuk tabung I. hmmm..


    Akan ketemu Nad, Wana, K,Eca, ZZ n Radzi. Havoc kan sem ini my fren ye. Hehehe. Gambar kat atas tu untuk korang dan kenangan kita ke Kuala Peghlih..hehehe